WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, December 23, 2010

PMR : SEKOLAH BINTANG JUARA LAGI!

Alhamdulillah, keputusan PMR yang diumumkan tadi, Sekolah Bintang berjaya mengekalkan keputusan terbaik buat tahun ketiga berturut-turut di negeri Perak. Kira hatriklah ni. Dalam keputusan yang diumumkan sebentar tadi seramai 88 orang pelajar berjaya memperolehi keputusan 8A daripada sejumlah 105 orang calon atau 83.80%. Blog Hok Sengoti ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah bertungkus lumus memastikan kecemerlangan keputusan PMR pada tahun ini. Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat semua guru yang komited dan berdedikasi atas penat lelah sepanjang tahun. dan kepada semua ibi bapa, terima kasih atas sokongan yang diberikan. Doa kalian  akhirnya berjaya membuahkan hasil sebagaimana yang telah diharapkan. 



Nota kaki Imanshah

Kepada anak-anak pelajar, usah terlalu gembira secara berlebih-lebihan dengan keputusan yang baru diperolehi. Sebaliknya terimalah dengan ucapan kesyukuran kepada-Nya. Masih panjang perjalanan kalian di hadapan sana. Penuh onak, liku dan ranjau yang berduri.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

42 GENTA RASA:

wahida said...

betul tu, jgn gembira sgt..ucapkan syukur, lipatgandakan usaha utk menempuh SPM pulak...

IMANSHAH said...

kot menangis di kemnudian hari

khaifaiz said...

Salam.. btl2.. jgn lekas untuk mendabik dada.. ada lagi yg perlu ditempuhi

zamz said...

tahniah kepada cikgu2 dan pelajar2 yg berjaya..semoga boleh motivasi utk berusaha dgn lebih kuat lagi

IMANSHAH said...

Khaifaiz

Deme ni kena ingatkan selalu

IMANSHAH said...

Zamz

Terima kasih atas ucapan itu

gabbana said...

subhanallah.. tahnia h kepada seluruh warga sekolah bintang, baik yg mengambil peperiksaan mahupon warga pendidik! ;)

sgt2 berbangga dgn anda semua..! :D

"A proud STARIAN and will always be proud to be one."

nunama said...

teringt lak kata-kata seorang pelajar dr sek mana ntah td kat edisi7.
Chinese boy. Dia kata, "ni baru PMR. SPM nanti lagi penting". Hehe.

p/s: putaran dunia. Makin meningkat dewasa, makin besar dugaannya. mcm saya ni, fikir kerja pulak lepas ni. Lagi penting. Aduuii!

IMANSHAH said...

Gabbana

Tahniah juga buat abang bintang ya

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..tahniah utk cikgunya iaitu hok sengot...

IMANSHAH said...

Nunama

Cg doakan anda berjaya memperoleh pekerjaan yang baik nanti

IMANSHAH said...

Sahrum

Suka2 je hang cakap hok sengot...

Hok sengoti lah

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu. Mabruq alaik ya untuk kejayaan STAR yang kesian kalinya. Semoga lebih cemerlang lagi pada masa-masa mendatang~

nub said...

tahniah junior2.



hahak

Dinas Aldi said...

Tahniah buat para pelajar & juga guru2nya!

gabbana said...

cikgu, STAROBA tanya. results nih dah ofisial ke blom..? hehe..

IMANSHAH said...

gabbana..dah2...mckk bawah sikit..no 2..

IMANSHAH said...

Kak DInas

Tqvm

IMANSHAH said...

izzah

Syukran ya ukhti

IMANSHAH said...

Nub

Wah senior bagi Thumbs up

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Tahniah kepada pelajar dan guru-guru..

ibuintan said...

tahniah kepada sekolah bintang...memang bersinar2 bintangnya

IMANSHAH said...

Ustaz razak

Syukran, semoga Ustaz sihat hendaknya

IMANSHAH said...

ibuintan

terima kasih, emmang bersinar kali ini..takut esok2 malap

Ujang9897 said...

aku pun amik result arinie..hahahaha


wei kau di TAG...tgk entry sunat aku

Fairosza said...

wah peratus star lebih sket dpd smsj..lebih point something je.hehe
Keputusan PMR 2010 SMSJ

IMANSHAH said...

Ujang

tau2..aku dah nengok, macam segan lak nak cerita,,takpe nanti aku coba

IMANSHAH said...

Fairosza

Owh tahniah juga buat SMSJ

Mustaffa Khairul Azzam said...

tahniah utk semua yg terlibat...wah best nya..teringat 8 tahun yg lepas mase amek result PMR nie..siap dpt surat tawaran terus ke mrsm :)

BTW, sekolah Bintang nie dekat Perak kat ner??

HanaBella said...

Tahniah... Guru berdedikasi, pelajar berinformasi, Guru Gemilang, Pelajar Cemerlang..

*wink* ^_^

Adinda Amy Sensei said...

salam...

ohhooo..hari ni result pmr kluauu ekk..hehehe..

sekolah awk memang dah sedia power..semua dak genius..hehehhee..TAHNIAH DARI SAYA...


....>zaitong semaung dok suke makang belacang..haha..

hazlin said...

tahniah!

benih yang baik insyaAllah akan menjadi buah yang baik..

IMANSHAH said...

Mustaffa khairul Azam

kat Ipoh, perak..hurm STAR

IMANSHAH said...

hanaBella

terima kasih ye..

IMANSHAH said...

Adinda Amy

Kalu dok makan belacang , makang budu ke

IMANSHAH said...

Hazlin

Terima kasih..akak nyer sekolah mana ada f4

fadzilah said...

tahniah utk sekolah bintang...ramai yg cemerlang...bestnya jadi ckgu kt SBP ni ye...result mesti ok je.

Semarak Api said...

88 dr 105 dr perfect A?mmg hebat! thniah untuk ckgu2 STAR~

Afida Anuar said...

Tahniah tuk imanshah...atas kejayaan anak2 murid imanshah..

Fairosza said...

salam.
ni ada ranking sbp
PMR 2010

Azreys Azaman said...

tahniah star!

CIK TOM said...

syukur alhamdulillah..hebat!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget