WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 17, 2010

USTAZ GARANG..TAK MAU MENGAJILAH

Salam siaran buat teman-teman dari Tumpat Kelantan. Tiada yang menarik untuk dikongsi pada hari ini sekadar bercerita tentang aktiviti harian saya jika berkesempatan pulang ke kampung. Ini lah aktiviti saya selalunya.


Mengajar anak-anak buah mengaji Al-Quran. Alhamdulillah, semenjak berusia 15 tahun saya diamanahkan oleh arwah ayah untuk menggantikannya sebagai 'guru mengaji'. Sehinggalah usia saya mencecah 18 tahun saya masih meneruskan tugasan ini. Tanpa jemu mengajar anak-anak murid ayah sekitar 30 orang setiap malam. Dan murid-murid saya bertukar saban tahun. Apa yang saya ingat, saya mewarisi sikap garang ayah sewaktu mengajar mengaji. Biasanya budak-budak kampung akan kecut perut disergah kalau tidak mengaji atau salah bacaannya. Yalah pada waktu tersebut mengaji di kampung bagaimanalah sangat kan. Belum diperkenalkan dengan Iqra, JQAF dan sebagainya. Namun, Alhamdulillah saya sudah boleh menegur sedikit sebanyak tajwid mereka. 

Tapi kenangan mengaji di kampung memang tidak boleh dilupa. Selalunya, murid-murid termasuk saya akan membantu guru mengaji mengangkut air ke dalam tempayan. Dan pabila tiba musim menuai, selaunya membantu pak guru mengirek padi. Mengirek bermaksud menaggalkan padi dari jerami dengan cara memijaknya menggunakan kaki sehingga padi terpisah dari tangkainya. Luka-luka kaki apabila selesai. Namun segalanya dibuat dengan ikhlas. Seperkara lagi, selalunya ibu bapa suka menghantar anak-anak mengaji kepada guru mengaji yang garang. Supaya anak cepat paham katanya. Itu orang dulu-dululah. Zaman sekarang pun ramai yang buta Al-Quran.  Saya bercakap dari pengalaman. Ramai pelajar di sekolah saya sewaktu memulakan persekolahan di Tingkatan 1 masih gagal membaca Al-Quran dengan betul. 

Kalau malam-malam, tak mengacau budak-budak perempuan tak sah kan. Selalunya ada yang akan menjadi hantu menyakat mana-mana budak perempuan. Bila diadu pada ibu bapa, jawabnya rotan besar menanti di rumah.
Kepada rakan-rakan, didiklah anak sebaik mungkin, kerana di akhirat kelak, ada saham yang menanti kita. Usah terlalu mengejar duniawi, sedangkan perkara yang harus diperbesarkan adalah ukhrawi. Wallahua'lam.


Notakaki Imanshah

Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :
Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah mengajarinya akan al-Kitab (al-Quran), mengajarinya berenang dan tidak memberi rezeki kepadanya kecuali yang baik-baik sahaja. Pepatah Arab ada juga mengatakan  belajar di waktu kecil  ibarat mengukir di atas batu dan belajar ketika tua, ibarat mengukir di atas air..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

28 GENTA RASA:

eszol said...

saya rasa cerita ajar budak2 ngaji ni tiap2 tahun cikgu cerita

time dekat skola dlu la

haha

jgn marah...

tp btol la tu cikgu
mak bapak sekarang ramai x hantar anak2 ngaji n khatamkan quran

bila masuk hostel,senior yg payah nak ajar

time usrah lari balik dorm

haha

ada ajar ke???

Kuasai minda said...

Al-Quran adalah bekalan kita di sana nanti. Kalau tak mampu nak membacanya, bagaimana agaknya nak jadi pembantu kepada kita nanti.

Memang zaman sekarang ni, masyarakat sudah terlalu jauh dengan Al-Quran. Entah mereka sedar atau tidak, namun itulah hakikatnya...

ibuintan said...

as salam iman,

tentu seronok berada bersama keluarga..

memang masa dulu, emak bapak cari ustaz/guru yg garang, dalam menggigil-gigil ngaji tu akhirnya dapat dan khatam juga.. rotan sentiasa dalam tangan..

tapi orang sekarang tidak suka gurunya garang-garang, marah kalau anaknya di rotan

Raji berkata said...

huhu patut lah dari kecil2 lagi dh ada bakat mengajar
sekarang dh pun bergelar cikgu yg anak muridnya kebanyakkan dh berjaya2

Azmi said...

kalau kita tgk parents hari ni lbih utamakan mengajar anak2 benda duniawi spt kelas tarian berenang dan macam2 lagi...kelas mengaji langsung tak nak hantar...

James Buns said...

nasib lu laki.

kalau pompuan gua da masuk minang..

kah kah kah

Citarasa Rinduan said...

salam..

cikgu iman. syukur sangat ada lagi anak lelaki yang boleh bantu keluarga untuk sambung tugas mengajar budak-budak mengaji.

tahniah,,,

Aretikz said...

Pergh ~ Setuju bro.. memang kebanyakkan sekarang bukan sahaja xlancar.. tapi sebutan pun xpass.. lum kes yang xtau langsung mengaji..
ada ustaz mengajar sekadar mengajar sahaja.. biarlah macam kereta api dorang mengaji tu.. sadis2..

Tukang cerita said...

akak merasa pengalaman mengaji kat umah tok guru malam2....
siap kena sakat ngan budak laki lagi bila balik...lari laju2 smpai umah sebab takut...
:)

Uthman AG said...

betol tu cikgu. kami pon pening skrg, rmi sgt form 1 yg tak tahu baca quran. baru nak start iqra

Kalamhati said...

Alhamdulillah..sejuk hati mak dah ayah tengok anak soleh ni..
payah nak cari yg bukan bergelar ustaz dpt ngaja ngaji gini..hok ustaz pun kdg2 kemain liat kalu org mintak ngaja ngaji..

Buleh buat adik ipar ni..hihihi

Afida Anuar said...

Assalamualaikum iman..

saya pun selalu gak ajar ngaji, tapi bukan kanak-kanak kampung la. Setakat ajar mengaji adik2 kecik saya yang dua tu je. Tak macam iman la ajar budak2 kampung... tabik arr kat iman;)

mR.sYaH said...

cikgu mmg dilahirkan utk menjadi pendidik...
teringat masa kecik2 plak..

sahromnasrudin said...

as salam..ptg nie aku bertolak ke Kota Bharu

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Best pe mengaji ramai-ramai, bila ada yang masuk juzuk baru pasti ada makanan merupakan pulut, ayam,, keledek dan sebagainya dibawa

Admin P@P said...

Assalamualaikum.

Kita sering silap apabila menganggap hal-hal berkaitan agama hanya tugas para ustaz semata2.

Kita sebagai muslim sepatutnya juga mukmin dan wajib tahu bidang keagamaan, kerana Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang bertaqwa, bukan ustaz ustazah.

Tahniah kerana berupaya menyebarkan al-quran untuk generasi kita yang akan meneruskan ketaatan kepada Allah.

TQ

SiNoMoSa said...

Alhamdulillah, pandai ajar mengaji..boleh jadi calon menantu pilihan hehe

nurkass said...

alhamdulillah..bukan setakat jd cikgu sekolah je tapi dah jd guru mengaji..akan datang jadi imam pada isteri dan anak2..insyaAllah..

Cik SHiNJU said...

Salam...

Saya ingat lagi start blajar mengaji ngn ustaz yg agak lembut,ngntok jadinya...pastu dpt yg garang..bertukar2 guru mengaji..Semuanya saya hargai..Ade yg dah kembali ke pangkuan Ilahi..Semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNYA..

nabilah_2908 said...

seronoknya ada pengalaman yg mcm tu..

zaman sy...tk merasa la...pergi ngaji juga...tp makcik yg ajar ngaji tu tak la garang...biasa2 jer... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DI KALA HUJAN

n@m@n said...

ohh..demo suko kacau budk perempuan ye..jeng jeng jeng

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

Dulu aku mengaji quran sahsah habis 2-3 jam lamanya ... tapi bebudak sekarang dok sampai lima minit dah macam cacing kepanasan.... "disuruh ngaji dok mau dohhh... kalau mu dok ngaji koran nok jadi gapo...nok jadi hantu" hah tu yang cekgu ngaji aku cakap dulu dulu lahhh..

Sham said...

steadyla demo...karaoke ble,ngajar ngaji pun ble ye...aku dulu masa sekolah paling takut ustazah...garang nak mampos...teringat kena 'berenang' dalam surau sebab tak hafal ayat lazim...hua hua...

apezs shah said...

tahniah utk kamu..
Terima kasih diatas kesedaran ini.
Insyallah..!!

Sachi Asukai said...

follow u..jap2,,nnk tny..ape tue hok sengoti???=.='

Abu Aiman said...

teringat cikgu ngaji saya Ustaz Mokhtar, dan dia memang garang...

HASRUL NIZAM said...

Salam, dulu ayah saye garang gile bile ngajar ngaji, siap tujal2 kepala kalo kantoi. skang giliran saye plak ngajar Quran... penah la jugak saye libas 360 darjah budak2 degil x nak blajar hu3

Atikah said...

Salam cikgu,

Teringat lak nostalgia mengaji kat kg...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget