WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 15, 2010

NASI LEMAK BUAH BIDARA, BUANG EMAK BUANG SAUDARA

Pernah dengar pantun ini??

Nasi lemakbuah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak, buang saudara
kerana kekasih hamba turutkan.

Sangat tepat dan bersesuaian betul dengan kisah-kisah yang berlaku pada masyarakat kita. Saya terkenang kisah 20 tahun dahulu di mana Pak Su saya juga turut terlibat dengan situasi ini. Pak Su telah membuang keluarganya buat seketika dan melarikan anak dara orang ke daerah lain. Perkara ini menyebabkan berlaku pergaduhan keluarga yang hebat dan saya masih ingat bagaimana ayah Mak Su (bapa mertuanya) memukul Pak Su dengan dengan tali. Dan parut yang melekat masih ada hingga kini. Namun, ajal maut, jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Mereka kini hidup bahagia dan dikurniakan 6 orang cahaya mata. Saya juga tahu Pak Su tidak sepenuhnya membuang keluarganya pada waktu itu, namun kerana mereka tiada cara lain kerana mendapat tentangan yang begitu kuat dari keluarga mertuanya. Yang peliknya, selepas berkahwin, hubungan Pak Su dan keluarga mertuanya sangat akrab. Itu kisah 20 tahun yang lepas.

Apapun , alang-alang berada di kampung halaman, saya mencuba pelbagai makanan yang dulunya menjadi makanan rutin saya. Cuma bila berkelana ke Ipoh ni, saya jarang menikmatinya. Pertamanya buah bidara. Rasanya semua kenal dengan buah ini. Di Kelantan, kami meringkaskannya sebagai buah anak dara sahaja. Rasanya manis dan rangup. Boleh juga dicicah dengan garam dan gula  atau dimakan begitu sahaja. Buah inilah yang disebut-sebuat dalam pantun di atas. Cuma nasi lemak tak dapat saya terangkan di sini kerana nasi lemak bukanlah makanan pilihan orang Kelantan untuk sarapan pagi. Yang pasti nasi dagang, kerabu dan belauk ikan dan ayam menjadi pilihan utama untuk sarapan.


Seterusnya, makanan sungai yang mesra di bibir dan mulut Imanshah ialah ETOK. Pernah tengok atau tidak? Kalau zaman kecil dulu, etok ini dicari di sungai-sungai. Saya ada pengalaman mencari etok. Untuk memasaknya ada dua cara boleh dibuat. Etok perlulah digaul dengan serai, garam dan sedikit halia (halia ke lengkuas, lupa). Kemudian disalai di bawah api ataupun dijemur di tengah cuaca panas. Etok bukan sahaja, menjadi makanan harian kami sewaktu kecil, malah ianya merupakan sumber pendapatan bagi penduduk kampung. Masih teringat setiap hari akan ada seorang penjaja etok yang akan mengelilingi kampung dengan menjunjung bakul jualannya. Untuk memakan etok, bukan mudah kerana ada caranya untuk menggigit kulitnya supaya tidak pecah. Teringat seorang rakan dari Ipoh menggunakan pisau untuk membuka etok kerana tida kepakaran membuka menggunakan gigi. Appaun, tiap kali pulng ke kampung halaman, saya akan membeli etok yang dijual di Pasar Tumpat. 


Oklah teman-teman, rasanya Imanshah nak bergerak ke Takbai pula. Lama sungguh tak ke Thailand walau masa remaja saya banyak juga dihabiskan di luar negara. Haha luar negara la sungguh!! InsyaAllah, saya akan update kunjungan ke Takbai, Narathiwat, Thailand.


Notakaki Imanshah


Sebetulnya jodoh ditetapkan oleh Rabbul Izzati. Walau bagaimana hebat kisah tentngan cinta terhadap jodoh seseorang, namun yang berkuasa Allah jua. Semoga Allah mengampunkan segala dosa muslimin-muslimat yang pernah melukakan hati ke dua orang tuanya demi untuk membina bahagia bersama insan yang tersayang. Kudoakan biar semuanya akan kembali bertaut. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

64 GENTA RASA:

apezs shah said...

Biar betul itu buah dara.. Saya tak pernah lihat dan rasa.. Hanya di Kelantan sahaja ke ada ye Man.
U Kesian paksu u.. Wah berjalan ke bercuti sampai ke Thailand.. Bestnya.. ;)

IMANSHAH said...

Apez, itulah, tak tahu lah kot ada buah bidara yang lain..haha, ni bidara thailand nih

Raji berkata said...

owh mcm kerang pun ada
mcm rupa lala pun ada etok ni ;D
nmpk sedap

IMANSHAH said...

Raji

Haha memang sedap, tapi kalau kena yang penuh tanah dalmnya, alamak tensen nya

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu. Cuti sekolah masih berbaki seminggu dua ni eloklah cover mana yang termampu~

Tambahan: Dah lama saya tak berkunjung ke sempadan Thailand, Padang Besar.

Uthman AG said...

wah, byk tmpt cikgu bercuti. untung cikgu. haha

IMANSHAH said...

Wsalam Izzah

rasanya dah nak balik Ipoh sebab nak ke belah KL pula lepas ni, nak berziarah ke rumah adik beradik di sana. Di kampung pun takda sapa yang ada.

Padang Besar pun dah lama saya tak pergi

IMANSHAH said...

Uthman

masa nilah nak merehat2kan minda..nanti nak pg umah kamu kat johor tu..boleh??

Uthman AG said...

eh, boleh je. pintu sentiase terbuka. haha. tapi segamat ni bukan ada apa2 pon. hehe

IMANSHAH said...

owh segamat ye..takpernah sampai kot..muar pernah le

hysman said...

salam cikgu..
komponm tak penah tgok buah bidara tu...gitu ghupernyer ye... ic..
hehehh...

la ni destinasi paling tiptop larikn anak dara org kat lombok..huhu.medan selera dorg....tp ape kate cikgu cari anak dara magribi.. ade bran??hahaiii

IMANSHAH said...

Hysman

adoi, maghribi ka??murah je kan 14, ooo all in.

macam tulah buah bidara, tulah saja nak tunjuk sebab ramai yang belum lihat ghope buah bidara tu

wahida said...

sumpah x pernah tgk buah bidara dan etok tu...saya rasa jakun giler...kesian kan kat saya...nape saya rasa buah bidara mcm epal hijau je kekdahnye...

IMANSHAH said...

wahida

tulah, kan macam epal hijau je kekdahnya..tapi kecil sikit, dan dalam nya ada bijik..epal ada bijik kecik2

eszol said...

buah yg x dara mana plak cikgu?

nak gak tgok?

IMANSHAH said...

eszol

itu eden takleh tulung

sahromnasrudin said...

den dah lamo tak raso buah bidaro..ekau ado???? huhuhuhu

IMANSHAH said...

sahrom

baru je raso tadi eh..sodap lai..poi je siam belambak jual

Mr.Ix said...

masa kecik2 slalu cari kerang dlm pic tu.....etak2....

makdara TERdiva said...

tak pergi songkhla sekali ke duhai sang arjuna ???? :P

hazlin said...

amboi, jalan sakan..

penah mkn etok n tau itu buah bidara.
akak penah duk pgkln chepa dolu dolu..

IMANSHAH said...

Mr Ix

betul etak..

IMANSHAH said...

MDT

Songkla jauh tu. empat hari dua belas malam mau ke sana dong

IMANSHAH said...

Hazlin

Owh pernah dok PC ya..kelantan memang best kan..aha

ibuintan said...

assalam Iman,

kak tempat ibu buah bidara tu ialah buah mata kucing

ala-ala epal gitu

Jodoh Pak Su berkekalan sebab masing2 setia dengan janji cinta mereka

nub said...

hehhe.melawat n memolow blog cikgu..=)

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

etok tu kampung saya sebut remis

selamat melancung

Wassalam

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Kali pertama tengok buah bidara..:)

nabilah_2908 said...

buah dara tu...rupa dia macam epal hijau jer..rasanya ini kali pertama sy tgk buah ni.. :)

betul la...jodoh pertemuan di tangan tuhan..kiranya mng jodoh paksu tu kuat... :)

kebanyakkan yg kawin tanpa restu keluarga..susah nak kekal lama... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
S.I.B.U.K

Azmi said...

owh dah balik kelate ropenya..
aku jugak yg masih di penang ni...
sikit lagi dah nak balik mellaka,,
haha....

Mohamad said...

Dulu masa kecil saya sangat takut dengan pokok ini. Betul-betul depan dengan rumah nenek. Tak tahu kenapa.. tapi daunnya selalu diambil orang untuk mandi mayat..

Sekarang tak lagi le.. bahkan suka makan buahnya.. memang sedap.

mR.sYaH said...

first time tgk buah bidara...

etok mmg kesukaan masa kecik2... wah dh lama xblik kmpg leh mkn etok..

IMANSHAH said...

Ibuintan

Oh lain tempat lain nama ya..tulah, Alhamdulillah, anak2 dah besar semua dan pandai2 belaka

IMANSHAH said...

Nub, thanks ya..saya follow kelik..eh dah besar anak murid aku

IMANSHAH said...

Rozali

Pulak, remis ya..haha takpe2 janji sedap

IMANSHAH said...

Ustaz Razak

Owh pertama kali ye, mujo saya tunjukkan kat sini..tapi buah2 kat sarawak lagi pelik kan..saya tak pernah tngok kot

IMANSHAH said...

Nabilah

Betul, sebijik cam epal hijau

IMANSHAH said...

Azmi

Tak jadi balik kampung??Hurm ingat balik Bachok..

wah dah nak balik melaka..selamat ya

IMANSHAH said...

Mohammad

Tepat sekali, selalunya memang orang buat mandi mayat daunnya

kampung saya rasanya pun sama dah takde

IMANSHAH said...

Mr Syah

Kampung kat kelantan ke pahang ya??

Etok sangat popular di Pantai Timur

nas said...

buah bidara macam kelihatan buah epal hijau jerk.....seyes...hehheee....lagi2 ko kate rasenyer rangup..cuma epal ijau masam

Semarak Api said...

etok mkn ngn nsik krbu best!!

mcm plik plak sbut buah dara.buah 'dagho' je sy sbut.heheh

Citarasa Rinduan said...

salam cikgu

wah...seronoknya ke negara orang..
jalan-jalan cari pengalaman...

buah bidara?...memang ayu tak pernah lihat dan rasa..etok pun sama...macam kerang yer..?

Aretikz said...

Sejujurnya.. tak pernah tahu macam mana bentuk buah biadara.. hehe.. trimas kerna menunjukkannya.. cewah.. skemanya ayat driku ini.. ahakz..

HASRUL NIZAM said...

Salam ziarah... first time dengar nama 'etok' he3

SiNoMoSa said...

Salam Iman,

Hmm kedua-duanya tak pernah masuk ke mulut sy lagi hehe..kalau dah ada dpn mata, nak juga mencuba..

NuR si CiKGu RiBeNa said...

serius tak penah tgk..
tq cikgu..
kalo tak, pakai tau buh dlm pantun je
padahal rupa buah tu tak tau mcm mana..
hehe

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Salam Maal Hijrah...dan salam perkenalan sheikh...

Kat NS buah bidara tu ialah buah mata kucing... ikan keli pulak dipanggil ikan sembilang... mula-mula datang NS fening jugak kepala ana dibuatnya... camana boleh jadi camtu ekk...

Tukang cerita said...

belikan akak henbeg siam ye...
:)

Cik SHiNJU said...

Salam...

Saya kan,kalau buah bidara tu maknanya buah mata kucing..buah bidara yg mcm dlm gambar tu x pernah jumpe n makan..huhuh :P
Etok mmg biasa makan,rebus jelah..buat gulai ke,salai ke x pnah gak..

Amy Syaquena said...

As'salam..

dulu masa sampai kelantan geli tengok atok tue tapi sekalid ah cuba makan pasti nak lagi he...

IMANSHAH said...

Nas

Meng betul, rangup berkrim haha

IMANSHAH said...

Semarak Api

Eh tak kelik kampung ke?? ni anak cg suh kan??

IMANSHAH said...

CAyu

Tak macam kerang dia kecil je, macam kuku jari kita je

IMANSHAH said...

RKA

begitukah??mata kucing tu buah longan kan..pelik kan?tapi ok juga dapat memepelajari pelbagai bahasa

IMANSHAH said...

Aretikz

Haha orang Sabah..takde kot buah bidara di sana wahai sahabatku

IMANSHAH said...

Hasrul Nizam

Nilah untungnya kalau ramai kawan dari serata dunia..boleh kenal macam2..hehe

IMANSHAH said...

Sinomosa

Itu kena mari jalan ke negara TUMPAT ni..haha boleh rasa bila2 masa..hehe

IMANSHAH said...

Kak Nurul

Apa kelas isteri Tukang Ubat pakai handbag siam..kuikui

IMANSHAH said...

Nur

haha esok2 kalau ajar pantun buleh buat Set Induksi ni

IMANSHAH said...

Cik Shinju

Haha

tulah pasal, semua kawan2 negeri sembilan cakap buah bidara dipanggil mata kucing

IMANSHAH said...

Amy

Wah mentang2 dah kawen ngan orang kelantan, dah jadi peminat makanan kelantan ya..haha

Semarak Api said...

haha..ckgu knl abh sy jgk ke?:p

sy blk da ari tu.ms post pic kbmall tu..kt kg la tu ms tuh..6ari.skng kmbli ke bndr utk mncri rezeki.hehehe

HanaBella said...

Wah.. orang kampung.. buat terliur je tayang etok kt sini.. nyum2.. hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget