WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 22, 2010

KEREPEK UNTUK TUAN

Sementara cuti berbaki dua minggu ini, aku meneruskan cuti-cuti Malaysia ke Kuala Lumpur. Berkelana sekejap ke kota metropolitan yang didiami oleh jutaan umat manusia. Selama empat hari di sini, aku masih tidak berani untuk memandu di kota ini. Maklumlah ibarat rusa masuk kampung, segalanya kelihatan begitu asing, ya aku terasing di bumi sendiri.Tingkat sana, tingkat sini, jalan-raya bersimpang-siur, kereta laju menyelusur. Bukan apa, takut juga selalu makan buah langsat apabila sesekali memandu di bandaraya ini.Sesekali memakan buah langsat, tapi kenyang tidak juga. Ok ke, buah langsat disamakan dengan SESAT? Itu selalunya orang tua-tua yang sebut. 

"Rilek la bro, setakat KL, ROME yang beribu-ribu batu pun kau dah sampai."  

Seorang sahabat mengingatkan aku. Oh aku terlupa, lalu aku pun redah sana, redah sini, masuk sana, masuk sini sambil makan buah langsat akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju. Alhamdulillah.

Semalam, berkesempatan untuk makan malam di sekitar Sri Gombak. Dalam menunggu pesanan yang lambat kunjung tiba, makan malam kami seakan 'diganggu ' sebanyak tiga kali. Pertamanya ada seorang wanita tua datang dari meja ke meja untuk meminta sedekah. Entahlah, aku yang jenis tak pandai mengeraskan hati. Lalu kuhulurkan sedikit rezeki untuknya. Kelihatan matanya berkaca. Lalu, dia berlalu pergi. Aku meletakkan jikalah  ibuku berada di tempat wanita tua itu. Lalu kuucapkan kepada ibu.


"Mak, Alhamdulillah, mak masih ada anak-anak yang meyayangi mak..sedangkan makcik itu? Sedang kita enak menjamu selera, makcik ini sedang meraih simpati untuk meneruskan hidupnya..."

Kulihat mata ibuku juga berkaca.

Seterusnya datang pula seorang lelaki membawa kad-kad kecil berupa ayat-ayat suci Al-quran. Sejak dari dulu lagi kad-kadnya tidak berubah. Aku mengagak beliau bukan orang tempatan, mungkin orang Pakistan. Adik iparku menghulurkan sedikit rezeki untuk dikongsikan bersama. Begitu makmurnya Malaysia, bumi bertuah milik Allah ini.Orang asing begitu senang datang berkelana dan mencari rezeki di sini.

"Sibuklah tok syeikh ni.." 

Kedengaran suara sumbang dari pelanggan kedai apabila waktu makan mereka diganggu.

Sedang kami menikmati hidangan makan malam, tiba-tiba ada seorang wanita dalam lingkingan empat puluhan menjinjing beg-beg plastik berisi kerepek. Dari meja ke meja, aku memerhatikan wanita itu dengan tenang mempromosikan kerepeknya. Dan aku dapati tiada satupun pelanggan yang tertarik. Wanita itu terus tersenyum walau kerepeknya tidak laku. Terpancar rasa hampa di wajahnya. Dia tetap gigih menuju ke meja-meja lain. Sesekali dia melepaskan lelah memerhatikan orang ramai menjamah hidangan. Akhirnya sampailah dia ke meja kami.

"Tuan, nak beli kerepek?? Akak jual tiga sepuluh ringgit, " matanya penuh dengan pengharapan.

Aku menggeleng tanda tidak mahu. Wanita tersebut berlalu pergi dengan hampa. Aku terus memerhatikannya dari jauh. Mengandung rupanya , tapi masih gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan. Hati terdetik, kehidupan di kota metropolitan tentunya  memerlukan usaha yang lebih untuk menampung kehidupan.

Sewaktu makan, mulutku tak putus-putus bercerita tentang susahnya hidup wanita itu walaupun aku tak pernah mengenalinya. Lalu adikku seakan tidak senang dengan keadaan ini.

"Inilah hidup dik, jangan mudah kita menuding dik. Cuba letak kaki kita dalam kasut wanita itu. Adik sanggup ke hulu dan ke hilir menjual kerepek sepertinya?"

Pernahkah kita berhadapan dengan situasi seperti ini. Didatangi oleh peminta sedekah, salesman atau anak-anak yatim yang sentiasa cuba untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan mereka. Rasanya semuanya pernah menghadapi situasi ini. Dan berapa ramai dalam kalangan kita yang pernah terdetik di dalam hatinya..

" Nak makan pun tak senang.. Sibuklah salesman atau peminta sedekah ini.."

"Duit gaji aku ni, bukan asyik nak bagi kat engkau je.."


"Aku pergi sini jumpa salesman, aku pergi sana jumpa salesman..."



Apapun, kalaulah inilah satu-satunya punca rezeki yang mampu dilakukan oleh golongan ini, rasanya tak perlulah kita mengherdik atau memandang sinis terhadap mereka. Biarlah insan-insan cekal seperti wanita ini terus dengan dunianya, dengan kerjayanya, berbanding mencari jalan singkat dengan mencari rezeki di jalan yang tidak diredhai oleh Allah Subhanahuwataala. Usah sesekali diherdik dan dihina mereka kerana mereka juga memiliki hati dan perasaan.

Akhirnya, sebelum pulang, aku mengambil keputusan untuk mendekati wanita itu. Kuhulurkan jua wang sebanyak sepuluh ringgit, lalu wanita tersebut menyerahkan kerepeknya.

"Kerepek untuk tuan," sambil menyerahkan kerepek dalam plastik kepadaku.

Kami berlalu pergi membiarkan wanita itu terus dengan kehidupannya di kota metropolitan ini.




Nota kaki Imanshah

Sebenarnya aku jenis tidak makan kerepek. Takpalah, berpegang kepada prinsip, sedikit berkongsi rezeki Allah di muka bumi ini. Kerepek-kerepek ini selalunya aku letakkan di dalam pejabat dan  meja di bilik guru. Sekejap je habis nanti. Kan sharing is caring!!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

81 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Terharu...

iman,walaupun kita tak nak kasi tak mengapa, tapi jangan lah diherdik. Mereka pun manusia punyai hati dan perasaan, saya pun kadang-kadang serba salah juga dibuatnya kalau didatangai oleh mereka. Lebih2 lagi ada tikanya tiada wang kecil langsung dalam dompet. Nak kasi wang besar..errr..

PS: patutla rasa mcm nampak kereta iman semalam kat sini... A** **** kan? hehe.. gurau je.

IMANSHAH said...

Afida

Betul ke??A yg depan tu memang betul

Afida Anuar said...

Iman ada datang Putrajaya dak smlm? takde kan? hehe..

Gurau je iman...bukan rasanya. Lgpn banyak je kereta yang start dengan A kat sini...lalalalala:P

IMANSHAH said...

Afida

Takdelah, mana lah tahu jalan..hehe..

luahfikiran said...

SALAM,
N3 NI BAGUS. ADA MESEJNYA. BERSEDEKAH TU MEMANG DOGALAKKAN OLEH AGAMA KITA. KALAU RASA TAK YAKIN NAK SEDEKAH DI KEDAI MAKAN, BERSEDEKAHLAH DI MASJID/SURAU. YANG PENTINGNYA IKHLAS KERANA ALLAH SWT

a'im said...

selamat pagi...
aku selalu lepak kat uptown...
memang modus operasi peminta sedekah tu kat situ kebanyakanya..tapi tu rezeki diorang...diorang tipu ker aper ker itu urusan dia dengan tuhan..cuma pada orang ramai..tak payah lah nak menengking2 atau nak maki hamun sampai nak malukan dia...kalau tak nak bagi just cakap cara elok....betul tak....

kakcik said...

Dalam rezeki yang kita dapat, terselit sama rezeki orang lain... tapi, kita sering melupakan tentang itu - lalu, kita pun menjadi si bakhil yang bukan saja kedekut menghulurkan sedekah, malah kadang2 mengeluarkan umpat keji.. semoga kita saling ingat mengingati dalam hal ini... (memang ujudnya penipuan dalam bab2 meminta sumbangan - tanyalah semula kepada hati kita...)

Muhamad Zaki Zafir said...

duit kita itu sebenarnya bukan hak kita sepenuhnya.ada haknya juga kpd org lain.maka dtglah sedekah & juga zakat. :)

takpelah, kita beli saja sebagai tanda sedekah.manalah tau blh juga mkn kropok2 tu klu 'makan langsat' mase brjln2 ke.hehe. :D

SiNoMoSa said...

Salam Iman,

Kadang2 sy dilema untuk mbantu insan2 begini..kerana kebanyakkannya adalah menipu..meminta sedekah sedangkan kudrat berupaya melakukan kerja-kerja lain mungkin penjual kerepek itu tidak termasuk..
Oleh itu, sy mengambil jalan..jika sy ingin bersedekah sy salurkan ke tempat yang betul wallahua'lam..smg kekhilafan sy diampuni Allah

apezs shah said...

terharunya. inilah dunia realiti.

IMANSHAH said...

Dato LF

Terima kasih dato'..Perlu digalakkan sesam umat islam untuk bersedekah

IMANSHAH said...

a'im

tengok juga kalau badan sihat, tapi asyik dok minta sedekah xpayah bagilah..hulurkan sumbangan pada tempat lain seperti anak yatim ke kan..Tapi aku setuju jgn herdik depa

IMANSHAH said...

Kakcik

sememangnya wujud orang2 begini, menggunakan nama kemiskinan, sakit dan sebagainya untuk menipu..semoga sedekah kita diterima Allah

IMANSHAH said...

Zaki

hehe dari makan kangsat yang tak mengenyangkan, baik makan kerepek an..huhu

IMANSHAH said...

Sinomosa

Saya pun selalu dilema juga..takpe sumbangan berilah kepada saluran lain seperti anak yatim yang memang kita kenal..

IMANSHAH said...

Apezs

Realiti hidup..masam manis hidup..warna warni hidup

iqbalsyarie said...

membuka mata dan membuat saya memandang itu dengan sudut yang berbeza pula. TQ cikgu a.k.a murabi sejati kami~

HanaBella said...

Baiknya.. tapi bagi Hana kan, kalo ada org jual sumthing like kerepek or buah jambu ke,nampak la dia org berusaha nak meniaga demi mencari rezeki, Insyaallah Hana akan beli... Tapi cukup pantang kalau tengok peminta sedekah yang OKU, kanak2 yang berkeliaran meminta sedekah. sebabnya kalau fikir logik, peminta sedekah yg OKU 2 mesti ada org hntr kan dia kt situ, so, bila hana bg duit btl2 ke peminta sedekah OKU 2 dpt? Atau ada org yg mempergunakan dia? Satu lg, peminta sedekah kanak2 ni yang bese jual kepingan ayat Quran, like ada sindiket di sebaliknya. Bila Hana tanya "adik tinggal ktne, datang sini dgn ape?"..terus dia cabut.

Eh..eh.. xsdar lak dh komen terlalu panjang lebar.. hikhik

nurkass said...

assalamualaikum iman..
selalu juga kena mcm tu..tgh makan ada org datang minta sedekah..tapi bagi saya takde masalah..selagi kita ikhlas dan ada ihsan sesama manusia tak banyak, sikit pun takpe..semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki olehnya..

sonata anak kancil said...

sy kesian budak kecik yang dipergunakan untuk menjual @ sambil bersedekah untuk itu untuk ini...kenapa budak2 dipergunakan? Kenapa tak orang tua lah yang mohon itu ini...negara @ orang M'sia kan pemurah...mohon aje la...sy pernah tanya org yang menjual kerepek @ apa la...dtg dengan apa? dengan tokey...mana tokey?kalau fikir ikut lojik otak ni...kalau betul2 nak berniaga - tak perlu mintak orang2 jaja macam tu...bukak kedai2 kecik @ gerai...itu kdg2 sy ni rasa mereka semua tu dipergunakan...ohhh panjang pulak kali ni...cikgu kan? suka ckp banyak...apa2 pun sya selalu gak beli macam Iman ni...kita hulurkan rm...tak betul tu antara dia dengan Allah swt...tak ke mana pun kalau rezeki seperti tu...wallahualam

Pn Kartini said...

Salam:)

Moga kite dapat sesuatu dari Allah atas sedekah kita yang sedikit tetapi istiqamah & sebenar2 ikhlas:)


p/s: Iman..tak nak sesat..gunalah GPS..;)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Dalam rezeki yang dianugerahkan Allah kepada kita, ada hak orang lain di dalamnya. Mereka akan menuntutkannya di mana-mana kita berada...

NuR si CiKGu RiBeNa said...

rezeki utk dikongsi...

kerepek apa dia jual cikgu?
mesti sedap...
kruk kruk bila mkn..
hehe

ibuintan said...

itu yang sebaiknya, jangan dipertikaikan mereka menipu atau bukan.... tak dapat banyak hulurkanlah barang seringgit dua, mungkin seringgit takde apa buat kita tapi mungkin amat besar gunanya pada mereka

KL dah dekat dah ngan KP..leh ikut LEKAS jamin lekas

sahromnasrudin said...

ala..nape tak pass kat aku je kerepek itu..leh aku soru huhuhuh

sahromnasrudin said...

ala..nape tak pass kat aku je kerepek itu..leh aku soru huhuhuh

zidEL zhafiz said...

owh makan kat bilik guru..kasik tau pengetua kang..!!
ahahaha~~~~

Sepatu Hijau said...

salam


syira suka kerepek...

pos kan kat syira la

hehehe

James Buns said...

kadang-kadang kita tak tahu itu salah 1 jalan tuhan datangkan cara untuk kita bersedekah.

memang tak boleh nafi dekat KL memang banyak skill2 mcm tu.

ada yang betul..ada yang tak betul.
apa pun biar la kita pasang niat dengan btoi.

apsal panjang sgt kompelin ni.

ish ish ish.

AfiQ said...

terusik hati bile baca.. huhuh.. sebak jap.. hehhe.. tapi fiq rasa, x salah kalau kite berkongsi rezeki yg kita dpt, x bole bnyak, sikit pon cukup la kan... insyaallah allah bagi balasan yg setimpal.. =)

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu. Sabtu lepas saya pun ada ke Gombak. Akibat banyak makan 'buah langsat', kini saya sudah mahir kawasan Greenwood, Gombak Setia dan Gombak Ria.

InsyaAllah, lepas ni nak ke Taman Bolton dan Taman Melati tak perlu makan 'buah langsat' lagi..hehe.

Biasanya, kalau saya tidak yakin jalan yang hendak dituju, saya akan rajin bertanya. Tetapi kena hati-hati jugak, kekadang maklumat orang tempatan di kawasan tersebut boleh membuatkan kita 'sesat bodoh'. Jangan yakin dan percaya bulat-bulat. Saya sudah terkena..hehe.

Tambahan: Di Sg. Besar ni ada beraneka jenis kerepek. Fresh-fresh dan murah. Kalau hendak sedekah atau derma, tunggu time gaji. Wakil-wakil kariah masjid atau wakil rumah-rumah anak yatim akan buka booth di tepi-tepi bank. Kalau ringan hati, berat tangan macam mana pun pasti mudah je nak hulur..

Adinda Amy Sensei said...

yessssss...SHARING IS CARING...hehehhee

Abu Aiman said...

peluang untuk bersedekah datang kat kita, tak payah susah2 pegi cari. Apa salahnya berkongsi rezeki...

::FAIZ FARISH:: said...

kadang2 aku simpati ngan peminta sedekah terutama makcik2. tapi aku x bagi sebab kadang2 sindiket je....

nabilah_2908 said...

erm..pernh terbaca kisah peminta sedekah ni dalam paper...kita tak digalakkan memberi sedekah pada peminta sedekah...ada kalanya mereka ni menipu..sudah diberikan bantuan tapi masih lagi meminta sedekah..etc...

tapi...adakalanya tk tergamak tgk org2 yg minta sedekah ni..mesti rasa kasihan....

apa pun..ikhlas la dalam perbuatan kita...biarkan dia nak menipu..sbb apa yg kita buat..pasti ada ganjaran nya... (^_^)



jom ke APA KATA HATI pulak,
PINGBOX

Amy Syaquena said...

As'salam..

Itu yang sebaiknya jangan dipertikaikan mereka menipu atau bukan , tak dapat banyak hulurkanlah mane yang ada..

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Bersyukur jika kita dikurniakan sedikit kesenangan dengan memiliki pekerjaan yang menjanjikan pendapatan tetap setiap bulan.

Lakukan kerja yang kita ada dengan seikhlas yang mungkin, dan berikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sekadar kemampuan kita.

TQ

hazlin said...

hahaha
istilah baru, "makan buah langsat!"

seri gombak memang ada makcik yg jual kerepek..
akakpun pernah kena..

beli ke la dik.. kadang-kadang itu ujian dari Allah.. nak melihat kita ni sudi bersedekah atau tak..

wahida said...

dtg KL awat x roger? boleh jumpa dan kenal ngan my hubby..boleh kenal2 kan?

♥ manje ♥ said...

salam

mungkin malam tu baru ada rezeki buat mereka kan... tak rugi ikhlaskan je apa pemberian kita, Tuhan akan membalasnya ~

kak wan said...

kalau takut sesat ngapa tak pakai GPS je.
Iman ..,
Baiknya hati setiap huluran di berikan..

mR.sYaH said...

klu xnk bg jgnlh diherdikkn....

bru sekali pergi kl... heheh.. sem dpn nk jln2 lg r..

IMANSHAH said...

Iqbal Syarie

Terima kasih, gelaran murabbi sejati saya kenang sampai bila-bila

IMANSHAH said...

Hanna

Terima kasih kerana memberi pandangan,,saya setuju dengan Hana

IMANSHAH said...

Nurkass

saya senang sekali dengan prinsip akak

IMANSHAH said...

Kak Sonata

Saya dengar apa yang cuba akak sampaikan, moga mendapat iktibar

IMANSHAH said...

Puan Kartini

Hehe GPS tu hp saya takde..then saya tak beli..haha

IMANSHAH said...

Ustaz Razak

Betul ustaz, sama2 kita berkongsi sedikit rezeki yang Allah berikan

IMANSHAH said...

Nur

Kerepek ubi ada, kentang ada..macam2 ada

IMANSHAH said...

Ibuintan

KL dah dekat dah ngan KP..leh ikut LEKAS jamin lekas..

haram saya tak faham

IMANSHAH said...

Sahrom, kamu jgn marah aku ye, aku tiada di kelantan tempoh hari

IMANSHAH said...

Zhidel
Haha, ada aku kesah??kuikui

IMANSHAH said...

Syira

Bisa, bisa..nak kerepek apa

IMANSHAH said...

James Bund

Panjang kamu kumen aku hari ini..kau guna skill apa??haha

IMANSHAH said...

Afiq

Wah, kau selalu sebak membaca tulisanku..adakah aku raja sedih??kau pula raja air mata..haha

IMANSHAH said...

Izzah

Pertamanya kenapa saya tak dapat link ke blog saudari ya?? Dah banyak hari sy try..

Wah mentang2 berada di Sg Besar, makanya mempromosikan kerepek Sg Besar..Saya tahu, saya juga suka ke sana

IMANSHAH said...

Cik Amy

Eh salah ke..SHARING IS CARING, SHARING IS LOVING gak huhu

IMANSHAH said...

Nabilah

saya tak tahulah nak jawab macam mana, tak sanggup tengok dia berlalu begitu sahaja

IMANSHAH said...

Admin

Saya setakat beri apa yang ada dalam poket..sedikit ada sedikitlah bagi..nak bagi banyak kita pun nak makan juga..huhu

IMANSHAH said...

Abu aiman

Itu satu lagi prinsip yang saya suka..ALlah dah datangkan peluang untuk menambah pahala

IMANSHAH said...

Faiz

Bagilah seringgit dua..bukan banyak,,tapi yalah hak masing-masing..Tengok oranglah..

IMANSHAH said...

Amy

Yang penting ikhlas

IMANSHAH said...

Hazlin

Kalau sesat makan langsat

kalau panas makan nenas..hehe

mak saya lah cakap

IMANSHAH said...

Wahida

phone takde lah..hehe
Hubby tak pernah dtg star lagi ke??

IMANSHAH said...

manje

alhamdulillah rezeki mereka, terutamanya kakak yg jual kerepek tu..at least dia menjual

IMANSHAH said...

Kak Wan

Tak reti guna

IMANSHAH said...

SYah

Lupa ang dok pahang

Arianni said...

Assalamualaikum Imanshah..

Itulah yang sebaiknya,sesuatu yang kita belanjakan di jalan kebaikan niscaya Allah SWT akan menggantikannya.

IMANSHAH said...

Arriani

Tapi ramai yang selalu mempertikaikan mereka ini

nunama said...

kat Kuala Lumpur, mmg ramai org2 mcm tu.
Keadaan ekonomi keluarga yg mendesak.
Bagus tindakan Cikgu tu. Even tak nak makan kerepek, tapi menyumbang.

Kepada orang2 sekeliling, kalau taknak beli ke bagi ke apa ke, diam tutup mulut. Kalu nak bagi, bagi je. Jangan cakap lebih-lebih. Berlapang dadalah.
Kepada yang menjual, meminta derma, kamu tahu siapa kamu. Kalau tujuannya baik, baik lah jadinya. Ingat ye, rezeki itu akan menjadi darah daging kamu.

p/s: Pernah juga mendengar kata-kata yang begini, "semasa makan, jangan membeli atau memberi apa2. nanti rezeki lari". Pendapat Cikgu? :)

p/p/s: kerepek? isyh. giler best. lagi2 semasa menonton tv. mcm tgk wayang pun ada juga.

IMANSHAH said...

Nunama

Di mana mendengarnya, saya tak pasti..tak pernah dengar, InsyaAllah bertambah rezeki kita jika kita selalu memberi

IMANSHAH said...
This comment has been removed by the author.
IMANSHAH said...
This comment has been removed by the author.
Aretikz said...

Setuju.. cuma kadangkala ada yang menggunakan kesusahan sebagai jalan mendapatkan sesuatu.. hakikatnya mereka malas untuk berkerja.. bukan semua.. mungkin sebilangan yang bukan golongan terdesak..

anyway.. ada tag untuk bro.. hehe..
http://segalaceritera.com/atik/2010/12/22/thats-me-segmen-jom-berkenalan/

Citarasa Rinduan said...

salam..
cikgu...ayu terharu sungguh baca entry ini..
terlalu payah lagi kehidupan mereka

tapikan...ayu memang nak luahkan..
kalau di kedai..ada spesis mcm nie..ayu mmg belanjer makan..

syukur jua..tak kerap datang..
tak mengapa...kadang kala nak fikir untung pun apa yang nak dikejarkan

disana pasti,,,
amin

alhamdullilah..cikgu syer ngan kawan2 opis...kalau tak laku..hantar sini.pekerja citarasa rinduan makan semua...kalau tolak batu ngan pasir pun kami makan.
lagilah gula pasir mahal harga...ais batu sejuk rasanya
heheheheh

darkbatman said...

hidup bkn sng bro.. kene usaha n rajin.. bkn mudah nk dpt sesuap nasi.

IMANSHAH said...

aretikz

Tag apa lak...banyak benor tag kena jawab ni

haha

IMANSHAH said...

Ayu

baguslah Ayu, bertambah murah rezeki bagi orang makan

IMANSHAH said...

Darkman

betul2, tengok lah orang Indonesia, sanggup datang haram semata2 nak cari sesuap nasi

kembatolo™ said...

hikmah Allah bekalkan manusia sifat simpati dan belas kasihan adalah untuk mendalami serta bantu orang laen. tapi ade jugak manusia yang terlalu angkuh dengan nikmat yang tidak seberapa.

Mohammad Aiman said...

sesungguhnya dalam rezeki kita seharian, ada hak golongan fakir miskin terhadap harta tersebut =)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget