WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, July 31, 2010

SDAR, SSAS JUARA BAHAS PIALA PERDANA MENTERI


Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) di Negeri Sembilan dan Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS) Putrajaya menjuarai pertandingan bahas Piala Perdana Menteri kali ke-37, masing-masing bagi kategori Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Pembahas SDAR, Adzlan Qushaimi Jamaludin turut muncul sebagai Pembahas Terbaik bagi kategori Bahasa Malaysia sementara pembahas dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Muhammad Aiman Sabeh Mohd Shahib mengungguli Pembahas Terbaik bagi kategori Bahasa Inggeris.

Empat pasukan layak ke pertandingan akhir, masing-masing dua bagi kategori Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Sabtu.

SDAR yang bertemu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor membahaskan tajuk "UPSR dan PMR Wajar Dihapuskan" manakala SASS berdepan STAR dengan tajuk "The New Media Unites The World".

Perbahasan ini khusus bagi Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.

Juara menerima piala pusingan, sijil, wang tunai RM4,000 dan hadiah iringan manakala pembahas terbaik pula menerima wang tunai RM1,000, sijil dan hadiah iringan.

Naib juara pula menerima piala pusingan, sijil, wang tunai RM2,000 dan hadiah iringan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MUHAMMAD ASYRAF JUARA IMAM MUDA MUSIM PERTAMA



Kemuncak Imam Muda Khamis malam yang diadakan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berakhir dengan kemenangan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26.

Peserta berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Juara sulung Imam Muda itu menerima biasiswa pakej 'Berlian' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah.

Beliau juga ditawarkan jawatan Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta Proton Exora.

Bukan itu sahaja, Asyraf juga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Di samping itu dia turut mendapat pakej menunaikan haji dan umrah serta pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, perabot jati bernilai RM10,000 dan pakej SPA Maghribi.

Asyraf melahirkan rasa terharu kerana terpilih sebagai juara rancangan itu untuk musim pertama.

"Saya berasa gembira bukan disebabkan saya dinobatkan sebagai juara. Namun saya lebih gembira kerana program ini dapat ditonton oleh umat Islam di seluruh dunia.

"Sasaran kemenangan ini bukan sahaja dinilai pada kejayaan individu itu, tetapi kejayaan kepada seluruh masyarakat dan Islam itu sendiri.

"Pada masa yang sama, kami sepuluh orang sebenarnya takut jika program ini telah memecah tradisi tetapi pesertanya tidak menunjukkan apa-apa kualiti.

"Insya-Allah kami akan cuba memberikan tunjuk ajar kepada masyarakat dengan sokongan yang ada," kata graduan Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur ini.

Bagi Hizbur, graduan Syariah Islam Universiti Al-Azhar yang berkhidmat sebagai guru tahfiz menerima kekalahannya malam ini dengan hati yang terbuka.

"Saya berasa bangga kerana program ini berjaya dengan lancar. Mungkin ada kekurangan dan kecacatan sebab kami tidak mempunyai contoh kerana kami generasi yang pertama (Imam Muda).

"Insya-Allah, kami akan menubuhkan kelas agama dan kelab untuk remaja," kata Hizbur.

Pemenang tempat kedua itu membawa pulang hadiah berupa biasiswa Pakej 'Emas' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah, pakej menunaikan umrah dan pakej percutian ke Bandung selama 4 hari, 3 malam, perabot jati bernilai RM7,000 serta pakej SPA Maghribi.

Dia turut menerima sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, wang tunai RM15,000 trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Yayasan Antarabangsa Al Madinah turut berbesar hati menawarkan hadiah saguhati kepada lapan peserta lain, berupa biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung 4 hari 3 malam, pakej SPA Maghribi, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Sistem pemarkahan dikira berdasarkan ujian teori sebanyak 50 peratus dan praktikal masing-masing 20 peratus, manakala 30 peratus markah lagi ditentukan pada pusingan kemuncak.

Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Datuk Hassan Mahmood serta dua tenaga pengajar, Ustaz Shahrizan Daud, Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang. Ia dihoskan Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Tidak seperti program realiti lain, format Imam Muda berasaskan modul pengajian yang berlandaskan agama dan akidah dan tidak sama sekali menerapkan elemen komersial.

Program siri pencarian pertama berunsur Islam ini tidak terikat dengan undian bebas khidmat pesanan ringkas (SMS). Peserta yang tersingkir masih mengikuti pengajian imam yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Antara ujian dan cabaran yang dilalui oleh 10 peserta Imam Muda termasuklah menguruskan jenazah yang tidak dituntut, memberi motivasi kepada kanak-kanak serta golongan dewasa di rumah perlindungan, operasi ke pusat penyembelihan dan rumah pelacuran serta memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri bermasalah.

Sepanjang ia berlangsung, program ini mendapat liputan media luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York. Kesemua wakil media berkenaan turut hadir ketika rakaman program berlangsung dan mereka memberi reaksi positif terhadap keindahan agama Islam yang ditampilkan melalui program itu.

Turut hadir dalam ada kemuncak itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Rancangan itu dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

LAWATAN KERJA PUAN ASHAH BINTI SAMAH




Pada 24 Julai 2010, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BSBPSK) telah mengadakan lawatan kerja ke STAR.Ketibaan Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah diiringi tuan pengetua disambut oleh guru-guru kanan dan warden. Secara kebetulan sewaktu lawatan diadakan para pelajar dan guru tiada di sekolah kerana berkampung di Stadium Hoki Perak sempena Kejohanan Hoki SBP 2010.


Pengarah telah dibawa melawat sekitar sekolah iaitu bangunan akademik, dewan makan dan bangunan asrama. Dalam lawatan tersebut beliau telah memaklumkan beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Beliau juga berjanji untuk membantu STAR mendapatkan sumber kewangan bagi menaiktaraf Asrama Rumah Hijau dan Kuning yang agak daif. Lawatan berakhir sejam kemudian dan puan pengarah berpuas hati dengan persekitaran sekolah secara keseluruhannya.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KEM EASY ADD MATH



Program Kecemerlangan SPM telah diadakan pada 24 dan 25 Julai 2010. Kali ini Panitia Matematik Tambahan yang diketuai oleh Puan Hajah Fuziah bt Hashim dan Cik Zuraida bt Said telah menganjurkan Program Easy Add Math. Program selama dua hari ini telah dikelolakan oleh Encik Azhari, Encik Sobri dan Encik Azam, iaitu pakar Matematik Tambahan yang dibawa khas dari Johor.

Kem ini berobjektifkan untuk memudahkan pemahaman para pelajar terhadap subjek Matematik Tambahan. Alhamdulillah kehadiran para pelajar Tingkatan 5 ataupun calon SPM 2010 amat memberangsangkan. Rata-rata pelajar yang ditemui memuji cara yang digunakan oleh para penceramah yang mudah dan senang untuk difahami. Diharapkan kecemerlangan Matematik Tambahan STAR akan berterusan dalam SPM 2010.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN

Para pembantu dan pemain STAR bergambar kenangan selepas kejohanan

Pasukan STF dan SM Sains Machang muncul juara!

Para pemain SM Sains Machang meraikan jaringan mereka di final menentang Sains Johor

para pemain STAR yang memberi cabaran hebat


Pada 21-24 Julai 2010, STAR telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki SBP 2010. Kejohanan selama 4 hari ini telah berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. Sebanyak 19 pasukan telah mengambil bahagian dalam kehohanan yang julung-julung kali diadakan di Ipoh ini.

Sepanjang 4 hari kejohanan berlangsung, pasukan-pasukan yang bertanding telah menunjukkan kehebatan dan semangat sukan yang tinggi untuk menjulang kejuaraan. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah kluster. Dalam ucapannya, puan pengarah mengucapkan syabas dan tahniah buat pasukan-pasukan yang bertanding dan mengucapkan ribuan terima kasih buat tuan rumah atas kesungguhan menganjurkan kejohanan.

Dalam perlawanan akhir kategori perempuan, Sekolah Tun Fatimah (STF) berjaya mengekalkan kejuaraan apabila menewaskan Sekolah Menengah Sains Machang 1-0 dalam perlawanan akhir. Manakala dalam kategori lelaki, Sekolah Menengah Sains Machang muncul juara dengan menewaskan Sekolah Menengah Sains Johor, juga dengan jaringan yang sama.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, July 30, 2010

LAMPU ISYARAT DAN KESEDIHAN



Dari kejauhan, lampu lalu isyarat di hadapanya itu masih menyala hijau. Zarif segera menekan minyak keretanya . Dia tak mau terlambat. Apalagi dia tahu lampu isyarat di simpang itu sangat lama. Kebetulan jalan di depannya agak lenggang. Lampu berganti kuning. Hati Zarif berdebar berharap semoga dia bisa melepasi lampu isyarat itu segera. Tiga meter menghampiri lampu isyarat , lampu merah menyala. Zarif bimbang, haruskah ia berhenti atau teruskan saja. “Ah, aku tak punya masa untuk menekan brek, lalu dia memecut laju.

Priiit! Di seberang jalan seorang polis trafik melambaikan tangan memintanya berhenti. Zarif memberhentikan keretanya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin keretanya, dia melihat siapa polis itu. Wajahnya tidak terlalu asing. Hey, itu Adi teman sekelasnya sewaktu di sekolah menengah. . Hati Zarif agak lega.

“Hai, Adi. Lama sungguh kita tidak bertemu!!’

“Hai, Zarif.” Tanpa senyum.

“Adi, kena saman ke aku? Aku memang agak buru-buru. Isteriku sedang menunggu di rumah.”

“Oh ya?” Tampaknya Adi agak ragu

“Adi , hari ini isterikumenyambut ulang tahun kelahirannya. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya di rumah Tentu aku tidak boleh terlambat,.”

“Aku mengerti. Tapi, sebenarnya kami sering memperhatikanmu melanggar lampu isyarat di persimpangan ini.”

Oooo, sepertinya tidak sesuai dengan harapan. Zarif harus memikirkan strategi lain.

“Jadi, kamu hendak menyamanku? Sungguh, tadi aku tidak melanggar lampu isyarat. Sewaktu aku lalu lampu kuning masih menyala.” Aha, kadang- kadang berdusta sedikit bisa memperlancar keadaan.

“Zarif, Kami melihatnya dengan jelas. Tolong keluarkan kad pengenalan.”

Dengan agak marah Jack menyerahkan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kereta dan menutup cermin keretanya.. Sementara Adi menulis sesuatu di buku samannya. Beberapa minit kemudian Adi mengetuk cermin keretanya.. Zarif memandangi wajah Adi dengan penuh kecewa.. Tanpa berkata-kata Adi kembali ke motornya.
Zarif mengambil surat saman yang diselipkan Bob di celah cermin tingkap keretanya. Ternyata kad pengenalannya dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa Adi tidak menyamanku. Lalu nota ini apa? Jack membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Bob.

Salam, Zarif,
Tahukah kamu Zarif, aku dulu mempunyai seorang anak perempuan. Sayang, dia sudah meninggal dilanggar pemandu yang melanggar lampu isyarat. Pemandu itu dihukum penjara 3 bulan . Begitu bebas dia bisa bertemu dan memeluk ketiga anaknya lagi. Sedangkan anak kami satu-satunya sudah tiada. Kami masih terus berusaha dan berharap agar Tuhan berkenan mengurniakan seorang anak agar dapat kami peluk. Ribuan kali kami mencuba memaafkan pemandu itu. Betapa sulitnya. Begitu uga kali ini. Maafkan aku Zarif. Doakan agar permohonan kami dimakbulkan.Berhati-hatilah.

ADI...


Adi tersentak. Adi segera keluar dari kereta mencari Adi. Namun, Adi sudah meninggalkan tempat itu entah kemana. Sepanjang jalan pulang Zarif memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya
dimaafkan.

Hidup ini sangat berharga, jalani dengan penuh berhati kerana kita masih punya keluarga untuk disayangi dan memerlukan kita. Kadang-kadang saat kita bergembira, masih ada mereka yang berduka!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

JUARA MILIK KITA!!


PENANTIAN 35 tahun Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh untuk menjulang gelaran ragbi peringkat sekolah kebangsaan terlerai berjaya muncul juara ragbi kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Premier Kebangsaan 2010 di Ipoh, semalam.

STAR menundukkan juara 2005 dan finalis 2007, Maktab Sabah 19-12 dalam perlawanan final yang sengit di halaman sendiri.

Ibarat buku dengan ruas, STAR yang kali terakhir muncul juara kejohanan Piala Mori pada 1974 dan Piala Milo 10-sebelah pada 1981, mendapat sokongan padu pelajar, guru dan bekas murid (STAROBA) untuk mendahului 12-7 pada babak pertama. Namun Maktab Sabah yang menduduki tempat ketiga pada 2006, bangkit untuk mengikat kedudukan dan tampak mampu memenangi perlawanan apabila mengasak hebat ke kawasan lawan tetapi nasib nyata menyebelahi tuan rumah apabila mendapat satu lagi try tiga minit sebelum siren penamat.

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra menduduki tempat ketiga selepas menumpaskan Maktab Tentera Di Raja Sungai besi (RMC) 12-5.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, July 29, 2010

KETIKA AKU SUDAH TUA


Ketika aku sudah tua, bukan lagi aku yang dulu,
Mengertilah,bersabarlah sedikit terhadap aku.

Ketika pakaianku tertumpah sup, ketika aku lupa bagaimana mengikat sepatu,
ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu.

Ketika aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu yang telah bosan kau
dengar, bersabarlah mendengarkan, jangan putuskan pembicaraanku.

Ketika kau kecil, aku selalu mengulang cerita yang telah beribu-ribu kali kuceritakan agar kau tidur.

Ketika aku memerlukanmu untuk memandikanku, jangan marah padaku,
Ingatkah sewaktu kecil aku harus memikirkan pelbagai cara untuk memujukmu mandi?

Ketika aku tak paham sedikitpun tentang teknologi dan hal-hal baru, jangan
mengejekku.
Pikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap “mengapa” darimu.

Ketika aku tak dapat berjalan, ulurkan tanganmu yang masih kuat untuk
memapahku,
Seperti aku memapahmu saat kau belajar berjalan waktu masih kecil.

Ketika aku seketika terlupa apa yang dibicarakan, berilah aku waktu untuk
mengingati, Sebenarnya bagiku, apa yang dibicarakan tidaklah penting, asalkan kau
disamping mendengarkan, aku sudah sangat bahagia...

Ketika kau memandang aku yang mulai tua, janganlah berduka..Mengertilah aku, dukung aku, seperti aku menghadapimu ketika kamu mulai
belajar menjalani kehidupan.

Waktu itu aku memberi petunjuk bagaimana menjalani kehidupan ini, sekarang
temani aku menjalankan sisa hidupku.

Beri aku cintamu dan kesabaran, aku akan memberikan senyum penuh rasa
syukur, dalam senyum ini terdapat cintaku yang tak terhingga untukmu.
K
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

MINGGU KOPERASI STAR IPOH BHD


Antara hantu-hantu di Rumah hantu

Gerai jualan oleh para pelajar

Perlawanan petanque antara rumah

Program menanam pokok sepena perasmian Minggu Koperasi

Pengiktirafan kepada guru yang paling banyak membeli di koperasi

Pada 25-30 Jun 2010 Koperasi STAR Ipoh Berhad telah mengadakan Minggu Koperasi 2010. Minggu koperasi merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk melibatkan para pelajar dengan aktiviti-aktiviti koperasi serta meningkatkan pemahaman ahli-ahli terhadap peranan koperasi sekolah. Antara program yang telah diadakan adalah seperti:

1) Perhimpunan khas di dewan sekolah
2) Menanam pokok sempena hari koperasi
3) Pertandingan Petanque antara rumah
4) Kuiz koperasi
5) Gotong royong
6) Car wash
7) Karnival jualan
8) Rumah hantu
9) Pengiktirafan ALP terbaik, pembeli terbanyak

Semua program yang telah dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan mendapat sokongan dan penglibatan dari ahli-ahli koperasi. Diharapkan program seumpama ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ROME:SELAMAT TINGGAL, JUMPA LAGI!!

Berjalan-jalan di Sauq Waqif

Meninggalkan balai pelepasan di Rome menuju kapal terbang

Firdaus berpakaian Arab selepas membeli belah di Suuq Waqif

Meninggalkan bumi Rome, di lapangan terbang.

Keluarga angkat Daniela

Hari terakhir di bumi Rome akhirnya tiba jua. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Seakan-akan baru semalam kami tiba di Itali, dan hari ini kembara kami kian sampai ke penghujungnya. Satu majlis perpisahan ringkas diadakan di sekolah dan kami sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan dan keluarga angkat yang baru sahaja dikenali. Masing-masing tidak dapat menahan kesedihan. Kami berlepas pulang ke Malaysia pada jam 12 tengah hari. Sekali lagi kami transit di Doha, Qatar dan pada kali ini kami berpeluang untuk menjejaki Bandar Doha. Peluang keemasan ini tidak dilepaskan dan kami sempat membeli belah di Suuk Waqif, iatu pasar tradisional terbesar di Doha, Qatar.

Kata orang, jauh berjalan, luas pandangan, bertambahlah pengalaman. Kami tiba di Malaysia pada jam 2.30 petang disambut oleh ahli keluarga kami di KLIA. Sesuangguhnya pengalaman berada di bumi Eropah selama seminggu amat bermakna. Walau mungkin ada dalam kalangan kita yang pernah mengunjungi Italia tau mana-mana tempat di Eropah, namun kunjungan membawa nama sekolah dan negara merupakan satu pengalaman yang berbeza. Melalui program ini, anggota deligasi berpeluang untuk hidup bersama dengan keluarga angkat di Itali disamping dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Sekalung apresiasi buat semua pihak yang terlibat terutamanya para penaja, UNESCO Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kerajaan Itali atas segala bantuan yang diberikan dalam usaha melaksanakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua guru SSP dan STAR, guru-gurudan pelajar-pelajar dari Instituto Tecnico Stanislao Cannizaro http://www.blogger.com/img/blank.gifCollefero atas dokongan dan dorongan sehingga program ini dapat direalisasika. VENI, VIDI, VICI!!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ROME : POMPEII JADIKAN PENGAJARAN, AGAR HIDUP MENDAPAT KEBERKATAN

Bergambar di Pompheii

Menikmati makan tengah hari


Manusia yang keras terkena lava gunung berapi

Dari Rome, kami berpeluang pula berkunjung ke Pompei, yang terletak dalam daerah Napoli. Pompei dikatakan tertimbus tanah, setinggi 5 hingga 6 meter, akibat ledakan Gunung Vesuvius, kira-kira 2000 tahun yang lampau. Sehinggalah usaha-usaha untuk mengali semula Bandar Pompeii yang dikatakan tertimbus, para arkeologis telah menemukan bandar ini semula. Ketika Pompeii digali, mereka telah menemukan rumah dan tubuh-tubuh manusia yang mengeras. Ada anak kecil, perempuan, lelaki bahkan ada yang sedang yang tidur. Ada juga yang berusaha menyelamatkan diri .Kami dapat saksikan tubuh-tubuh manusia dan haiwan diletakkan pada lokasi dimana mereka ditemukan. Menurut sejarah Islam, Pompeii dikatakan tenggelam kerana azab Allah terhadap kaum Nabi Luth yang pada waktu tersebut mengamalkan homoseksual.

Bergambar kenangan di Teluk Napoli atau Naples bay

Pulang dari Pompeii, kami singgah di Teluk Napoli, antara teluk yang tercantik di Eropah. Di Bandar inilah, legenda bola sepak Maradona bermain untuk kelabnya , Napoli. Keadaan air pantai yang membiru sememangnya mengasyikkan, selain melihat kapal-kapal mewah berlabuh di Teluk Napoli.

Bersama guru-guru Instituto Tecnico Stanislao Cannizaro Collefero

Pulang dari Napoli, aktiviti diteruskan di Instituto Tecnico Stanislao Cannizaro Collefero . Ketibaan kami disambut oleh Prof.ssa Simonetta Tofani, pengetua sekolah tersebut. Di sana kami diberi penerangan tentang perjalanan sekolah oleh pengetua. Kami juga dibawa untuk melawat sekitar kawasan sekolah dan menyaksikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka Instituto Tecnico Stanislao Cannizaro Collefero merupakan satu-satunya sekolah yang terletak di Colleferro dan memiliki kebitaraan dalam bidang Teknikal dan Kimia.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ROME : COLLESEUM BEGITU DEKAT, MENGINGAT PADA PAHLAWAN HEBAT

Buah-buahan yang dijual di Kota Rome.

Muazzin dan Ansari melompat kegembiraan

Kota bersejarah Rome, kami jejaki sekali lagi. Terasa belum puas untuk menerokai tinggalan-tinggalan sejarah yang agung di mana sebelum ini kami hanya kenali melalui pelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Kali ini kami mengunjungi Masjid Rome, iaitu masjid terbesar di Eropah. Di sana, salah seorang dari ahli deligasi Malaysia iaitu saudara Azri telah diminta untuk mengadakan demonstrasi Solat kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Itali. Terasa syahdu dan sayu apabila bacaan Al-Fatihah dialunkan di bumi Eropah.

Penerangan oleh pegawai bertugas di Masjid Rome.

Meninggalkan Masjid Rome, kami bergerak ke Roman Forum, yang terletak antara Bukit Palatine dan Bukit Capitoline. Di sinilah dikatakan sejarah Rome dibangunkan. Tinggalan-tinggalan sejarah dapat dilihat seperti pasar, pusat perniagaan serta kawasan bersosial. Selain itu, terdapat kesan-kesan peninggalan lain seperti kuil, dewan senat dan mahkamah. Pengembaraan diteruskan ke Colliseum. Kata orang jika mengunjungi Itali, tidak sah kalau tidak ke Colleseum. Berpeluang menyaksikan di mana pegambaran filem Gladiator dijalankan merupakan kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Tempat di mana berlangsungnya pertarungan pahlawan rome suatu waktu dahulu sememangnya sentiasa dipenuhi oleh ribuan pengunjung

.
Deligasi bergambar kenangan di hadapan Colleseum

Pada petangnya, sekali lagi kami berpeluang untuk membeli belah, dan kali ini kami dibawa ke Fashion District yang terdapat di Collefero. Wow begitu banyak barang berjenama dijual di sana. Saya sempat untuk membeli sehelai jersey As Roma yang origional. Pelajar-pelajar perempuan dan guru-guru perempuan toksah kiralah..Mujur masa yang diberikan amat singkat, jadi kami tidak banyak menghabiskan wang di sana.

Di dalam Colleseum

Pada waktu malam, kami mengadakan sesi muhasabah dan LDK bertempat di sebuah taman. Para pelajar diingatkan semula tentang beberapa peraturan dan peringatan. LDK pada malam itu berakhir pada jam 11 malam.

Untuk cerita seterusnya untuk tempat terakhir dilawati, nantikan episod seterusnya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ROME : TIVOLI DIKUNJUNGI, KEDAMAIAN DAN KETENANGAN DIRASAI

bersama pelajar-pelajar yang mengikuti program


Hari ke-4 di Itali kami bergerak ke Tivoli, sebuah daerah yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO dan terletak lebih kurang 40 km dari bandar Rome. Kami berpeluang untuk menjejaki Villa d’Estet dan Villa Hadriana. Di Villa d’Este, kami berpeluag untuk menikmati keindahan dan kecantikan air pancutan buatan manusia yang dikatakan bermula sejak tahun 1551 lagi. Antara air pancutan yang terkenal adalah “Bicchiorone’’, “Fountain of Ovate” dan Rometta.

Lelaki dan bunga

Pada sebelah petangnya pula, Villa Hadriana kami kunjungi. Villa ini dikatakan dibina oleh Pahlawan Rome yang bernama Hadrian antara tahun 118 dan 134. Villa ini sangat besar dan mengandungi 30 bangunan yang mana binaannya merupakan bentuk binaan Roman, Greek dan Arab kerana Hadrian mengambil ilham pembinaannya sewaktu menjelajah dan menjajah tempat-tempat tersebut.

Di hadapan air pancut Villa D'estet

Pada waktu malamnya, kami dhiiburkan dengan persembahan bunga api sempena ulang tahun ke-75 bandar Collefero, sambil menikmati pizza dan pasta, iaitu makanan tradisi masyarakat itali. Pengalaman bersama Italian membuatkan kami berasa begitu dekat dengan mereka. Mereka tidak kekok untuk menerima salam persahabatan yang dihulurkan.

Bersiar-siar di Hadriana

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ROME: VATICAN CITY DIKUNJUNGI, ISLAM TETAP DI HATI

Di dalam vatican Musseum



Kami menghabiskan masa selama sehari suntuk di Rome pada 14 Jun 2010. Perjalanan yang ditemani oleh pelajar-pelajar dan guru-guru Itali bermula di Vatican City, iaitu pusat pentadbiran bagi gereja-gereja Kristian Katolik iaitu mazhab Kristian yang paling ramai pengikutnya. Walaupun ia terletak dalam Rome, Itali, tetapi ia sebenarnya telah menjadi sebuah negara tersendiri sejak 1929 , secara ringkasnya negara kecil dalam sebuah negara besar. Di sini jugalah merupakan tempat tinggal Pope. Selepas itu, kami mengunjungi Vatican Museum yang sangat menarik, dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang menggambarkan kehidupan penganut Kristian oleh Michelangelo yang mengambil masa selama dua tahun lebih untuk disiapkan. Kami juga mengunjungi Sistine Chapel diakhir lawatan ke Muzium Vartican.

Bergambar kenangan di hadapan Vatican City

Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya telah tiba, iaitu saat untuk membeli belah. Deligasi Malaysia telah diberikan masa selama sejam untuk membeli belah ole-ole kenang-kenangan di gerai-gerai sepanjang Sungai Tiber. Sesuatu yang pasti tidak dilupakan apabila, kami menunaikan solat di sebuah taman kerana ketiadaan tempat solat di situ. Pesan ibu, solat jangan dilupakan.


Menunaikan solat di sebuah taman

Selepas itu kami berpeluang melawat Piaza di Spagna, Pantheon dan Piazza Barberini yang menjadi tumpuan ribuan manusia dari seluruh dunia. Program pada hari tersebut diakhiri dengan Pertandingan Drama Antara Sekolah-sekolah Lazio, di mana sekolah angkat kami, Instituto Tecnico Stanislao Cannizaro Collefero turut mengambil bahagian. Sesuatu yang menarik persembahan pelajar-pelajar Itali sangat matang dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Sambutan yang diberikan oleh warga Itali juga amat menakjubkan sehingga dewan yang berkapasiti 1000 tempat duduk dipenuhi oleh para penonton.

Pertandingan teater antara sekolah

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, July 20, 2010

ROME : WARISAN IBUNDA DIMASYHUR DI BUMI ITALI

Pegawai Pelajaran Collefero menyampaikan ucapan

Hari ke dua di bumi Rome, acara perasmian telah diadakan di Dewan Bandaran Colleferro. Antara tetamu yang turut hadir adalah Pegawai Pelajaran Collefeero serta Mayor of Colleferro. Dalam ucapannya, Mayor telah mengalu-alukan kedatangan deligasi Malaysia serta berharap agar persahabatan yang telah terjalin akan berpanjangan. Malaysia telah diwakili oleh Puan Hajah Rasyidah. Pada pagi itu juga, para pelajar telah mempersembahkan tarian inang, pertunjukan pakaian tradisional, pertunjukan silat serta tarian asmaradana. Tetamu yang hadir begitu teruja melihat seni warisan kita dipersembahkan di bumi Eropah.

Bergambar kenangan selepas majlis perasmian

Pada waktu tengah hari, para guru telah dibawa untuk menikmati masakan pasta di rumah Miss Danniella. Selain itu juga kami turut berpeluang untuk memasak masakan malaysia seperti Ayam Masak Kurma, Sambal Ikan Bilis dan Serunding Daging. Sewaktu berada di rumah Miss Dannielle, kami dapat melihat bagaimana bentuk rumah orang Eropah serta pemandangan yang sangat indah dikelilingi oleh kebun-kebun sayur dan ladang.

Pertunjukan silat oleh anak-anak buah saya

Pada waktu petang, deligasi Malaysia telah di bawa melawat Gorga, sebuah bandar dia tas pergunungan di Lazio, itali. Perjalanan yang mengambil masa empat puluh minit ini amat menyeramkan kerana Gorga terletak di atas kawasan pergunungan. Ketibaan kami disambut oleh miss Nadia, Mayor of Gorga. Kami ditaklimatkan oleh Mayor dan dibawa melawat sekitar kawasan Gorga. Jelas, Gorga masih belum lagi dinodai dengan pencemaran alam sekitar, berada di sana membuatkan diri terasa tenang. Sesuatu yang menarik tentang Gorga, ianya pernah dijadikan kubu sewaktu perang dunia pertama. Sementara menunggu pulang, para pelajar Malaysia telah mengajar para pelajar Itali untuk bermain dengan permainan Malaysia.

Games diadakan antara pelajar Malaysia dan Italy

Pada malamnya, kami dibawa menikmati jamuan di restoren Pizza terkenal di Colleferro oleh Miss Ana dan Miss Daniella. Pertama kali kami menikmati pizza asli dari Italy. Sungguh berbeza berbanding pizza di Malaysia yang lebih tebal dan dipenuhi dengan bermacam-macam aneka perasa dan perisa tambahan.

Bergambar bersama Mayor Gorga

Berakhir sudah pengalaman hari ke dua di bumi Itali..Nantikan kisah seterusnya..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget