WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, December 27, 2010

PENYOKONG MALAYSIA TAK BERSALAH!! DAH TU SIAPA?

Masih belum terlambat untuk HOK SENGOTI mengucapkan jutaan tahniah dan penghargaan buat anak-anak buah Rajagobal yang telah melaui tempoh 90 minit yang cukup mendebarkan dengan pengakhiran yang membanggakan. Dan kini, anak-anak muda yang membawa aspirasi Malaysia Boleh ini telahpun berada jauh nun di Jakarta untuk perlawanan timbal balik di sana. Apapun aku kira ramai blogger yang telah menyentuh tentang alasan kekalahan Indonesia adalah disebabkan pancaran laser oleh para penonton  Malaysia.  Sememangnya tanpa berselindung aku nak bagitahu memang ada gangguan dari laser kepada penjaga gol Indonesia sehingga perlawanan terpaksa dihentikan selama 5 minit.  Namun ianya bukanlah berpunca dari para penonton Malaysia yang cukup berhemah dan bersopan.  Sebaliknya , aku menyaksikan pancaran laser datangnya dari 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


 ENCIK OTROMEN rupanya..wahaha. Kalau nak marah , marah ar kat
ENCIK OTROMEN

Gambar ini aku ambil dari FB milik seorang rakan blogger ZAMELL AZIZ.  Kalau nak lihat bolehlah berkunjung ke blog dia. Thanks Mell.

Apapun, bila blogngengsot ke blog teman-teman aku cukup tertarik dengan kata-kata perangsang yang dimuatkan dalam blog SEMARAK API..

Mengaun lapar Sang  SINGA UTARA
SANG KENARI terbang membelah awan
Gagah  SELADANG ibarat Badang
Laju  HARIMAU KUMBANG persis pejuang
Dahaga THE RED WARRIORS kerana darah
Tangisan  PENYU kerana maruah
GERGASI MERAH marah membara
Tanduk SANG RUSA kerana perkasa
Bisa SI JENGKING bukan kepalang
Lincah HANG TUAH pahlawan bangsa
Tenang-tenang SI BUJANG SENANG
Amok  TOK GAJAH kalau diusik
Lalu  SANG BADAK  gerun melanda
Kerana  HARIMAU MALAYA mereka akan buktikan
Bersatu menentang GARUDA  seberang


Nota kaki Imanshah :

Kelihatan orang perempuan juga mula meminati sukan bola sepak mutaakhir ini. Apapun sekali lagi syabas buat Malaysia, semoga baki aksi 90 minit nanti akan memahatkan nama Malaysia sebagai juara baru Piala Suzuki AFF. Sama-samalah kita doakan semoga tiada insiden yang tidak diingini akan berlaku di Bung Karno nanti!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

32 GENTA RASA:

sekamar rindu said...

salam..cikgu


hahahahahahaa,,,

tahniah malaysia menang

:)

soffea said...

cis! otromen jepun rupanya.. hehhee.

IMANSHAH said...

Cikgu Sekamar Rindu..P taka malam tadi??nampak tak otromen tu

IMANSHAH said...

Soffea

Agak2, ok tak otromen masuk stadium??wahaha

Semarak Api said...

cehhh....smngt sy scroll down nk tgk ape..fire otomen balik!! grrrr..

org pompuan pon kdg2 sggup bjga pepagi buta smta2 nk tgk bola.hehehe

IMANSHAH said...

Semarak Api..haha, jgn marah ye, sy amik kat blog anda..tapi dah tambah link dah..hehe

Muhamad Zaki Zafir said...

brp pulak no jersi otomen tu cikgu? :D

sama2 kita doakan kemenangan malaysia.amin. :)

Uthman AG said...

wahahaha. oltromen gropenye. klu kalah, ade saje alasan deme nk tuduh kite.

IMANSHAH said...

Zaki

Wakaka, jersi 109

IMANSHAH said...

uthman

Hurm, tengoklah, biasalah namanya pertandingan..yg menang adat, yang kalah tupun adat,..yg bagi alasan pun adat..

nas said...

hahaha..rupe2nyer otromen malaya yg bagi laser..kelakar laa..hahaha...
tu la pasal..aku tengok ramai blogger perempuan tulis entri pasal bola :)

IMANSHAH said...

Nas

HEhe, depa dah tinggalkan netball tau..kalau tanya penah main netball??

jawapan nya netball tu macam bola keranjang ka??haish

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Cikgu dah tempah tiket untuk Encik Otromen tu ke Jakarta ker...:):)

IMANSHAH said...

ustaz

OTROMEN ni teghobang je..idok muat naik flight..haha

ckLah@xiiinam said...

Laser....
Bukan mata depa pedih kena asap orang bakar sampah ke?




:D

IMANSHAH said...

Haha cklah perli ke..haha

Tapi laser tu kira ok lah..kalau mulut laser??lagi pedihh woo

syira aka sepatu hijau said...

salam


hoho...hantu bolanya..

jika bukan kita yang salah

bola la yang salah kot :)

atau pencipta bola

atau pengasas sukan berbola

IMANSHAH said...

Wahah mestilah, kalau x takde sellau g main futsal..pengasas bola sapa?? tau??tu kat sukan olimpik Athens, depa main sepak kepala orang

Aretikz said...

Haha.. hampir kebanyakkan menyalahkan otromen.. hehe..

Tapi kata2 semarak api memang mantaplah.. thumbs up..

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

saya tetap doakan kejayaan Malaysia

Wassalam

IMANSHAH said...

Aretikz
Siapakah yang mula2 mencipta gambar otromen ini..ramai dah upload

Ahah thumbs up untuk semarak api

IMANSHAH said...

Rozali

InsyaAllah akan berjaya

sahromnasrudin said...

assalamualaikum cikgu..

malaysia pasti menjadi juara...

IMANSHAH said...

Sahromnasruddin

Itu sudah pasti..

erk pasti ka??berpegang kepada falsafah bola itu bulat

hazlin said...

indon!

IMANSHAH said...

Erk??indon tersungkur..

Mohamad said...

Alasan... dah nampak nak kalah. Harap di Jakarta pemain kita selamat.

IMANSHAH said...

Mohammad

InsyaAllah, jangan over konfident udoh

Mell Aziz said...

haha. terbaek ar cekgu~ huhu. gelak sakan anak murid. haha

Ujang9897 said...

wow..best gila ayat tue

IMANSHAH said...

Mell

Wahaha, ko jugak nyer pic..dah bertebaran kat FB

IMANSHAH said...

Ado kau jang

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget