WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, December 25, 2010

SURAT UNTUK CIKGU

Beberapa hari yang lepas, saya menerima sms dari bekas anak murid saya tahun 2008. Dia memaklumkan bahawa telah menamatkan A-level nya di sebuah kolej swasta dan InsyaAllah akan menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi ke  Australia. Dalam SMS tersebut, dinyatakan ucapan terima kasih atas 'surat' yang pernah saya tulis pada tahun 2006. Tiba-tiba saya rewind balik apa yang telah saya lakukan. Owh rupa-rupanya saya telah mengarang satu surat yang konon-kononnya ditulis  oleh ketua kelas untuk dihantar kepada saya. Dan saya telajh meletakkan surat tersebut di papan kenyataan kelas sebagai satu bentuk dorongan kepada mereka. Selain itu, sebagai tanda kenang-kenagan kepada mereka,  saya hantar surat tersebut untuk diterbitkan dalam majalah sekolah. 


Inilah sebahagian dari isi kandungan surat tersebut yang saya jumpa dalam majalah sekolah.. Saya petik sebahagiannya untuk tatapan teman-teman..

Assalamualaikum W.B.T

Kehadapan Cikgu Imanshah yang dikasihi yang berada di Ipoh. Semoga sihat dan berbahagia di samping keluarga tersayang. Tujuan saya mengutuskan surat ini adalah untuk berkongsu kegembiraan dengan cikgu terhadap kejayaan hidup putera-putera 3T 2006 dalam karier masing-masing. Baru-baru ini kami telah membuat ghatering di Langkawi dan sempat bertukar-tukar cerita tentang karier dan hidup masing-masing. Untuk pengetahuan cikgu saya kini bertugas sebagai doktor pakar sakit puan di Hospital Seberang Jaya. Alhamdulillah, inilah yang saya cita-citakan. Penolong ketua kelas kita, Zahir Irham telah membuka perniagaan pelancongan. Dia telah mengusahakan chalet peranginan di Tasik Kenyir , Terengganu.

Amirul Hakimi yang memperlihatkan bakatnya dalam sukan olahraga akhirnya berjaya mewakili negara dalam sukan lompat jauh. Sebagaimana yang terpampang di dada-dada akhbar, Amirul mencatat sejarah memenangi emas olimpik pertama Malaysia. Pasti kejayaannya disebut sepanjang zaman. Zaidi pula tanpa disangka telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dan kini berkhidmat sebagai Imam Muda Masjid Putrajaya. Sejuk ibu yang mengandung kan cikgu. Harinn Hizhadi yang petah berbahas pula telah menjadi peguam terkenal. Dia telah membuka firma guamannya di Kuala Lumpur. Siapa sangka kan cikgu, Imaduddin yang pendiam tu memiliki bakat pengacaraan yang luar biasa. Dia kini berkhidmat dengan ASTRO dan menggantikan Aznil Nawawi mengacarakan Akademi Fantasia Musim  ke 20. Mak ai, ramai cikgu tahu peminat dia.

Hamidi pula jauh merantau ke Brunei sebagai jurutera petroleum dengan negara minyak terbesar di dunia itu. Silap-silap haribulan dia sangkut dengan gadis sana. Dulu cikgu ingat lagi, selau cikgu marah pada Syazawan Aziz yang lembik. Kata orang anak rintik , bapak borek. Wan kini bertugas sebagai polis. Tapi bukan polis biasa, khabarnya sebagai Ketua Pplis Johor Bharu. Rushaidi Amin pula yang terkenal dengan kebolehan melukis yang hebat memilih arkitek sebagai jalan hidupnya. Cikgu nak tahu, Menara 2020 tu, Rusyaidi lah pelukis plan nya. Hebatkan anak murid cikgu seorang ini. Haha cikgu ingat lagi budak   bernama Reza yang kami penggil jongang tu. Dia kini dah jadi doktor gigi. Ada chemistry lah cikgu dengan giginya yang mancung tu kan, rezeki dia sebagai doktor gigi.

Cikgu ingat Izhan?? Wah diam kini dah jadi model. Tak sangka kan, dia pun selalu cikgu cubit telinga sebab suka tidur dalam kelas sampai keluar air liur basi. Dia sekarang terlibat dengan peragaan untuk pakain berjenama di Malaysia. Khabarnya akan melebarkan sayap ke Paris selepas ini. Ingat lagi pada Faizzudin ?? haha hobinya yang suka makan sebenarnya membawa tuah kepadanya. Dia telah membuka beberapa buah restoren makanan tradisi Malaysia di luar megara khususnya di Eropah. Wahaha, susah cikgu nak survive di bumi Inggeris.  Namun dia telah buktikan semangat Malaysia Boleh. Cikgu ingat Haikal, budak Melaka tu?? Dia pun dah menjadi orang kuat kat Zoo Melaka. Kalau cikgu nak buat rombongan ke sana, bagitahu jelah dia, nanti dia tidak akan mengebakan bayaran kot untuk adik-adiknya di Sekolah Bintang.

***********************************************************************

Sebahagian petikan surat yang saya tulis pada tahun 2006.  Tidak saya sangka surat ini masih menjadi kenangan kepada anak-anak murid saya dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk mereka berjaya. Yalah, sebagai guru, kita memang tahu kemampuan dan kebolehan mereka dalam pelbagai bidang. Kita membuka jalan supaya mereka benar-benar berusaha dan memilih kerjaya yang sesuai dengan hidup mereka. 

Nota kaki Imanshah :-

Sebagai seorang pendidik, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak didik. Semoga mereka semua berjaya mengejar cita-citanya. Jika jurutera, biarlah jurutera yang berjaya disulamkan dengan jati diri dan nilai-nilai Islam yang tinggi. Jangan rasuah, usah pecah amanah.  Jangan bongkak, usah sombong pada taqdir Ilahi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

44 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

salam..
terharu sungguh saya bc surat y cikgu sandarkan utk anak murid cikgu..
begitu besar hrpnn surat itu..besar juga cita2 mereka utk menjadikan surat itu sbg kenyataan..

tahniah cikgu besar sungguh pahala cikgu....amin

sy suka cikgu saya

IMANSHAH said...

Ayu

Eh tak g kedai ke hari ini..ambpo ayu..tu surat saya pun sudah lupa, tup2 depa yang ingatkan saya..hehe

- abdul hadi abdul muti - said...

laaaaa...cikgu ke yang tulis..baru tau..huhu

IMANSHAH said...

aish, ingat depa ke nak tulih??xde maknanya lah..haha..saja je hadi sy nak bg semangat kat bebudak kelas saya..tapi penulisnya macam syamad kan..harhar

- abdul hadi abdul muti - said...

shamad..?haah..ade jugak la sikit sikit.haha

IMANSHAH said...

ahaha

syamad kat ketua kelas, macam dia lah tulis..tapi 3T tahu saya yg tulis

Citarasa Rinduan said...

balik rehat....tunaikan kewajipan..karang jam 2 petang, sambung lagi

IMANSHAH said...

Ayu

Owh, ok, tak jauh kan??

nub said...

ceqq ingat lagi!!

hehhe

IMANSHAH said...

Nub

Haha, lama doh ot, haish

AfiQ said...

waaaa! bagus nye abg imanshah.. hope i'll be a great teacher like u.. =) abg ngaja kat STAR ke? huhuh

IMANSHAH said...

Afiq

Thanks..star tu kat mana??

:Cikgu Akim: said...

HEBAT!semoga saya pon dpt jadi seperti cikgu~smile!

seyesly..terharu..baru rasa feeling jdi pendiidk!

IMANSHAH said...

Akim

Seronok dan teruja..sumpah..hehe

hazlin said...

hari ni dah pecah tembelang..

hehehe .. jom datang!

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Bila baca cerita cikgu, saya yang seronok..

AfiQ said...

erkkk... bkn kat ipoh tu ke?? huhuh

IMANSHAH said...

Hazlin

hehe tulah, xtau nak habaq macam mana..kehkeh

IMANSHAH said...

Abd razak

Wah saya kena masuk pertandingan bercerita ni ustaz..konfirm leh menang

IMANSHAH said...

Afiq

owh dekat kot..tau2 sekolah tu, lupa

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu. Aha betul tu. Siapa pun anak-anak didik kita hari ini, doakan kejayaan mereka dunia dan akhirat~

Teringat pula pada 'surat-surat secret' anak-anak murid. Baik yang normal mahupun yang istimewa. Aneh dan pelik-pelik ejaannya. Tapi itulah isi hati sebenar mereka. Tetap menyentuh jiwa walaupun ada juga yang berbunyi untuk menyunting..hehe.

Tambahan: Surat daripada guru murid lagi hebat. Tulisan jawi berserta hadis semua keluar. 'pecah kaca, pecah gelas'..'pen merah, pen biru'..saya pun terharu.

IMANSHAH said...

Izzah

Wah dah ramai peminat, yang belum sunat lagi tu pun ada..tu, ada cikgu murid tu pun hantar surat, pergh..istimewa sungguh

AfiQ said...

erk!! memang ngaja kat sane kan?? hahaha.. buat2 x kenal plak! huhuhuh.. abg fiq ex student kat situ.. kot2 la kenal.. =)

IMANSHAH said...

Afiq

Lama dah dia kot..tahun bile...

:Cikgu Akim: said...

Salam!cikgu ditagged >

http://loqkimagri.blogspot.com/2010/12/giveaway-domain-by-khaizariencom.html

IMANSHAH said...

Cikgu Akim..alahai tag mengetag lagi..wakaka..nanti teman nengok

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

anda cikgu yg cemerlang dan berwawasan
tahniah

Wassalam

syira aka sepatu hijau said...

salam

tiba-tiba rasa sayu


pernah kena gosip bercinta dengan guru sendiri hurm :)

Semarak Api said...

wahh!! surat pmbkr semngat pelajar nih! ckgu ni mst guru feveret kt sek tu kn..

Hiz'da said...

terima kasih cikgu.
x)

ijatnuar87 said...

huhuhu...sangat2 terharu...harapan seorang guru kpd anak muridnya...boleh dicuba nih...hehehe...nak try wat taun dpn la,hehehe...aci tak?

IMANSHAH said...

Rozali
Alhamdulillah, guru kena berpandangan jauh

IMANSHAH said...

Syira

mak aii bahaya tu..gossip je kan, buat tak tau je lah

IMANSHAH said...

Semarak Api

takdelah, saya sama je ngan cikgu-cikgu lain

IMANSHAH said...

Hizda

Wahaha sudah datang..ni sorang anak murid saya yang ada namanya disebut dalam surat tu

My Little Diary said...

salam cikgu,

kamu cikgu yang berjaya

IMANSHAH said...

Ijat

Aci ke??aci kat rumah a

Aci-aci, bukak pintu , Ijat balik pukul satu

IMANSHAH said...

MLD

terima kasih, sekadar perkongsian

Insan Marhaen said...

as salam. singgah tanya khabar je? tak sempat nak lepak dan baca n3 lama lama..

IMANSHAH said...

IM

takpe..dah singgah pun ok..ana sihat, alhamdulillah

REPUBLIKN9 said...

Salam ziarah sahabat...

Tiba2 gua teringat pulak kat anak2 murid gua dulu...

Dan tiba2 jugak gua teringat kat cikgu kelas sebelah, cun jugak he3

IMANSHAH said...

REPUBLIK
Ceh, cg markonah ka??

shfqemir said...

baca post ni memang buat terkenang balik zaman sekolah dulu. cikgu2, student, semua ada ragam sendiri.
Paling penting, teringat balik how immature we've been. cikgu2 cakap apa2 pun semua xmau percaya. haha

IMANSHAH said...

emir

haha, xpe, xmau percaya pun xpa..

tapi sekarng bila dah matured dah bleh jd kawan an

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget