WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, December 30, 2010

JANGAN TAK MASUK KELAS CIKGU

Alhamdulillah, berganjak ke tahun 2011 nanti masuk tahun ke-9 saya memilih bekerjaya sebagai pendidik. Wah cepatnya waktu berlalu. Terasa macam semalam baru melaporkan diri. Setahun lagi bolehlah intai-intai gred yang lebih tinggi. Wahaha, berangan betul. Apapun, memulakan tugas untuk sesi 2011 dengan mesyuarat pertama. Hampir kematu jadinya, otak juga menjadi tepu, ada kulihat yang kepala tak gatal pun digaru-garu, di dalam bilik yang berhawadingin dan membeku. Mendengar amanat demi amanat selama lima jam dari barisan pentadbir. Skrip sama berulang saban tahun, Ikhlas cikgu, jangan makan duit tak tentu, jangan tak masuk kelas, usah kalian malas-malas. Hehe, yelah namapun pentadbir, mesti selalu mengingatkan. Kita juga harus diingatkan kerana terkadang manusia itu sinonim dengan sifat pelupa. 

Melihat kepada senarai tugas 2011, Alhamdulillah, kerja makin bertambah, walau wang gaji sedikit juga yang bercambah. Sedangkan minyak, tak perlu diingatkanpun  harga tetap berubah. Hehe. Tidak mengapa, sebagai penjawat awam yang sentiasa menurut perintah,  terima tugasan dengan penuh amanah. Berdoa supaya wang dari gaji yang diterima penuh barakah.  Bagi apapun, terima lah, kerana suatu hari nanti, kita juga pasti akan bergelar ketua. Perlu bijak untuk membahagikan tugasan kepada orang bawahan kita. Apapun, tiga batang marker yang dihadiahkan oleh pihak sekolah menjadi simbolik kepada permulaan tahun 2011 yang lebih mencabar. Dan sungguh sekali AKU INGIN MENYAHUT CABARAN ITU. Doakan semoga perjalanan kerjaya Imanshah untuk tahun 2011, akan berjalan sepertimana yang diharapkan. 



Nota kaki Imanshah :

Whiteboard marker simbolik dari pihak sekolah menandakan gendang persekolahan telah dipukul. Teringat zaman-zaman sekolah dulu, indah dan cantik sungguh tulisan guru menggunakan kapur. Rindu untuk mengulangi detik itu.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

72 GENTA RASA:

kembatolo™ said...

mana lebih best, kapur ke marker?

IMANSHAH said...

kembatolo

marker lah tak kotor, tak masuk habuk dalam mata..hehe

Aku Cikgu Sekolah said...

Marker much better....tapi zaman kat Jenan dulu, ade cikgu yang menjadikan kapur dan duster sebagai senjata rahsia....sharp shooter tu ...he he he... Selamat Bertugas dari sahabat merangkap bekas ketua panitia mu....:)

nub said...

zaman kapor aa bes..pemadam dia tuh ley guna baling kat songkok budak2..
hahahah

Mohamad said...

Peringatan kepada yang alpa.. tetapi bagi seorang guru yang hebat dan bekerja penuh integriti barangkali peringatan itu sesuatu yang tidak sanggup di dengar lagi.. ada perkara lain yang lebih penting perlu dituntut.

semoga laluan kerjaya Iman semakin cerah bersama jiwa seorang guru..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Selamat kembali tugas, moga Allah permudahkan segala tugas cikgu..

IMANSHAH said...

izaheri

Thanks, aku rasa nak dok kat bilik yang baru diberi tu jelah tahun depan..mals nak tunjuk2 muka kat depa..

IMANSHAH said...

Nub

haha, bukan saja ongkok, ngan kapla2 sekali kena baling..dasat2 betul

IMANSHAH said...

Mohammad

Terima kasih atas kat2 semangat dari seorang pentadbir. InsyaAllah, sedang mengintai eluang yang terbaik

nunama said...

hehehe.
kakak saya pun ckp mcm tu.
"nasihat yang sama dr pentadbir"
papepun, selamat kembali ke sekolah!
Best of luck utk dptkn gred yg lebih tinggi nanti!! (n_n)

IMANSHAH said...

Abd Razak
Syukran jazilan, harap dapat terus bersahabat, walau saya selepas ini agak dikekang dengan kesibukan..

IMANSHAH said...

Nunama

Hurm biasalah pentadbir kena ingatkan, kena masukkan dalam minit mesyuarat..yalah insyaallah, penat dah memagng title DG 41..wahaha

Mohammad Aiman said...

pakai kapur best..
senang,,,
budak x kosentret, boleh terus baling ke dahi..

kalau marker? pergh, berlekuk la dahi budak nanti, mcm2 komplen pulak.. adoi..

haha

Citarasa Rinduan said...

wah...
rerajin update blog walau sibuk yer cikgu iman..

PS: suka dgn kenangan lama....lagilah family susah..pi sekolah jalan kaki..kain senteng, tambah kain perca..
padam papan hitam...simpan kapur cikgu..wawawawa..rindu

IMANSHAH said...

Aiman

kamu sempat ke ngan kapur, kat ipoh tak sempat an..hehe

kau bukan pernah kena baling ngan selipar kat cg an??haha

Myaby said...

adakah skang dah pakai touch screen board?

hihi. mana la tau zaman da canggih an!

IMANSHAH said...

Ayu

Sibuk pun kena gaghkan jua lah, kalau tak buat karang, terindu2 lak orang kat citarasa rinduan kan.hehe

betul, kesusahan keluarga membakar semangat kita kan..hurm!!

IMANSHAH said...

Myaby

ahah, ada gak guna touchscreen board kat certain2 class

khaifaiz said...

Apalah dorang nih (pentadbir).. Dah nama pun Cikgu.. Mestilah berintergriti dan berwawasan dlm mendidik.. Cuba la ckp thn ni gi melancong ke.. Guru besar nak belanja makan ke.. Bertambah semangat la cikgu2 yang mendengarnye

IMANSHAH said...

khaifaiz

hehe, jgn janji g medan indonesia, tapi bawak gi medang gopeng (stesen bas Ipoh)..hehe

eszol said...

Melihat kepada senarai tugas 2011, Alhamdulillah, kerja makin bertambah, walau wang gaji sedikit juga yang bercambah. Sedangkan minyak, tak perlu diingatkanpun harga tetap berubah.

sgt suka

happy teaching

IMANSHAH said...

Eszol

Itu luahan insan marhain je..hehe

Citarasa Rinduan said...

cikgu,.
last sebelum tahun baru...karang cikgu sibuk dgn anak buah..
ayu tag cikgu dgn contest ini

http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/12/contest-aku-dan-kaca-mata.html

join yer

IMANSHAH said...

Ayu

Ok, no problem dear

nmkhairulazlan said...

Saya lebih suka kapur dari marker sbb tulisan lebih cantik bila menulis guna kapur..hehehe
Selamat kembali mengajar cikgu!!

nas said...

cikgu..selamat bertugas semula ea thn depan nanti...aku doakan tahun depan lagi baik :)


Khairul Fahmi, Gadis Indonesia Cun dan Malaysia Juara Buat Pertama kali

IMANSHAH said...

nmkhairulazlan

rasanya kapur dah tak digunakan sekarang..erm dah posting ke??

IMANSHAH said...

Nas

Thanks..insyaallah

Afida Anuar said...

InsyaAllah, moga kerjaya, rezeki, jodoh dan segalanya dipermudahkan untuk Cikgu Shah sempena tahun baru masihi ni..

PS: cukup ke 3 batang marker je cikgu? hehe

ibuintan said...

insyaallah... impian untuk mendpt gred yg lebih tinggi tu akan tiba juga suatu masa nanti

ibu guna dua-dua...kapur dan marker

IMANSHAH said...

Afida

Thanks..hehe, cukuplah untuk sebulan, then belilah sendiri..kahkah

IMANSHAH said...

ibuintan

insyaallah, semoga berjaya..

Wah yeke, kapur masih digunakan??ini menarik ni

ckLah@xiiinam said...

Hahaha...tahniah.

Boleh cikgu SMC dan STAR berkolaborasi dan perkongsian pintar lepas ni...

IMANSHAH said...

CkLah

Itu tidak menjadi masalah..yg menjadi masalahnya ambe xberapa pandai mengajor lagi..kahkah..

ckLah@xiiinam said...

Ececece...merendah diri. Baru nampak gambar marker pen tu...Antara belanjawan panitia ckLah....beli pen marker untuk guru Sejarah...sedozen seorang!


Bila lagi nak habiskan duit orang kannnn...

IMANSHAH said...

wah saya pun tak reti guna duit BCG lagi..haha, takpe pelan2...duit tak banyak pun..hehe

Tukang cerita said...

selamat menjalankan tugas kembali....
:)

IMANSHAH said...

terima kasih ya Puan nurul..selamat bermeeting ye esok..wah update ke??kahkah

gabbana said...

rindunya nak balik sekolah.... =(

selamat maju jaya wahai sang pendidik! salaam sayang buat semua para pendidik terhormat tersayang sekolah bintang..! ^^

ckLah@xiiinam said...

Kecik2 dulu (sekolah kampung) pernah kena hisap kapur di depan kelas sepanjang p&p gara-gara salah eja antara 'flour' dan 'floor'. ckLah tulis 'floor' sebagai bahan buat keropok lekor. Benci betul cikgu dari KL itu dengan kami budak2 kampung ini. Kami dapat rasa 'tahap kebenciannya' begitu tinggi....

Tapi...mak bapak tak komplen pun. Ngadu kat mak, mak kata 'kawos' (padan muka dalam bahasa JAwa)

Masa tu berazam, kalau besar aku jadi cikgu, nak balas dendam pada anak cikgu tu..hihi..

ckLah@xiiinam said...

Kecik2 dulu (sekolah kampung) pernah kena hisap kapur di depan kelas sepanjang p&p gara-gara salah eja antara 'flour' dan 'floor'. ckLah tulis 'floor' sebagai bahan buat keropok lekor. Benci betul cikgu dari KL itu dengan kami budak2 kampung ini. Kami dapat rasa 'tahap kebenciannya' begitu tinggi....

Tapi...mak bapak tak komplen pun. Ngadu kat mak, mak kata 'kawos' (padan muka dalam bahasa JAwa)

Masa tu berazam, kalau besar aku jadi cikgu, nak balas dendam pada anak cikgu tu..hihi..

~Insan Biasa~ said...

Anda guru hebat...semoga tahun seterusnya bertambah hebat...

selamat bertugas kembali cikgu!
hehe

Aretikz said...

Hehe.. simbolik sungguh.. tapi antara part kapur dengan marker.. kapur itu lebih nostalgik kesannya.. semua gara2 kena suru telan kapur dulu.. haha..

p/s : Sekarang ada telan marker tak? haha..

Qamarul said...

marker cap ape ni man???bagilaa cap 1 malaysia.. hu3

haha aku dulu skola kampung pakai marker..
bile pindah bandar pulak pakai kapur.. tak phm btul aku..

soffea said...

cikgu Iman!!! selamat kemabli ke sekolah.. wah. bersemangat nie sy pas bace entry cikgu nie. thanks cikgu :)

esok sy plak meeting. meeting d ari cuti umum. wuhuuu~

iman said...

ya ya..kerja mesti ikhlas...besalah..time mesyuarat pertama guru..mmg kemau otak2..hihi..

selamat bertugas..kpd semua cikgu2..

Ikmal Fayadh said...

cikgu saya suka mainbola.
hari hari cikgu saya main bola.

cikgu saya suka tidur.
hari-hari cikgu saya tidur.

cerita p.ramlee yang mana entah, saya lupa. haha

cik @ien said...

selamat kembali ke sekolah.. hehe

nmkhairulazlan said...

Pengalaman sewaktu praktikum..
Sekolah rendah masih banyak yang guna kapur terutama sekolah luar bandar..

HiGHNeSS FiQ said...

dah lama xbagi salam ramai2 n kuat2 msa cikgu masuk kelas..
pastu baca doa ramai2~

btw, slmat mengajar cikgu~

cikgu suka main bola,
hari2 cikgu main bola..

iKhRam said...

wow..
ingatan yg baik tu..
klau kmi yg practical ni
ada nasihat apa2 tak yg best2 sket..

hahaha

su said...

Salam, sy pon thn dpn thn ke-9 mengajar...niat nk wat yg terbaik dr thn2 lepas...xnak keje bertangguh2 lagik...nanti ilang kepercayaan org pd kita..yg penting "jgn x masuk kelas kan!" hehehe...

IMANSHAH said...

Gabbana

Terima kasih atas tulus ingatanmu kepada warga pendidik sekolah Bintang

IMANSHAH said...

CkLah

Hurm sunggh sadis membaca komen CkLah..Habis tak mabuk ke kapur tu??Kesian CkLah, berkat hisap kapur tu dapat juga CkLah jadik guru sekarang. Tahniah ckLah, jangan dok balas dendam na..hehe

IMANSHAH said...

Insan Biasa

Anda juga guru yang hebat,

Walau kita tidak hebat di mata mereka, biarlah kita hebat di mata anak2 murid kita dan pandangan Allah. Selamat memulakan tugas buat cikgu juga

IMANSHAH said...

Aretikz

Takde maunya nak ada ...buat lah kalau berani..Sekarang ni cepat je akan sampai ke pengetahun ibu bapa. HP kan dibawa curik2 ke Sekolah

IMANSHAH said...

Qamarul

Kau gedik ar, haha..kapur aku dah bertahun-tahun tak tengok.Sumpah

IMANSHAH said...

Soffea

Wah dah sampai Lambor ye..Selamat meeting ya, walau di cuti umum..

Selamat semangat!!

IMANSHAH said...

Iman

Tarima Kaseh ya buk follow blog saya..Hehhe

Selamat beretugas buat semua guru

IMANSHAH said...

Fayyadh

Cerita apa ntah..Haha, kau nak samakan aku ngan P Ramlee tu kah??haha..takde maknanya..hehe

IMANSHAH said...

cik @ain

Terima kasih

IMANSHAH said...

Azlan

Oh, ye tak ya jugak..kat sekolah rendah subjek BM mesti ada menagajr bagaimana menulis kan.Mesti guna kapur supaya tulisan besar, bulat dan cantik..Terkenang sekolah rendah dulu

IMANSHAH said...

Fiq

Haha, dah penat dengor semua tu.kahkah...sesekali hang p lah jenguk sekolah lama hang

IMANSHAH said...

Ikhram

Buat yang terbaik, ambik segala pengalaman di sekolah sewaktu buat praktikal. jangan sombong dengan guru-guru senior. Tanya apa sahaja yang tak faham, ok.jangan berkira kerja

IMANSHAH said...

Teacher Su

Oh rupa2nya kita posting tahun yang sama.Tahniah cikgu berada 9 tahun dalam dubia ni..Haha, jangan x masuk kelas cikgu

nza said...

"BACK to SCHOOL"..hi.hi.hi...mcm anak2 nk g sk lak rasanya.
Biasalh iman, skrip2 yg dh trsedia maklum saban thn yg wajib kita dengar.... Dan semoga yg memberi taklimat pn brsama2 kita jugakn.....

Apapn tugas perlu diteruskn cam biasa. Antara kita dgn Allah. Xlbh dr itu....Insyallah byk keberkatan n ganjaran Allah berikan utk kita n family...amin....

al-lavendari said...

masa saya sekolah dulu .. ada cikgu guna kapur untuk melontar murid yang nakal.

sekarang ni ada ke cikgu yang lontar murid dengan marker pen tu ?

shahjiehan said...

dulu2 guna kapur je nk tulis..skrg dah maju

IMANSHAH said...

nza

Betul tu, kaang2 kita ni selalu diperingatkan..tapi yang emmperingatkan tu, macam hado..hehe

IMANSHAH said...

allvenderi

Takde kot kat skolah saya..terkena mata ke ..kang buta anak orang sapa nak jawab kan??

IMANSHAH said...

Shahjiehan

Zaman dah berubah, dunia makin maju wook

ijatnuar87 said...

urm...dah tahun ke 9 ek..ambe ni tahun pertama pom xlepas lagi...camner la penerimaan sekolah terhadap cikgu baru nnt ek.hehehe...aper2 pom,wat leklok...cikgu sentiasa yang terbaik..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget