WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 8, 2010

MAJLIS AIR MATA

Salam buat semua. Hari ini  agak sibuk menguruskan beberapa hal. Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan SPM sekolah saya bertugas. Jadi saya kena menguruskan beberapa perkara. Kelam kabut dibuatnya, maklumlah cuti sekolah. Ramai guru yang bercuti. Inipun baru balik dari sekolah berbincang beberapa perkara penting. 

1) Malam Tautan Memori Batch 50. 

Saya bertindak selaku guru penasihat. Terpaksa ke hulu ke hilir, naik turun hotel untuk membuat pembayaran, food testing, persediaan dewan dan sebagainya. Begitu juga soal membeli hadiah, cenderamata dan buku program. Majlis akan berlangsung pada 9 Disember 2010 jam 8.00 malam. Jamuan akhir tahun Tingkatan 5 ini seringkali menjadi MAJLIS AIR MATA. Kiranya koordinator majls lah ni.

2) Majlis Graduasi Batch 50. 

Akan berlangsung keesokan harinya 10 Disember 2010. Juga bertindak sebagai penyelaras program. Majlis ini lebih kepada pemberian sijil tamat sekolah kepada para pelajar yang akan meninggalkan sekolah. Juga sebagai episod penyerahan semuala pelajar kepada ibu bapa dan keluarga setelah 5 tahun diasuh, dididik di alma mater ini. Kali ini majlis bertambah sedih, ada pula tangisan dari ibu bapa.. Hukuhuk.. MAJLIS AIR MATA LAGI

Apapun, insyaAllah, saya akan update kedua-dua majlis ini jika berkesempatan. Selepas menjenguk sekejap HOK SENGOTI ini, saya akan berkejar pula menguruskan program main air untuk Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan Pelajar Projek Khas (miskin)  ke Bukit Merah Laketown Resort.. Wah dugung-dugung nak mandi rupanya. 


Notakaki Imanshah

Antara tangisan yang digalakkan dalam islam ialah :
1) Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah 
2) Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukan
3) Apabila bertambah keimanan kepada Allah
4) Timbul dari rasa khusyuk dan tawaduk
5) Bimbang terputusnya rahmat Allah
6) Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaran


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

59 GENTA RASA:

Un Phat Lee said...

waah..busy betul cikgu nih...tapi masih lagi sempat berblogging.gud2. ehe XD

IMANSHAH said...

Fadlee

jap lagi kul 3 kena kuar dah..malam karang sebelum tido baru leh jengah

kakcik said...

Dah habis SPM ni, maknanya dah boleh betul2 bercuti atau kena 'tanda kertas periksa' pulak? :)

IMANSHAH said...

kakcik

nak bercuti ni..hehe

ibuintan said...

lima tahun bergaul bersama, memang hari terakhir hari mencurah air mata..

::FAIZ FARISH:: said...

suka nota last tu

Cik SHiNJU said...

Adat la tu nangis2 nak berpisah..
Dah 5thn bersama menimba ilmu..

My Little Diary said...

salam,
byk nya aktiviti.. hehe

eszol said...

pelik

patot da lali da cikgu

hysman said...

betul3..
tapi la nih ramai yg nangis semata2 pesal cintan..adehhh..

IMANSHAH said...

Ibuintan

tetntulah, tidur sebantal , makan sepinggan bak kata orang

IMANSHAH said...

Ibuintan

tetntulah, tidur sebantal , makan sepinggan bak kata orang

IMANSHAH said...

Fauz

cikgu pun rujuk tulisan orang.hehe

IMANSHAH said...

Cik Shinu

mereka bukan sahaja 5 tahun menimba ilmu, tapi tahun bergaduh, bermesra bagai saudara di asrama..

IMANSHAH said...

my litle diary

tulah memang penuh sepanjang tahun, tupun tak termasuk bulan2 biasa yg tak bercuti

IMANSHAH said...

eszol

bukan saya yang nak nangis, depa lah fivers yang nangis..apakehal aku nak nangis lak..haish

IMANSHAH said...

Man

ahah, gadoh nangis, putus nangis..
bak kata sesuai benar dengan lagu "cinta dan air mata"

Tomato Gurl's Life said...

owh cikgu ker??dah tue cikgu nangis x?hehe...

IMANSHAH said...

tomato

sy xnangis lah..haha budak2 lah yng nangis..eh orang glemer jenguk blog saya. tak sangka

gabbana said...

eh kenapa zaman saya tiada pon majlis graduasi sempena dah abes seholah...??

ini.. ini..

INI TIDAK ADILLL...!!!

Cis.....

IMANSHAH said...

Gabbana

Haha masa itu saya masih baru, dan tak berpengalaman lagi..haha

Fakhrur Razi berkata said...

huhu mmg sedih owh
dlu masa nk berpisah salam2 cikgu semua..
maklumlah lepas nih entah ada rezeki ke x utk jumpa lagi

IMANSHAH said...

razi

sesekali jenguklah cg2 kamu di sekolah..

h A n Y S said...

sibuknye cikgu.. even sibuk pon, TQ lah sebab sempat gak terjah n komen blog hanys td, heh heh~ ;D
btw,selalunye majlis air mata utk student form 5 ni lah yg paling diingati, sbb last jadi pelajar sekolah, lepas ni dah tak pakai baju sekolah..dah tak pi sekolah..etc(unless ambik form 6 lah..)hehe..

teringat zaman sekolah dulu, ouh! SANGATlah rindu!

IMANSHAH said...

Hannys

haha betol2, tapi selalunya kalau form six ada yang pg sekolah lain..

Kalamhati said...

ore kuat skoloh ni..hehe

lumut said...

sekarang kalau aku hadirkan diri dekat mana2 majlis airmata mcm susah je nak nangis...

tp aklau dlm bilik sennag plak layan perasan kan.adeh

IMANSHAH said...

kak wan

gilo kuat..haha angkat sekolah lah jawabnya sebab kuat

IMANSHAH said...

lumut

wahaha atas sejadah lagi mudah keluar air mata..tak gitu

darkbatman said...

busynye biler jd cikgu kan..dh x mcm dlu.hehe

IMANSHAH said...

darkman..
tulah busy, lepas jaga spm, kena pula menanda spm..haha, mana nak rehat ngan family

Citarasa Rinduan said...

cikgu..

wah buzy lah lepas nie...agak2 sempat singgah citarasa rinduan tak.

IMANSHAH said...

ayu

insyaallah, idoklah bz sampai tak sempat nak jengah citarasa rinduan..hehe, tu tempat lepak wajib

Mohamad said...

Salam Imanshah,
Perpisahan memang menyedihkan.. saya selalu mengalirkan air mata jika nak bertolak balik dr semenanjung ke sarawak. Tetapi apakan daya, perpisahan itu mengajar kita erti kehidupan... sampai masanya kita akan pergi jua..

IMANSHAH said...

En Mohammad

saya juga berperasaan begitu, berpisah di dunia ini sebagai simbol untuk kita meninggalkan dunia menuju akhirat yang abadi

nas said...

adoihh..cikgu nih...citer pasal nie..terkenang time aku sekolah2 dulu2..time 3 tahun lepas..majlis air mata..waaa :P

tips menjadikan blog kelihatan lebih profesional dan cantik

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

tingat zamn blajar dlu de mjlis air mate ni sgala ni..

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

ada harapan calun APC tahun ni
Insyaallah

Wassalam

IMANSHAH said...

nas

haha tulah pasai..persahabatan dengan teman-teman masih terjalin??

IMANSHAH said...

A.F.A

kamu nangis ke?

IMANSHAH said...

razali

Saya dah dapat tahun 2007 dulu rasanya dah takde dah..lambat lagi turn

Idalara said...

Salam Iman
pasni bolehlah rehaat puas2..balik kg jumpa mak..dan fikirkan diri sendiri pulak..

p/s ada harapan tak iman menangis dlm majlis tu nanti..

amirul said...

Nanti cikgu Iman pun tumpang sekaki untuk menangis ye... jgn lupa bawak bekas untuk tadah air mata... boleh dibuat air mujarab... hikss!

P/S: ceria dan meriah murah baru... follow networked blog... sila follow balas di blog saya... :p

Afida Anuar said...

Bijjiiinyerr cikgu iman kita ni....

First time saya dengar majlis perpisahan ni dipanggil majlis air mata ni..he he..

eh betul jugak la, saya dulu pun masa majlis perpisahan form 5 ni pun menangis jugak..errr..

sonata anak kancil said...

tahniah ! seorang guru dedikasi...semoga terus cemerlang dalam kerjaya! Hanya Allah swt jua yang membalas jasa cikgu...percayalah...dengan keikhlasan melaksanakannnya kita akan beroleh ganjaran2 yang tidak nampak @ perasan oleh kita...insyaAllah.

nunama said...

terbaiklah cikgu! :)
bertambahla kenangan budak2 tu nanti.
hehe.

IMANSHAH said...

kak Ida

InsyaAllah, akan pulang ke kampung bertemu bonda..akan mengikut nasihat kak ida memikirkan masa depan..

IMANSHAH said...

Amirul

terima kasih, insyaallah saya follow

IMANSHAH said...

Afida

haha sangat nostalgikkan zaman itu..wah majlis air mata paling syahdu bila part depa tayang video klip dari form 1 sampai la ni

IMANSHAH said...

Kak Sonata

erima kasih, kata-kata semangat dan dorongan dari seorang pentadbir..InsyaAllah akanmelaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin

IMANSHAH said...

Nunama

ingin melakarkan memori pada kanvas kehidupan

mR.sYaH said...

wah busy betul cikgu yerk...

jgn nangis byk sgt cikgu nnt lebam plak mata.. hehe..

IMANSHAH said...

Mr syah

hehe xde maknanya nak nanges2

SiNoMoSa said...

Salam Imanshah,

Wanita dan airmata tidak dapat dipisahkan huhu

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Bila nak bercuti balik kampong..

IMANSHAH said...

Sinomosa

tapi kami sekolah lelaki..haha

IMANSHAH said...

wsalam ustaz

insyaallah ahad ni kot

HonEyBuNNy said...

cikgu jgn ngagis tau...ehhehhe

IMANSHAH said...

Honey buny

Cg dok nangis pon..hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget