WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 3, 2010

NAK MASUK KE DALAM KE?





Selamat hari Jumaat buat semua. bagaimana dengan Jumaat anda kali ini?? Mungkin jumaat terakhir buat sebahagian dari kita kan. Apapun hari ini aku nak bercerita tentang satu kisah yang berlaku pagi tadi..

Kejadian berlaku di Ampang Baru/Tambun

"Tolong keluarkan IC dan lesen..", aku diarahkan oleh dua pegawai polis yang mengadakan sekatan jalan raya.

"Sekejap ya encik.." dengan  konfidennya aku menjawab.  
 "Ada dalam wallet ni.."

Aku mengeluarkan kad pengenalan dan IC, lalu menyerahkan kepada polis tersebut. Sekilas aku terpandang tarikh luput lesen 30 November 2010. Berderau darah naik ke kepala.

"Encik, lesen encik dah tamat ni. Hari ni dah 3 Disember. Encik memandu menggunakan lesen  yang dah tamat tempoh ni..."

Dengan  muka kelat dan pucat aku menjawab "  Minta maaf encik, saya tak perasan..sungguh saya tak perasan lesen saya dah tamat tempoh..." macam nak menangis la pulak.

"Encik tau tak , kesalahan encik boleh menyebabkan encik masuk  ke dalam.."

"Masuk ke dalam..??" aku buat-buat bodoh alang bertanya.

"Masuk ke dalam penjaralah..!!"

Itu cerita aku pagi tadi. Orang kata kalau dah nak kena kan, lari ikut lubang manapun akan berjumpa juga. Tapi aku memang tak berniat untuk memandu menggunakan lesen yang dah tamat lesen. Sunguh, pertama kali aku kena macam ni. Tapi mujur hari ni hari Jumaat. Agak-agaknya sebab barakah hari jumaat, aku dilepaskan selepas merayu. Aku sememangnya hendak ke JPJ membayar saman. Aku terangkan sebaik mungin kepada pegawai polis tersebut. Alhamsulillah, beliau memahami dan meminta aku memperbaharui lesen memandu. Baik boss!! Perintah dilaksana dengan tanpa ada bangkangan.

Tiba-tiba aku terkenang semula pasal semalam. Aku ada menulis pasal entri saman ekor DI SINI Semacam ada sedikit amarah yang bersarang di hati. Lalu pada pagi ini, Allah ketemukan aku dengan musibah ini. Lalu tetiba aku terfikir..Kalaulah dengan hanya RM750 bagi kesalahan yang silakukan aku riuh sekampung, macam mana pula kalau Allah tak tolong hari ini ya.. Sebab  bila aku search internet, hukuman yang dikenakan bagi mereka yang memandu tanpa lesen atau lesen tamat tempoh ialah 

"Kesalahan ini jatuh di bawah Seksyen 26 (1).  Dendanya RM150. Boleh juga di denda RM1000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.."

Kalau berkelapangan, bolehlah rujuk DI BLOG INI


Satu lagi, sifat pelupa atau tak endah ya?? Sama-sama renungkan.. Dan buat semua pembaca HOK SENGOTI, rajin-rajinlah periksa lesen memandu anda, mana tahu kot dah luput tarikhnya sebulan yang lepas. Teringat satu kisah. Kisah lagi kan.. Pak Leman telah ditahan oleh seorang anggota polis kerana kesalahan lesen memandunya tamat tempoh.


Polis : Pakcik , tunjuk lesen..
Pak Leman : Lesen?? ada-ada (sambil mengeluarkan lesennya)
Polis : Pakcik, lesen pakcik dah mati 3 tahun ni.
Pak Leman : Oh ya ke..terima kasih lah nak sebab bagitahu pakcik. Kalau tak memang pakcik tak tahu lesen pakcik dah mati.


Haha, kesian polis tu.

Notakaki Imanshah :

Pelupa itu sifat manusia. Namun usah sesekali kita lupa pada Allah, tuhan yang menciptakan kita. Kalau inipun kita lupa, maksudnya kitalah manusia yang paling sombong di dunia. Berbalik kepada soal musibah, kita seharusnya melihatnya dari sudut yang paling terang darinya.   Ketika seseorang memberi anda segelas air limau yang masam, tambahlah sesudu gula ke dalamnya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

84 GENTA RASA:

sahromnasrudin said...

as salam ziarah..kesalahan ko tue berat..boleh naik mahkamah tue..aku pernah buat entri tentang budak yang lesen dia dah tamat tempoh kne dakwa kat mahkamah...aku harap ko tak naik court la gamaknya huhuhuh

- abdul hadi abdul muti - said...

haha.nasib baik polis tu ok. kalau tak habis.naya ja

eszol said...

hikmah tu cikgu

lain kali jgn nakal2 sgt

IMANSHAH said...

sahrom

harhar, hang jangan lah doa aku macam tu..adei tak mo..

IMANSHAH said...

hadi

dalam hati baca fatihah je banyak2

IMANSHAH said...

eszol

baik boss, tidak nakal lagi

nurkass said...

huhh..baik gak polis tu kan..pasni kena beringat lah cikgu..perkara penting tu..hehe

Citarasa Rinduan said...

alhamdullilah.

cikgu, nasiblah hari jumaat..cikgu dibantu dan ditolong olehNya

saya harap cikgu jangan ulangi yer

PS: sebenarnya saya pun baru baharui sebelum raya haji..lewat 2 minggu dari tarikh asal..

nasiblah saya perasan bila buka walet...terus bergegas pi pejabat pos..
hidupkan 3 tahun terus....(risau kalau terlupa lagi)

IMANSHAH said...

nurkass

betul tu, tapi sellaunya saya ingat, belum lagi gagal memperbaharui lesen berbelas tahun dah

IMANSHAH said...

Ayu

wah lagi best sampai 2 minggu..hihi

hysman said...

salam cikgu..
itu alasan kuno kot.. hehe.. tp ada polis tgok org gak.. klu muka mat rempit kompom die saman jer. tp sebakan cikgu ni muka dedebu suci die kasi lepas ler..hehee..
balik jgn lupe sujud syukur..
hahaa....

IMANSHAH said...

man
wah tersentuh bila mike cakap gitu..dedebu suci ke??nacam banyak habuk je...dah2 syukur pada Allah

h A n Y S said...

itu br 3 hari, hanys pernah dekat SEBULAN tak perasan lesen dah xpired! hahaha, siap bawak pi luar slangor lg (tak ingat pi mane)..nasib tak kene tahan..fuh! ;D

IMANSHAH said...

haha ada lagi lebih teruk dari saya..hehe

Mr.Ix said...

blh dikatakan lucky la.....
i pun pernh naik moto tahan roadblock tp x bawak dompet, ic-lesen x bawak....tp nasib baik dlepaskan

nabilah_2908 said...

polis tu mcm tau2 jer lesen dah expired kan..? huhu...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Ermm...saya pernah memandu dengan lesen yang dah tamat tempohnya sebulan, sungguh tak perasan. Cepat-cepatlah saya perbaharuinya..:)

Dinas Aldi said...

alhamdulillah selamat!
akak ni memang takut sungguh kalau lupa renew lesen memandu, tambah lak bila sekali renew 3 tahun sekali. sampai setakat ni belum lupa lagi & mintak2nya janganla lupa..takut loh..

Tukang cerita said...

pnah kena kes yg serupa..tapi kes akak, lesen baghu mati sari....
tapi sebab masa tu masih anak dara...polis bujang tu lepaskan jer lah... hahhahha

IMANSHAH said...

Mr Ix

Tulah namanya rejeki kan

IMANSHAH said...

Salam Nabilah

Ramai yang kena tahan tu..tapi bila dia tau saya cikgu dia lepaskan kot..tapi musim2 ni ramai juga yang carik duit..

IMANSHAH said...

Salam Ustaz Razak

tengok tu ramai betul yang ada pengalaman serupa..Ya allah bukan tak endah, tapi terlupa kan

IMANSHAH said...

Kak Dinas

tulah, ingat nak renew 3 tahun, tapi apakan daya budjet tak berapa cukop

IMANSHAH said...

kak Nurul

wah mentang2lah anak dara trang tang tang lepas je..hehe tapi kalau kena saman pun apa kesah kan, dr muzhafar kan banyak duit

Muhamad Zaki Zafir said...

denda 1k / penjara? sykurlah polis lpskan.

mngkin blh renew utk 10 thun terus, klu boleh.takut terlupa lagi, sbb biasalah kita kan mmg x tgk lesen setiap hari.. :)

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Barakah kesabaran dan kesedaran tentang kesalahan yang dilakukan, walaupun tanpa niat.

kalau masuk dalam? Kan ke haru jadinya...

Lepas kengkawan semua kena periksa tarikh luput lesen masing-masing agar tak masuk dalam...

hehe.. TQ

Amy Syaquena said...

as'salam..

nasib la abg polis tue ok kalau x naya la jawab nya hu3...

Fakhrur Razi berkata said...

woahhh
mmg nasib baik sgt oh

alhamdulillah...
Allah sentiasa bersama org yg igt pada dia ;D

IMANSHAH said...

admin

tulah saya insaflah..yang salah tetap salah kan..appaun kawan2 sila check lesen masing2

IMANSHAH said...

zaki

eh2 mana ada sampai 10 tahun dik,,,3 tahun je

apezs shah said...

biasalah kan sifat manusia..
naseb kamu dia lepaskan. klau idok. habis..;)



Apezs dah follow here...!

IMANSHAH said...

amy

tulah, tak nak saya ke dalam..kakitangan kerajaan walau sehari dipenjarakan, akan hilang semuanya,,pencen, kerja, graduiti

IMANSHAH said...

Razi

Haha betul2..Allah bersama orang yang mengingati-Nya

IMANSHAH said...

Apez

Tksih turut menjadi sebahagian warga HOK SENGOTI

Semarak Api said...

rmai polis baek2 n btimbang rasa kat mesia ni sbnrnye..sy ske renew lesen buat sthun sthun..kalo skali renew 3-4 thun trus nti kompom lupe!

Syira C Gadis KidaL said...

salam

singgah dan folow ur blog..

setiap yang berlaku ada hikmahnya :)

IMANSHAH said...

semarak api

betul tu, saya pun berfikiran macam tu, mujor IC xperlu nak renew setiap tahun kan,,kalau tak, huh pengsan

IMANSHAH said...

syira

thanks

nanti say follow balik

cikgu isza said...

pernah juga jadi camni.. selalunya mesti xcident.. nak buat laporan.. check lesen rupanya baru sedar dah mati..

Allah memberi petunjuk..

IMANSHAH said...

Cikgu Isza

tu yang takut tu, kalau excident teruk , lagi susah, sebab nak claim insurans susah

wahida said...

nasib lepas...

Cik SHiNJU said...

Salam...

Saya pnah kena,kompaun 300
P byr kat Putrajaya,dpat diskaun..
bayar 120 jek,dorg bagi,saya x merayu pun..Alhamdulillah.. :)

IMANSHAH said...

wahida

tulah, nasib kan,,haha

IMANSHAH said...

Cik Shinju

dia tengok cik shinju lawa kot, itu pasai bagi muroh..hoho

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

Salam kunjungan salam ziarah…. woooo nak tengok balik lahhh lesen aku ni mana lah tau dah tamat tempoh .... pasal aku hidupkan 3 tahun sekali dah lama dahhh... tak tengok ni

IMANSHAH said...

afzainizam

pg tengok jap..mana tahukan

naz said...

perghhh. nasib baik polis boleh cerita punya. dapat yang sombong sikit parah beb

IMANSHAH said...

Haha betol tu, aku penah kena saman kat Lenggong, kena tahan polis sebab potong double line...haish tensen, tidak berkompromi..

yalah salah memang salah, tapi driver lori ayam tu bawak 20km sejam..tak tahan beb

gadisBunga said...

salam...

baca jeling2 je ni. sebab pernah buat.

aduh!

IMANSHAH said...

GB

haha, isy2 patotla, jeling2 pun ok , at least org popular datang menjngah

khaifaiz said...

moralnya disini.. polis pun ada timbang rasa.. hehehe (maaf tuan blog.. ini apa yg aku dpt la dr entri ini)

IMANSHAH said...

Khai

polis juga manusia kan..hehe

ibuintan said...

salam iman,

" Minta maaf encik, saya tak perasan..sungguh saya tak perasan lesen saya dah tamat tempoh..."

Sebijik ayat yang ibu guna dulu.. tahun 2008 ibu pun kena kes cam ni tapi dah 35 hari lesen ibu tamat tempoh... memang menggeletar sungguh, ibu di arah turun dan di bawa mengadap 'ketua'nya..

nasib baik salah seorang anggota polis tu ayah kepada seorang anak murid... anggota polis itu yg berunding dengan ketuanya..

iqbalsyarie said...

hebat cikgu :) hehe..

LiNda said...

fuhhh...
sibbaik lepas kaans ..

Insan Marhaen said...

IM baru saja bayar saman rm600 untuk 2 kereta IM.

hu..hu..

IMANSHAH said...

ibuintan

aduh kita memang punyai persamaan kan..haha

alhamdulillah, itu namanya kalau kita selalu tolong orang, suatu hari org akan tolong kita, terbukti ayah anak murid ibu telah membantu

IMANSHAH said...

Iqbal, apa yang hebatnya anak oi

IMANSHAH said...

Linda

yelah, nasib baik..tapi berbicara soal lepas ni (tak merujuk kepada kes tadi)..ada sesetengah manusia pandai menipu, maka lepaslah di dunia, di akhirat..?

IMANSHAH said...

IM

bagus lah, tak yah nak pening2 lepas ni nak pk pasal hutang

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

nasib baik idup lagi bulan satu dahhhh.... beb kalau acsident tak ade lesen lagi parah wehhhh terang-terang salah dah tak leh buat claim kalau gitu...

jangan kita alpa jangan anggap benda ni remeh

IMANSHAH said...

afzainizam

haha bagus sudah check an..haha

mR.sYaH said...

naseb baik xjadi apa2 kat ciku.. pasni kena tulis dlm buku atau buat diarilah.. cadangan saja.,. hehe..

IMANSHAH said...

shah

tulis pasal apa??pasal tarikh kena renew lesen??hha..nak kena tulis besar2 kat white board

mR.sYaH said...

hahah.. tulislah tarikh2 yg pentingkan.. renew lesen pun penting tu.. heheh..

IMANSHAH said...

haha btol2, tarikh nak nikah pun kan..kahkah..

sonata anak kancil said...

ada hikmah apa yang berlaku...kalau tak awak tak sedar lesen dah tamat @ mati ! berkat hari Jumaat

IMANSHAH said...

kak sonata

begitulah bagai dikata,,saya terima semuanya

Abu Aiman said...

Kita kadang2 lupa pada Tuhan, tapi Allah tak pernah lupa pada kita kan...

anyss said...

Salam,
Alaaaa baru 3 hari kalau nak bandingkan dengan pokcik tu...

Saya pernah termati lesen selama 3 bulan, lalu lalang depan polis merata, tak tertahanlah pulak. Dah mati 3 bulan baru sedar hu hu hu bukan sengaja Datok polis!

Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

Syamimi Nadia said...

ade la hikmah dy tu.

sekamar rindu said...

salam..

pernah berlaku pada saya pun..nasib baik tak kena saman..

IMANSHAH said...

Abu Aiman

sangat setuju dengan Abu..Allah yang maha pengasih

IMANSHAH said...

anyys

rupanya ramai yang senasib ye

mujo datuk polis tak tahan

kalau tak, tak menahan kan

IMANSHAH said...

syamimi

ketika tertimpa suatu musibah, anda harus melihat dari sudut yang paling terang darinya, ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesudu gula ke dalamnya, ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain, ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.

wallahua'lam

IMANSHAH said...

sekamar rindu

kita selalu berkongsi cerita yang sama

Cikbelog said...

Nasib baik lepas. Jadikan pengalaman hari ini sebagai pengajaran dan peringat untuk hari yang akan datang ya :]

IMANSHAH said...

insyaALlah Cikbelog

mie said...

tu dia!!
gue pun baru terselamat..
nasib baik lesen xexpired lagi..
ehheee

IMANSHAH said...

mie
selalu check na, kalau ada pasport pun ceklah sama, mana tau nak ke bandung ka, tetiba pasport xpired

ibuintan said...

slamat pagi iman,

pembetulan bukannya 35 hari tapi dah 325 hari...

nanti ibu juga nak buat entri pasal ni sebab ada rentetannya yg lain

IMANSHAH said...

ibuintan

its ok, nanti kita nak baca Ibu punya versi pulak ya

Afida Anuar said...

Salam iman... it's me again.

Disebabkan tak teliti pasal ni, saya pernah bawa kereta 4 bulan dengan lesen yang dah tamat tempoh. Nasib baik tidak kena tahan atau apa. LEpas kejadian tu, alhamdulillah, semakin alert bab lesen expired ni. Tanda kat personal kalendar bila tamat tempoh. At least kita belek hari2..so ingat;)

IMANSHAH said...

afida Anuar

Pengalaman mengajar kita supaya lebih berwaspada pada masa akan datang

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget