WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, May 29, 2010

JODOH ITU RAHSIA ALLAH


"Eh bila nak kahwin ni?"

"Cikgu ni, jodoh depan mata pun tak nak!!Kami nak makan nasi minyak cikgu sebelum kami keluar sekolah.."

" Iman!! kalau saya akak kenalkan dengan seseorang nak tak??''

"Kamu ni dari hayat arwah ayah masih ada, sampai dia dah meninggal, jawapan sama je, takde jodoh! Takde jodoh"

"Iman, kamu dah ada berapa orang anak??" tanya kawan-kawan lama...

" Kau ni memilih sangat kot!!"

************************************************************************************I

Itulah sebahagian dari soalan-soalan yang sering ditanya oleh mereka yang begitu rapat dengan saya. Ya, saya cukup sedar malah menginsafi usia saya telah menginjak ke angka 30 pada tahun ini sememangnya sudah layak untuk berkahwin.Malahan ramai dari sahabat-sahabat seperjuangan saya sudahpun berkeluarga dan memiliki cahaya mata.


Seringkali saya terfikir kenapakan saat ini belum diberikan jodoh oleh Yang Maha Kuasa? Karana faktor keadaankah yang memaksa saya untuk masih tetap hidup tanpa pasangan sampai detik ini? Faktor kerjaya, belum menemukan pasangan yang sesuai atau diam-diam percaya pada ungkapan 'All the good guys already taken' ? Atau mungkin faktor kegagalan berkasihan dahulu menyebabkan saya tawar untuk membina masjid!! Lalu menuding Allah yang sengaja menyulitkan jalan bertemu jodoh? Nauzubillah!!!

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga datang bersama masalah. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang bersama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Perkahwinan juga demikian.

Ia baik sebab dibenarkan agama dan sunnah Nabi sebagai saluran betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah, tetapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Saya terkenang beberapa ungkapan dan kata-kata nasihat serta ayat al-quran tentang khidup berumah tangga

1)Ramai orang menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumah tangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang banyak juga terpaksa dipikul? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

2) Berapa ramai yang menyesali perkahwinan masing-masing pada hal dulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih, malah ada yang sanggup berkorban apa saja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri atau suami, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

3) Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dulu sebab hakikatnya, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah, tetapi sudah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

4) Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya.

5) Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

6)"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.

*****************************************************************

Kepada kaum keluarga, sahabat handai, para pelajar saya yang selalu bertanyakan jodoh saya, saya percaya jodoh itu rahsia Allah. Dan saya tidak akan menolak jika sudah sampai tika dan saatnya untuk bergelar suami. Bukankah apabila matinya anak adam maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara:

1) Sedekah jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Anak yang soleh yang akan mendoakannya

Dan doa anak yang soleh itulah saya perlukan!! Jumpa lagi !!Assalamualaikum..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, May 28, 2010

HOSPITAL IPOH, KENANGAN BERTANDANG LAGI


Hari ini dalam perjalanan pulang dari Medan Kid buat kesekian kalinya aku melalui Hospital Raja Permasiuri Bainun yang suatu ketika pernah dikenali sebagai Hospital Ipoh. Sejujurnya bagi aku hospital bukanlah tempat yang mempunyai banyak kenangan denganku sewaktu kecil ataupun di bangku persekolahan. Seingat aku, berapa kali sahaja aku mengunjungi hospital. Sewaktu sekolah rendah aku pernah di tahan di wad kerana demam kuning. Selebihnya hanyalah mengunjungi sahabat handai dan saudara mara yang terlantar sakit di hospital.

Namun, apabila memulakan tugas sebagai guru di STAR sememangnya hospital mempunyai banyak kenangan yang tak mungkin dilupakan. Selama hampir 7 tahun menjadi warden hampir saban minggu aku dan rakan-rakan akan menghantar para pelajar ke hospital. Entah mana silapnya, saban hari ada sahaja pelajar yang demam, terseliuh, keracunan makanan, athma dan pelbagai jenis penyakit lagi. Makanya tugas kami sebagai warden adalah menghantar mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan di sebelah malam.

Kadang-kadang terpaksa tidur di dalam kereta kerana menunggu giliran bertemu doktor. Antara kenangan yang tak dapat dilupakan adalah apabila seorang pelajar yang pecah bahagian muka setelah tercedera sewaktu bermain bola. Begitu juga apabila berlaku kes keracunan makanan, kami terpaksa berulang alik membawa pelajar ke hospital pada waktu malam. bagi kes kronik seperti athma, lambat bertindak boleh menyebabkan kematian. Juga memori menghantar pelajar yang disengat tebuan yang meraung-raung di dalam kereta. Pernah satu ketika juga, seorang pelajar tertusuk perut dengan besi tajam akibat dikejar anjing sewaktu pulang dari 'fly'.

Itulah antara cebisan kenangan menjadi warden di asrama penuh yang mungkin tak dilupakan. Namun sebagai manusia kadang-kadang ianya cukup mencabar kesabaran. Apa taknya para pelajar yang terseliauh dua hari tiba-tiba datang memohon pertolongan untuk dibawa ke hospital. Pabila ditanya kenapa tidak pergi 2 hari yang lepas, katanya tunggu cikgu duty. Begitu juga apabila sudah ada pelajar yang dihantar ke hospital pada malam itu, namun selepas pulang masih ada lagi pelajar yang ingin dihantar ke hospital. Makanya bebelan mak nenek dan khutbah yang panjang akan diberikan terlebih dahulu. Namun, tugas tetap tugas walaupun mulut bising, namun tugas tetap dilaksanakan.

Sekadar berkongsi rasa dan pengalaman, inilah antara pengorbanan yang dihadapi dalam menjaga anak-anak bangsa. Walaupun kadang-kadang para pelajar mungkin melihat ianya sememangnya tugas yang hakiki bagi seorang warden, namun persoalannya, berapa kerat sangatkah dalam kalangan guru-guru anda yang sanggup menjadi pengganti kepada ayah dan ibu anda?? Tapi saya yakin, asuhan dan didikan yang diterima di STAR akan menjadikan kalian semua anak2 mutid yang tahu berterima kasih dan menghormati guru-guru anda.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, May 22, 2010

CETUSAN WARNA RETRO











Salam semua, hurm saya baru berkesempatan untuk membuat sedikit ulasan mengenai sambutan hari guru peringkat sekolah yang disambut pada 17 Mei baru-baru ini. Apa yang boleh saya gambarkan ianya merupakan majlis yang sangat bermakna, penuh dengan elemen kejutan dan meriah. Dengan temanyacetusan warna -warni Retro, kami diminta berpakaian ala-ala 60-an dan 70-an.Ramai juga cikgu yang sporting dengan memakai pakaian mengikut tema. Berbaloi juga apabila saya diumumkan memenangi the best dress hari tu kategori lelaki. Haha tang mana yang retro tu pun tak tahu lah..

Kami memulakan sambutan dengan bacaan Yaasin di Surau Hamdaniah sebagai manifestasi untuk emmohon keberkatan dan kerahmatan daripada Allah untuk terus memberi ruang dan peluang kepada kami untuk mencari sedikit ruang keikhlasan bagi mengalirkan sungai ilmu dan kasih sayang buat anak-anak bangsa tercinta. Ianya disusuli dengan acara Red Carpet. Wah terasa macam menghadiri Anugerah Bintang Polular.

Acara dalam dewan juga tidak kurang hebatnya dengan persembahan para pelajar serta nyanyian lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa, seperti biasa microphone tak lepas dari tangan ini. haha..Dan elemen kejutan pertama apabila kami dihidangkan dengan tayangan multimedia guru-guru yang mana gambar kami sewaktu kecil. Gamat seisi dewan apabila para pelajar dipertontonkan dengan gambar guru-guru sewaktu kecil dan remaja.

Selesai acara dewan guru-guru dikejutkan dengan kehadiran kek sebanyak 65 biji. Wah ! banyak betul dan semua guru dibawa ke Dataran Staroba untuk upacara memotong kek. Temanya satu kek satu guru. Acara memotong kek berlangsung serentak.. Hurm tapi kek-kek tu pun diberikan kepada pelajar..Tak larat dik non nak makan kek. Diabetes!!! Hahha.

Seterusnya berlangsung acara padang dan sukaneka seperti Futsal, bola keranjang, bola jaring, cabaran tariking, sukaneka, congkak, ukir buah dan karaoke. Hurm saya sempat menyertai acara futsal dan karaoke. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari bertemakan ala kampung. Fuh memang sedap masakan tersebut.

Apapun setinggi penghargaan buat semua khusunya para pelajar yang diketui oleh Ikram, Mirza dan Syafiq serta seluruh jawatan kuasa yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, May 17, 2010

DIA BERSAJAK



Sajak ini merupakan hasil nukilan anak muridku, Haziq Janudin yang dipersembahkan sewaktu Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Saya sangat suka dan tertarik dengan bait-bait sajak ini. Lantas saya jadikannya sebagai bingkisan buat kenangan saya melalui blog Hok Sengoti..

Epilog : Guru bukan satu tapi beribu, bukan sementara tapi selamanya, bukan dimusuhi tapi disayangi, bukan dilupai tapi diingati, bukan hanya di sini tetapi di mana-mana, bukan setakat ini tapi hingga hunjung nyawa...

............................

Mula seorang kecil tanpa bicara,
Mula seorang kecil tanpa apa-apa,
Mula seorang kecil tanpa tulis baca,
Mula seorang kecil tanpa mengerti apa itu dunia...

Saat seorang bapa percaya pada seorang manusia,
Saat seorang manusia mendiidk anaknya,
Saat anaknya mula petah berbicara,
Saat dia mula berjaya...

Semuanya bermula dari seorang cuma,
Yang mengajar anak itu segala perkara,
Dia hanya seorang guru biasa,
Dari dalam kota ke ceruk desa,
Atau dari desa terus ke kota,
Tekun mengajar anak bangsa,
Segala apa ilmu yang dia ada...

Kini anak itu sudah dewasa,
Kini anak itu sudah berjaya,
Kini dia kebanggaan negara,
Guru itu masih biasa,
Masih mengajar ilmu yang sama,
Buat anak bangsa yang kian dewasa,

Padanya wang itu bukan dunia,
Yang dimahukan anak diidknya berjaya,
Jadi teknokrat, usahawan serta mereka
yang punya wibawa

Benarlah kata orang,
Guru itu umpama lilin
Menerangkan segala ruang,
Yang gelap menjadi terang,
Yang terang kian gemilang,
Kudoakan engkau terus berjuang,
Agar anak bangsa maju cemerlang!!

HAZIQ JANUDIN..
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, May 16, 2010

16 MEI, INILAH HARINYA



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Hurm, rasanya tahun ini merupakan tahun ke-8 saya akan menjadi penyanyi tersohor pada setiap kali sambutan Hari Guru diadakan. selalunya sayalah yang dipanggil gila microphone, menyanyi lagu dengan semangat, setinggi semangat saya terhadap profesyen ini. Saban tahun jugalah, sambutan diadakan di peringkat kebangsaan mahupun daerah hinggalah di sekolah-sekolah. Kata mereka, sambutan hari guru merupakan satu manisfestasi untuk menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih terhadap jasa dan pengorbanan guru. Saya hanya mengiakannya tanpa ada sedikitpun rasa prejudis.

Dan saban tahun jugalah golongan guru seringkali tertunggu-tunggu apakah hadiah istimewa yang akan diberikan oleh kerajaan kepada golongan kami..Saya tak pernah ambil pusing pun, yang penting ada gaji, ada keperluan yang cukup, maka saya akan melakukan kerja yang diamanahkan oleh kerajaan kepada saya. Kalau ada sedikit imbuhan atas keringat yang dicurahkan, maka wajib untuk bersyukur..

Hari Guru tiba, dan pasti tiba lagi untuk tahun-tahun akan mendatang. Bukan sambutan yang perluy diperbesarkan, dan pada saya juga bukan hadiah dan kad ucapan yang perlu ditonjolkan, namun seharusnya kedatangan 16 Mei seharusnya menjadi wadah untuk semua golongan untuk merenung semula peranan masing-masing..Warga pendidik khusunya pentadbir, perlu ada rasa kebertanggungjawaban yang lebih pada anak-anak buahnya. Bukan sekadar menjadi mandor yang mengarahkan itu dan ini kepada guru-guru tanpa ada sedikit kelonggaran. Ketegasan perlu, namun sikap turun padang juga perlu, mengambil iktibar dari kepimpinan Rasulullah S.A.W.

Bagi rakan-rakan pendidik, masing-masing punya kelebihan, punya tanggungjawab yang harus dipikul. Berikanlah yang terbaik buat anak-anak yang dahagakan ilmu dan tunjuk ajar. Mereka bukan sahaja perlukan pendidikan formal dariu setiap insan bergelar pendidik, bahkan lebih dari itu, di sekolah kehidupan yang kita ciptakan ini.

Terkenang satu SMS kiriman seorang taulan..Tuturmu muzik yang tak jemu didengar, dalam ceritamu terselit hiburan dan pengajaran, gayamu jadi sebutan, marahmu menjadi kenangan terindah, tidak ada yang paling indah bagi insan yang bernama guru kerana engkaulah pelita hidup, pemburu yang bijaksana,penglipurlara ketika duka, pemberi ketika tiada, penyabar ketika diduga, berbangga ketika mereka berjaya, sedih kerana gagalnya anak bangsa..Berbanggalah kerana membekalkan ilmu pada yang tak tahu. Seribu tahun namamu akan diseru!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, May 11, 2010

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010











9.00 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
: Pemeriksaan Perbarisan Kehormat
: Sesi Bergambar
: Acara di dalam dewan bermula
: Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah “ Ilmu
Panduan Hidup”
: Bacaan doa
: Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua Kanan STAR
: Ucapan Perasmian oleh Y.A.B Menteri Besar Perak Darul
Ridzuan
: Persembahan Pelajar
: Penyampaian Anugerah 1
: Persembahan Pelajar
: Penyampaian Anugerah 2
: Penyampaian Cenderahati untuk Tetamu Kehormat
: Jamuan
12.00 tengah hari : Bersurai
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU


Its normal when u'r in ur 20s, u'll look very MENGANCAM, when u'r @ 3o's, u begin to have BERMACAM2, when u turn 40s - 50s, u'll feel TERANCAM (suami kawen lain), and sadly when u reach above 60s, org langsung TAK CAM...

Hurm, itulah antara sms yang diterima oleh rakan-rakan yang bergelar ibu sempena sambutan Hari Ibu saban tahun. Saya tak bercadang untuk mengulas panjang..tapi sebetulnya ada kebenaran pada SMS ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat bonda saya PUAN HAJAH RAMLAH BT HAJI AWANG TEH. Semoga Allah merahmati beliau, dan memberikan kesihatan yang terbaik buat bonda. Terima kasih atas segala pengorbanan bonda yang tidak ternilai dalam membesarkan anak-anak bersama arwah Ayahanda. Semoga tabah meniti hari-hari yang mendatang tanpa arwah!! Saya sayang bonda!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, May 8, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN STAR-THAILAND



Salam buat semua. Al-hamdulillah pasukan hoki di bawah bimbingan saya semakin mengorak langkah sederap ke hadapan. Sebagaimana yang telah saya nyatakan, tahun 2010 merupakan tahun untuk memulakan apa yang saya lihat hampir terkubur. Walaupun tiada kejuaraan besar yang diraih, namun sebagaimana bayi yang baru belajar bertatih saya cuba untuk membawa pasukan ini sebaik mungkin.

Baru-baru ini, saya telah mengatur satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang pertama buat pasukan ini. Pada 30 April lepas perlawanan persahabatan telah diatur dengan Nongka High School, Pittaya, Bangkok yang dalam rangka mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah di Malaysia. Perlawanan telah diadakan di Padang Hoki KISDAR, Kuala Kangsar, Perak, melibatkan pasukan bawah 16 tahun, sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan.

Alhamdulillah, walau agak kurang bernasib baik apabila kami tewas 3-4, namun semangat juang yang dipamerkan oleh para pemain amat mengagumkan walau satu ketika mendahului 3-1. Apapun tahniah buat semua pemain. Saya berharap untuk mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan buat pasukan yang baru bertatih ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, May 1, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM YAYASAN TUN HAMDAN



25 April 2010 bertempat di Dewan Jubli, Kelab Golf Di Raja Perak telah berlangsung majlis Makan Malam Yayasan Tun Hamdan 2010. Majlis makan malam ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Yayasan Tun Hamdan yang diketuai oleh pengerusinya Y.B Dato' Dr Awang Adek Hussin. Objektif utama majlis makan malam ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru-guru cemerlang yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di STAR, SMK Clifford dan SMK Idris Shah, Parit.

Tetamu kehormat pada malam tersebut adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Azlan Muhibbudin Shah, Sultan Perak dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun. Selain itu juga majlis turut diserikan dengan keberangkatan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Jaafar serta DYAM Raja Puan Muda Perak, Raja Mahani. Turut hadir adalah balu kepada Allahyarham Tun hamdan, iaitu Yang Berbahagia Toh Puan Hajah Zainab binti Baharudin serta ahli keluarga Allahyarham Tun Hamdan. Manakala kerajaan negeri Perak diwakili oleh Y.A.B Dato' Dr Zambry bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Antara penerima anugerah terdiri daripada Encik Ramli bin Shaari dan Encik Soh Kai Jan (bekas guru SMK Clifford), Tuan Haji Abdullah Haji Rais dan Encik Kartar Sing A/L Udham Sing (bekas guru Iskandar Shah) serta Encik Lau Hutt Yee, Encik Kok Kee Chai dan Encik Tan Teong Leong (bekas guru STAR). Pada majlis tersebut juga, Seri Paduka sultan perak telah diraikan sempena dengan ulangtahun keputeraan baginda.

Semoga dengan adanya majlis seumpama ini, Yayasan Tun Hamdan akan terus memainkan peranan yang signifikan dalam menyambung denyut nadi perjuangan Allahyarham Tun Hamdan dalam dunia pendidikan khusunya!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget