WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, December 9, 2010

PESAN PAK GURU BUAT ANAK DIDIK

Buat semua pelajar Pak Guru yang baru tamat SPM,


Alang-alang  bercambah biar subur, alang-alang tumbuh biar mekar, dan alang-alang besar melata, jangan besar selera tetapi biarlah berjasa.


Mengenang jasa, bukan dengan kata-kata. Junjunglah cita-cita semarak azam membara, membina bangsa, bina agama, bina negara. Guru-guru tak minta lebih daripada future leader yang  berpijak pada ajaran agama, akal budi dan jati diri budaya  bangsa.


Seorang guru tidak pernah cuba membakar dirinya untuk menjadi dian yang terbakar buat menerangi hidup insan lain. Guru-guru hanya berusaha untuk bersama-sama menjadi pelita yang hanya bercahaya apabila diisi bahan bakar ke dalamnya, tetapi akan terus menyala, walaupun sekarang minyak nak naik harga lagi..

Rumput dipadang  sekolah , menghijau subur bila hujan menimpa serata, namun bila kemarau melanda, sebahagiannya akan kekuningan, gersang, merekah dan kontang. Janganlah ada antara kalian yang sama-sama subur menghijau di padang terbentang ini, tetapi ada yang mati kekeringan dipanah mentari terik, kemudian hari. Nauzubillah, biar lah semuanya hijau dan menyejukkan pandangan mata hingga bila-bilapun,  hatta dah meninggalkan ama mater ini.

Bukan semua benda ada harganya di dunia. Malah, bayak yang tidak ternilai harganya. Dari ibu bapa ke syurga, dari  guru-guru bawa bahagia. Jadilah anak-anak yang soleh. Yang tidak pernah akan memalukan ibu bapa, dan guru-guru apabila kamu sudah menjadi orang hebat nanti. Jangan korupsi, jangan penting diri, jangan belot pada pertiwi dan lupa asal usul merah darah keturunan.


Dikau orang muda. Sudah masak tapi belum empuk. Namun bak kata pepatah Melayu, kala berbisik, kecil jangan di sangka anak, besar pual bukan sebarang bapak. Masih berliku perjalanan hidupmu. Masih berduri  dunia di depanmu...


Cikgu  akan selalu ingat, takut kalian yang buat-buat lupa. Selalunya student tak dengar khabar berita bila meninggalkan alma mater tercinta. Apatah lagi bila dah pijak seberang benua.


Anak-anakku , sebaik  sahaja kalian beredar dari sekolah  ini, maka terbukalah pintu rindu dihati guru-guru. Selamat menerusan perjuangan. Mungkin budi kami yang tumpah di sini, hatta setitis mahupun selaksa. Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari. Yang kami sampaikan selama ini hanyalah amanat dan tanggungjawab. Terimalah seadanya seikhlas kami  memberi.



Notakaki Imanshah


Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Perpisahan sementara, sebagai latihan untuk berpisah dengan dunia menuju negara akhirat yang abadi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

66 GENTA RASA:

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

begitu besar harapan dan jasa guru

Wassalam

nurkass said...

as salam imanshah..
pengorbanan guru mmg tiada tandingan..

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Sangat besar pergorbanan seorang guru..

eszol said...

Seorang guru tidak pernah cuba membakar dirinya untuk menjadi dian yang terbakar buat menerangi hidup insan lain. Guru-guru hanya berusaha untuk bersama-sama menjadi pelita yang hanya bercahaya apabila diisi bahan baker ke dalamnya, tetapi akan terus menyala, walaupun sekarang minyak nak naik harga lagi..


niceeee.........

tq cikgu!!!

kakcik said...

Semoga segala yang baik dititip guru, dikutip oleh anak didik sebagai sesuatu yang boleh disimpan dan dijadikan penerang jalan.....

sekamar rindu said...

salam....

saya sangat bangga menjadi guru...:)

IMANSHAH said...

Rozali

betul, saya juga terkenang guru-guru saya yang telah memanusiakan saya

IMANSHAH said...

Nurkass

bekorban apa sahaja, kadang2 anak di rumah pun tak terdidik

Kalamhati said...

Bait-bait yg bisa buat hati ni menangis dalam gembira bercampur terharu..akak ni sensitif sikit ngan ayat2 puitis ni..Maklumla org sastera..hehe

IMANSHAH said...

Eszol

kam,u suka tang naik harga minyak je kan

zOuL.MzMn said...

rindu pengorbanan guru² kat skolah dulu...stiap kali balik kb mesti kene pegi skolah...even dah 10tahun tinggalkan skolah..ingatan cikgu pada anak² didiknye x pernah hilang melainkan anak didik itu sendiri yg hilangkan ingatan cikgu²nye...hehehe

Miss ALL teachers at Sultan Ismail College!!

- abdul hadi abdul muti - said...

excited nye nak tunggu cikgu upload gambar malam karang.huhu

Syira C Gadis KidaL said...

salamm...

bahasanya tidak terjangkau oleh fikiran ku

gabbana said...

*sob sob* =(

Al said...

sokong!

ibuintan said...

as salam Iman,

itulah harapan seorang guru... budi dan jasa kalau ada tidak minta di balas... cuma minta anak2 didik berusaha menjadi insan yang berguna kepada keluarga ,bangsa dan negara..

wahida said...

huwaaaa!!!! sedihnyer saya baca!!!
banyak pahala cikgu!!!

Cik SHiNJU said...

Wahhh..bgusnye tok guru nih..:)
Ape nama skul tuh?
Budak llaki jer erk? Mesti SBP kan..

Cik Cookie said...

harapan bangsar semua tuh...

Uthman AG said...

beruntung dapat guru mcm Cikgu Imanshah kita ni.

IMANSHAH said...

Kak chik

Betul tu, hanya itulah harapan seorang guru

IMANSHAH said...

Sekamar rindu

maaf tak sempat berkunjung ke sana..saya juga bangga menjadi seorang pendidik

IMANSHAH said...

kalamhati

Wah, orang sastera yang sangat halus jiwanya..terima kasih, bukan untuk membuatkan khalayak mengalirkan air mata, namun hanyalah peringatan buat anak bangsa

IMANSHAH said...

Zoul

SIC?? wah kamu juga lahir dari sekolah lelaki..tahniah kerana sentiasa menyayangi dan mengingati guru anda

IMANSHAH said...

Hadi

Saya upload sikit je nanti..hehe dah nak kurangkan gambar kat blog ini

IMANSHAH said...

Syira

pengalaman hidup buatmu bisa menzahirkan apa yang terbuku..insyaAllah, saatnya pasti tiba

IMANSHAH said...

Gabbana

usah bersedih, bukankah dikau pernah mengalami situasi begini??

IMANSHAH said...

Al

Terima kasih atas sokongan, kalungan budi sudi singgah dan meninggalkan jejak

Amy Syaquena said...

As'salam..

begitu besar harapan dan jasa guru.. pekerjaan yang sangat mulia..

IMANSHAH said...

ibuintan

ibuintan juga begitukan??mengharapkan anak didik menjadi insan berguna pada agama, bangsa dan negara

IMANSHAH said...

Wahida

huhu, jgn sedih2 na..haha

IMANSHAH said...

Cik Shinju

SBP di Ipoh, Tiger Lane

IMANSHAH said...

Cik Cookie

Lama xsinggah na...alo mana bangsar, itu di KL mbak, haha..anak bangsa

IMANSHAH said...

Uthman AG

Ececeh, macam kamu tak kenal saya

IMANSHAH said...

Cik Amy

Ahah, napa cik Amy tak mau jadi cikgu kan..haha

SiNoMoSa said...

Salam Iman,

Amat besar harapan seorang guru..
Jika sy membaca masuk terus ke hati, diharapakan ur students jua begitu..

IMANSHAH said...

Sinomosa

Terima kasih, insyaAllah, saya doakan mereka

Qamarul said...

haha PAK guru... mr guru laa sedap skit...

Pn Kartini said...

Salam Iman..:)
itulah guru..nasihat yg tdk pernah lekang utk ank2 didik..:)

::FAIZ FARISH:: said...

pernah bercita-cita nak jd cikgu masa skolah rendah. hehe

MY HEART said...

Bangga bertemu dengan guru yang baik-baik tapi sengsara berjumpa dengan guru yang garang giler...

salam kenal ^_^

Aku Cikgu Sekolah said...

tersentuh hati kecil ku....daku sekarang mungkin hanyalah sebatang lilin....berbanding dengan guru-guru ku yang lalu ibarat MATAHARI yang telah menyinari hidup ku ....TERIMA KASIH CIKGU

Kuasai minda said...

Luahan rasa setulus budi seorang bernama GURU....

darkbatman said...

keikhlasan seorang guru blh tgk pd doa yg dia hadiahkan buat anak2 murid..

IMANSHAH said...

Qamarul

Pak guru pun ok juga mas

IMANSHAH said...

Pn Kartini

Tak tahu nak cakap apa dahh

IMANSHAH said...

Faiz

Aiseman

cg best hapa..leh pulas2 telinga sikit kalau malas..haha

IMANSHAH said...

My Heart

cg yang garang tu sebenarnya cg yang sangat sayang akan muridnya

IMANSHAH said...

izaheri

janganlah jadi lilin, kerana lilin akan bisa padam jua akhirnya,

jadilah seperti air sungai yang sentiasa mengalir memberikan ilmu dan kasih sayang buat anak didikmu

IMANSHAH said...

Kuasai minda

ya saya meluahkan dari sudut paling dalam

IMANSHAH said...

darkman

terima kasih atas pandangan pada yang tersirat itu

mR.sYaH said...

jasa guru terlalu besar nilainya...

terima kasih cikgu!

Fakhrur Razi berkata said...

huhuh
nih yg teringn nk pergi melawat guru2 yg mengajar dlu nih..
inshaAllah

Citarasa Rinduan said...

cikgu iman..

kalau entry nie dibawa anak-anak didik cikgu..sure diorang meleleh air mata

cayalah..best tau...
ayu pulak yang suka, seolah-olah ayu pulak anak didik cikgu


psst: ayu pun bekas cikgu MLVK..

fadzilah said...

salam..

saya rasa sedih pula bila baca entry cikgu ni..

Yatre Hayati said...

ni MCKK ke??? heee random question

IMANSHAH said...

Razi

Silakan..lawatilah semua yang pernah mengajarmu akan arti hidup

IMANSHAH said...

Mr Shah

terima aksih kembali

IMANSHAH said...

Ayu

jangan la, mana lah saya layak jadi cikgu ayu sebab kita sebaya..haha

IMANSHAH said...

Fadzillah

saya juga sedih membacanya

IMANSHAH said...

Yetre Hayati

Haha, sekolah kembar MCKK..depa kat kuala, kami kat Ipoh nun

Afida Anuar said...

Assalamualaikum pak guru..errr..

sebak pula saya baca luahan hati seorang guru tatkala anak muridnya bakal melangkah keluar dari sekolah....

PS: Pak guru tu macam seorang guru yang tua je bunyinya..apa kata abang guru? err..hehe

nunama said...

tahun depan Cikgu dapat pelajar baru.
tapi, selalunya, yg lama juga akan dikenang kan?
budak2, sila ingat,faham dan selami hati seorang guru ini. :)

IMANSHAH said...

Afida

Haha abang guru ka?? adei memang saya dah tua pun, ok je dipanggil bapak

IMANSHAH said...

Nunama


saya ingat, saya lupa, saya faham, saya tak amal..

Haziq Janudin said...

tq cikgu....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget