WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, March 30, 2010

SEPETANG DI PESTA BUKU

Alhamdulillah, hajat untuk menjejakkan kaki ke PWTC akhirnya tercapai jua. Memang jakun, hampir 30 tahun hidup, PWTC pun tak pernah sampai. Lalu, bersempena dengan Kuala Lumpur International Book Festival hari tu, saya dan rakan-rakan sempatlah berkunjung ke sana. Bukan nak beli buku sangat pun, dah tentu lautan ribuan manusia menunggu. Namun, saya nak merasa kehangatan di tengah-tengan ribuan manusia, melihat kegilaan manusia pada sesuatu yang berfaedah, iaitu buku.

Memang kagum lah melihat kesungguhan rakyat malaysia di sana. banyak bas sekolah dan bas persiaran yang datang dari seluruh pelusuk negara. Semuanya mempunyai matlamat yang sama, berdampingan dengan ilmu. kalau yang jenis nak datang semata-mata untuk window shopping dan proses mencuci mata tu, ada lah juga, namun rasanya mereka lebih suka ke kompleks membeli-belah kan. Ada yang bawa anak kecil, ada yang bawa mak ayah, pendek kata semua jenis manusia ada. Bila menyusuri gerai-gerai para pempamer, bermacam-macam bahan yang dijual. bagi kategori kak Kiah yang suka masak-masak dan cucuk tanam pun ada. Tu tak masuk lagi buku-buku jahitan, sulaman dan macam-macam.

Bukan tu sahaja, yang minat sukan dan ada hajat nak mendalami sukan pula banyak buku pasal sukan. Begitu juga bagi yang minat politik macam saya ni, semuanya terhimpun dalam satu bangunan yang sama. Bagi adik-adik pelajar sekolah dan universiti pula, pilihan dan potongan harga ditawarkan untuk buku-buku akademik. Tu ha bagi ustaz-ustaz, ustazah-usatazah dan setiap individu muslim yang ingin mencari buku-buku kerohanian, KLIBF menjanjikan beribu-ribu judul buku-buku agama. Yang penting dik, duit mesti ada. Kalau tak, pusing-pusing jelah naik turun dewan-dewan pameran.


Gambar kat atas tu, gambar-gambar bekas pemimpin negara, yang saya snap di lobi bangunan UMNO. Bukan apa, tak tahu bila lagi boleh datang ke PWTC lagi. Manalah tahu 20 tahun lagi dapat jadi PM, waktu tu saya yang rasmi Persidangan Agung UMNO.. Haha kuat betol berangan.
Apapun, kami berempat menghabiskan masa 4 jam di PWTC meninjau dan memilih buku-buku terbaik untuk dibawa pulang.


Hehe, sebenarnya bajet tak berapa ada. Itulah yang sempat dibeli. 3 buah buku dan selebihnya majalah. harap-harap saya boleh habiskan pembacaan. Bukan apa nak menyahut seruan kerajaan supaya menjadikan membaca sebagai budaya. Alhamdulillah, sebagai rakyat yang insaf dan prihatin, saya cuba menyahut saranan itu. Jumpa lagi!!

p/s : Tabik la pada kawan saya yang beli 13 judul buku!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, March 20, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN PROF ABDULLAH HASSAN


Entri kali ini ingin sekali memberi penghargaan buat tokoh cendekiawan melayu dan pejuang bahasa yang amat saya kagumi iaitu Prof. Emmiretus Dr. Abdullah bin Hassan yang ke- 68 hari ini. Semoga beliau terus diberi kesihatan dan kekuatan untuk melayari kehidupan ini. Selamat ulang tahun Prof.

Sedikit info mengenai Prof yang dipetik dari wikipedia.

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (lahir di Teluk Anson (Intan), Perak, pada 20 Mac 1942) adalah antara ahli linguistik yang terkenal diMalaysia. Beliau adalah Profesor Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, Malaysia, sejak 2001Beliau memperoleh ijazah B.A. (1967) dan M.A. (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa Melayu daripada Universiti Malaya dan Ph.D. (1972) dalam bidang Linguistik Am daripada University of Edinburgh, Scotland. Beliau adalah bekas tenaga pengajar Universiti Sains Malaysia (USM), mula bertugas pada 1972 di Unit Pengajian Bahasa, menjadi Profesor Bahasa Melayu pada 1980, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 1982-1986 dan, Dekan Pusat Pengajian Lanjutan 1986-1987, dan bersara pada 1997. Selepas bersara beliau dilantik menjadi Profesor Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1997 - 2001, dan seterusnya menjadi Profesor Bahasa Melayu di UPSI sejak 2001 - sekarang. Beliau pernah memegang British Commonweallth Scholarship (1969-72) Zamalah Fulbright-Hays di University of California, Berkeley, (1979), Pensyarah Perunding Mengenai Terjemahan di RELC Singapura (1980), Pemegang Kerusi Tun Razak Ke-4, di Ohio University, AS, (1987-89), dan Profesor Kunjungan di Jabatan Kajian Asia Timur, Universiti Frankfurt, Jerman (Okt. 2004). Atas kesarjanaannya beliau dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 2006.


Prof. Abdullah adalah antara sarjana yang kuat memperjuangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan demi memandaikan rakyat, bagi mengekalkan nilai dan jati diri melalui himpunan memori bangsa yang dipindahkan hanya melalui bahasa peribumi, dan demi membina kreativiti peribumi. Prof. Abdullah Hassan juga bergerak aktif dalam aktiviti persatuan bahasa. Beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). Pada masa ini beliau adalah Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1997 - sekarang). Di bawah pimpinannya beliau meneruskan usaha mengadakan persidangan penterjemahan antarabangsa, iaiatu Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-7 (1999), Ke-8 (2001), Ke-9 (2003), ke- 10 (2005), dan yang terakhir Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-11 (PPA-11) yang diadakan pada 21-23 November 2007. Persidangan itu dianjurkan olehPersatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM).

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

TENTANG HOKI

Amizal Mansor sedang membawa bola ke kawasan lawan

Pasukan bawah 18 tahun ke Kejohanan hoki MSSD Kinta Utara
Entri kali ni lain skit..ni pasal sukan hoki..tahun 2010 aku diamanahkan untuk menguruskan pasukan hoki sekolah bersama Cik Helmi Fazlin. Adeh, terasa kekok yang amat sangat. Mana taknya, waktu zaman persekolahan dahulu memang tak pernah pegang kayu hoki pun. Tambah-tambah pada waktu tu, sekolah tempat aku belajar pasukan hoki pun takde..Makanya, aku mengambil positif cabaran ini. Dua kejohanan besar yang akan dihadapi untuk tahun 2010 adalah kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara dan Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Bawah 16 tahun.

Maka dengan kudrat yang ada kami mengadakan latihan..haha lastly, buat cara profesional, panggil jurulatih luar. Orangnya bukan calang-calang jurulatih, iaitu CikguNizam dari SMK Clifford. Walaupun hanya sempat mengadakan 2 sesi latihan di stadium, namun para pemain menunjukkan peningkatan tentang taktikal dan teknikal. Melihat kesungguhan para pemain, sanggup mengorbankan cuti semata-mata untuk menghadiri latihan intensif, aku bertambah semangat. Begitu juga latihan di padang sekolah diadakan pada setiap petang untuk menguatkan stamina serta mempertajamkan asas permainan hoki.

Walau bagaimanapun, di peringkat MSSD Kinta Utara kami hanya berkemampuan mendapat kedudukan ke-3. Target sekurang-kurangnya untuk bergelar naib johan tidak kesampaian walau menunjukkan peningkatan yang ketara di peringkat kumpulan menewaskan SMK Bercham 7-0 dan SM Teknik Brash (3-0) . Laluan ke final seakan terbentang luas apabila di peringkat X Y berjaya mengalahkan ACS Ipoh (1-0). Namun segalanya musnah apabila tewas 0-1 kepada pasukan underdog iaitu SMK Tanjung Rambutan. Akhirnya ACS Ipoh layak ke pertembungan final bertemu SMK Anderson. Maka banyaklah air mata yang tumpah di padang ketika itu, sedih juga melihat keletah pemain yang sangat rapat dengan aku.Walau tewas, aku suka dengan semangat mereka, walau mereka tahu hoki bukanlah sukan utama sekolah.

Untuk kejohanan Hoki SBP Bawah 16 tahun kebangsaan, STAR dipilih menjadi tuan rumah. Satu lagi tugasan berat menanti untuk memastikan tuan rumah tidak dimalukan di tempat sendiri. Apresiasi khas buat captain, azin, zarul, aiman, alim, nas, adam, chicken, peq dan hasif yang akan menduduki SPM. Semoga terus bersama saya membina team bawah 16 yang kuat..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, March 19, 2010

ENTRY LEWAT SEMINGGU : RESULT SPM 09

Amir Akram, hijjaz dan Akramin bersama keputusan masing-masing

Fivers 2009 bergambar kenangan bersama Pengaharah Pelajaran Perak


Sidang akhbar pengumuman keputusan SPM peringkat negeri Perak

IPOH- Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini muncul sebagai sekolah terbaik Perak dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang diumumkan hari ini. Sebelum ini, sekolah tersebut juga adalah sekolah terbaik di negeri ini bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.Buat julung kali, keputusan peperiksaan SPM tersebut diumumkan di sekolah terbaik bagi negeri ini dan bukan di Jabatan Pelajaran Negeri Perak seperti kebiasaan.

Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohd. Radzi Abd. Jabar, STAR mencatatkan gred purata sekolah (GPS) 1.71 dan mendahului empat buah sekolah lain yang turut cemerlang dalam keputusan SPM kali ini.
''Sebanyak lima buah sekolah di negeri ini dikategorikan cemerlang selepas memperoleh GPS antara antara 0.00 hingga 2.25 dalam peperiksaan SPM 2009.
''Sekolah terbaik ialah STAR, diikuti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gopeng, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sains Teluk Intan dan SMK Raja Tun Azlan Shah di Taiping," katanya.

ULASAN BLOG HOK SENGOTI..

Al-hamdulillah, kejayaan berganda pada tahun ini. Rasanya masih belum terlambat untuk saya selaku salah seorang tenaga pengajar alma mater ini untuk mengucapkan tahniah buat semua pelajardan guru-guru khususnya yang telah membuktikan kemampuan dan kebolehan untuk bersaing dengan institusi-institusi pendidikan yang lain. Di peringkat SBP, kita berada pada kedudukan ke-22 manakala di peringkat kebangsaan di tempat ke-24.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HKSBP ZON UTARA :PENGUASAAN SEKOLAH-SEKOLAH PERAK

Kontijen STAR ke HKSBP Zon Utara - mana saya? hurm jurugambar da

Pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

ALLSTARS- Pasukan bola keranjang STAR

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama (HKSBP) Zon Utara telah diadakan pada 11-14 Mac 2010 bertempat di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa, Sungai Petani. Program selama empat hari ini telah menghimpunkan sebanyak 14 buah sekolah berasrama penuh zon utara. Pada tahun ini, jumlah sekolah telah meningkat dengan kemasukan 3 SBP baru iaitu SMS Bagan datoh, Perak, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, kedah dan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang.

HKSBP peringkat Zon Utara mempertandingkan empat acara iaitu bahas Bahasa Melayu, bahas Bahasa Inggeris, bola keranjang lelaki dan bola keranjang kategori perempuan. Bagi pertandingan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pertandingan diadakan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa manakala bagi pertandingan bola keranjang pula diadakan di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH) dan SMJK Sin Min, Sungai Petani.

HKSBP Zon Utara berjalan serentakk dengan HKSBP zon tengah, zon timur dan zon selatan. Pada tahun 2010, Sektor SBP dan Sekolah Kluster telah mengubah format pertandingan di mana bagi pasukan bahas, hanya johan dan naib johan sahaja yang akan melayakkan diri ke HKSBP Kebangsaan yang dijadulakan berlangsung di SM Sains Pasir Putih, Kelantan pada bulan Jun nanti. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana kesemua 54 buah SBP mengambil bahagian dalam HKSBP Kebangsaan. Bagi acara bola keranjang, tiada perubahan yang dilakukan di mana kedua-dua johan dan naib johan akan layak ke peringkat kebangsaan.

Para kontijen yang mengambil bahagian telah memperlihatkan kesungguhan masing-masing untuk memburu dua slot ke peringkat kebangsaan bagi semua acara yang dipertandingkan. Dan sesuatu yang menarik untuk diperkatakan apabila ke lapan-lapan pasukan yang layak ke HKSBP Kebangsaan merupakan sekolah-sekolah dari negri Perak. Bagi acara bola keranjang lelaki juara bertahan, Kolej Melayu Kuala Kangsar berjaya menewaskan Sekolah Tuanku Aabdul Rahman (STAR) manakala kategori perempuan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) muncul juara menewaskan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS).

Kategori bahas bahasa Melayu dan Bahas Bahasa Inggeris memperlihatkan penguasaan dua seteru utama, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR) . Bagi kategori bahas Bahasa Inggeris, Sekolah Tuanku Abdul Rahman muncul sebagai johan manakala Kolej Melayu Kuala Kangsar di tempat ke dua. Namun, Kolej Melayu Kuala Kangsar berjaya mengguli kategori Bahasa Melayu dengan menewaskan STAR di pentas final. Turut diumumkan Muhammad Thaqif bin Tamunif dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan Muhammad Rosman bin Razif dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pubang pasu sebagai pembahas terbaik keseluruhan bahas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang telah berjaya. Pasukan-pasukan ini akan menggalas cabaran zon utara di peringkat kebangsaan pada bulan Jun nanti. Semoga pasukan dari zon utara akan berjaya menempa nama di bumi Che Siti Wan Kembang nanti!!

KEPUTUSAN PENUH

BAHAS BAHASA MELAYU

JOHAN : KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

NAIB JOHAN : SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH

BAHAS BAHASA INGGERIS

JOHAN : SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH

NAIB JOHAN : KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

BOLA KERANJANG LELAKI

JOHAN :KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

NAIB JOHAN : SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH

BOLA KERANJANG PEREMPUAN

JOHAN : SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN

NAIB JOHAN : SEKOLAH MENENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH, TAIPING


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, March 18, 2010

SETAHUN SUDAH BERLALU, MAC MUNCUL KEMBALI


Semalam, Rabu 18 Mac 2010, genap setahun aku mengalami kemalangan ngeri di KM 20, Lebuhraya Timur Barat. Semalam juga, secara kebetulan aku melalui tempat yang sama untuk kembali ke Ipoh. Entah kenapa, tidak dirancang pun, tapi ianya berlaku mengikut ketentuan Allah. Mulanya tidak perasan, namun setelah menyedari bahawa kejadiannya berlaku pada hari Rabu, sehari sebelum aku ke Ipoh untuk menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Ya, memang sah, kejadian berlaku sewaktu cuti pertengahan penggal pertama pada hari Rabu. Cuma tarikhnya sahaja yang sedikit berbeza.

Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan buat Allah Azzawajalla atas kurniaan umur yang panjang. Hanya dia yang berupaya mengatur perjalanan hidup hamba-Nya. Setahun sudah berlalu, nampaknya sedikit demi sedikit perasaan gementar dapat dibuang jauh dari lubuk hati. Kehidupan juga nampaknya semakin lebih baik, lebih bersemangat dan yang paling penting, menghargai kehidupan. Allah memberi ruang untuk memperbaiki kehidupan yang lampau yang penuh dengan kekurangan.

Kepada rakan-rakan di luar sana, jika kita ditimpa musibah, usahlah berduka. Yang penting anggaplah semuanya Qada' dan Qadar Allah, dan bertawakkal. InsyaAllah, Allah bersama orang-orang yang sentiasa Redha dengan ujian-Nya.

"Di sebalik kegelapan ada sinar
Di sebalik mehnah ada rahmah"


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, March 16, 2010

SELAMAT TINGGAL ANAKKU



Allahyarham Shah Nour sewaktu hayatnya


Entry ini didedikasikan buat anak muridku yang diingati, Mohd Shah Nour bin Mat Ani yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Mac 2010. Shah Nour, pelajar Diploma Mechanical Engineering, UITM Penang. Arwah mati lemas sewaktu mandi di Air Terjun Bukit Hijau, Baling. Al-hamdulillah, saya sempat untuk menziarahi jenazah arwah di Kampung Jeram, Sungai Buluh, Selangor. Arwah selamat dikebumikan pada jam 11.00 pagi. Tiada kata yang dapat dilafazkan selain dari doa semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Begitulah janji Allah yang maha mengetahui segala-galanya. Takziah buat keluarga Encik Mat Ani sekeluarga, semoga tabah menghadapi ujian Allah S.A.W.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, March 10, 2010

Istimewa: Buat kamu yang mengambil keputusan SPM esok, 11 Mac 2010.


SPM.
Esok adalah hari keluarnya keputusan. Calon-calon peperiksaan SPM tahun 2009 , pastinya sedang kecut perut berdegup jantung, mungkin ada yang sedang berteleku di atas sejadah berdoa, mungkin ada juga yang tidak kisah kerana yakin 100% dia berjaya.

Maka saya ingin kongsikan di dalam artikel ini beberapa pesanan untuk calon-calon SPM .Untuk muhasabah diri, juga mempersiapkan hati agar redha dan bersyukur dengan segala keputusan.

Maka, ini perkongsiannya.

Istimewa buat kamu yang mengambil keputusan esok.

Hari pelbagai rasa

Hari mengambil keputusan, cuacanya adalah warna warni. Ada yang cuacanya mendung dengan kekecewaan, ada yang cuacanya hujan dengan tangisan, ada yang cuacanya mentari cerah dengan kecemerlangan, ada yang juga yang mempunyai cuaca terik kerana ujub dan riyak dengan kecemerlangannya.

Hari mengambil keputusan, hari pelbagai rasa.

Berada di tengah-tengah kekalutan suasana itu, kita akan jadi tidak keruan. Kadangkala hilang arah. Yang keputusannya buruk mungkin akan rasa sangat rendah diri, lantas kecewa tidak bertepi seakan esok tiada lagi untuk diri. Yang keputusannya bagus, cemerlang mungkin akan rasa sangat gembira, kadangkala sehingga telupa kejayaan itu diberikan oleh-Nya, lantas ujub, riya’, takabbur seakan-akan dia akan berjaya hingga ke akhirat sana.

Bagi yang studi penat lelah kemudian berjaya dengan jayanya.

Pada hari mengambil keputusan, yang paling kuat tangisannya adalah mereka yang telah bergadang untuk berjaya. Mereka studi hingga lewat malam, kurang tidur, kurang main, dan mengorbankan banyak kelapangannya untuk studi. Bila berjaya, dia rasa jiwanya sangat lapang dan dirinya seakan terawang ke langit.

Pada orang begini, saya ingin berpesan, segera kembalikan kegembiraan kamu itu kepada Allah SWT. Sesungguhnya, studi penat lelah kamu tidak lain hanyalah usaha. Allah jugalah yang memberikannya. Pantaslah kamu bersyukur, agar nanti Allah menambahkan kejayaan buat kamu di masa hadapan.

“Dan sekiranya kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan(nikmatKu)…” Surah Ibrahim ayat 7.

Jangan sesekali kalian kufur dan takbur dengan menyatakan: “Inilah hasil usaha aku. Aku memang berhak ke atas ini”

“Dan sekiranya kamu kufur(tidak bersyukur), sesungguhnya AzabKu amatlah pedih” Surah Ibrahim ayat 7(sambungan ayat tadi).

Bagi yang studi penat lelah, tetapi akhirnya keputusannya tidak cemerlang

Akan wujud juga, manusia-manusia yang telah berkorban pelbagai perkara, berhabis duit ke kelas tuisyen, bergadang studi menghafal formula, tetapi keputusan peperiksaannya tidak cemerlang. Malah mungkin jatuh merudum ke tahap yang dia juga tidak sangka akan begitu keputusannya.

Pada orang sebegini, saya suka mengingatkan bahawa, Allah SWT mengarahkan manusia hanya untuk berusaha. Natijah, keputusan itu adalah kerja Allah SWT. Maka hakikatnya kamu tidak gagal. Bahkan kamu berjaya kerana telah berusaha dengan penuh kesungguhan. Yakinlah bahawa, keputusan kamu yang teruk selepas kamu usaha keras itu, adalah perjalanan yang Allah SWT susunkan untuk kamu menjadi lebih hebat pada masa hadapan. Bukannya untuk kamu kecewa dan jatuh tidak ke mana.

“Dan boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk buat kamu, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan kamu langsung tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Jangan sangka buruk dengan Allah. Luruskan tubuhmu, bergeraklah menerobos kehidupan penuh liku.

Yang tidak studi sungguh-sungguh, tetapi berjaya dengan cemerlang

Akan ada juga orang yang terkejut.

“Eh, aku dapat 10A seh. Tak sangka gila. Aku dah la tak studi. Main je banyak. Hu3.. mantap gila aku ni”

Dan ayat-ayat yang lebih kurang terkeluar dari mulutnya. Dia terkejut kerana dia tidak bersungguh-sungguh. Studinya ala kadar. Dia juga tidak hormat gurunya. Dia juga tidak menjalankan amanah Allah. Tidak berdoa, tidak susah-susah qiamullail bersolat hajat. Tetapi dia berjaya.

Pada orang begini, suka saya ingatkan. Jangan sesekali anda rasa ajaib dengan diri anda. Tiada yang istimewanya. Sepatutnya anda berterima kasih kepada Allah yang menyelamatkan anda dari kekecewaan dan malu. Walaupun anda tidak berusaha keras, Allah masih melimpahkan kasih sayangnya dengan mencemerlangkan anda. Jangan rasa ini sesuatu yang hebat. Malah rasailah diri itu dihargai oleh Allah SWT. Jangan biarkan nikmat ini bertukar menjadi istidraj(Allah beri nikmat untuk diri makin lupa dan jauh pada Allah).

Sesungguhnya, kejadian ini adalah teguran indah daripada Allah untuk anda. Dia menyelamatkan anda, dan mengajak anda berfikir bahawa manusia tidak akan selamanya bernasib baik.

Maka kembalikan segala rasa ajaib tadi, kepada Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah itu memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa berkira-kira(tanpa perlukan sebab dan alasan)” Surah Ali Imran ayat 37.

“Ingatilah Aku, maka Aku akan mengingati kamu. Dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu kufur(tidak bersyukur)” Surah Al-Baqarah ayat 152.

Dan belajarlah untuk berusaha keras. Sesungguhnya anda telah diselamatkan.

Yang tidak studi sungguh, dan keputusannya teruk.

Ada golongan yang akan merasakan penyesalan yang teramat sangat. Dia mula melihat betapa kebodohannya dengan tidak studi selama ini, memberikannya keputusan yang sangat hodoh dan menyesakkan. Dia mula melihat masa hadapannya gelap dan memandang dirinya tidak bermakna.

Kepada orang sebegini, saya hendak berpesan. Inilah dia teguran Allah SWT. Sepatutnya anda menggunakan titik ini sebagai stesen muhasabah. SPM/STAM bukan segala-galanya. Hidup tidak berakhir dengan SPM/STAM. Tanyalah pada diri, apakah kepahitan keputusan teruk ini ingin anda ulangi pada bahagian kehidupan anda di masa hadapan?

Sesungguhnya, Allah masih mengurniakan kamu nyawa, masa, dan kehidupan untuk kamu terus berusaha.

Sepatutnya kamu bersyukur, Allah memberikan pengajaran yang hebat dan besar kepada kamu. Jauhilah putus asa. Kegagalan hanyalah batu loncatan, untuk mereka yang sedar dan memikirkan.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak adam melakukan kesalahan, tetapi sebaik-baik pelaku kesalahan adalah mereka yang sering bertaubat” Hadith riwayat Tirmidzi no 2499.

“Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.

“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada dalam diri mereka” Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Maka, apa yang anda tunggu dalam kekecewaan?

Keluarlah dari selaput kehinaan. Ubah diri. Belajar dari kegagalan.

Ini pesananku. Manifestasi cintaku kepada kamu

Saya amat menghargai generasi muda. Tidak saya pandang rendah pada mereka sebagaimana sebahagian orang tua memandang rendah kepada saya. Sebab generasi muda adala yang akan menerus dan menyambung perjalanan perjuangan saya.

Maka, saya suka generasi muda untuk berfikiran luas, dan berjaga-jaga dalam segenap perkara. Perlu sedar betapa hidup ini hanya untuk mendapat redha Allah SWT. SPM dan STAM juga adalah medan untuk mendapat redha Allah SWT.

“Serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” Surah At-Taubah ayat 72.

Maka hadamilah pesanan-pesanan saya ini.

Jangan anda tertipu dengan kejayaan dan kegagalan anda. Ini hanyalah satu stesen dari stesen-stesen kehidupan. Ada banyak lagi stesen yang perlu kita lalui dalam keadaan berjaga-jaga jika ingin selamat.

Penutup: Kita hakikatnya mengejar kejayaan yang sebenar. Selamat berjaya!

Saya tidak memandang kejayaan dengan neraca manusia. Ada sahaja yang cemerlang SPM/STAM tetapi gagal di universiti. Ada sahaja yang dikatakan berjaya di medan kerjaya tetapi rosak di bahagian lain.

Sebab itu, saya memakai neraca kejayaan yang Allah beri. Apa dia?

Allah SWT berfirman:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Surah Ali Imran ayat 185.

Ya… itulah dia kejayaan.

Semoga, anda semua berjaya. Di dunia dan di akhirat.

Saya doakan yang terbaik untuk kalian buat esok hari.

Semoga semua keputusan diterima dengan baik.

Hal ini kerana, segala keputusan adalah yang terbaik daripada Allah SWT.


Langit Illahi.com

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget