WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, December 4, 2010

TIGA DARA PINGGITAN MAKAN CERMAI

Salam buat semua buat pengunjung HOK SENGOTI. Entri kali ini sekali lagi nak buat imbasan zaman remaja. Maksudnya dalam minggu ini sahaja, aku sudah dua kali bernyanyi di sepanjang jalan kenangan. Kalau yang masih belum baca entri pasal kaset,  ada DI SINI SAYANG. Mana tahu bisa mengimbau semula kenangan anda pada era 90-an atau sebelumnya. Kebetulan petang semalam aku mengunjungi Pasar Raya Besar Tesco Ipoh untuk membeli barangan keperluan dapur. Cewah macamlah rajin benor masak. Sekonyang-konyang aku di sana di satu sudut kelihatan satu kiosk menjual majalah-majalah terbitan Creative Interprise Sdn.Bhd. Teman-teman tahu tak syarikat apa ni. Kalau tak tahu bolehlah berkunjung DI SINI. Tiba-tiba aku terpandang akan watak yang cukup aku kenal sejak usia 10 tahun lagi. Cuba tengok betul-betul..



Kisah Tiga Dara pinggitan dalam majalah Gila-gila. Mak ai, rindu betul aku pada watak Noi, Awa dan Esah di samping Jai. Penulis yang masih aku ingat dan pernah amik autograf sewaktu di Pesta Buku kat PWTC tak silap tahun 90-an dulu.  Namanya Cabai mulut hang. Rasa-rasa Cabai ni lelaki ke perempuan?? Sah-sah perempuanlah teman-teman. Tapi sungguh, kisah 3 dara ni walau berkisar kepada watak-watak feminin namun jalan ceritanya sungguh dekat di hati. Seakan-akan kita di bawa bersama untuk berada di kampung. Lain-lain cerita popular dalam majalah Gila-gila ni antaranya From Taiping With Love, Perwira Mat Lela dan banyak lagi. Jangan tak tahu saingan Gila-gila masa tu ialah majalah Gelihati. 

Tapi kalau ditanya kepada anak-anak zaman sekarang sah-sahlah mereka tak mengikutinya kerana lambakan majalah-majalah baru. Antara majalah baru selepas zaman kita Bang Leman ya, macam  Kreko , Gempak , Starz lah..tu tak masuk lagi Pedang Satiawan ke benda...dan terkini ada pula majalah kartun online yang bernama Mangga online rasanya. Teknologi memungkinkan segalanya. Satu lagi majalah yang aku suka beli tanpa gagal dulu-dulu ialah BUJAL..Tapi semua koleksi dah hilang. Mungkin mak dah buat bahan bakar untuk menambahkan tahap pencemaran udara.

Kemudiannya, aku nak tanya teman-teman semua. Kat kawasan kampung atau kawasan kejiranan anda masih ada lagi tak buah CERMAIPokok Cermai atau nama sains Phyllanthus acidus merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthus yang boleh dimakan. Dulunya pokok cermai bukan main banyak lagi di kampung. Namun sejak mutaakhir ini, ianya semakin pupus. Tak tahu kemana menghilang. Buah cermai ini sedap dibuat jeruk atau dicicah dengan garam. Jangan tak tahu, orang Kelantan makan cermai bercicahkan budu (selepas diketuk).. aku masih ingat lagi masa kanak-kanak, apabila musim cermai berbuah, pada waktu petang kami akan duduk berhimpun untuk menikmati 'colek' cermai.



Agaknya jika buah cermai ditunjukkan dan diberi kepada anak-anak kita hari ini, mungkin ini respon yang diberikan..

"Ni buah apa ni ayah?? Boleh ke makan ni, tak mabuk ke??

Eh tetiba rasa macam nak makan strawberi pulak. Nak mintak ngan tiga dara pinggitan, mereka semua makan cermai. Alahai. Oh lupa! Aku nak ke Cameron Highlands lah hari ni. Beli strawberi kat sana jelah.

Notakaki Imanshah :

Terkenang pokok-pokok hutan di kampung yang sudah pupus. Namanya agak pelik seperti khiyak, cupu, kandis, teraje dan kuchil. Maaf namanya semua dalam loghat Kelantan. Untuk memberitahu anak-anak cucu tentang kewujudan spesis inipun susah kerana pokok-pokok ini sudah tiada lagi di kampung.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

87 GENTA RASA:

Muhamad Zaki Zafir said...

buah cermai,sy jumpa,tp x prnh mkn.yg lain2,mcm yg kat notakaki cikgu tu semua tak prnh. :(

eszol said...

cermai amt best klau mkn dgn colek

sgt masam

haha

sejak gila-gila mengalami penurunan kualiti yg mendadak

ujang jela yg makin top

skrg gila-gila amatlah hampeh

ibuintan said...

salam Iman,

ko ngidam cermai ke ni?

ibu dulu pun peminat tegar 'Gila-gila' ni, tak miss beli setiap bulan.. simpan buat koleksi, tapi semua koleksi tu arwah abah dah bakar ..

IMANSHAH said...

Zaki

kan, orang muda2 sekarang, makan pun tak pernah cermai tu..rasanya masam dik

IMANSHAH said...

eszol

betul tu, Gila2 dah tak sebest dulu...zaman dah berubah kan

IMANSHAH said...

Ibuintan

idok le sampai mengidam, tapi teringat

agak2 dah 7, 8 tahun tak makan tu

Haha sadisnya abah yang bakarkan

Mr.Z said...

sedap buah cermai tu.. rasa masam2 je.. lama dah tak makan.. susah nak jumpa sekarang..

Citarasa Rinduan said...

cikgu...

saya suka gak buah cemai...masa study kat penang..saya dapat dari kawan...tapi ala-ala pening lalat lah..


PS: majalah gila-gila mmg saya minat, penulis dan pelukisnya lagilah best2...HUMOR mmg salah satu rahsia peribadi saya...saya suka lawak...lawak....3x

kakcik said...

3 dara pingitan yang menggamit kenangan. :)

SiNoMoSa said...

Salam Imanshah,

Saya kenal 3 dara pinggitan dan sy jua kenal buah cermai tuh hehe
Dulu kalau baca Gila-gila, story itu yg sy tuju dulu..sehingga satu saat Gila-gila hilang populariti apabila Ujang menjengah industri.

nurkass said...

tiga dara pingitan..huhu..mmg famous dulu..saya pun igt lagi jln citer buku tu..best..

p/s:cikgu gi cameron ke..kirim jagung..hehe

Fakhrur Razi berkata said...

hahaha tahu xpe
dlu suka beli majalah ujang apo
sekarang asyik dok tgk manga je =.="

eh mcm betul oh
sebab bukan semua org reti bukak manggis sekarang hahaha

roe233 said...

hye iman, :)

just to let u know yang ministry of moment ada buat contest and they just extended the deadline till tomorrow at midnight. harap sudi join. :) InsyaAllah kalau menang, winner gets RM2,000 worth of photography package.


detals ada kat blog roe.. jemput join ya? :)


p/s: yr blog sangat kemas. and loveeee the banner pic! rasa tenang :)

Afida Anuar said...

Salam iman....woww, dah kemam mulut dah ni kes terliur cermai dalam gambar tu.. teringatkan jeruk cermai, hehe... Waktu kecil2 dulu selalu jugak la beli..besttnyer...

PS: Thanks sudi folo..

IMANSHAH said...

Mr Z..ahah memang susah sangat..sampai la aku tak jumpa, dok nampak dalam internet je

nas said...

erm...aku dulu mmg pernah bace gila-gila..mmg best kot....tp skank isi kandungan nyer da makin ketinggalan zaman berbanding ujang n apo yg ikot peredaran masa..hoho3
3dara pingitan..aku pernah bace :P

IMANSHAH said...

Ayu

haha, belah2 johor ada ka pokok tu

IMANSHAH said...

Kakcik

ya kakcik, noi, awa ngan esah

IMANSHAH said...

Sinomosa

betul, ujang muncul habis gile2..skrg Gila-gila dah tak best lah

IMANSHAH said...

Nurkass

Alahai ameron mana ada jagung, depa import sebenarnya jual kat atas..kita pun beli lah kan..haha

p/s : ada penah nampak ladang jagung kat cameroon??

IMANSHAH said...

Razi

Nak makan rambutan pun susah saya tengok, budak2 main gigit je ngan gigi..padehal ada ke'dahnya bukak rambutan..heha

Qamarul said...

tesco ipoh tu dekat ngn pasar bina kan??? dekat ngn kampung aku..!

IMANSHAH said...

Roe233

Insya allah saya jenguk nanti, tq 4 inviting

IMANSHAH said...

Afida, haha kecur mulut saya laagi..

sama2, thanks juga coz follow HOK SENGOTI

IMANSHAH said...

Nas

setuju ngan hang.Gila-Gila dah hilang taring apabila beberapa kartunis depa angkat kaki. Dan Ujang muncul sebagai pengganti

IMANSHAH said...

Qamarul

ooo, kampung hang kat Ipoh ya..ya kot ada ke pasar Bina kat situ, dah berubah banayak dah, pasar2 ni dah takde

darkbatman said...

btol 2..dlu ske gak aku layan bro..skg je xde dh.hehee. buah cemai 2 pun kt kg aku xjmpe sgt dh..

IMANSHAH said...

darkman..samalah kita

sekamar rindu said...

salam...pagi cikgu,


pernah makan buah ni...hehe..meleleh air liur saya nengok buah cermai tu...

IMANSHAH said...

Cg sekamar Rindu

Sya selalu makan zaman budak2, pokok dekat2 rumah je

NuR si CiKGu RiBeNa said...

wah cikgu..ke tesco nmpknya

aritu ke greentown mall pun ada gak kiosk ni.
tapi tiga dara pingitan dah abis..
rasanya novel hut ada tak koleksi sumer ni?

IMANSHAH said...

Nur

ada kot, jarang pula cg nak ke sana (prade)..wah g Greentown tak hajak ya

Idalara said...

Salam Iman..
iman buat akak terimbau kembali ms jadi cikgu sementara di Lendu..(di situ cinta pertama bersemi yg tk pernah dilupai hingga skrg)umah mak angkat ada pokok cermai ni...kerap juga akak dgn anak mak angkat tu buat colek mcm iman ckp (adoiii. meleleh air liur)..la ni lama dah tk jumpa buah cermai ni...

ps rasanya cerita dlm majalah gila2 ni dah dibuat drama kt astro.

ps g cameron kirim strawberry sekotak heheheh

~Insan Biasa~ said...

hehhee....Tiga dara pingitan...saya buat koleksi. ada sampai jilid 4.

pokok cermai tu dulu ada pokoknya belakang rumah. arwah mak/ayah selalu buat jeruk....nyum..nyum...

sekarang...semua dah takde.huhuhuhu

Dinas Aldi said...

ohhhhh akak memang minat tahap cipan kat katun Tiga Dara Pinggitan nih! i like! masa akak sekolah rendah dulu, arwah bapak yg belikan majalah Gila2. majalah tu bukan setakat komik kosong tapi sangat berisi dengan maklumat. banyak informasi & pengetahuan baru yg akak dapat dari majalah tu masa tu. rindunya..

IMANSHAH said...

Kak Ida

wah tak tahu pulak pernah jadi guru sandaran dulu..seronjokkan jadi guru?? huhu

Wah orang Melaka pun pandai makan colek juga, menarik!!

IMANSHAH said...

Insan Biasa

tulah ada 4 jilid, semalam saya mampu beli satu jilid sahaja..nanti baki 3 jilid kemudianlah ya

IMANSHAH said...

Kak Dinas

wah bagusnya sang ayah yang tolong belikan..saya simpan duit sendiri je..

Memang benar bagai dikata, ada sindiran tajam dalam setiap kartun yang dilukis

Melor said...

Dulu melor suka baca tiga dara pinggitan tu dan buah cermai tu buatkan daku kecur liur.

IMANSHAH said...

Melor

Mana nak dapatkan benih cermai ya

akubiomed said...

Susah nak cari pokok cermai silap-silap tak jumpa. Walaupun masam sedap dimakan dengan cicah gula dan kicap

IMANSHAH said...

akubiomed

bukan silap lagi, memang betoi susah nak jumpa..tapi tak tahu lah kat kampung2 lain kan,, tapi kalau kat TUMPAT kawasan aku , memang sudak jarang kelihatan lagi

Cik SHiNJU said...

Pokok cermai kat umah kawan saya ade...Boleh wat jeruk..sedap..huhuh.
P CH holiday ke bro? Selamat bercoti la yer.. :)

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

eeeemmm buah cermai dedulu kat kampung aku banyak beb... sekarang dah tak ade.... kalau musim dia fuuuhhhh muvelus ni dok petik buah cermai ni buat jeruk sedap sesangat....


tang kartun tiga dara pinggitan tu mmgantara feverut gak tu zaman gile-gile mmg best tapi top tu tak leh lawan ujang lerrr

n@m@n said...

dulu baca ulang² smpai lebam buku gila² tuh..hehe

Insan Marhaen said...

IM pun minat majallah BUJAL dan membeli tanpa gagal

sekamar rindu said...

salam...cikgu,

saya tag cikgu untuk blog larian

http://sekamarrindu2009.blogspot.com/2010/12/blog-larian.html

luahfikiran said...

SALAM,
BUAH CERMAI NI DIBUAT JERUK SEDAP ! TAPI JANGAN MAKAN BANYAK. SAKIT PERUT PULAK NANTI

HASRUL NIZAM said...

Salam ukhwah dan salam ziarah :)

3 dara pingitan, faveret gua dulu2 he3

hamzah ian said...

gua suka siri kartun dalam gila2.. best..

Pn Kartini said...

salam :)

Terkonang masa dulu2..masa muda2 gitu...!
suka gak baca kisah 3 dara pingitan nihh..:):)Tapi yang cermai tuuu..
kureng skit!

Ikmal Fayadh said...

cikgu, siapa nyanyi lagu 3 dara? dari dulu cari tarak jumpa. best kot

Ikmal Fayadh said...

err 3 dara or 4 dara? sudah lupa lah. haha

Kalamhati said...

meme ambo membesar dgn watak2 kartun dalam GILA-GILA ni..siap simpan pitih nak beli majalah ni..

Aku Budak Minang pun minat gak..

kalau tak silap Cabai tu kakak kepada penyanyi Blackrose yg nama Ayim ke pe ..lupa dah nama dia..

::FAIZ FARISH:: said...

buah cermai tu masam.....tak suka makan.

mR.sYaH said...

prnh juga baca majalah gila2 tu..

buah cemai tu prnh tgk tp xprnh rase.. heheh..

mohammad said...

rasanya cermai tu sepanjang masa berbuah bukan pokok yang bermusim berbuah

sekamar rindu said...

salam..

singgah sekejap kat sini..

nunama said...

wow!
serius! terkecur air liur baca pasal cermai makan ngan 'colek'.
nikmat! :)

aeh? Gila-gila. Best woo! haha. Majalah Ujang pun best jugak. hehe

cham's said...

ngidam jeruk cermai plak tetiba ni...HAHAHA

fadzilah said...

suka baca majalah gila-gila edisi hari raya...berebut nak baca smpai kena tunggu turn baru bleh baca..kenangan betul..

Semarak Api said...

buah cermai tuh kalo buat jeruk pedas2 sedapnye..ya Allah..da berair mulut.hahah..

3 dara pingitan nostalgiknye..tp sy plg suke Bersama Selamanya -gayour. mnt gler ngn watak black. gayour tu satu opis ngn sy skang.nk mintk otograp skang ni nti org kate buang tebiat ke ape.hahah..

Admin P@P said...

Assalamualaikum.

Nostalgia.
Saya juga peminat Gila2 di zaman kanak2.

sahromnasrudin said...

kat uma mak aku ada lgi pokok cermai hhuhuhuhu

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua terpaksa tahan perut sebab gg

IMANSHAH said...

Cik Shinju

agakla, pg holiday dalam negeri je

IMANSHAH said...

afzainizam

haha, ujang terbaik awokk!!

IMANSHAH said...

Naman

sampai lebam??haha kawan sampai koyak2 dok bergilir baca kat hostel

IMANSHAH said...

IM

wah sama kita..mana bujal pergi ek??

IMANSHAH said...

LF

tulah kalau sakit perut nanti ulang alik ke tandas

IMANSHAH said...

Sekamar Rindu terima kasih saya dah jenguk dah

IMANSHAH said...

Hamzah yang popular pun jenguk juga sini..tq

IMANSHAH said...

Pn kartini

haha cermai tak semua orang suka berbanding durian an

IMANSHAH said...

Fayyadh

tak dapat nak nolong..empat dara tajuknya, noraniza idris pun nyanyi, tapi oro nyer singer tak tahu sapa

IMANSHAH said...

Kak Wan

wah hebat, tau pasal susur galur sedara mara CABAI..tabik!!

IMANSHAH said...

Faiz

apalah kena sayangi buah2 kampung ni..haha asek makan durian je

IMANSHAH said...

Syah

tengok betull saya cakap an, orang muda2 jarang makan cermai

IMANSHAH said...

Mohammad, kalau buah dah habis, tunggulah juga dia berbunga, then baru berbuah

IMANSHAH said...

Nunama

ingat layan mangga je..haha

IMANSHAH said...

chams terima kasih berkunjung pertama kali meninggalkan jejak

IMANSHAH said...

Fadzillah wah sampai berebut ye..memang nostalgia btul

IMANSHAH said...

Semarak api

wah opismate gayour ke,kim salam ye..mintak autograph nanti dikatakan buang tebiat pulak..haha

Semarak Api kartunis jugak ke

IMANSHAH said...

Admin

kita sama

IMANSHAH said...

Rom

kampung mak hang kat mana

IMANSHAH said...

Brutalsolo

gelegak tauk telinga aku membacanya

hahaha

Semarak Api said...

sy bkn krtunis.lukih org lidi pon xjd.haha..sy departmnt lain.tp dbwh bumbung yg sm.hehe..

IMANSHAH said...

Semarak api

wooo..haha lawak2..lukis orang lidipun tak jadi yek

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget