WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, December 26, 2010

SEGMEN ENTRI TERBAIK..BELALANG OH BELALANG

Malam ni sambil-sambil menyaksikan perlawanan akhir Piala Suzuki antara malaysia dan Indonesia, Imanshah dan sertai satu segmen yang dianjurkan oleh BELALANG.  


Dan antara syarat-syarat segmen ini adalah ;-


1) Buat satu entry bertajuk  'Segmen Entry Terbaik'  dan jangan lupa tempek banner nih di entry korang.

2) Pilih satu entry korang yang dirasakan terbaik dan buat huraian ringkas sket pasal entry tu. Contoh nape korang rase entry tue terbaik atau apa-apalah. Nak lebih dari satu entry pun boleh tapi cuba ringkaskan seringkas yg boleh. Takut nanti orang bosan lak baca panjang-panjang.

3) Pastu korang tag pulak mane-mane blogger beserta satu entry blogger tu yang korang suka. Minimum dua orang blogger. Maksimum sukati korang la berapa blogger pun korang nak tag.

4) Dah abis korang tolong tinggalkan link entry korang dibawah nih yea. Belalang nak jugak tau sejauh mana segmen nih mampu bergerak.


Dengan ini Imanshah nak pilih entri terbaik yang pernah ditulis. Tajuknya :


Entri ini merupakan entri yang Imanshah tulis dengan hati, saat menzahirkan kesedihan Imanshah selepas kehilangan ayahanda secara mengejut. Walaupun, entri ini tidaklah mendapat kunjungan atau komen yang terbanyak berbanding dengan entri-entri yang lain, namun ianya merupakan naskah kasih yang ingin Imanshah dedikasikan kepada arwah ayahanda, meski mungkin warkah ini tidak akan dikirim melalui pos sebagaimana warkah-warkah yang lain.

Makanya beralih kepada syarat seterusnya, saya nak tag 

1)  SYIRA. Dan saya suka entrinya yang   INI..

2) IJAT. Dan saya suka entrinya yang   INI


Ok, dah siap. 

Nota kaki Imanshah :

Teringat kalau musim banjir, kami akan tangkap BELALANG yang terperangkap di dahan-dahan kayu, dan kami akan memasak BELALANG MASAK PEDAS..Pernah makan??

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Cik Mus said...

tak pernah makan belalang. Hmm, teringin juga nak merasa. Hehe

IMANSHAH said...

cik Mus

haha org kampung makan apa sahaja..kuikui,,

Biawak tak makan lah

HanaBella said...

Masa kecik2 dulu makan belalang masak kicap atau goreng kunyit.. Tangkap belalang time musim menuai.. selalu lepak tepi bendang, tunggu jentera penui curahkan padi.. Tapi budak sekarang mana ada main bendang dah, lepak kt cc je.. rugi~~ betul2 rugi xmerasa nikmat permainan kanak2 dolu2.. hehe

NuR si CiKGu RiBeNa said...

apa rasanya ye?

~Insan Biasa~ said...

apa rasa belalang?

a kl citizen said...

saya tak pernah makan belalang, iman...
sedap ke

Aretikz said...

Oh.. ada segmen baik punya dari Belalang.. nak join ni.. haha.. nanti i try.. gaga~

Citarasa Rinduan said...

cikgu--
sangat sedih baca entry ttg ayahanda cikgu..

tapi saya tahu,kesedihan yang dialami cikgu tetap wujud hingga sekarang..
syukur, saya masih ada kedua ayah...

PS" belalang tahniah yer..

IMANSHAH said...

hannabella, betul tu, masak kunyit pun sedap kan

IMANSHAH said...

Nur, rasa macam mana ye, tak sesedap ayam lah, macam rapuh2 gitu

IMANSHAH said...

Kak Normah

saya pun dah lupa, dah 15 tahun x makan..sedap cara budak kampung lah

IMANSHAH said...

Aretikz

Ok, selamat mencuba

IMANSHAH said...

Ayu

Hurm, itulah luahan terbaik saya..

IMANSHAH said...

Insan Biasa

Rasa rangup lah

Ummi Humaira said...

salam iman....

akak pun dah tak der ayah lg...semoga arwah ayah2 kita semua bahagia di sana....

dulu masa kecik2 akak selalu gak makan belalang tu,kami panggil 'belalang kunyit'
kmpg tepi laut , dulu2 memang banyak belalang tu,tp skrg dh pupus kot area sana....

IMANSHAH said...

Kak Ummi

Ahah, betul belalang kunyit..dah tak da, dah pupus, yang banyak belalang hijau besar

CIK TOM said...

erk makan belalng??xpernah lg..gulp~

IMANSHAH said...

CIK TOM

Haha goreng pun sodap

ijatnuar87 said...

rasa guana la ek rasa belalang tu,hehehe...aper2 pom mekacih sbb suker entri 1515 tu,hehehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget