WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, December 27, 2010

SEKUEL TRAGEDI AHAD 2

Pernah baca kisah aku  dahulu di entri ini yang bertajuk TRAGEDI AHAD. Kini aku ada sekuel ceritanya. Seperti biasa, acara window shopping pada hari ini diteruskan ke GIANT IPOH. Mengapa Giant?? Kerana dekat dengan McD Sunway City.  Sekonyong-konyong di sana, aku rasa macam nak beli barang. makanya hasrat untuk berjimat-cermat dilupakan seketika. Barangan keperluan je pun. Oh ya, lupa, aku tak ganti lagi iron board yang patah hari tu. Sabun basuh pun habis, begitu juga dengan softlan dan ubat gigi, dah tinggal hujung je.  Makanya aku pun mula membeli-belah barang keperluan yang disebutkan. Lantas, aku menuju ke bahagian iron board di sebelah tuala. Aku letakkan troli di bahagian hujung lorong. Kebetulan ada seorang perempuan dalam lingkungan 50-an dan anaknya turut berada di situ.

Lalu aku berkenan kepada iron board yang kecil berharga RM 25. "Oklah ni, murah, "  bisik hatiku. Lalu aku mengambil iron board tersebut dan memasukkan ke dalam troli. Sedangkan perempuan tadi masih leka memilih tuala yang hendak dibeli. Dengan penuh keyakinan, aku telah meletakkan iron board ke dalam troli perempuan tersebut kerana menyangka troli tersebut milikku. Dan aku memulakan perjalanan ke bahagian pembayaran. Alhamdulillah, tiada orang yang beratur.

Aku mula mengambil barang untuk dibayar. Tiba-tiba aku terangkat sesuatu. 

"KOTEX?? Tuala wanita? Bila aku beli??


"Eh kenapa ada berus basuh periuk??"

Juruwang  Giant tersenyum melihat aku. Nak gelak terguling-guling,  rasanya dia tak sampai hati.  Kalau dia gelak masa tu, aku tarik tudung dia..haha.

Tak boleh jadi, aku tertukar troli lah.. aku mencari wanita tersebut, kami bertembung di bahaian alat tulis.

"Eh adik ambil troli akak ya!!'.

"Sorry kak, saya salah ambil.." Baru perasan bila nak bayar. Erk Kotex ya..!!!huhu.."

Lalu aku cepat-cepat melarikan diri, dan membayar di kaunter bayaran yang lain.

Huhu tragedi Ahad Sungguh..hehe




Nota kaki Imanshah :-

Moral of the story, ambil troli sendiri..hehe. Kalau salah, buat2 tinggal je kat tempat ikan ke, daging ke..Pastu pergi carik troli sendiri. Kalau malu, pergi ambil troli lain, dan ambil balik barang yang hendak dibeli (setan menguasai minda).

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

63 GENTA RASA:

NuR si CiKGu RiBeNa said...

hehe...

dapat bayangkan keadaan di situ..

eheh..

uwaaaa...
start from next week bakal bertamu kembali di giant ipoh tu

IMANSHAH said...

Nur

Erk??selalu ke sana ke??haha

IMANSHAH said...

Nur

Erk??selalu ke sana ke??haha

Abd Razak said...

assalamualaikum..

hehe...berhati-hati di giant

NuR si CiKGu RiBeNa said...

tempat paling strategik dari aipiji ke rumah sewa..

IMANSHAH said...

Ustaz Razak

Tulah, mana2 supermarket pun..moral of the story, jaga troli anda

Citarasa Rinduan said...

ehem...

hehehehhe (syukur belum pernah berlaku kes macam nie..)

IMANSHAH said...

Nur

sy suka g Giant tu, dekat ngan McD n tempat saya basuh keta

IMANSHAH said...

Ayu

Hehe, tulah, kena rantai troli tu

hazlin said...

selalu ke GIANT sana sebab makcik duk kat taman perpaduan..

memang tragedi sungguh!

amirul said...

nak gelak je... hahaha...

mR.sYaH said...

pernah gak mengalaminya tapi nasib baik xsempat nak bayar.. hehe..

ckLah@xiiinam said...

Tragis...tragis....hahaha!


Petang tadi ckLah di Jusco....nasib baik kau ke Giant. Kalau tidak, troli kita berlanggar, kecoh pulak!

:D

IMANSHAH said...

Hazlin

Wah ye ke..Taman Perpaduan tu tempat hamba bermain je..hehe

Pasar malam ngan Pasar ramadhan terbaik!!

IMANSHAH said...

Amirul

Haha gelak lah kuat-kuat, jgn terkentut

IMANSHAH said...

Mr Syah

Hehe, malu kan??

IMANSHAH said...

CkLah

alahai saya pun mulanye nak ke JJ, tapi batalkan sebab orang ramai kot...esok kot kejap ke sana..

Wahaha, kalau berlaga troli ngan ckLah saya masuk dalam blog, femes satu malaya

Areef Ibn Naim said...

salam,

cikgu iman, kelakarlah, ada2 je...

tulah shopping byk sgt, hehehe...

IMANSHAH said...

Arief

Hehe, saya ni tak tahulah suka sangat shopping..eh window je..sekali sekala je shopping betul2

ckLah@xiiinam said...

Lain kali kalau terserempak ckLah ...buat-buatlah terlanggar troli ckLah tau. Rela dilanggar. Hehehehe...







(Gurau saja ya!)

IMANSHAH said...

CkLah,

haha, erk, takut nanti kena marah kat CkZahan

Mr.IX said...

cashier tu ingt beli utk wife ke...heheh

IMANSHAH said...

Haha

Dia gelak sebab tengok muka aku yg macam pelik bin ajaib terpegang kotex..

Hasrol Nizam said...

hehe..errr..

segan habis ni :D

Pendapat anda?
Final piala suzuki-Semoga malaysia menang dan jangan ada ribut-ribut

Dinas Aldi said...

Kahkah lawak sungguh tragedi ni dik! kalau dah terbayar, apa la pulak nak dibuatkan dengan 'barang' tu, kahkah!

IMANSHAH said...

Hasrol Nizam

haha lawak Ahad

IMANSHAH said...

Kak Dinas

Ingat nak pos ke Pennag untu akak..wahaha

nunama said...

hahaha.
nasib baik kakak tu kecoh2 troli dia hilang.

IMANSHAH said...

Nunama

Hehe, alah kakak tu sporting, dia ingat saya nak gi pusing2 Giant ngan troli dia

yonne said...

aku ada 2 fahaman melalui citer ni :

1. citer lawak bkesan (lapang kepala sat) :D
2. sbahagian dari iklan Kotex (kotex mmg bagus) :p

NuR si CiKGu RiBeNa said...

basuh keta kat mana?
kat giant tu ek...

Aku Cikgu Sekolah said...

he he he .... kalo dah terbelipun tak pa, bagi je kat jiran sebelah kan ade...hidup berjiran amalan mulia...:)

Afida Anuar said...

Shah, rasa nak gelak guling2...hehehehe

=))

Leka sangat terpandang sape sampai boleh tertukar troli ni shah? ehem2...

PS:Itu la, lama tak update, idea tak datang macam shah, leh update entry 2,3 biji sehari..huhu jeles!

IMANSHAH said...

Yonne

Sudut yang baik

Terutamanya tang iklan Kotex tu.erk, mana lah aku tau, kotex tu bagus ke tak, tapi kalau kaum hawa dah mengiyakannya , maknanya baguslah tu

IMANSHAH said...

Nur

Ahaha, kadang2 lah...sambil beli barang tinggal keta kat parking tu, India yang buat

IMANSHAH said...

Aku Cikgu Sekolah

Dia xpakai Kotex, pakai Carefree

IMANSHAH said...

Afida

Erm, takpa, nanti kalau dah expert, lajulah tu, yang penting orang nak baca apa yang kita tulis sendiri, bukan cedok sana, cedok sini atau republish berita

Mohammad Aiman said...

pergh.... segan tahap gaban dah...

agk2 nak je pergi tmpat baldi, cover muka kan? ^_^

IMANSHAH said...

Aiman

takut satu je, kakk tu anggap saya mencuri..hehe

SiNoMoSa said...

Salam Iman,

Hehe..apa nak malunya beli tuala wanita tuh, cakaplah isteri kat rumah yg punya..org skrg open minded dah cuma awak je yg rasa malu sendiri kot hehe..[gurau je]

kakcik said...

Sampai tersedak kakcik tergelak! :)

ibuintan said...

alah takpe lah iman..

blaja beli kotex, tu kan benda wajib

sahromnasrudin said...

as salam..aku respek ko..duk bujang pun dah tarik troli huhhuuh

sonata anak kancil said...

lain kali bawak teman sekali pi shopping - sebab tu kawen cepat2!!! he3x

IMANSHAH said...

SINOMOSA

Ahah saya malu juga, hehe..lagi satu adik pempuan dulu pernah pesan beli maskara apa ntah, sampai sudah saya tak beli..buat2 lupa

IMANSHAH said...

Haha Kakcik

jangn tercekik sudah..haha

Suhami Ahmad said...

Kalau atok lah berada kat situasi itu, dah lama atok buat-buat lari dan jerit ada kebakaran

:P

IMANSHAH said...

ibuintan

Hehe, haha kena ada orang teman baru mampu saya beli.kahkah

IMANSHAH said...

sahrom,

beli sebulan sekali, habiskan terus..stok sebulan..takyah dok dtg banyak2 kali

IMANSHAH said...

Kak Sonata

Haha itu yang parah tu

makdara TERdiva said...

kalau MDT yg jg cashier tu, komfom dah gelak smbl bershuffle....haha!

IMANSHAH said...

MDT

Wahaha, shuffle jom

CIK TOM said...

hehehe..ni entry ke 2 dr blogger yg cik tom bc tersilap amik troli,,hahaha

IMANSHAH said...

Cik Tom

Eh ade jugak ke??wahaha kalau pempuan kenalkan, kot ada jodoh..hahaha

h A n Y S said...
This comment has been removed by the author.
h A n Y S said...

ahahaaha~! muka confirm dah jadik pink+coklat!
xpe lah pakcik..berlatih beli kotex utk bini esok..hahahaha~

btw,ambil award kat http://hanysapek.blogspot.com/2010/12/award-from-nikisa-izas.html
ye..(kalau sudi lah..ececece..)
;p

Semarak Api said...

hahahaha *gelak guling2*
seb bek kakak tu gi kt kaunter prtnyaan mntk announce troli ilang.haha

IMANSHAH said...

Thanks Hannys

soffea said...

wahahahahahaaa.. lawak la cikgu.. huhuhu..

IMANSHAH said...

Semarak Api

kalau dia announce, saya tinggal terus..hehe

IMANSHAH said...

Soffea

Wahaha, jgn bgtahu apa jenama awak ye..kahkah

Yatre Hayati said...

pakai kotex ker?? :P

IMANSHAH said...

eh2 suke suki je..kotex tak men lah..untuk siapa yg bocor je

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget