WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, January 31, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH : MAJLIS PERPISAHAN 11 GURU







Hari ini, STARIAN kehilangan ramai guru yang berdedikasi, hari ini juga, para guru kehilangan sahabat yang disayangi. Bertemu dan berpisah, adat dunia. Semuanya telah tertulis di azali. Yang patah kan tumbuh, yang hilang tetap berganti. Namun, yang berganti, belum tentu sebaik yang pergi. Didoakan buat semua, selamat meneruskan khidmat bakti untuk putera dan puteri. Terima kasih atas persahabatan ini, semoga kehidupan kalian sentiasa diberkati. Andai roda kehidupan semalam bisa diputar kembali, ingin rasanya mengulangi saat-saat duka dan suka semula. Terimalah permainan dunia ini dengan hati yang redha, esok lusa belum pasti, untung sabut timbul, jika batu, tenggelam lah ia.

1) Pak Uda @ Mior Shamsudin > Malay College Kuala Kangsar
2) Zaini Mohammad > SM Sains Faris Petra, Kelantan
3) Salwani bt Abdul Hamid > SBPI Rawang, Selangor
4) Sumiliah bt Roslan > SMK Tasik Damai, Ipoh
5) Asmawati bt Abdullah > SMK Raja Chulan, Ipoh
6) Mohd Saufi bin Ismail > SMK Tambun, Ipoh
7) Ashrafi bin Che Hassan > SMK Toh Indera Wangsa, Batu Gajah
8) Maimunah bt Kasah > SM Sains Kubang Pasu
9) Wan Mahanum bt Meor Muhammud > SM Sains Tapah
10) Mohd Halmi bin Abdul Halim > SM Sains Tapah
11) Mohammad najib bin Na'aim > SM Sains Tapah

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, January 29, 2010

CHEER: DAHULU DAN SEKARANG





Gambar-gambar di atas merupakan tradisi yang ada di STAR dan masih bertahan sehingga sekarang. Cheer adalah sebahagian dari 'darah daging" STARIAN terutamanya sewaktu menghadapi perlawanan penting seperti bola sepak dan ragbi. Cheer bukan sahaja lambang kesatuan dan penyatuan semua STARIAN dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sekolah tercinta, bahkan ianya lebih daripada itu. Lagu-lagu rouse up, kenek-kenek la udang, kopi o, alhamdulillah syukur nikmat, inilah barisan kita, when the STAR dan banyak lagi memberi pengertian yang cukup mendalam kepada STARIAN. Apatah lagi jika pasukan lawan adalah MCKK. Bergema satu sekolah dengan suara STARIAN. Setiap STARIAN diajar untuk menghayati lagu-lagu cheer sebagai pelengkap kepada kehidupan mereka di STAR.

Namun sekarang, keadaan mula berubah. Generasi muda mulai bosan untuk menyanyikan lagu-lagu cheer. Kalau pergi ke padang pun mungkin kerana terpaksa.Nyanyian mereka mulai sumbang dan lemah. Perubahan ini berlaku seiring dengan perubahan zaman. Masing-masing mencari alasan apabila ada latihan cheer di padang. Persoalan yang cukup menarik untuk dikupas. Apakah semangat cinta akan alma mater juga turut terhakis?

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, January 24, 2010

KEBIADAPAN ADUKATARUNA


: Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Dato Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. bodoh punya kerajaan spesis stupid:...

Astaghfirullahhalazim. Saya antara yang terawal membaca posting tersebut dari blog http://adukataruna.blogspot.com.. lantas saya postkan dalam FB saya..malangnya selepas beberapa jam aduka taruna telah delete posting tersebut dari blognya. Ini ekoran laporan polis yang dibuat terhadap beliau kerana menghina Almarhum Sultan Iskandar. Adukataruna juga menerima banyak hentaman dalam blog dia berkaitan posting tersebut.

Inilah antara contoh kebiadapan segelintir penulis blog yang tidak menjaga etika sewaktu menulis blog. Berbeza pendapat tidak salah, namun jika kebiadapan, emosi, mengatasi kewarasan fikiran, maka terjadilah perkara seperti ini. Nauzubillah..Alfatihah buat Almarhum.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, January 23, 2010

HAYUN JANGAN TAK HAYUN


Pertamanya takziah buat Almarhum Sultan Iskandar, raja dan pemerintah negeri Johor Darul Takzim yang telah dijemput pulang oleh Allah semalam. Semoga roh almarhum akan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Saya nak bercerita tentang satu perkara yang berlaku petang tadi sewaktu saya dalam perjalanan ke Pasar Malam di Bercham Raya, Ipoh. Selepas melalui lampu isyarat di persimpangan Giant (saya berkereta), tiba-tiba banyak kereta di hadapan saya memperlahankan kenderaan masing-masing. Rupanya terdapat sekatan jalan raya yang dibuat oleh jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Owh, para penjawat awam beruniform biru ini sedang mengadakan operasi. Menahan kenderaan yang kebanyakan motosikal bagi memastikan penunggangnya memiliki lesen dan cukai jalan yang sah.

tiba-tiba saya melihat salah seorang pegawai JPJ keluar dari semak tepi jalan sambil memegang walkie talkie dan sebatang kayu yang saya kira sebesar lengan. Para penunggang motorsikal yang saya rasa tidak memiliki lesen memandu tiba-tiba membuat pusingan dalam kesesakan jalan raya. Apatah lagi jalan itu jalan sehala. Kejadian tersebut betul-betul berlaku di hadapan kereta saya. Dengan tidak semena-mena pegawai JPJ tersebut cuba mengejar penunggang motosikal dengan cuba memukulnya dengan menggunakan kayu.

MasyaAllah, saya terkasima dan terkejut. Bukan apa, saya takut jika hayunan kayu tersebut betul-betul mengenai penunggang motosikal tersebut. Apa akan jadi. Lagi satu, saya bimbang yang dipukul tak dapat, kereta saya jadi mangsa. Saya memang terkejut beruk dengan peristiwa tersebut. Rupanya ada juga penjawat awam yang berkelakuan sebegini. Saya tahu mungkin mereka telah letih menghadapi karenah para remaja yang menunggang motorsikal tanpa lesen dan cukai jalan yang sah. Namun, saya kira , ini bukan cara yang tepat untuk bertindak.

Apatah lagi kejadian berlaku pada waktu petang dan disaksikan oleh ramai orang. Keadaan ini seakan-akan mengesahkan betapa pegawai keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang kita bertindak samseng. Walau bukan semua yang terlibat dan masih ramai yang berhemah di luar sana, namun inilah yang dikatakan "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"..Apapun saya tetap tabik kepada penguatkuasa JPJ yang selalunya cool aja bila menjalankan tugas!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SULTAN JOHOR MANGKAT


DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi yang mangkat senja hari ini merupakan seorang Raja yang amat disayangi dan berjiwa rakyat. Baginda berumur 77 tahun pada 8 April lepas.


Akhbar The Star menyifatkan baginda sebagai ‘Raja Yang Menginspirasi’.

Baginda naik takhta sebagai Sultan Johor apabila ayahanda baginda Almarhum Tuanku Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim mangkat pada 10 Mei 1981. Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong VIII antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Semasa menduduki tahkta Kerajaan Persekutuan, baginda menunjukan keperihatin terhadap rakyat, terutama anggota pasukan keselamatan. Baginda telah beberapa kali mencemar duli semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri melawat anggota pasukan keselamatan diperbatasan dan sempadan. Ini termasuk terbang ke atas kapal TLDM yang sedang membuat rondaan dilaut.

Baginda juga mendermakan keseluruhan elaun sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sepanjang menduduki takhta kepada sebuah NGO, Yayasan Iskandar. Dana ini digunakan sebagai membantu pembiayaan pelajar yang kurang berkemampuan.

Baginda juga merupakan Kolonel Kehormat Rejimen Grup Gerak Khas dan menunjukan minat dalam aktiviti sukan.

Sebagai seorang ketua keluarga, baginda adalah seorang ayahanda dan nenda yang amat penyayang. Baginda menentukan cucunda baginda, Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail agar dilatih sebagai pegawai kadet di Dehradum, India dan menyoroti perkembangan cucunda tersebut dengan rapat. Baginda juga minat kepada irama keroncong.

Baginda membelakangkan protokol dan membuat kenyataan politik semasa upacara merasmikan Wilayah Pembangunan Iskandar di Danga Bay pada November 2006 apabila menitahkan agar Kerajaan tidak mempercayai orang asing terutama ‘orang putih’ dan mencadangkan wilayah itu dinamakan Wilayah Pembangunan Rahman Andak berbanding dengan nama baginda kerana menghargai pengorbanan Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor itu. Baginda juga menitahkan agar Tambak Johor dirobohkan, “Biar air lalu”, berbanding dengan keputusan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan agar projek 'Jambatan Bengkok ' dibatalkan pada bulan Mac 2006.

Semasa perasmian Dewan Undangan Negeri Johor ke XII pada tahun 2009, baginda menitahkan akan mengunakan saluran perundangan untuk mengambil kembali Pulau Batu Putih yang telah diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa menjadi milik Singapura. Baginda juga bertegas agar cadangan untuk ‘Jambatan Ke III’ tidak diadakan.

Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat keatas roh Almarhum.....Al-Fatihah.

Dipetik dari http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, January 21, 2010

GELAGAT ANAK-ANAK TINGKATAN 1


Gambar yang saya snap ni merupakan gambar pelajar tingkatan 1 tahun 2009 Mereka sedang berebut untuk menggunakan pondok telefon. Inilah antara gelagat-gelagat pelajar tingkatan 1 apabila masuk ke asrama. Lepas sahaja kelas, solat, makan, riadah atau prep, tempat pertama mereka adalah pondok telefon. Maklumlah, inilah kali pertama berjauhan dari keluarga. kadang-kadang kasihan juga pada mereka. Ada yang datang ke Sekolah Berasrama Penuh jauh nun dari Johor di selatan, Kelantan di timur mahupun Perlis di utara. Malah ada satu ketika ada yang datang dari Sabah dan sarawak.

Namun, demi cita-cita untuk belajar di SBP, semuanya terpaksa ditelan. jangan cakaplah kalau yang menangis tu. Ramai yang saat ini tak sayangakan air mata. jadi salah satu antara tanggungjawab guru adalah memujuk, dan terus memujuk. Tak palah, itulah antara tanggungjawab yang perlu digalas bila mengajar di SBP. Semoga kalian miliki jati diri yang teguh, buat bekalan untuk menginjak dewasa duhai anak-anakku..walaupun terpaksa berjauhan dari insan-insan yang dicintai..Semoga sukses semuanya!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, January 16, 2010

SABTU YANG MEMENATKAN


Alhamdulillah, impian untuk menjejakkan kaki ke daerah-daerah di negeri Selangor yang berjiran dengan Perak akhirnya tercapai. Pagi tadi, saya berpeluang untuk menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke daerah Tanjung Karang, Selangor. Ini adalah kerana saya telah menghantar motorsikal LC saya untuk dipinjamkan buat sementara waktu oleh adik saya yang memulakan praktikum perguruannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, Tanjung Karang. Terima kasih buat dua sahabat saya, Cikgu Izaheri dan Cikgu Zainuddin yang turut menemani. Fuh!! sakit tulang belakang menunggang motorsikal dari Ipoh ke Tanjung Karang. Sahabat-sahabat saya mengekori menaiki kereta di belakang.


Antara pekan atau daerah yang dilalui ialah Gopeng, Kampar, Langkap, Ayer Kuning, Teluk Intan, Hutang Melintang, Sabak Bernam, sungai Besar dan akhir sekali tanjung Karang. Nak dijadikan cerita tayar motorsikal saya pancit sewaktu melalui pekan Lankap .Mujur kedai motorsikal dekat sahaja. Sepanjang perjalanan tiada halangan yang menimpa kecuali tayar motorsikal pancit. Akhirnya setelah 3 jam setengah perjalanan, kami tiba di Pekan tanjung karang. Setelah menyerahkan motorsikal kepada adik saya,kami telah bersolat di masjid Ar-Raudah, tanjung Karang dan makan tengah hari di pekan Tanjung Karang.


Dalam perjalanan pulang, sahabat saya telah membeli menteram, iaitu sejenis hidupan laut yang seakan-akan siput. Wah! inilah buat pertama kali saya berkenalan dengan mentaram. Boleh tahan juga harganya. RM 5 sekilogram. Mentaram dijual di sepanjang jalan antara Sekincan dan Sungai Besar. Begitu juga dengan gerai buah-buahan dididrikan di sepanjang jalan bagi meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.


Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di Daerah Bagan Datoh. Ada dua tujuan. Pertamanya untuk menziarahi seorang rakan yang telah dinaikkan pangkat sebagai PK Kokurikulum di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, dan keduanya untuk melihat sendiri daerah Bgana Datoh, satu-satunya daerah yang belum lagi saya jejakkan kaki. Kami sempat mengunjungi pekan Bagan Batoh yang agak sederhana dan sunyi serta mengunjungi jeti Bagan Datoh. kelihatan para pemancing sibuk memancing udang. kami sempat merasai soto bagan Datoh sebelum bertolak pulang. Di kiri kanan jalan kampung dipenuhi dengan pokok kelapa. Apatah lagi Bagan Datoh sememangnya terkenal dengan pertanian kelapa.

Akhirnya saya sampai di Ipoh pada jam 8.00 malam setelah hampir sehari keluar berkelana melihat keindahan ciptaan Ilahi. (sempat berposing di jeti bagan Datoh..sudah semakin gumuk!!)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, January 7, 2010

SAYANG


Bile kite SYG org tu,
Kite trime je ape yg org tu kate,
Tp bile dye skitkan aty kite?
ATY kate xpe, manusie xde yg perfect..

Bile kite SYG org tu,
Kite tggu dye lame pon xpe,
Tp ble dye tggu kite? dye marah..
ATY kate, ala,adatlah ade yg mnggu & dtggu..

Bile kite SYG org tu,
Kite xtido pon xpe lyn dye ngah bosan,
Tp bile kite bosan, ade dye lyn kite?
ATY kate xpe, dye bz kot..

Bile kite SYG org tu,
Kite gado ngn dye, kite diam je..
Tp dye?? heboh 1 dunie..
ATY kate,xpe,dye tension tu..

Bile kite SYG org tu,
Kite call nk ckp ngn dye,
Tp dye gayut ngn org laen,
ATY kate xpe,dye de hal nk ckp ngn kwn dye tu..

Bile kite SYG org tu,
Kite bercerite ngn dye, rsenye citer ngn tggul lg bgos,
Tp bile dye bercerite ngn kite, Kite dgr,spatah2 kite igt..
ATY kate xpe,syg la katekan..

Bile kite SYG org tu,
Kite & dye lapar,kite bg
sume roti kite kt dye..
ATY kate xpe,ala,jgelah aty dye,cian dye..

Bile kite SYG org tu,
Kite sggup bg dye
rest bile dye letih,
Tp bile kite letih, dye suruh gk kite lyn dye bile dye bosan,adil ke??
ATY kate xpela, ala bkn selalu pon..

Bile kite SYG org tu,
Kite jd cm org giler bile dgr dye sakit,
Tp bile kite sakit, dye siap kuar ngn kwn2 meraikan ary kesakitan kite..
ATY kate, xpela, xkn dye nk berkepit ngn kite 24jam..

Bile kite SYG org tu,
Kite xpnh pntigkn diri sndiri,
Tp dye?? hipokrit tahap gaban,
ATY kate xpe, dye mmg cmtu..kenelah time..

Bile kite SYG org tu,
Kite syg nk tgglkn dye..
Tp dye?? xtahu kite berdepan dgn maut,
Walaupun kite sakit, dye kate kt kite..
Sakit biase2 jek,jgn nk mengarut..
ATY kate, cmne lah dye bile kite xde,msti dye epy..

Bile kite SYG org tu,
Kite xsggup tgok dye derita,
Tp dye pnh hrgai diri kite??
ATY kate, tahu x betape kite sygkn dye..

Bile kite SYG org tu,
Kite sggup tgglkn dye slame2nye, utk dye bhgie ngn org tersyg..
Tp adkh dye tahu pengorbanan kite??
ATY kate, xpe,asalkn dye bhagia

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, January 1, 2010

DOA HARI LAHIRKU (01 JANUARI 2010)



Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasih-Mu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hamba-Mu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat pada-Mu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merindui-Mu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan Kaabah-Mu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba-Mu ini... pimpinlah hati hamba-Mu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali-Mu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbal Alamin.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget