WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, February 27, 2010

HARGAILAH ISTERI ANDA




Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu .....
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ...
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"........


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, February 24, 2010

LARI SAMPAI LEBAM!!



Semalam, 24 haribulanb aku bertugas untuk saringan dan pra sukan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan ke-54. Hurm, aku ditugaskan untuk menjadi ketua hakim bagi acara lompat jauh kelas A, B dan C dan pada masa yang sama turut diselitkan acara 5000M terbuka. Ni nak habaq ni bagi acara 5000 Meter dengan tidak disangka-sangka seorang pelajar telah pengsan sewaktu sedang berlari. Agak panik juga melihat keadaan pelajar tersebut. Kasihan betul kerana pada waktu itu, dia sedang mendahului peserta lain dan hanya tinggal 200 meter untuk menamatkan acara. Inilah yang dikatakan soal rezeki...akhirnya pelajar lain yang menggondol emas. Apapun tahniah juga buat Zain kerana menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi akhirnya berakhir di katil hospital Raja Perempuan Bainun..Tahun hadapan cuba lagi!!
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, February 21, 2010

E-SISWA DEKAT DI HATI





E-siswa sememngnya dekat di hati saya. Apakan tidak, majalah bulanan terbitan Karangkraf ini merupakan sebuah majalah yang sangat hebat dan mantap dari segi isi kandungan dan pengisiannya.Keunculan majalah E-Siswa dipelopori oleh Encik Saharom Abdul Aziz, bekas editor Majalah Dewan Siswa yang kini telah diambilalih semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Di bawah air tangan beliau, E-siswa edaran E-siswa telah meningkat dari bulan ke bulan. Syabas buat seluruh warga kerja E-siswa.

Seingat saya, perkenalan dengan Encik Saharom bermula kerana anak beliau sedang menuntut di sekolah saya. Kini, anak beliau telahpun berada di Tingkatan 5, sedar tidak sedar hampir 5 tahun perkenalan kami. katanya, STAR begitu dekat di hati beliau. Maka, E-siswa beberapa kali sempat memaparkan berita dan juga aktiviti STAR. Antaranya sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan STAR, Kejohanan Debat Sekolah-Sekolah malaysia UIAM di mana STAR sebagai juara, begitu juga dengan Majlis Perlantikan Pengawas 2010. Dan alhamdulillah, pada 11 Febuari 2009, sekali lagi krew E-siswa telah turun ke STAR untuk membuat liputan berkenaan dengan program pengantarabangsaan pelajar-pelajar STAR ke Jepun.

Bukan itu sahaja, guru-guru STAR ramai menjadi kolumnis di E-siswa. Contohnya Puan Noridah bt Ramlan penulis tetap ruangan Bahasa Melayu manakala Encik Zaidi Basir menerusi ruangan bahasa Perancis. Manakala Puan Abidah bt Sarajul Haq merupakan kolumnis Bahasa Inggeris.

Kini, E-siswa telah bertukar pengendali apabila Encik Saharom telah dinaikkan pangakat sebagai editor pengurusan unit akademik dan tempat beliau diambil oleh Saudari Jaja Ismail. blog Hok Sengoti mengucapkan terima kasih buat Encik Saharom, Jaja Ismail, Achik serta seluruh krew E-Siswa kerana telah memberi layanan kelas satu kepada STAR dan semua sekolah di Malaysia. Sokongan yang diberikan selama ini amatlah dihargai. Didoakan semoga E-siswa akan terus mantap dan berada dalam arus penerbitan majalah-majalah ilmiah. Usaha murni memberi pendidikan kepada anak bangsa dan seluruh warga pendidikan amatlah dihargai.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, February 18, 2010

ZIARAH BATCH of 47

Salam ukhuwwah buat semua, hari yang ke-6 kita semua bercuti bagi yang bercuti. Kali ini, entry saya adalah berkaitan dengan satu program yang dianjurkan oleh bekas anak-anak murid saya. Eloklah kiranya saya menamakannya sebagai ZIARAH BATCH 47. Berlangsung di Ipoh, Perak, sekumpulan bekas pelajar saya iaitu batch 47 yang terdiri daripada 35 orang pelajar telah mengadakan ziarah guru-guru. Bukan senang hendak mengumpulkan khalayak dalam jumlah yang ramai, apatah lagi mereka semua datang dari seluruh pelusuk negara.



Pada mulanya saya mendapat sms daripada seorang bekas pelajar saya iaitu Abdul Hadi Muti yang menyatakan tujuan kehadiran mereka adalah untuk menziarahi guru-guru mereka di Ipoh di samping mengadakan reunion batch mereka. Alhamdulillah, saya menerima permintaan mereka dengan berlapang dada dan mewar-warkan kepada rakan-rakan guru yang lain. Ya lah, hasratnya cukup murni, menziarahi guru-guru yang banyak berjasa kepada mereka. lima tahun berkelana di Ipoh,kamilah yang menggantikan ibu bapa mereka. sakit, pening, demam semuanya diuruskan oleh guru-guru. Dan saya kira inilah buat julung-julung kalinya program ziarah ke rumah guru-guru diadakan. Syabas buat Abdul hadi dan hizamy selaku penganjur program.



Hari itu saya dan Cg Zuraida berkongsi untuk menjamu mereka. Alhamdulillah, walaupun tidak seberapa jamuan yang kami adakan, namun yang penting melihat mereka bergembira dapat bersua muka. Berkongsi pahit manis kehidupan mereka serta bertanyakan khabar tentang aktiviti terkini mereka. Alhamdulillah, semuanya sudah menjejakkan kaki ke menara gading dan ramai juga yang sudah melanjutlkan pelajaran ke luar negeri.Seperkara yang membuatkan suasana tak kering gusi adalah melihat telatah merka yang masih tidak berubah walaupun sudah menginjak ke usia 20 tahun pada tahun ini.



Program Ziarah dimulakan dengan lawatan ke rumah Tuan Haji Sidek, bekas materan yang banyak membantu anak-anak ini tatkala sakit. Kemudiaannya diteruskan ke rumah Cik Zuraida di Klebang Putra. Selepas solat zohor, mereka bergerak ke rumah Ustaz Rusdi, iaitu bekas guru Pendidikan Islam STAR dan warden Rumah Kuning di Simpang Pulai. Oleh kerana kesuntukan masa, rumah terakhir yang sempat dikunjungi adalah rumah Cikgu Izaheri, bekas warden serta guru disiplin STAR yang terletak di Batu Gajah. Alhamdulillah, guru-guru menerima kehadiran merekja dengan penuh kasih-sayang walaupun satu ketika dahulu banyak karenah yang ditimbulkan.



Pada hari tersebut program diteruskan dengan acara BBQ di Teluk Batik, Lumut. Makanya, tugas saya sebagai juruiring berakhir di situ kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Keesokan harinya, program ZIARAH diteruskan ke rumah Ustaz Mohtar dan Puan Hajah Noridah Ramlan. Kedua-dua rumah terletak di Tambun. Sebelum bergerak pulang, batch of 47 sempat bertemu dengan Encik Kamaruddin Ghazali, iaitu bekas PKHEM STAR. Dan destinasi terakhir adalah melawat Mr Yoong Kwee Soon, sempena sambutan tahun baru cina.



Ternyata selepas 3 tahun meninggalkan alma mater ini, ingatan terhadap guru-guru masih belum pudar. Saya tersentuh apabila salah seorang daripada mereka berkata, " Cikgu, terima kasih kerana menerima kehadiran kami semua!!" Duhai anak-anakku, biar siapapun kamu, biar apapun kamu, biar bagaimanapun kamu, kamu semua tetap sebahagian daripada yang telah mewarnai kehidupan cikgu!! Semoga kalian terus kuat jalinan ukhuwwahnya, terus utuh sulaman persahabatannya. Usah ada daripada kalian, yang layu sebelum berkembang.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, February 17, 2010

APARTMANKU, SYURGAKU

Sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, hati sering terdetik, bagaimanakah gayanya hidup di rumah flet atau rumah pangsa?? Terdetik juga suatu hari nanti untuk tinggal di rumah flet. Itu cerita 20 tahun yang lampau. Pada ketika perasaan dan gelojak rasa ingin tahu segala-galanya. Namun, hari ke hari, tahun ke tahun, peluang itu tidak hadir.Sehinggalah adik saya membeli sebuah apartman di Sungai Chua, Kajang.

Sementelah peluang hadir, maka saya telah merasai bagaimana hidup di apartmen. Alhamdulillah walaupun hanya 4 hari, namun peluang yang ada saya gunakan sebaik mungkin untuk menikmatinya. Maklumlah selama 30 tahun hidup, hanya tinggal di rumah yang bertanah. Haha..Terasa kekok juga. Tinggal di tingkat enam, segalanya terlalu individualistik. Bayangkan, jiran sebelahpun masih belum bertegur sapa walaupun sudah 3 tahun menjadi penghuni apartman ini. Hurm, mungkin orang akan berkata, awatlah hang jakun sangat??

Tapi, secara peribadi, saya kira saya tidak sesuai dengan kehidupan moden begini. Saya sukakan tanah untuk bercucuk tanam, saya suka padang permainan untuk beriadah dan yang paling penting saya suka untuk bermasyarakat. Kepada yang berada di luar sana, mungkin inilah pilihan terbaik jika berada di bandar besar memandangkan harga rumah yang mahal, namun jika punya pilihan, pilihlah rumah yang BERTANAH.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BERSALIN KULIT

Akhirnya, BLOG HOK SENGOTI bertukar wajah jua setelah setahun 3 bulan bersiaran di dunia maya ini. Tempoh 15 bulan rasanya sudah cukup untuk blog ini tampil dengan imej yang lebih ceria dan segar. Bukan sahaja dari segi layoutnya sahaja, bahkan dari segi pengisiannya. Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi adalah cabaran dalaman, iaitu sikap malas. Semoga BLOG HOK SENGOTI akan terus bersiaran dan dapat sedikit sebanyak berkongsi cerita bersama para peminatnya!! Haha, cewah!!Salam ceria pagi rabu buat semua!!
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, February 16, 2010

SATU HARI EMPAT NEGERI

Salam buat semua. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan GONG XI FACHAI buat semua rakan-rakan tionghua saya sama ada di sekolah mahupun pembaca yang setia saya. Alhamdulillah, inilah unik Malaysia, bila sebut sahaja perayaan, yang teringat adalah CUTI. Makanya, saya bercuti selama seminggu dari kesesakan dan timbunan kerja yang semakin bertambah, dan dari suasana persekitaran tempat kerja yang semakin hari menyebakkan. So, entry kali ini bertajuk 'satu hari empat negeri' memaparkan kembara saya dalam sehari ke empat buah negeri bermula di Perak, Kuala Lumpur, kemudian Selangor dan terakhirnya Pahang. saya sememangnya bercadang untuk menghabiskan sisa cuti saya di Kajang, Selangor kerana ibu berada di sana menemani adik yang baru bersalin.

Saya menumpangkan 4 orang pelajar saya yang ingin pulang ke destinasi masing-masing setelah mereka menyiapkan tugasan Bahasa Inggeris mereka di Ipoh. Sungguh berbakat mereka kerana dapat menyiapkan video berkaitan cerita seram. Destinasi pertama yang dituju adalah Tanjung Malim, sebuah bandar yang memiliki sejarah tersendiri. Di situlah terletaknya Maktab Perguruan Sultan Idris atau MPSI yang kini dikenaiktaraf menajdi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). MPSI terkenal dengan jolokan " The Cradle of Malay Nationalisme" yang diberikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Tanjung malim juga terkenal dengan jolokan Bandar Proton.


Dari Tanjung Malim, Perak, saya memasuki ibu kota negara, Kuala lumpur. Seumur hidup saya, inilah pertama kali saya memandu di Kuala Lumpur. Lawak bukan?? Bukan apa, selalunya saya lebih selesa menaiki bas bila berkursus di Kuala lumpur. Tapi kali ini saya memberanikan diri menerjah ibu kota yang sememangnya sibuk dengan ribuan kenderaan setiap hari. Mujurlah, hari cuti umum sempena Tahun baru Cina, maka dapatlah saya bermaharajalela di jalan raya dan lebuh raya Kuala Lumpur. Setelah menghantar anak-anak di KL Sentral, maka bermulalah episod makan buah langsat. Sebenarnya buha langsat tu SESAT.Haha, jangan terkejut, saya yang bengong tentang Kuala Lumpur akhirnya terperangkap selama 40 minit di Kuala Lumpur.Banyak betul fly overnya, lebuh raya tak terbilang.Tol pulak ada di mana-mana. Akhirnya berkat kesabaran, ada juga cahaya di hujung terowong. Saya dapat meloloskan diri ke kajang.


Saya sampai di kajang pada jam 3 petang. Lega rasanya kerana destinasi terakhir dapat ditemui. Namun, sesampai je di sana, tiba-tiba adik berkata , "alang-alang dapat gathering bersama ni, apa kata kita g umah kakak di Kuantan?". Di Kajang kami berkumpul 4 beradik bersama ibu. Hurm, apa nak dikata lagi. Saya mohon untuk tidur sejam. Selepas itu, maka bermulalah pengembaraan saya dan keluarga ke Kuantan, Pahang. Mujur, saki baki stamina masih ada. Yang penting, saya dapat menguji pandu Grand Livina milik adik.

Yang atas tu gambar kakak saya yang bekerja di Kuantan. Ni kakak kedua saya. Kami sampai di Kuantan dalam jam 9 malam. Fuh, memandu di Lebuh raya Pantai Timur yang agak lengang jika nak dibandingkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Di Kuantan, kami makan hidangan special, ikan kerapu dan siakap bakar. kata kakak, dua ekor ikan beharga seratus lebih. Namun, kesedapannya menjilat jari. Sememangnya, Kuantan terkenal dengan ikan bakarnya.

Inilah serba sedikit cerita pengembaraan saya untuk kali ini. Selamat beramal!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, February 15, 2010

BAS CATAR



Cuti sekolah datang lagi. Bersempena dengan kedatangan Tahun baru Cina, seperti sebelumnya, sekolah mengambil cuti berganti bagi memberi peluang kepada para pelajar yang datang dari seluruh Malaysia untuk pulang bercuti. Yalah, walau semua pelajar berbangsa Melayu namun jika cuti 2 atau 3 hari, menyukarkan mereka untuk pulang ke kampung sebab pelajar-pelajar STAR bukan hanya datang dari sekitar perak, malah ada yang datang dari Terengganu, Kelantan, Johor mahupun Perlis.

Hari itu, saya dipanggil oleh tuan pengetua. Dengan perasaan berdebar-debar, saya menemui pengetua. Yalah, takut juga jika kita telah melanggar peraturan ke, apa ke. Tuan pengetua menunjukkan satu surat permohonan dari pelajar berkaitan dengan keizinan pengetua membenarkan mereka menggunakan perkhidmatan bas catar untuk pulang ke Kelantan dan Terengganu. Rupanya, tanpa pengetahuan kami, pelajar-pelajar sebelah Pantai Timur telah berurusan dengan sebuah syraikat pengangkutan yang berpangkalan di Dungun, Terengganu.

Hurm, kami tertawa bersama. Bukan sebab marah kerana urusan dibuat tanpa pengetahuan kami. Tapi, kemampuan dan kehebatan mereka menguruskan bas catar ini. Tiket sudah habis terjual, waktu perjalanan juga dah ditetapkan. Dan yang penting, bas akan datang ke sekolah mengambil mereka. Yang tinggal, hanyalah kebenaran dari pengetua. Hurm, tuan pengetua mohon saya menyiasat syarikat ini. Bukan apa, tak mahu mereka semua ditipu, maklumlah, berurusan dengan pelajar, apa-apa boleh terjadi.

Rupa-rupanya, mereka berurusan dengan bekas pelajar yang memang saya kenal sangat di UTP. Lega hati. Dan saya kira, semuanya berjalan dengan lancar. Akhirnya bas tiba tepat pada masanya da para pelajar akhirnya telah selamat tiba ke destinasinya. Satu perkara yang saya sedar, pelajar-pelajar saya memang hebat, walau masih di bangku sekolah, namun keupayaan menguruskan sesuatu yang selalunya dibuat oleh orang yang lebih dewasa, membuatkan saya tersenyum. Inilah kelebihan yang mereka ada dan tak ada di tempat lain!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, February 7, 2010

TERLEBIH


Saya terjumpa sajak lewat karya Khadijah hashim yang saya kira amat molek untuk dikongsikan dengan rakan-rakan semua. Semoga mendapat kebaikan dari karya hebat ini.

TERLEBIH

Terlebih garam gulai binasa
Terlebih manis penyakit menanti
Terlebih lada pedas menyengat
Terlebih santan lemak berlapis
Terlebih cuka jeruk menjadi
Terlebih asam pekasam tak busuk
Terlebih api nasi pun hangit
Terlebih air bubur namanya

Terlebih senyum orang tertanya-tanya
Terlebih ketawa takut menangis
Terlebih cakap punca bohong
Terlebih janji sukar ditepati
Terlebih puji dusta akhirnya
Terlebih sayang buruk ke tepi
Terlebih belanja hutang berlapuk
Terlebih harta baik bersedekah
Terlebih simpan kedekut berpanjangan

Biar terlebih jasa dan bakti
Serendang pohon dapat berteduh
Sehijau padang luas berlari
Sejernih sungai tempat bermandi
Sedingin bayu berhembus selalu
Seharum mawar kembang pagi
Seindah alam ciptaan Ilahi
Dan kaki kejap terpijak di sini

Khadijah Hashim
Dewan Sastera, Disember 2001

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, February 3, 2010

TENTANG KEHILANGAN


Saya terkenang kata-kata hikmat yang berbunyi, " Tak semua perkara atau benda atau orang yang kita sayang akan menjadi milik kita". Makanya, saya teringat beberapa insiden yang berlaku kepada diri saya. Kehilangan barang-barang berharga yang saya kira punyai kenangan yang berharga. Terbaru, saya kehilangan kamera Canon Digital IXUS 100 IS..Aduh, baru beberapa bulan jodohnya bersama saya. Sudah hilang. Hilang dari pandangan mata. Kamera yang selalunya jarang terpisah dari saya, akhirnya hilang diambil orang.

Saya memiliki beberapa pengalaman kehilangan barang berharga. Yang paling kerap adalah telefon bimbit. Berbagai jenama dan harga. Semuanya pernah saya rasa kehilangannya. Begitu juga, laptop Toshiba juga pernah menjadi habuan pencuri, duit apatah lagi. Rasa geram, tertekan dengan sikap segelintir dari manusia. Sanggup memilih untuk mengambil barang yang bukan milik mereka. Namun anehnya, perasaan marah hanya seketika. Akhirnya, saya beranggapan betapa itu merupakan sedekah kepada yang memerlukan. Pelik bukan??

Sementelah, kebanyakan kes kehilangan adalah merupakan faktor diri sendiri. Saangat cuai lagi lalai dalam menjaga harta atau barang milik sendiri. Maka, itulah balasannya. Namun, satu perkara yang saya kira sukar untuk diubah adalah, saya tak pernah belajar dari kehilangan. Selepas satu, satu barang saya hilang. Nak kata budak, rasanya orang butaapun dapat mengenali betapa saya sudah hidup beberapa dekad lamanya. haha.. Dan akhirnya, saya kembali kepada janji Allah. Rezeki tiada..itu je. Senyum jelah, walau dah bernanah telinga mendengar bebelan rakan-rakan dan keluarga.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget