WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH ORANG MUDA!!






Salam maal Hijrah dari Imanshah buat saudara-saudari yang berkunjung ke laman ini. Entri ringkas untuk tatapan teman-teman, ada satu pesanan untuk diri sendiri dan jua teman-teman..

"Setiap kali memasuki tahun baru  munculnya kesedaran baru dalam diri kita. Kesedaran bahawa  usia kita telah berkurang. Sementara pelaburan  pahala untuk simpanan di akhirat masih sangat sedikit , dibanding nikmat-nikmat Allah yang setiap detik selalu mengalir. Tiada putus-putusnya. Dari segi ini saja kita seharusnya merasa malu, di mana kita yang mengaku sebagai hamba Allah dan mengunakan semaksima mungkin nikmat yang diberi,  namun kita  lupa bersyukur kepada-Nya, bahkan kita menjadikan diri kita sebagai hamba dunia. Kita  lebih banyak membuat pelaburan dunia  daripada membuat pelaburan untuk akhirat....."

Seorang sifu saya mengirimkan sms yang berbunyi.."Selamat menyambut maal hijrah anak muda..Usia muda bukan untuk bersuka ria, sebaliknya berjuanglah mencari sebanyak mana bekal amal untuk dibawa ke sana." 


Nota kaki Imanshah

Terkenang hadith nabi yang bermaksud , Seorang mu’min tidak akan pernah terjerumus dalam jurang yang sama dua kali”. ( HR Muslim).Makanya usah lagi diulang kesalahan dan dosa yang sama dalam hidup kita. Moga pandangan kita, adalah pandangan untuk Allah dan akhirat

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

salam maal hijrah cikgu iman

syukur dapat entry khas dari kata-kata seorang sahabat blogger yang banyak beri insiprasi dalam bentuk ilmiah..

saya admirelah...hehehhehe


PS: ayu pun muda gak kan?....anak muda tahun 80an.....

Fakhrur Razi berkata said...

salam maal hijrah juga ;D

betul tuh
kdg2 sering juga terulang2 dosa yg sama x.x"
inshaAllah aku cuba berubah

IMANSHAH said...

ayu, sama2 lah..kita berdua memang muda..baru 3o kan..haha

IMANSHAH said...

Razi

udah2 ya..haha

Insan Marhaen said...

betul tu. rugi jika usia muda tidak digunakan untuk kebaaikan diri dan kebajikan orang lain. be +ve bro!

Kalamhati said...

pesanan yg sangat2 berguna..utk orang muda mcm kita..(hehe muda lg la kiranya akak ni)..

semoga jd peringatan utk kita di setiap langkah kita

Cik SHiNJU said...

Slmt Thn Baru 1432H orang muda :p
Manfaatkan usia muda dan tubuh sihat utk kebaikan..Jom!

HASNAH said...

imanshah, salam..semoga di lembaran baru ini, apa yg kita inginkan akan tercapai..insyaallah!!!

zidEL zhafiz said...

selamat tahun baru islam iman..!!=)

eszol said...

salam!!!

nabilah_2908 said...

salam maal hijrah....moga tahun ini lebih baik dari tahun yg sebelumnya.. ;)

wahida said...

salam maal hijrah utk imanshah...semoga hijrah tahun ini membawa seribu keberkatan...amin...

abid_PM said...

Salam maal hijrah!

semoga tahun baru ini memberi sinar yang lebih hebat pada diri kita :D

Rozali said...

Salam Maal Hijrah Iman

Alhamdulillah
mempunyai sahabat yg membawa kita ke Syurga...Insyaallah

Wassalam

SiNoMoSa said...

Salam Maal Hijrah Cikgu..

nunama said...

Salam Maal Hijrah Cikgu Imanshah! :)

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt. Semoga Awal Muharram tahun ini menjadi pemangkin kepada 'penghijrahan' kita~

Sham said...

yeah cikgu...mari berhijrah dari yg baik ke yg lebih baik...

Pencacai Alim said...

azam baru2..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget