WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, April 29, 2010

INTERSCHOOL 2010: RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI



Al-hamdulillah ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas ketentuan-Nya..anak-anakku berjaya sekali lagi untuk menjejakkan kaki ke Pentas Juara-Juara Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia UIAM 2010..Walau sekali lagi terpaksa menelan kepahitan buat kali ke dua berturut-turut bergelar naib juara, kami tetap redha dengan ketentuan-Nya. Al-hamdulillah sekali lagi keluarga debat Bahasa Melayu STAR masih belum kehilangan taring, tetap terbaik dalam kalangan terbaik. InsyaAllah berkat usaha yang berterusan, keazaman yang membara serta keyakinan yang tinggi kami ingin sekali lagi beradu kekuatan minda di pentas Juara-juara pada tahun hadapan. UIAM, kami pasti kembali, Piala Tun Seri Lanang pasti tetap kami idamkan untuk dibawa pulang ke bumi bijih timah, Ipoh.

Menyorot kembali perjalanan Interschool kali ini terasa ada kecatatannya, tidak selancar tahun-tahun sebelumnya. Pertamanya, integriti pertandingan boleh dipertikaikan. Mana tidaknya pasukan SAINA yang telah diumumkan sebagai pemenang terpaksa mengadakan perlawanan semula dengan SMAP LABU walaupun sudah jelas kemenangan berpihak kepada SAINA..Natijahnya, SAINA gagal dalam perlawanan ulangan kerana gugup, terkejut dan hampa dengan keputusan penganjur. Rasanya dengan apa jua alasan, pihak penganjur sepatutnya tidak melayan tuntutan SMAP LABU yang tidak sesekali mempertikaikan keputusan hakim, sebaliknya mengatakan SAINA diberi bantuan luar sewaktu pertandingan. Adalah tidak logik dan tidak masuk akal hanya kerana satu dua patah kata yang keluar dari mulut penonton mahupun penyokong sidah dikira memberi bantuan kepada pasukannya. Sedangkan, adakah benar keadaan ini memberi kelebihan kepada pendebat?? rasanya banyak lagi pasukan yang melakukan perkara yang sama, namun atas semangat berdebat dan mempercayai kemampuan pendebat serta keintegritian hakim, maka perkara tersebut tidak dianggap sebagai masalah yang besar pun.

Dan yang paling menyakitkan hati apabila ada sesetengah pasukan yang rasanya tidak rasional yang berkeras membuat bantahan tanpa segan silu walaupun menyedari betapa pasukan sendiripun lebih kurang sama pun. Buktinya STAR dua kali bertemu pasukan tersebut dan kami tewas ke dua-dua perlawanan..Dan dengan jelas ada bantuan yang diberikan oleh guru, juru latih mahupun bekas-bekas pelajar dari sekolah tersebut. Alahai, kesian betul pasukan dari Negeri Sembilan tersebut..kalah juga di suku akhir bertemu STAR. Kepada Cg Rasyid dan para pendebat SAINA, banyak bersabar dan saya selalu meminjam semangat yang ada pada Cg Rasyid yang tidak pernah jemu mendidik para pembahas yang hebat dalam arena perdebatan. tahniah Cikgu Rasyid. Kepada pihak penganjur rasanya, tahun hadapan tidak perlulah melayan karenah pasukan-pasukan yang tidak memiliki semangat setiakawan ini.

Pepatah ada mengatakan, tempat jatuh lagi dikenang, tempat bermain lagi dirindu...rasanya sesuai untuk saya tujukan buat bekas-bekas pelajar yang telah lama meninggalkan alma mater. Saya membangkitkan isu ini kerana dalam perlawanan akhir antara STAR dan KISAS, seramai 3 orang bekas pelajar KISAS menjadi panel kehakiman. Hurm, saya menyanjung tinggi kredibiliti mereka sebagai hakim pertandingan debat, dan saya banyak belajar dari komen-komen yang diberikan oleh mereka sepanjang pertandingan berlangsung dari mula sehingga akhir. Namun dalam konteks perlawanan akhir antara KISAS dan STAR, rasanya tidak adil meletakkan begitu ramai hakim dari sekolah yang bertanding. Sedikit sebanyak sentimen sekolah tetap ada. Dan yang paling utama ia melibatkan persepsi penonton, para pendebat serta guru-guru pengiring. Saya kira, mungkin mereka ada hujah dan sebab sendiri menentukan pemenang, namun elemen yang saya sebutkan tadi seharusnya tidak terlepas pandang oleh penganjur pada masa akan datang.

Inilah setelah saban tahun membawa pelajar menyeratai pertandingan, saya memberi komen yang agak tidak memihak kepada penganjur. Walau bagaimanapun, sekalung penghargaan buat SPICE UIAM atas komitmen yang diberikan terhadap penganjuran Interschool tahun ini. InsyaAllah kami tidak akan serik untuk setia menyahut seruan Taman Budi dan Ilmu, UIAM GOMBAK.. Tahniah dan jutaan terima kasih buat seluruh keluarga debat bahasa Melayu STAR terutamanya buat para pendebat: Paman, Azri, Faizs dan Qushairi atas kemampuan kalian meletakkan kita pada tempat yang betul pada masa yang betul, buat kakanda Noridah yang dipanggil ummi oleh anak-anak STAR atas kasih sayang dan tunjuk ajar dan mencetuskan revolusi baru dalam arena perbahasan di bumi STAR, bekas-bekas pendebat FARID, BEBET, HARINN, SIRAJ dan BAPAK dan untuk junior-junior yang bakal menggalas cabaran pada tahun hadapan, perjalanan kalian masih panjang!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, April 28, 2010

NI PUN USAHA JUGAK BRADER


Pada hujung minggu yang lepas, saya berkesempatan untuk mengunjungi Memory Lane, iaitu pasar pagi yang menjual pelabagai barangan antik, terpakai dan juga barangan baru yang terkenal di Ipoh. Saya tertarik untuk mengunjungi gerai yang menjual sepatu berjenama "Crocs" tiruan yang dikerumuni oleh ramai pelanggan.

Tiba-tiba seorang brader yang ada di depan saya ingin membeli sepasang Crocs yang dijual. Lalu beliau mengeluarkan wang dari dompetnya untuk membayar selipar tersebut. Tak semena-mena di dalam dompet tersebut ada berkeping-keping kad nombor ekor. Haha, nak tahu apa yang diucapkannya. Saya ingatkan dia akan malu dan cepat-cepat akan menyorokkan kad-kad tersebut. Alahai dengan bangga dan selamba nya beliau berkata,

" Ni pun usaha jugak brader, bukan bulat-bulat serah kat tuhan!! Ini cara usaha aku! Yang penting aku tak mencurik" sambil berseloroh....

Sentap jugalah saya mendengar ucapan dari mulut seorang Melayu dan Islam!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, April 24, 2010

SELAMAT TINGGAL CELCOM BROADBAND


Assalamualaikum W.B T...alhamdulillah, terasa begitu lama tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ini.. ramai yang bertanya, ramai juga yang menyapa..kenapa cikgu IMANSHAH seolah-olah menyepi dan menjauhkan diri dari dunia blog..Alhamdulillah, sempat juga akhirnya saya mencoretkan sesuatu di blog kesayangan saya ini.

Sepurnama peninggalan saya, sebenarnya saya bertapa..haha..Tidaklah, sebenarnya selain dari kekangan masa yang begitu menghambat, saya sebenarnya menghadapi masalah dengan Celcom Broadband saya..entah mengapa Celcom yang dahulunya bgeitu pantas membuat onar...lalu, dengan sedikit kekecewaan ditambah lagi dengan sifat kemalasan yang ada, maka saya mengisytiharkan perang pada Broadband yang telah saya gunakan hampir 2 tahun lamanya..

Jeng-jeng, akhirnya saya secara rasminya menamatkan perkhidmatan Celcom Broadband saya digantikan dengan Maxis Broadband. Sementelah tengah promosi saya tidak melepaskan peluang yang ada. Terima kasih buat Celcom , selama 2 tahun banyak membantu saya dalam urusan berkaitan dunia maya ini..Bukan tidak sayang, tapi bak kata pepatah melayu, Sudah dapat gading bertuah, tanduk sudah tidak berguna lagi!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget