WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 3, 2010

MENTIMUN UNTUK TUAN

Rasanya semua orang dah buat entri pasal saman ekor ni. Tidak bercadang untuk mempertikaikan apa-apa kerana sebagai rakyat marhain, ibarat mentimun, digolek kita kena, tergolek pun kena. Apapun ingin kuhadiahkan mentimun ini untuk tuan. Biarlah rahsia. Dah banyak blog yang mempertikaikan saman ekor ini. Kalau nak baca singgahlah DI SINIDI SINI dan DI SINIAkupun tahu aku ada saman ekor apabila nak perbaharui insurans dan cukai jalan pada bulan September yang lepas. Makanya cukai jalan hanya boleh diperbaharui untuk tempoh enam bulan sahaja. Untuk baki enam bulan lagi, aku hendaklah menyelesaikan semua saman yang tertunggak. Semuanya berjumlah RM 750. 

Monolog : Alahai, baru tujuh lima kosong, dah berkokok, orang lain sampai empat, lima ribu ...


Agak kesal juga kerana sepanjang dua 5 tahun iaitu dari bulan Jun sehinggalah September tahun ini aku tidak menerima sebarang surat. Bila kecoh tentang saman ekor, barulah aku tahu rupa-rupanya saman ini dah berulat dah. Kereta aku yang disaman pun dah tak tahu sapa pemiliknya sekarang kerana telah dijual pada tahun 2008. Cuma kemusykilan besar timbul tentang saman pada 4/8/2006 yang melibatkan laluan Kampar..Rasanya pertama kali aku sampai ke Daerah Kampar pada tahun 2008. InsyaAllah wang bantuan khas yang akan diberikan oleh kerajaan berjumlah RM 500 nanti akan digunakan sepenuhnya untuk melunaskan segala hutang pada KERAJAAN.

Notakaki Imanshah : 

Apapun berbalik kepada rezeki. Kalau dah namanya bukan rezeki, nasi dalam mulutpun bisa terkeluar. Betul tak??



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

50 GENTA RASA:

ibuintan said...

salam iman,

ala...baru RM750, tak luak lagi tu... bayar saja demi negara..

RM500 tu dah masuk semalam lagi, esok boleh lah pegi bayar...

ibu pun kena jugak bulan Okt lepas RM300...jee

IMANSHAH said...

eh dah masuk ke??alahai...tertinggal kereta api betul lah..haish

eszol said...

da masok ke x pon x taw

pe la cikgu ni

Dinas Aldi said...

duit tu dah masuk dah semalam lagi. selamat bayar saman, dik.

IMANSHAH said...

Eszol

mana lah tau, duit gaji 4 bulan lepas pun tak guna2 lagi..kuikui

IMANSHAH said...

Kak Dinas

Betapa berat hatiku,,,hukhuk

Mohamad said...

Apa boleh buat iman.. yang salah tetap salah. Boleh mohon ampun sikit kot.. mana tahu ada lagi rezeki...

Tukang cerita said...

akak check sms, kami laki bini tak dak?
tp boleh pcaya ke?
kang nak renew roadtax, kn bawak duit seguni plak...

Citarasa Rinduan said...

cikgu--
agak malang lah...

berat juga nak keluarkan rm750 kan..

hari ini hari saya...agak2 repair motor tu cikgu tolong sattle boleh ker?

IMANSHAH said...

Mohammad

Betul kan...salah tetap salah..ambo nak merayu, dengar khabar buleh merayu

IMANSHAH said...

Kak Nurul

wah itu sudah bagus..alhamdulillah, InsyaAllah boleh percaya

IMANSHAH said...

Ayu

Tadi kan pagi2 saya dah pesan, naik motor sampai bertiga..masin juga mulut ayu..

Alahai saya pun dah pokai lah..duit berniaga hari ini tak boleh ambil sikit ke??

Citarasa Rinduan said...

cikgu--
duit jualan agak-agak nak pusing untuk esok pulak..

itulah,.rasanya ayu nak kena jalan kaki...selain bersenam kena lah tunjukkan skill berlari..hehehhhe

ckLah@xiiinam said...

XIIINAM suci.....

:D

hysman said...

dah masuk dah bro..
hohoho....

tp yg peliknya saman ekor ni takde bukti..itu yg sakit hati.. takat klu detail tu sape2 boleh buat..
hurmmm.... tunduk....

Fakhrur Razi berkata said...

hohohoho menakutkan betul cukai nih..
RM500 boleh beli mcm2 owh xD

ye lah student xbyk dpt pgg duit besau =.="

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

Allahuakbar..
Insyaallah ada ler rezeki lain nanti

Wassalam

Muhamad Zaki Zafir said...

nak check, tp kalau dpt tau ada,mmg seriau lah.hbs elaun bulan ni.saman ekor, saman tanduk, saman gading.ah bosan..

wahida said...

benci saman ekor!!! huh!!

soffea said...

saye pon dok check juga tadi.. nasib takde.. sbb rase mcm kene speed trap je.. huhu.

tp risau gak kan kalo mcm nie.. smpai dh berulat. huhu..


nway, setuju. kalo dh bukan rezeki kite kan.. selamat mbayar saman dgn RM500 tu. hehe :)


smart blog :)

IMANSHAH said...

CkLah

Alhamdulillah selamat

IMANSHAH said...

Ayu

Kalau jalan elok juga, boleh bakar lemak2 yang degil tu

IMANSHAH said...

Man

kau dah check ka??aku tak tau pun duit dah masuk, ingat ujung bulan sama gaji ma

IMANSHAH said...

Razi

haha jgn risau, sampai masa karang duit beribu2 lemob dapat pegang..kena pandai laburkan ke tempat yang berfaedah sahaja..

IMANSHAH said...

Rozali

harap2 begitulah hendaknya...

IMANSHAH said...

Zaki

Takpalah dah gitu caranya, dah kita bawak laju, takde pilihan..mentimun katakan

IMANSHAH said...

Wahida

jgn benci2 ...tak baik

IMANSHAH said...

Soffea

rasanya lepas ni dah takde kot saman ekor..takpelah nak buat macam mana kata orang rezeki dah tersurat sejak azali lagi

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

Salam kunjungan salam ziarah…


eeeemmmm memang berbaloi-baloi ko dapat bonus RM500 tu ye boleh sedekah balik kat kerajaan ye....

nak buat camnerrrr tak rezeki namanya.....

Azmi said...

bagusla kalau kau fikir mcm tu..
eh kau dah buat pop out utk komen???
bgus la senang sikit

IMANSHAH said...

Afzanizam

bagus , sangat bagus...haha, positif2

IMANSHAH said...

Azmi

ahah, aku pernah buat then tuko balik, then buat balik..hehe

sekamar rindu said...

salam..

betul tu...rm750 dah kecoh..

IMANSHAH said...

sekamar rindu

ececeh, 750 buleh wat beli gelang emas woo

Cik SHiNJU said...

Loh..keta dh jual kita yg kena bayor saman? Tak patot!


p/s - cari shoutbox x jumpe..
dah follow blog ni :)

IMANSHAH said...

Cik Shinju

haha, saya takdok shoutbox..tak berapa gemor..hehe

mR.sYaH said...

500 xcukup nk byr tu.. xpe guna duit gaji plak.. heheh..

hazlin said...

bayar je.. nak jadi durian, lambat lg...

sahromnasrudin said...

as salam..bersangka baik..sedekah je la kat kerajaan..selamat melayang minda

IMANSHAH said...

sYAH

AHAH, KOREK SIKIT KAT BANK, ADA LA TU

IMANSHAH said...

HAZLIN

NAK JADIK DURIAN KE?? JANGAN HARAP JE LAH..MENTIMUN NI MAKAN DURIAN JE..HEHE

n@m@n said...

ironinya, depa bagi duit, kemudian kita bagi duit kat depa pulak

IMANSHAH said...

Sahrom

sentiasa bersangka baik..ang tak kena ke jang??

kopiah_alrazi said...

oh..bg ikut email ek skrg..
tapi lambat sgt inform ek pun

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Alahai siannya, tak gi merayu ker?

IMANSHAH said...

N@m@n

betul, aku sokong seratus perastus..hehe

IMANSHAH said...

Kopiah

boleh je SMS, tu aku hantar emai untuk detail

IMANSHAH said...

Ustaz

saman ekor boleh merayu ke??tak tahu pulak

Semarak Api said...

cikgu.hehe...sy kalo 75 pon da mgeletar kot.ni kn plak 750.pengsan!

IMANSHAH said...

Cik Semarak

adeh, takpo nanti koja tujuh ribu pun biasa

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget