WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 29, 2010

TERPAHIT DAN TERMANIS

Mengakhiri penghujung tahun 2010 ni, banyaklah pulak segmen atau kontest yang telah dianjurkan oleh teman-teman blogger. Sememangnya dalam benak fikiran, saya nak buat satu entri berdasarkan sorotan tahun 2010 menuju 2011. Alang-alang dah ada segmen YANG TERMANIS DAN TERPAHIT oleh SEDARA FAIZAL. Kalau rasa nak menyertai segmen ni, saya jemput teman-teman untuk berkunjung ke blog beliau. Oghang Peghok tu yeop..Belah Grik nun.


Baiklah tuan-tuan dan puan-puan mari kita beralih kepada penceritaan saya. Hehe, bukan blog resipi ya, sebab teman tak gheti memasak, kecuali maggi semata-mata. Bahagian pertama, saat termanis. banyak yang manis sebenarnya, sebab saya memang manis dan suka makan yang manis dan ingat perkara-perkara yang manis. Oklah merapu meraban, jangan buang masa. Saat termanis tahun ini jatuh kepada penegembaraan ke bumi sejarah ROME, Italy kira-kira 5 bulan yang lepas. Alahai orang dah jauh berjalan berjuta-juta kilometer pun tak kisah.Kau yang beru pergi Eropah sekali pun manis ka? Haha, yelah, asyik Markonah Gebu je pergi Europah, saya pun nak merasa gak. Makanya perjalanan ke sana selama 9 hari antara saat yang paling meninggalkan kesan. Sememangnya saya dah lama teringin nak melihat kehebatan sejarah Rome yang dikatakan terbina sejak tahun 753 S.M sewaktu pemerintahan Romulus. Antara tempat-tempat yang menarik dikunjungi adalah VATICAN CITY , POMPEI, COLLESEUM , dan banyak lagi. Yalah 9 hari kan. Apa yang meninggalkan kesan dihati ialah bagaimana hebatnya orang-orang dulu membangunkan tamadun mereka, seperti tak tercapai dek akal. Orang-orang dulu memiliki teknologi yang maha hebat. Tengoklah bagaiman mereka membina Colleseum yang begitu terkenal dengan cerita Gladiator nye. Saat memasuki bangunan ini saya terlihat diri sendiri sedang bertarung persisi Julius Caeser.Ok? Wahaha. Justeru jika ramai orang mempertikaikan pembinaan Putrajaya sebagai projek yang membazir dulunya, seharusnya mereka berkunjung ke negara-negara seperti Itali ini agar ianya menjadi mercu tanda kepada keagungan sejarah sesuatu bangsa.



Kemudian saya nak ceritakan sedikit moment terpahit dalam hidup sepanjang tahun 2010. Ni paling susah kot sebab saya kurang berjaya mengesan saat paling pahit sepanjang tahun ini. berbanding tahun 2009 di mana saya kehilangan kasih seorang ayah dan juga terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa. Baiklah,  tahun 2010 juga melibatkan kehilangan di mana teman-teman mengumpat rapat saya pun berpindah. Yalah kalau dah namanya sahabat yang rapat, banyak perkara dikongsi bersama. Memang saya akui patah tumbuh, yang hilang akan diganti. Namun yang pergi tidak sama dengan yang akan muncul nanti. Ianya memberi kesan yang mendalam dalam hidup kerana hampir 8 tahun bekerjaya, kami melaui kenangan yang sama. Tak dapat bayangkan pada tahun 2011 nanti mereka tiada di depan mata. Apapun di ruangan ini, saya nak ucapkan all the best buat Eda, Izaheri, Megat, Betty,Megat, Asril dan Roslinda yang telah melangkah pergi


Nota kaki Imanshah:-

Mengharapkan kedatangn 2011 dengan penuh debaran. Segalanya mungkin berubah di tahun  2011 nanti. Terima kasih sahabat atas hadiah pra-harijadi semalam.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

37 GENTA RASA:

Amy Syaquena said...

Selamat menyambut tahun baru semoga hari tahun 2011 lebih baik dari tahun2 sebelum nie..

My Little Diary said...

salam,

manisnya kenangan tu, semanis org nya.. huhu...
saya pun teringin nak pegi rome lah kalau camtu manis... :D

simpan setiap kenangan pahit & manis didlm hati kita, yang berlalu telah pun menjadi sejarah hidup kita.
semoga tahun 2011 akan memberi berjuta erti dlm hidup anda!

~Insan Biasa~ said...

bestnya.....kategori beruntung ni dapat ke luar negara. saya nak keluar negeri pun baru tahun 2010 inilah dapat merasa...alhamdulillah...hehe

sahromnasrudin said...

as salam..walau aku org panggil rome tp aku blum pernah jejak ke bumi rome lagi huhuhuh

dari,
seorang rome yang bukan cikgu heheheheh

syira aka sepatu hijau said...

salam

pra-harijadi? kenapa saya tidak dijemput...huhuhu


semoga tahun 2011 dapat ditempuhi dengan permulaan yang baik pertengahan yang baik dan penutupnya cikgu mungkin akan berkahwin :)

SiNoMoSa said...

Salam Iman,

Contest atau GA di blog nie memang asing dgn jiwa saya hehe..

ikan emas said...

selamat menyambut tahun baru 2011..
moga menjadi tahun cemerlang dan gemilang

Citarasa Rinduan said...

cikgu..terujanya ayu baca entry ttg kenagan dikgu ke rome..

oh..indahnya..bilalah saya boleh kesana...

tang pra harilahir tu awat ayu tak tahu???

sonata anak kancil said...

nak jugak pergi ke Rome ! memang kagum melihat mereka yang terdahulu membina bangunan2/monumen dll - lebih kukuh dengan guna teknologi hari ini...ohhhh sungguh manis kenangan itu....

IMANSHAH said...

Amy

Thanks, insyaAllah

IMANSHAH said...

MLD

Hurm, kurang manis lah, sebab dah kena kurangkan gula tahun ini.

InsyaAllah yang manis itu akan tersemat kukuh di sanubari kita..

IMANSHAH said...

Insan Biasa

Alahai pergi oversea tu pun kalau betul niatnya jadi satu ibadah kan..hehe

anyway, tahniah ye dapat g luar negeri

IMANSHAH said...

Rome

Haha, kau ni buat aku gelak je selalu dengan komen kau yang bersahaja..

Dari aku yang pergi ke Rome

IMANSHAH said...

Syira

Takda majlis pun, pra harijadi sebab kawan2 bago hadiah awal, sebab masing2 jauh kan..kahkah

IMANSHAH said...

Ayu

InsyaAllah, akan sampai nanti tu, jangan risau..tak dapat pergi jauh, pergi dekat2 dulu..hehe

Pra harijadi bukan ada majlis pun kawan2 bagi hadiah awal untuk saya..itu je

IMANSHAH said...

Sinomosa

Asing kenapa?? kalau tak minat jangan paksa join..sekadar memeriahkan suasana kan..hehe. Suppoert teman2 blogger

IMANSHAH said...

Kak IE

Thanks, tahun barunya cepat bangat tiba..baru terasa semalam sambut tahun baru 2010

IMANSHAH said...

Kak Sonata

Pelan2 ari tu dah pergi Mesir kira ok lah tu,, ada gak Piramid..jeje

saya pun akan menyusul ke sana

gadisBunga said...

salam...

1. kite nak jeles boleh tak? hihihi...best tu gi rome...

2. selamat hari jadi. bila tarikhnye ni?

3. selamat menyambut tahun baru. semoga yang indah-indah akan menunggu. :)

Aku Cikgu Sekolah said...

selamat tahun baru dan happy birthday sahabat ku ... hilang di mata, di hati jangan...

IMANSHAH said...

GAdis Bunga

Hari jadi nanti sabtu ni..hehe

IMANSHAH said...

Aku Cikgu Sekolah

Hurm, thanks, aku mangkor di sinun

James Buns said...

aku dekat Ipoh.jom pekena nasi ganja.

IMANSHAH said...

James buns

Yeke..bila??set ah..haha

wahida said...

wah...gi Rome...bestnyer...bila la saya dpt merasa...

IMANSHAH said...

wahida

lama dah tu, dah 5 bule yg lepah

Fyzal said...

salam bro imanshah. terima kasih bro sudi join kontes ni. amboi, jauh bebenor berjalan nye udoh sampei ke rom tu yop. hehehe.

teman teringin nak ke Paris. :) kalau ada rezki la.

IMANSHAH said...

Fyzal

ada ekmahuan ada fulus boleh je..hahaha

kak wan said...

Salam Iman..
Bakponya tok rajin gi luar negaro ..dok gi takbai tu ..luarnegaro jugok tu...
Anyway ..Tahniah pah ke Rome nah dia....kakwan setakat Bandung je.

Semoga tahun 2011 menjanjikan kemanisan yang lebih lagi buat Iman...jeng..jeng..jeng.

IMANSHAH said...

Kak Wan

BAndung juga luar negara mas

Cik SHiNJU said...

Slmt Menyambut Thn 2011...
Semoga thn depan lbh baik dr thn ni.. :)

IMANSHAH said...

Cik Shinju

Thanks,,kamu juga

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu.
Aha, cepat betul masa memintas kita ya. Esok lusa belum pasti lagi milik kita atau tidak.

Banyak kemungkinan menanti di depan sana. Tetapi, dua yang benar-benar pasti adalah, terus hidup atau 'terus pergi'~

Tambahan eksklusif:
1. Sannah helwah! InsyaAllah, esok lusa cikgu akan semakin dewasa.

2. Semoga diredhai dan dirahmati selama mana Dia memberi nafas kepada kamu. Ameen ya Rabbal'Alamin.

Afida Anuar said...

Salam shah...

best kan pi rome? eceh macam la saya pernah pi sana. Tak pernah pun shah...tapi teringin juga nak melawat negara belah eropah sana...

Ohh... ulang tahun hari tua sudah hampir? 1hb Jan kah?

IMANSHAH said...

Salam Izzah

Walau ada dua kepastian, yang saya doa yang pertama lah, HIDUP..hurm

IMANSHAH said...

Afida

I hope u can go to rome..haha bersepah kan..saje je..hopely, u will be there one day and thanks 4 wish..erm 1st hanuary??not dure..hehe

Azmi said...

at least kau dah pergi jugak rome tu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget