WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, December 21, 2010

LARIANMU KINI SUDAH HAMPIR KE GARISAN PENAMAT


Gambar diambil selepas peperiksaan PMR tempoh hari. Seronok mereka berlari umpama sudah bebas sebebasnya. Bak lirik lagu P.Ramlee.. "Dunia ana yang punya. " Dan kini larian mereka hampir tiba ke penghujungnya,  kerana tanggal 23 Disember 2010 nanti, keputusan PMR akan diumum oleh Pak Menteri. Makanya seluruh tumpuan terarah kepada mereka. Mampukah mengulangi pencapaian cemerlang tahun 2006 menduduki tempat pertama dalam negara?? Keputusan sudah ada, tinggal untuk diumumkan oleh pihak yang berkuasa. Hanya doa dan harapan dari ibu ayah serta guru tercinta, moga kalian semua berjaya.

Andai keputusan tidak seperti yang diharapkan, makanya kami guru-gurumu perlulah menyiapkan diri. Mengapakah? kenapakah?? Keputusan ini yang diperolehi, tidak seperti yang kita hajati. Bedah siasat yang rapi harus diserahkan segera. Begitulah lumrah alam, jika baik, yang pandai semuanya pelajar. Jika buruk, guru yang tidak pandai mengajar. Sedangkan, semua ilmu telah dicurah, akal budi juga diperah, kini semua mata seakan terarah, menanti awan yang mendung atau langit yang cerah.

Untung batu tenggelamlah ia, jika sabut, maka timbul di permukaan. Jika berjaya, ucapkanlah syukur pada Allah yang mengizinkan kejayaan itu,  kucuplah kedua orang tuamu yang tidak jemu-jemu mendorongmu, dan titipkanlah ucapan terima kasih buat warga pendidikmu yang tidak lelah mencurah ilmu. Namun, andai gagal, usah bersedih, kerana semuanya sudah ketentuan. Pandanglah masa hadapanmu yang gemilang, bangkitlah dikau segera dari kegagalan.


Notakaki Imanshah

Pernah menangis kerana gagal menadapat 9A dalam PMR. Namun, ianya tak mematahkan semangat untuk berjaya dalam SPM. Usah memandang kejayaan hanya dari sudut akademik semata-mata. DI mana bermula tidak penting, yang penting di mana anda berakhir.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

63 GENTA RASA:

Azmi said...

teringt waktu nk g ambik result PMR dulu...ayah aku bkn main teruja lgi

Citarasa Rinduan said...

salam..
cikgu 23 hb kan, resultnya

all the best pada calon PMR

NuR si CiKGu RiBeNa said...

mesti berdebar-debar mereka tu
termasuklah anak sedara saya..

kalau elok keputusannya alhamdulillah
kalau rezeki tak memihak terima saja
usah dimarahi budak itu
persepi yang salah ni yang menjadi amalan ibu bapa
kesian si anak..
keputusan dah tak secantik mana
tapi perlu mendengar leteran tak sudah

buat si anak
sesal dulu pendapatan
sesal kemudian tak berguna lagi

IMANSHAH said...

Azmi

aku tak bawak ayah pun, dah agak memang xdapat 9a..aku amik bahasa arab satu lagi

IMANSHAH said...

Ayu

Ahah, khamis ni kul 10 pagi

IMANSHAH said...

Nur

hehe dah biasakan, mendengar leteran itu ibarat mendengar muzik yg mengasyikkan

Mohamad said...

Dulu, selepas SPM adik saya balik ke rumah dari Kolej S. Abd Hamid. A/s tanpa buku. Bapa tanya mana buku, jawabnya beri kpd kawan. Sebenarnya pada malam akhir mereka buat unggun api, meraikan tamatnya peperiksaan.. Nasib baik ok.. kalau tak terpaksalah orang tua tu keluarkan duit beli buku baru...

Bagi pelajar SBP memang patut mendapat keputusan terbaik kerana insan terpilih... namun semuanya bergantung pada usaha dan selebihnya bertawakkal..

IMANSHAH said...

Cikgu mad

Satu sifat pelajar2 sekarang yang selalu saya dok perhatikan depa takde sayangkan barang2 sendiri.. Kalau nak bercuti buku2, baju, seluar semuanya ditinggalkan begitu sahaja.

Uthman AG said...

takut la cikgu ngan result nanti. byk yang mengharapkan kami. takut kecewa lak nanti. cikgu doakanlah yang terbaik buat kami. terima kasih sebab byk mendidik kami. Allah je yang boleh balas jase cikgu

IMANSHAH said...

uthman

doa cg bersama kalian..semoga berjaya semuanya, jgn ada yg mati gersang di tengah hijau padang star yg saujana mata memandang

mR.sYaH said...

semoga berjaya tuk pelajar pmr yg akan ambil result nnt...

time amik result pmr mmg takut giler sbb dh rasa xleh dpt 9a.. kecewa..

asre amree said...

doakan kami cikgu!

qusyairi fauzi said...

wah..tringat pmr dulu..
next year spm plak!!!
cabaran terbesar...

IMANSHAH said...

Syah

samalah kita, xdpt 9A

IMANSHAH said...

asree

hehe insyaAllah cg doakan kamu berjaya nanti

IMANSHAH said...

Quchai

jgn main2 lagi, next year dah spm..bz memanjang

soffea said...

cikgu, saya suka yg itu; "di mana bermula tidak penting. di mana berakhir itu yg penting".. setuju :)


cikgu iman, meh la join contest jom. hehe.

kembatolo™ said...

akademik bukan segalanya.

Afida Anuar said...

InsyaAllah.... moga segalanya yang terbaik tuk anak didik imanshah...

PS: Wiken baru ni ke ipoh, intai2 juga sekolah imanshah,tapi tak jumpa..;)

IMANSHAH said...

soffea..

contest apa..wah ramai sunggguh yg mengajak saya join contest

IMANSHAH said...

kembatoto

tepat sekali..akademik bukan segala2nya..namun dunia hari ini dimomokkan dengan kepopularitian akademik..gagal akademik, maka anda ibarat org yang gagal..bukankan sistemnpendiidkan kita hanya tahu melahirkan org2 yg berjaya akademik, sedangkan pendiidkan keagamaan hanya sampingan semata-mata

IMANSHAH said...

Afida

alahai sekolahnya mudah sahaja, ditepi jalan utama..jalan ke politeknik ungku omar..ataui belah sini nak ke jaya jusco dan hospital pantai

Afida Anuar said...

hehe, mana la saya tau imanshah. Bukannya saya biasa pun dengan jalan ipoh tu. InsyaAllah next time kalau saya lalu, saya singgah!..

"Boleh saya jumpa cikgu imanshah? Alaa,blogger yang terkenal tu"...^_^

IMANSHAH said...

Boleh2, insyaAllah, saya tiada halangan weee

Mohammad Aiman said...

Kita dituntut untuk menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad..

yang penting bukan dari segi akademik..
bukanlah Allah lihat berapa banyak ilmu kita belajar..
tetapi berapa banyak ilmu yang kita amalkan :)


apa2 pun, good luck kepada pelajar-pelajar bintang ^_^

IMANSHAH said...

Aiman

kau masih ingat kau di tingkatan 2 dan 3 doolu??

ibuintan said...

23hb. yang dinanti.. 2 hari saja lagi, insyaallah dengan usaha dan doa, pelajar star pasti akan cemerlang

ibu juga terasa debarannya

IMANSHAH said...

Salam Ibu

Eh ada anak tingkatan 3 ke

Ujang9897 said...

aku dulu 1a jer..hahaha

IMANSHAH said...

ujang

ok lah tu, buat penawar..haha

Myaby said...

23 hb ni dah keluar result pmr kan. jeng jeng jeng

IMANSHAH said...

Myaby

ahah cg2 pun kecut jugak

Suhami Ahmad said...

gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya

IMANSHAH said...

suhaimi ahmad

saya sangat setuju dengan tuan

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

moga jasa cikgu diberkati
Allah akan balas
mukin hari
mukin besok
mukin tahun depan
Insyaallah
di Akhirat nanti

Wassalam

apezs shah said...

aits mcm sedeh pula.. semoga mereka berjaya... cikgu derangkan terdidik...;)

IMANSHAH said...

Rozali

insyaallah, syukran atas doa

IMANSHAH said...

apez

jgn sedey2..semoga mereka berjaya

Sham said...

aku tak ambil pun PMR...rasa tua la plak...huhu...

Cik Tom said...

happynya budak2 tue lepas exam...cik tom suka yg notakaki imanshah...yup dimana bermula xpenting..yg pntg dimana ia berakhir..

r'Da said...

sy follow blog awk,jom follow blog sy lak..ssaje nk rmai kan kenalan.. =)

Aku Dan Mereka said...

cikgu doakan kami semoga batch 052 menepati sasaran yg ditetapkan .
"STAR ALWAYS NO.1"

wahida said...

betul tu cikgu, kalau pandai, semua student punya usaha, kalau buruk keputusan, cikgu dipersalahkan...kesian kat para pendidik kan?

Amy Syaquena said...

As'salam...

sukenya mereka tue lepas exam ye.. merdeka tue...


p/s: jom tinggalkan detail diri di sinar raudah...

IMANSHAH said...

sham

memang lah, kau tu cg yg ngajo PMR

IMANSHAH said...

Cik Tom

kata-kata itu saya pegang sampai sekarang

IMANSHAH said...

rDa

terima kasih ya..nanti saya jenguk dan follow

IMANSHAH said...

wahida

haha, bersedia menurut perintah..

IMANSHAH said...

Amy

nanti imanshah jenguk sinar raudah,,,nak detail apa tu

IMANSHAH said...

Aku dan mereka

wah sejak bila ada blog ni..ramai tol anak murid saya ada blog..

insyaallah semoga berjaya semuanya

Aretikz said...

Dup dap dup dap.. hehe..
Yang penting.. paling terbaik ilmu yang diamalkan.. hehe..

IMANSHAH said...

Aretikz

kau betul, ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah

nunama said...

aah. masa sek dulu pun selalu dgr cikgu-cikgu cakap mcm tu.
kalau berjaya, puji murid. kalau gagal, cikgu yang kena.
Cabaran seorg guru.
Papepun, best of luck!! :)

p/s: rasanya, murid x lupa jasa guru yg mendidiknya. hehe :)

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

sokong sangat nota kaki tuuu..
Dapat 1A je upsr.sobs.

IMANSHAH said...

nunama
selalunya pihak yg berwajib lah yg salahkan kita..depa xmau ada alasan budak malas ke, budak teruk ke..

IMANSHAH said...

nauratul

takpe, terus gigih berusaha ya nak

Sepatu Hijau said...

salam

jangan berbicara tentang kegagalan kerana saya juga pernah beratus-ratus kali gagal dalam hidup ini :(

h A n Y S said...

btl cikgu, at certain circumstances, cikgu2 jgk yg dpersalahkan..cth laen yg famous, mcm pelajar nakal kena marah dek guru, tp guru tu pulak kena marah balik dek parents diorang.. hmm..tu lah antara cabaran nya jd cikgu, kan?
;)

IMANSHAH said...

sepatu hijau

bukan gagal, tapi kejayaan yang tertangguh

IMANSHAH said...

Hanys

Betul tu...kawan saya pernah nak ekna saman oleh parents sebab ambil tindakan disiplin

Yatre Hayati said...

Eh macam sama situasi SPM dan PMR kita. PMR result ke longkang tapi SPM alhamdulillah :)

IMANSHAH said...

Yatre

Haha saya bukan ke longkang, ke sungai terus

Semarak Api said...

erkk..sy cume mau komen gmbr tuuu..

suka pic tu! tgk pic tu sy ble feel btp releasenye time abeh exam.wuwuwu mmg indah dunia! haha..rndunye zmn blaja T_T

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget