WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, December 27, 2010

MAK, TAKKAN KASUT SEKOLAH BUAT RAYA??

Salam sejahtera buat teman-teman yang disayangi. Masih dalam mood bercuti walaupun penggal persekolahan 2011 sudah hampir menjengah. Semalam juga selepas berlakunya TRAGEDI AHAD  yang meninggalkan kenangan lucu, aku bergerak pula ke pasar raya yang berdekatan. Jangan bimbang  CkLAH,  kita tak akan berlaga  troli sebab saya tak ke pusat membeli belah yang selalu menjadi idaman kalbu CkLah. Alang-alang dah menyeluk perkasam biar sampai ke ketiak masam. Wahaha. Peribahasa baru tu. Murid-murid sila salin, cikgu sebut tadi. Wahaha.

Rupanya, persiapan sekolah belum lagi. Maklumlah anak ramai. Kasut sekolah tak tukar lagi, baju canggih tak beli lagi, beg upin dan ipin pun depa nak. Tak boleh jadi, nanti dah habis Year End Sale, mahal balik kasut bata aku.  Haha, cari-punya carik, maka berkenanlah aku pada yang ini.


Ok tak?? Isy gambar baju ngan tie, cerita kasut pun nak tulis ka?? Dah kering idea la tu mamat sorang ni. Wahaaha, takpalah kering pun keringlah, sekering poket seluar aku ..hehe. Ni sibuk nak tunjuk gambar kasut, tie ngan baju ni bukan apa. Semangat nak sekolah balik ni. Ingat Kak Bedah ngan Markonah Gebu je boleh buat baju kurung empat lima pasang nak bukak sekolah?? Owh aku tak nak kalah, biarpun selai sahaja, asal hado.. haha. Yalah orang kata tengah-tengah sale ni cepat-cepat sambar satu. Baru bila bukak sekolah,  idak le pakai baju yang sama lapan tahun. Bukan nak mengata tapi ada dalam kalangan teman-teman, bujang lagi, pun baju kerja tidak berganti sejak tahun 2004.. sungguh berjimat-cermat sekali. Silalah sedih kalau anda terasa. 

Apapun bila nak bukak sekolah macam ni, terkenang pula zaman sekolah dulu. Setahun kami empat beradik yang sekolah. Kakak dan abang pula kat universiti. Bayangkan perbelanjaan yang diperlukan untuk menyekolahkan kami. Akhirnya, apa yang kami buat..PAKAI YANG ADA. Dan aku yakin kawan-kawan pun sama. PAKAI MANA YANG ADA. Pernah satu tahun hari raya dan penggal persekolahan hampir serentak. Ayah aku belikan kasut sekolah untuk dua dalam satu. Hari raya pakai kasut sekolah. Wahaha, tersenyum simpul aku bila orang pandang. Kasut putih, berseri-seri dari jauh. Erm, mulut cakap, Alhamdulillah, ada gak kasut. Tapi dalam hati, wahaha meronta-ronta . Dipadankan dengan baju melayu tahun sudah.  Sungguh kacak rasanya.  Seminggu kemudian sambung bawak pergi sekolah. Tak lah pulak menangis terguling-guling kan.

Dan Alhamdulillah, hari ini, suasana dan keadaan juga berubah. Kebanyakan dari ibu bapa sekarang sudah ramai yang bekerja, makanya keperluan anak-anak mudah dipenuhi. Bagi yang tidak mampu, ada badan kebajikan atau wakil rakyat yang memberikan bantuan persekolahan. Begitu juga di sekolah-sekolah diberikan bantuan KUWAPM ataupun Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.Kira anak-anak zaman sekarang lebih bernasib baik kan. Apapun bagi yang belum membeli keperluan anak-anak, belilah sekarang kerana penggal persekolahan akan dibuka tak lama lagi. Semoga anak-anak kita mendapat suntikan motivasi untuk mereka meneruskan persekolahan dan berjaya dengan cemerlang. Bila dah berjaya jangan lupa jasa ayaha bonda!!


Nota Kaki Imanshah :-

Nostalgia kasut Bata Marco Pollo dan Pallas Jazz zaman perseolahan dan seluar beggi import dari Takbai masih di hati. Cuma baju sekolah canggih tak sempat merasa.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

67 GENTA RASA:

Mak Su said...

salam hormat, sy lum bawak anak2 gi supping persiapan sekolah lagi... tunggu gaji, bonus tak dak, pekerja swasta :(

Cik Mus said...

Selamat kembali ke sekolah :)

sahromnasrudin said...

budak skolah skrg pakai seluar dockers khakis huhuhuh

kakcik said...

Pernah pakai kasut Fung Keong tak? ;-)

Sekarang ni harga beg sekolah untuk anak2 pun dah lebih mahal dari harga beg tangan mak!

syira aka sepatu hijau said...

salam

sekurang-kurangnya ada juga kan :)

nunama said...

haha. tau xpe.
setuju! Pakai je apa yg ada.
"Hidup jangan banyak complain"

Selamat menjalankan tugas! :)

- abdul hadi abdul muti - said...

wah, cikgu yang bergaya.haha. cikgu sempat tak tengok cerita carekarama ksut sabtu haritu? best, insaf. cerita pasal kasut sekolah

SiNoMoSa said...

Salam Iman,

bravo sungguh gigih kerana tidak nangis guling2 bila kasut sekolah cum kasut raya..

zaman sy dah kuar kasut carlton masa tuh hehe

hysman said...

smart le cikgu...
kombinasi kaler yg mantop..
pasti ade anak murid tersangkut..
selamat mengajar..
;)

::FAIZ FARISH:: said...

aku suka tie tu....

Dinas Aldi said...

nak mula tahun baru, kena la ada jugak sepasang yg baru sekiranya mampu. kalau terlebih mampu, biorla berpasang2, kehkehkeh!
akak xda pun buat baju kurung baru untuk start sekolah tahun depan ni :)

ibuintan said...

dah terbayang pagi Isnin nanti betapa manchonya cikgu Imanshah ke sekolah...berkilat2 kasutnya

nasib baik semua putra kat situ, kalau tak ada yang ngikut pulang

Tukang cerita said...

kombinasi warna yg menariklah tie ngan kemeja tu...suka akak tgk....

sakan cikgu ni.....
:)

erk, man...

shahnun ni ngajar sekolah laki...bahaya kalau students dia tersangkut ngan dia...hahhahhahha

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Sesekali bertukar pakaian baru tu takpe kan!

Mohammad Aiman said...

gaya macam budak nak masuk darjah satu... haha..
=)

wahida said...

mmg sedih kan kalau ingat pengorbanan parent kita utk sekolah kan kita? anak2 sekarang mmg untung...semua nak dpt jer...

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu. Wah, semangat kembali ke sekolah dah bermula ya. Em, apa salahnya serba baru kalau dah perlu dan mampu.

Yap, walaupun hanya sepasang sepatu dan kemeja kelabu. Alhamdulillah rezeki cikgu. Tumpang gembira~

Tambahan: Aduhai, terharu sangat bila flash back zaman dulu-dulu. Susah payah ibu siapalah yang tahu kan (ibu saya, ibu tunggal).

gadisBunga said...

skrg ni saya baru belikan brg2 sekolah utk adik bongsu, pun dh terasa amboi..mahal!

dulu mak ayah menanggung kitorg 5 beradik ni tak kata pape pun.

rasanya living cost kite sekarang semakin naik tanpa kite sedari kan?

anyway, semalam kembali ke skolah ya. :)

IMANSHAH said...

Mak Su

Ada masa lagi tu, lepas dapat gaji bawaklah..

IMANSHAH said...

Cik Mus

Kamu juga, selamat kembali ke UPSI

IMANSHAH said...

Sahrom

Baguslah, pembaharuan, dunia makin moden

IMANSHAH said...

KakCik

Tak sempat, kasut getah tu kan..kakak ngan abng pernah..alahai betul tu, harga beg depa lagi mahal dari beg mak

IMANSHAH said...

Syira

Yup, ado tetap ado..Kau hado??wakakaka

IMANSHAH said...

Nunama

Hidup jangan banyak komplen..suka falsafah tu

IMANSHAH said...

Hadi

Awat tak tengok, tengok Kak Yah berlakon kan..haha

memang banyak yang belajar dari cerita itu

IMANSHAH said...

Sinomosa

Dalam hati sapa yang tahu kan..Wah kasut charton tau2..tapi mahal kot..mana mampu

IMANSHAH said...

Man

Adoya, anak murid gua sume jantan da..jgn sangkut ngan gua..larikkk

IMANSHAH said...

Faiz

Aku pengumpul tie..tadi baru beli satu lagi tie

IMANSHAH said...

Kak Dinas

Tapi orng perempuan dalam tak buat baju baru tu, lepas masuk mengajar berpasang2 depa bikin..kannn..kenal sangat lah..tu tak masuk tudung lagi..haha

IMANSHAH said...

Ibuintan

Hehe kilat ke??Penggal pertama memang kilat, then ..haha toksah habaq lah

IMANSHAH said...

Kak Nurul

Wahaha, Man tu dah 2 tahun kenal saya, masih tak tahu anak 2 murid saya semua Jantan

IMANSHAH said...

Ustaz
Betul tu, tapi jangan tiap1 minggu kan..haha

IMANSHAH said...

Aiman

U noe me kan..kalau bab2 bergaya kan..haha

IMANSHAH said...

Wahida

Tulah, bila dah berjaya, usah lupa mereka yang berjasa

IMANSHAH said...

izzah

Lagi besar tu pengorbanan ibu tunggal..hurm, yalah kalau perlu dan mampu, apa salahnya angkat tiga sekaligus atau satu je kalau tak mampu...

IMANSHAH said...

Gadis Bunga

Tulah living kos meningkat, gaji pulak tak yahlah nak cakap..hehe

ckLah@xiiinam said...

Ada juga kasut kulit hitam....


ckLah dulu...kasut getah putih bapak beli maa raya saja...lepas pakai raya, pakai ke sekolah...

IMANSHAH said...

CkLah

Bukan kasut kulit hitam, kasut putih la..kasut kulit tu dah besar baru merasa

khaifaiz said...

Peh kasut.. kilat semacam boleh buat cermin tu a.k.a 2 dlm satu.. heheh

iKhRam said...

hahaha
YES
aku dah sambar dua pasang utk pakaian sekolah aku kat mktb.. hahaha

best


yang benar
ikhram

IMANSHAH said...

Khaifaiz

Saya seorang yang berkilat..wahaha

IMANSHAH said...

Ikram

Maktab pun dah nak bukak an..selamat kembali

My Little Diary said...

salam,

saya zaman skola dulu, kasut bata, baju sekolah mak jahit sendiri, tak pernah pulak merasa nak pakai canggih manggih ni, budak sekrng memilih ye! hehe

saiful said...

teringat masa sekolah menengah dulu, 2 tahun pakaian sekolah tak pernah bertukar baru berbanding anak zaman skrg sthn 3-4 pasang.huhu

IMANSHAH said...

MLD

wahaha, zaman depa..mak zaman sekarang pun mana pandai jahit baju..semua tala ke butik her.haha

IMANSHAH said...

Saiful

Zaman dah berubah, pakaian pun takdop kualiti dah sekarang

CIK TOM said...

smart baju n kasut tue :)

p/s: sori br smpt bls knjgn sblm ni :)

IMANSHAH said...

CIK TOM

No hal lah, kunjung mengunjung amalan mulia

Adinda Amy Sensei said...

hai.. :P

Adinda Amy Sensei said...

oppss..jg pengomen ke 50...:P

IMANSHAH said...

Cik AMy

Tak aci..49 dan 50

Semarak Api said...

ckgu jgn xtau..kdg2 students ni ngumpat2 gk ssm sndri kalo tgk ckgu2 asek pkai bju sm gi ngaja.haha..kdg2 tu ble hfl ckgu ade bpe psg bju:P..

ckgu ni sy rs kena ade bju ckup2 tuk sbln.jgn rotate.kalo nk rotate stat bln dpn plak.haha..bru ank murid x prsan..hehe

Afida Anuar said...

Ingatkan bebudak je masuk tahun baru berganti baju kasut bagai, rupanya cikgu pun sama!..hehe.

IMANSHAH said...

Semarak Api

wah pengalama baik punya..mesti keje mengumpat cg2 yg pakai baju sama..haha

IMANSHAH said...

Afida

Haha of course nak lawan ngan Markonah Gebu..kehkeh

sekamar rindu said...

salam..

hujung2 ni ramai mak bapak sibuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak..

kita yg cikgu ni..pakai lah apa yg dah ada tu..:)

IMANSHAH said...

Cikgu Sekamar Rindu..

nanti giliran cikgu lak ya, ada anak..beli baju untuk anak-anak

soffea said...

perghhh.. bergaya sakan cikgu di tahun 2011 ye :)

IMANSHAH said...

Soffea

Sekali sekala kan,, murah je..xmacam org pempuan..sehelai baju saya tu hanya mampu beli maskara awak je..hehe

Yatre Hayati said...

kita gadis comel !! isnt that obvious !! sampai hata :(

Padan muka kena pakai kasut sekolah dengan baju raya :P

IMANSHAH said...

Haha

sorry, nanti cikgu ubah ngan HAWA..kahkah

eszol said...

saya da dkat 2 tahun x berbaju baru

IMANSHAH said...

eszol

yo yo ah..mai ipoh, kita g shopping

darkbatman said...

ak pun cm2 gak bro..kdg2 ape je terlintas ak pakai..hehe

IMANSHAH said...

darkman

hang takpa tough, pakai apa pun nampak semart..wakaka

nza said...

skrg cikgu pn nk pakai br baju bila melangkah hr prtama ke sk...xnk kalah dgn anak2 murid...he....

IMANSHAH said...

nza

Haha, amik semangat kak bukan apa kan..kadang2 semangat tu yang penting dari baju baru,,kahkah

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget