WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, December 23, 2010

PENGALAMAN BERKHATAN CONTEST

Saudara SHAHJEHAN, telah mengadakan satu peraduan di blog nya berkaitan pengalama bersunat. Nak tengok syarat-syaratnya bolehlah  KE SINI. Cerita tentang sunat ni,  takleh nak ribut-ribut sangat ..malu lah..hehe. Anyway, sebagai menyahut cabaran ENCIK UJANG aku join juga. Mood contest sungguh.


Cerita ini berlaku pada tahun 2008, bukan aku yang  sunat tahun tu tau..Giler ke apa, kan..Mahu pengsan doktor kalau tengok kan. Aku berpengalaman menemankan anak saudara aku bersunat di sebuah hospital swasta di Melaka. Nak dijadikan cerita, anak saudara yang baru berusia sembilan tahun pada waktu itu memang tak mahu bersunat. Puas dipujuk, dia tak mahu. Pelbagai alasan diberikan. Kami meyakinkan nya dengan pelbagai alasan.

"Along sunat tu macam gigit semut je, tak sakit la.."

 "Tipu"

"Semua orang Islam lelaki wajib sunat along, tambah-tambah budak kecik macam Along."

"Nanti dah nak masuk sekolah menengah Along sunat ar, ".

"Along, nanti kalau sunat boleh kawen. Nak kahwin tak? "

"Ayah Cik jelah kahwin, along tak mahu kahwin lagi..."

"Lepas Along sunat kita d Dysneyland Tokyo, nak tak..?"

"Alah dah pergi Genting aritu, sama jelah.."

Huhu, sungguh susah juga memujuk anak bujang yang seorang ini. Akhirnya selepas diberi air penawar dari seorang Ustaz akhirnya anak buah aku ni bersetuju untuk disunatkan. 

Saat yang dinantikan akhirnya tiba jua. Tak ramai yang bersunat di hospital ini. Hospital swasta, mungkin mahal agaknya. Nak dijadikan cerita, akhirnya Along berjaya juga disunatkan. Eh macam bunyi meraung je..Kesian kau Long. Ayah Cik dulu zaman sekolah menengah baru sunat tau. NAk cakap malu tu toksah cakap lah, tambah-tambah ada nurse perempuan kan. Sure lepas sunat boleh kahwin. gatalkan masa kecik-kecik.  Kau muda-muda dah kena potong. Hehe. Alhamdulillah tiada episod lembu lari dari kandang, cuma Along ada berbisik kepada aku selepas dikhatankan. 

"Ayah Cik, kenapa ada orang tua juga yang kena potong..? Ayah Cik kata budak-budak je yang kena sunat?? Along tengok ada uncle pun sma kena sunat. Kalau tahu sakit, Along tunggu besar macam uncle tu.."

Alahai, anak buahku sayang, rupanya ada seorang muallaf yang baru disunatkan. Hehe..janganlah Along nak sunat besar macam tu, takut pengsan doktor ngan jururawat tengok along punya.


Orang-orang ini ditag..


ARETIKZ
AIM
SAHROMNASRUDIN
INSAN MARHAEN

Nota kaki Imanshah :


Berkhatan bermaksud membuang kulit kulup/ penutup alat kelamin lelaki. Jika ditinjau dari sudut kesihatan, berkhatan dapat   menghindari penularan penyakit kelamin, HIV dan sebagainya.  Disebabkan itu juga ramai dalam kalangan orang bukan Islam turut berkhatan atas alasan kesihatan.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

Ujang9897 said...

hehe...best2...

gd luck bro..menang lanjer aku...lalalala

IMANSHAH said...

adoya..citer apeke ntah..

nurkass said...

caiyok..caiyok..hehe

IMANSHAH said...

Nurkas..

caiyok2 juga..jom join

My Little Diary said...

salam

hahaha... kalau hang bersunat tahun ni... geli kot doktor tu nak potong.. :p

owh!! utk lelaki je lan kan, pompuan takleh join... sbb takder pengalaman... masa baby mana nak ingat ye tak? :D good luck to u

IMANSHAH said...

MLD

Join jelah, boleh je..kot ada sepupu sepapt ke..heh

Haziq Janudin said...

teman kene bentan...
relax...
haha

ckLah@xiiinam said...

Alahhh..ckLah tak boleh masuk 'contest' ni.



Nak baliklahhhh....

IMANSHAH said...

Haziq janudin

Haha bentan ye, main ujan ke

IMANSHAH said...

Cklah

Dah nak balik? result macam mana td

Aretikz said...

Err.. huhu.. contest len boleh x bro? haha.. part ni susah nak reveal sikit.. InsyaAllah kalau tiada halangan akan di join.. gaga~

IMANSHAH said...

Aretikz

Hehe, xpe mana2 pun..susah an??haha

AfiQ said...

erk.. contest cam ni pon ade?? hohohoh... =P

IMANSHAH said...

Afiq

hehe ntahlah, dah kena tag ,,takde pilihan..kan kata sumbung lak..jom le join

shahjiehan said...

HEHE...budak2 zaman sekarang penakot..dah la skrg ni alatan sunat makin canggih, org dulu2 guna btg pisang je klo bersunat..

IMANSHAH said...

Shahjiehan, haha'

jgn lupa approvekan aku nyer penyertaan

sahromnasrudin said...

malunya aku nak masuk kontest nie hahahahahha

IMANSHAH said...

sahrom

ni problemostro..hehe

CIK TOM said...

hehe..good luck!

shahjiehan said...

anda menang contest ini..sila email kan alamat rumah anda kepada email SJ.

shahjiehan@gmail.com

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget