WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 24, 2010

TUKANG MASAK TERBAIK DI DUNIA

Pernahkah kita mendengar ungkapan ini? Air tangan ibu tiada tolok bandingnya. Ya, saya sungguh bertuah, seperti juga anda, memiliki ibu untuk menyiapkan sarapan ketika ke sekolah, menyuapkan makan tengah hari sewaktu pulang dan seterusnya mencedokkan nasi untuk dinikmati pada waktu malam. Bagi yang tidak memiliki ibu, pastinya suatu kehilangan yang cukup trajis dalam hidup, kerana kini sudah tiada lagi air tangan seorang ibu yang bersulamkan kasih sayang untuk memasak untuk kita.

Saat menikmati masakan ibu terlalu istimewa dalam hidup. Walaupun hanyalah berlaukkan sup sayur dan ikan goreng, terasa itulah makanan paling sedap yang pernah dinikmati di dunia. Secara jujur, saya harus melupakan hidangan buffet yang enak di hotel lima bintang atau kari kepala ikan di restoren mamak, atau masakan ikan 3 rasa di restoren tomyam. Hanyalah kerana masakan simple seorang ibu. Ya Allah dari usia sehari hinggalah menginjak ke usia 30 ini, saya tidak pernah jemu menyatakan, ibulah tukang masak terbaik yang pernah saya miliki.

Apatah lagi jika sesekali pulang ke kampung. Memang masakan kedai tidak menjadi pilihan. Pernah saya dimarahi oleh ibu kerana kerja saya asyik berulang alik ke dapur kerana melihat ibu memasak. 

"Kamu ni asyik nak makan sahaja, patut perut itu macam dah nak hamil.."

Ibu, ketahuilah..Ulang  alik saya ke dapur bukan kerana perut sentiasa bernyanyi riang. Bukan juga kerana ingin meneruskan proses penternakan lemak-lemak tepu ini.  Namun saya terlalu rindu ingin melihat ibu memasak. Mendengar celoteh ibu membuatkan saya merasakan begitu terpeson dengan kehebatan seorang wanita yang pernah melahirkan saya 30 tahun yang lalu. Bimbang jika saya tidak lagi berpeluang untuk melihat wanita yang pertama saya cintai ini memasak untuk saya. Yang tidak pernah dan tidak  akan asya lupakan, ibu akan sentiasa berusaha mengasingkan sayur-sayuran di dalam nasi goreng semata-mata kerana saya. Ibarat cerita Musang berjanggut di saat Saadiah mengasingkan campuran aneka makanan dalam beras.  Walau di usia begini, ibu cukup mengerti, saya bukan penggemar aneka sayuran.

Kepada teman-teman wanita, luangkanlah masa untuk memasak bersama ibu. Sesekali pulang ke desa, masaklah untuk ibu tersayang kerana ibu sudah lama bertungkus-lumus memasak untuk anda. Tidak pernah mereka meminta balasan atas tugasa yang mereka lakukan.






Nota Kaki Imanshah

Bukan orang lelaki tak boleh bantu ibu memasak, tapi selalunya, ibu jarang membenarkan lelaki memasak. Apapun nasi goreng ibu, terbaik di dunia.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

80 GENTA RASA:

nur aisya humaira said...

awk kne blaja mask ngan ibu siap2 tu...memg susah nk cri isteri yg blh mask sesedap ibu sendri...:D

IMANSHAH said...

aisya

eh ye ke??tak berapa rajen..haha..bukan pemalas tau

SiNoMoSa said...

Salam Iman,

Sy jua setuju dengan awak bhw percikan air tangan ibu tiada tolok bandingnya walaupun hanya hidangan yang biasa2 aje..kita tidak akan rasa muak walaupun telah menikmatinya berpuluh-puluh tahun..[hampir sebaya rupanya kita heee..tp awak tua lagi hehe]

Ibu dan Isteri ada kelasnya tersendiri..jgn sesekali menyamakan kedudukan mereka..sebagaimana sang isteri boleh menerima kaum lelaki yang tidak menyerupai sikap bapa mereka..begitulah perlunya lelaki..wallahua'alam

Suhami Ahmad said...

Mak atok tak ponah merungut masuk ke dapur walaupun dah lobih 30 tahun bergelar isteri. Sayang omak. Alahai anak omak.....

IMANSHAH said...

Sinomosa

Ahah, ni kontroversi ni, saya edit..hehe

IMANSHAH said...

Tulah, mak saya lagi lama, dah 40 tahun

gabbana said...

cikgu, sorry nyibok kat sini.

nak tanya, yg sekolah sultan azlan shah tu, sekolah mana..?? takkan SERATAS kot..?

SiNoMoSa said...

Hehehe wow sepantas kilat..sorry sy cuma berkata yg benar mungkin.. :)

IMANSHAH said...

Gabbana

SERATAS is Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah

IMANSHAH said...

Sinomnosa

harus lah..haha

ckLah@xiiinam said...

"Betul tu...tak syak lagi."ckLah tulis komen sambil mengurut pipi. sakit gigi tak surut lagi. ustaz Abdul Razak suruh minta gambir Sarawak kat Imanshah..

:D

Sepatu Hijau said...

salam


hohoh...sy tidak reti masak...

IMANSHAH said...

CkLah, sakit gigi lagi ke?? gambir Sarawak dah habis lah..haha

kat Ipoh ni ada klinik gigi yang bagus..ada klinik Azirah, klinik Siti, Klinik Ong

IMANSHAH said...

Sepatu HIjau

potong 10 markah, tinggal 90..hehe

sonata anak kancil said...

anak2 kalau balik rumah semua suruh maknya masak ! tak boleh maknya nak rehat !!! tapi gembira lihat anak begitu "pelahap" menghabiskan masakan ibunya...maklumlah semua bersekolah duduk di asrama...heiii nasi kawah lah yang memandaikan korang !!! air tangan ibu - mengeratkan hubungan kekeluargaan sejati

Citarasa Rinduan said...

syukur...

en zalie tak pernah membantah atau katakan terkurang sedap akan hasil tangan ayu

mungkin dah terbiasa...makan dicitarasa rinduan air tangan isterinya..

inyallah..pasti cikgu jumpa wanita yang mempunyai hasil tangan yang sama mcm mak

cuba try mak rasa gf punya masakkan...hehehehehe

IMANSHAH said...

kak Sonata

Tulah, kat sekolah nasik kawah kak oi, itu yang depa dok pulun, bertambah je hari2..makan macam bukit..hehe

kak Sonata comfirm masak sodap!!

IMANSHAH said...

Ayu

Wah cik Zalie memang setia, tak perlu makan restoren luar...cukup dengan Citarasa Rinduan..hehe

Saya pun jenis tak cerewet..makan nasi ngan telur pun ok

James Buns said...

kalau air tangan isteri bagaimana?

kah kah kah.

IMANSHAH said...

Wah air tangan isteri belum rasa lagi wahai james Buns

fadzilah said...

nanti suruh bakal isteri blajar masak dgn mak...nnt baru rasanya seakan sama...:)

IMANSHAH said...

Fadzillah

Owh gitu ye..hehe

fadzilah said...

cepatlah cikgu..teringin nak tgk gmbr cikgu naik pelamin...kat luar sana ramai cikgu pompuan yg single lagi..tackle la sorang...hehehehe

nub said...

style!!

aduh lapaq tetiba.hhahak

IMANSHAH said...

Fadzillah

Hehe sabar2,,saya tak naik pelamin, nikah masjid, kenduri kecik2 je,.tak minat nak pelamin2 ni..hehe

itu immpian perkahwinan jelah..hehe

kalau xdapat macam ni nak wat macam mana

IMANSHAH said...

Nub

Alahai hang..dan2 lapaq..kat kolej ke? ke kat kg

Sham said...

ei shah, mak aku la tukang masak terbaik dunia...har har...

IMANSHAH said...

Sham

Kau jgan tipu..mak aku lah

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Ibu tak pernah rasa bosan memasak...

IMANSHAH said...

Abdul Razak

Itulah kekuatan seorang ibu

Aretikz said...

hehe.. kalo 2nd? konfom bini depa no? ahakz..

IMANSHAH said...

Aretikz

yezza, binilah..sapo lagi

soffea said...

wuwuwuwuu.. tibe2 saya rasa touching giler. sentap pon iye jugak :)


baiklah. esok mesti rajin jenguk2 dapur join n blaja masak skali.

Kalamhati said...

taknak try nasik goreng kak wan ko?kot2 sama rasa ngan nasi goreng mak imanshah..hihihi

Mohammad Aiman said...

Aiman Amri likes this
^_^

NuR si CiKGu RiBeNa said...

chef terbaik
berbekal hati yg tulus
masak utk anak tersayang

cikgu.
check entry sy..

Afida Anuar said...

Imanshah...

masa tak pandai memasak lagi tu selalu la dapat rasa air tangan mak, seperti iman kata la, walaupun masakan simple, tapi lazat dan sedapnya, Allah je la yang tahu.

Tapi sejak dah besar dan pandai memasak ni,errr.. tiap kali balik kampung je, saya la yang jadi tukang masaknya, errr.. Tambah lagi saya ni anak sulung kan....jadi time balik kg yg sekejap tu la masanya nak kasi mak berehat...tak payah susah2 masuk dapur bagai...baikkan saya? hahaha angkat bakul sendiri pula..Tapi time saya dan adik beradik duk dapur ni la ibu akan datang jenguk, sembang2, sambil tolong mana yang patut, aaaa dah rindu kat mak..

apapun, nasi ayam dan nasi minyak mak saya adalah yang terbaik kat atas dunia ni...;)

sekian

nunama said...

oh!
betul3. Tiada tolok bandingnya. :)
Kalau kitorang adik beradik yg perempuan berkumpul, mmg kitorg yg masak. Ummi tolong tgk dan rasa.
Kadang-kadang tu minta tlg ummi buat sambal belacan ke sambal colek ke sebab sambal ummi best. Takleh challenge. hehe
Yes! Masakan ibu terbaik!

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

apabila kami balik kampung, emak bertukus lumus menyediakan sarapan pagi, tengah hari, petang dan malam.
selepas anak menantu dan cucu balik, habis minyak agin sebotol...longgar sendi2

Wassalam

nas said...

mmg ibu kurang galakkan..cuma kalau tolong mak mst suke kan? hehehe...
bukan aper..tugas tue ssuai utk pompuan je~

Uthman AG said...

mase cuti ni banyak masakan mak saya masakkan. kadang2 terpikir juga, macam manalah saya nak balas balik budi mak ni. alhamdulillah, ALLAH masih pinjamkan kita seorang mak yang terbaik

Lelaki Ini said...

tetibe windu masakan mak aku!
adeyh!

~Insan Biasa~ said...

sangat beruntungnya mereka yang berpeluang menjamah masakan ibu....

saya pulak...selama 27 tahun air tangan ayahlah yang membuka selera....
air tangan ibu? sempat merasanya selama 4 tahun saja selepas kelahiran diri ini...ntah macam mana rasa masakan itu tidak tersimpan dimemori.

dan kini...sekadar merasa masakan sendiri aje.

:-(

Qamarul said...

jemput makan wer.. aku mkn meggi jer.. mak aku ske masak pelik2.. huhuhu

sekamar rindu said...

salam..

entri ini mengingatkan saya pada awrah ibu saya..yg lama dijemput Ilahi.

alfatihah ..

IMANSHAH said...

Cg Sekamar Rindu

Alfatihah, semoga Allah mencucuri rahmat kepada ibu cikgu

IMANSHAH said...

Qamarul

Mak kau suka masak meggi??pun sodap tu

IMANSHAH said...

Insan biasa

Hurm, sedy saya mendengarnya.. Yalah setiap insan ada kehidupan masing-masing.kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa

IMANSHAH said...

Lelaki ini

Semua orang rindu menikmati masakan ibu

IMANSHAH said...

Uthman Ag

Alhamdulillah, semalam dengan mendapat 8A anda sudah membuktikan kepada ibu anda betapa anda begitu ingin membalas budinya..teruskan usaha nak..

IMANSHAH said...

Nass

Hang jangan cakap macam tu, marah orang pempuan..tapi yelah aku pun taghu kau dan aku sama, pemalas!!haha

IMANSHAH said...

Soffea

sementara cuti berbaki seminggu ni, baik g tolong omak..hehe

IMANSHAH said...

kak wan, apa kata nanti cuti saya balik kampung saya nak ke sana..hehe bukan jauh nye..kak wan masak lah

kakcik said...

Ibu2 moden sekarang ramai yang 'memasak di dapur restoran' sahaja! ;-)

IMANSHAH said...

Mohammad Aiman..owh terima kasih kerana menyukai entri ini..kim salam En Amri dan isteri

IMANSHAH said...

fida

Alhamdulillah, baguslah, menunaikan tanggungjawab kata orang,,beri ruang untuk dia berehat..Tak macam saya, malas..haha

IMANSHAH said...

Nur

Eh dah siap ye..kan cg tengok

IMANSHAH said...

nunama

bagus2, sambal belacam memang sedap an..hehe..di rumah saya pun kalau ada adik beradik perempuan balik sesekali, depalah yang masak

IMANSHAH said...

rozali

Rasanya dia happy masak untuk cucu-cucunya..tatkala menantu pun ikut sama an..hehe

Tulah orang tua, memang selalu sakit sendi..mana nak memasak, nak melayan karenah cucu lagi

sahromnasrudin said...

salam imanshah..aku tak nak masuk la kontest tue..bole tak??? heheheheh

Insan Marhaen said...

bila balik kg, mak IM selalu masakkan cucur untuk IM. itu adalah makanan rutin pagi pagi sebelum pergi sekolah dulu.

sedap....

♥ manje ♥ said...

salam

mskan ibu hatta sepiring cekodok adalah yg paling sedap sekali di dunia! sebab ibu msk dgn penuh ksh dan syg...(^_^) ~

khaifaiz said...

Salam.. ramuan memasak bukan sekadar rempah ratusnya shj.. perlu lebih daripada itu.. kene disertakan dengan kasih sayang.. Sbb itulah masakan Ibu sgt sedap walaupun hanya makanan yang ringkas.. Kerna disediakan dengan rasa penuh kasih sayang..

Mood nak balik KG hari ini.. Nak mak msk Ikan sembilang masak cili api.

TheChekJah said...

alamak... pesal tiba2 Jah mcm nak nangis plak ni?? huhu.. nak balik!!

Azmi said...

aku tak pernah ingat macam mana rasa masakan mak aku...

IMANSHAH said...

sahrom

Takpe..saja je..ok

IMANSHAH said...

Azmi

Hurm, apasal..mak masih ada ke?

IMANSHAH said...

Alahai TheChek jah

jangan nangis ye..nanti balik kampung suh mak masak..hehe

IMANSHAH said...

Khaifaiz

Betul tu, sememangnya itulah ramuanh terbaik dari resepi masakan seorang ibu..perahkan secangkir kasih sayang lalu dimasukkan bersama sebagai adunan untuk menambahkan perisa. hehe

balik kampung nanti kirim salam kat mak

IMANSHAH said...

IM..hehe, betul tu, saya selalu dulu makan lempeng..pun sedap

IMANSHAH said...

Manje

Eh manje pandai masak tak?? nak juga merasa

siti murni said...

alamak...tersentuh la pulak yang last para tu..huhu..i masak @ tolong mak masak ikut mood...okeh2..siap..petang ni tolong bonda kat dapur..

CIK TOM said...

betul..mskan ibu terbaik...semua best xkira la msk pe ;)

IMANSHAH said...

Siti Murni

Hah cepat g masak..haish macam mana nak wat calun ni

IMANSHAH said...

Cik Tom

nasik tomato pun besh gaks

Ujang9897 said...

aku pun suke nasi goreng mak aku...

aku tak reti masak..hee

Ujang9897 said...

baru prasan aku tak polo kau lg..dah polo..hehe..

lu tersenarai dlm blog list gua

peace(~_^)v

ckLah@xiiinam said...

Tadi berbual dengan Pembekal Makanan ke Asrama STAR (Haji Yasin) Dia cikgu SEMESTI dulu. SEMESTI merudum teruk....Convent hampir memintasnya, meski murid kami ada yang 5D UPSRnya...hua..hua...hua..

IMANSHAH said...

Ujang

holah, asek aku je polo ngko

IMANSHAH said...

Salam CkLah

Kenal sangat dia tu..hehe mujo CkLah tak tanya saya..kuikui

Ahah saya bgtau dia semalam..Raja Permaisuri Bainun pun pintas SEMESTI..Bayangkan..hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget