WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 3, 2010

KENAPA BELAJAR TENTANG ORANG YANG DAH MATI ?

Pemasyhuran kemerdekaan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu JohorPahangNegeri SembilanSelangorKedahPerlisKelantan,Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melakadan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.
Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.
Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.
Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

***********************************************************

Maaf agak lari dari tema sedikit. Bukan Ogos yang indah itu saya bersiaran mengenai entri ini.  Takpalah, bukan hanya Ogos yang bersejarah sahaja kita sepatutnya mengingatkan anak-anak kita tentang erti jerih perih orang-orang dulu untuk mendapatkan kemerdekaan. Sepanjang masa, dan ketika kita seharusnya memberitahu anak-anak pasca merdeka ini tentang peri pentingnya kita mempertahankan kemerdekaan tanah air. Namun, bagaimana caranya?? ayuh menyertai Angkatan Tentera Malaysia??  Tak perlu, rasanya setiap tahun koatanya sudah mencukupi. 

Saya terkenang satu ungkapan begini...


"Cikgu kenapa Kementerian Pelajaran suruh murid-murid belajar tentang orang mati seperti Tok Janggut tu??


Saudara-saudari ada jawapan?? 




Sebenarnya saya terjumpa gambar pelajar saya yang dimake over persis Almarhum Tunku Abdul Rahman sedang membuat permasyhuran kemerdekaan sewaktu Sambutan Ambang Merdeka tahun ini. Sama kan dengan Almarhum??


Notakaki Imanshah :

Sejarah yang paling agung ialah sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. 
Kepada semua muslimin, selamat menunaikan Solat Jumaat.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

mempelajari sejarah untuk mendapatkan perancangan masa depan

Wassalam

sahromnasrudin said...

as salam...nasib baik aku bukan cikgu..so, aku tak layak nak bagi jawapan tue huhuhhu
p/s: tunggu jawapan dari GTO dulu huhuhhuhu

NuR si CiKGu RiBeNa said...

tah nape dulu tak minat sejarah...
segala tips cuba tapi masih gak tak ubah..
mind setting kot kan..

wahida said...

my hubby suka giler ngan subjek sejarah...dia ex student sekolah yg awak ajar sekarang...awak kat sekolah STAR kan?

naz said...

baru kita sedar siapa mereka yang memperjuangkan sebelum nyaa

SiNoMoSa said...

Salam ziarah Imanshah,

Semasa saya di BTN bulan lepas, memang diterapkan tentang isu2 kemerdekaan dari akar umbi..

Dinas Aldi said...

akak sangat minat sejarah :)

IMANSHAH said...

Wahida..ye ke??batch berapa tu?

eszol said...

mmg lari tajok

ingat kan td nak cte pasal salah satu bang ilmu lain

cis

IMANSHAH said...

Eazol

harhar...ntah pape kan

IMANSHAH said...

Kak Dinas

nanti subjek sejarah dah jadi penting an??

abid_PM said...

sebab jika diorang (orang dah mati) pernah temui kegagalan, kita dapat belajar sesuatu dari kegagalan itu.

jika diorang temui kejayaan, kita dapat belajar kaedah2 untuk mencapai kejayaan,

orang yang tidak belajar sejarah, akan sering menemui kegagalan yang sama, dan susah untuk mencapai kejayaan sebab hidup di dunia ini ibarat sebuah roda.

kan kan kan?? :DD

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Salam
Sebenarnya..tanpa sejar tiadalah hari ini . Belajar sejarah tu penting untuk kita kaji semangat juang dan jati diri org yang sebelum kita.

Salam kenal juga dari LM

IMANSHAH said...

10 markah untuk Abiddd

IMANSHAH said...

Lydia

tksih berkunjung semula ke sini..

IMANSHAH said...

Sinomosa

BTN??owh lama sungguh saya tidak ke sana..kali terakhir 2004

hysman said...

perancangan sejarah akan dijadikan subjek wajib utk lulus periksa ade pro n kontra....
setuju sbb kwn dah lps zaman tu...
betul kate abid tu... perlu belajar dr org dulu tak kira menang atau kalah.yg pntg pengajaran yg kita dpt dr peristiwa tu...

sekamar rindu said...

salam....cikgu imanshah,

aaah..sama dengan YM tengku..bulan kemerdekaan bukan hanya bulan ogos saja..

IMANSHAH said...

man

eleh kamu udah lepas kamu boleh ar cakap..haish mesti zaman muda2 dulu pemalas

IMANSHAH said...

Sekamar Rindu

kena didik anak2 sepanjang masa

nunama said...

Sejarah dipelajari dan diteladani utk tidak mengulangi lagi kisah silam dan kesilapan.
Biografi Muhammad bin Abdullah mmg best. Cuba cari dan baca. :)

Hubby Wahida said...

History is important to plan the future but never be a slave to the past....

Ini petikan kata2 senior F5 dlm 'Perintis' ujung 80an dulu...
Stil ingat sampai skrg...

Keep up the good work cikgu!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget