WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, August 31, 2010

ERTI MERDEKA

Merdeka itu apa?
Merdeka..? Orang putih kata "complicated"
Complicated?
Kalau tak tahu bilang saja tidak tahu..
Merdeka itu bebas dari segala benda dari orang yang kebas
Cuma kita perlu awas
Takut-takut kita tumpas dan terbabas

Apa istimewanya merdeka?
Wah merdeka, kita ada cuti,
Malam kita pesta sampai pagi
Kita rempit sana sini
Dah penat siang kita tidur sepuas hati

Peliknya, bagaimana kita bisa merdeka??
Ah merdeka, cukup mudah,
Tak perlu harung susah payah
"sign" kontrak sudah...

Apakah kita sudah buta
Saat Leftenen Adnan mengangkat senjata
Tok Janggut pula digantung songsang di hujung kota
Dato' bahaman juga dicop menderhaka
Begitu sukar untuk mengecap merdeka

Inikah yang ada pada anak merdeka??
Saat Seks bebas menguasai nafsu serakah
Zuriat tak berdosa lahir tanpa ayah
Tika dadah durjana kian parah
Membunuh jiwa yang pasrah
Adakah anak merdeka mudah menyerah?

Bagaimana harus ada pada anak merdeka??
Akar budi biar tinggi
Budi bahasa jadi penyeri
Jati diri harus teguh
Menjadi benteng paling ampuh
Agama dijulang, adat dikendong
pesan nenek moyang
Di mana bumi dipijak di situ jejak bertapak
Di mana tempat bernaung, di situ taat dijunjung
Di mana darah tertumpah, di situ kasih tercurah...



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

AMBANG MERDEKA CARA KAMI

Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan buat semua. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T., kerana sekali lagi kita telah diberi kesempatan untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara kita. Tidak ada yang lebih berharga daripada mengecapi nikmat kemerdekaan ini dalam keadaan aman dan sejahtera. Satu nikmat yang tidak semua bangsa di dunia ini dapat mengecapinya walaupun mungkin mereka telah merdeka daripada cengkaman penjajahan. Justeru, kerana itu, kita seharusnya bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang telah membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada bangsa dan negara Malaysia. Seperti biasa, di sekolah, kami turut mengadakan Majlis Sambutan Ambang Merdeka..


Tayangan dokumentari bertajuk "Angkasawanku" memulakan tirai sambutan pada malam tadi. Dokumentari berdurasi sejam ini diterbitkan oleh FINAS sememangnya sangat menarik dan menarik perhatian para hadirin. Para pelajar telah didedahkan dengan proses kehidupan angkasawan kita di stesen ISS. Semoga suatu hari nanti ada dalam kalangan pelajar-pelajarku yang akan menjejakkan kaki ke angkasa lepas.


Ini pula persembahan sajak oleh Saudara Qushairi dan Uthman. Sajak ciptaan mereka sendiri sungguh bermakna dan disampaikan dengan penuh semangat.


Ini pula lakonan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menerima watikah pemasyhuran kemerdekaan oleh wakil Ratu Britain disaksikan oleh Raja-raja Melayu.


'Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj" sedang membacakan watikah Pemasyhuran Kemerdekaan.


Para perajurit sedang membawa Jalur Gemilang untuk dikibarkan menjelang detik jam 12.00 malam.


Para pelajar begitu bersemangat menyanyikan lagu-lagu patriotik. Antaranya 1 Malaysia, Jalur Gemilang, Wawasan 2020 dan Tanggal 31 Ogos.


Antara barisan pendidik yang turut hadir memeriahkan sambutan.

Alhamdulillah, majlis sambutan Ambang Merdeka telah berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan kerjasama Panitia Sejarah dan Kelab Sejarah. Mungkin tahun ini merupakan tahun terakhir aku menyambut ambang merdeka di Ipoh, InsyaAllah sambutan tahun depan di tempat yang lain. SELAMAT BERCUTI dan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, August 29, 2010

RAMAI NAK MENAJA

Alhamdulillah, hari ini seluruh umat Islam di Malayasia berjaya melaksanakan amalan puasa buat hari ke-19. Maknanya hanya tinggal 11 hari untuk kita menyambut hari kemenangan iaitu Aidilfitri. Selama lima hari berturut-turut mulai 25 Ogos, aku dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan apabila iftarku ditaja oleh beberapa pihak..Ingat pemimpin politik je yang ditaja??atau artis terkenal seperti Anuar Zain yang selalu berbuka di hotel?? Idoklah, riak bebenor kamu ya..Alhamdulillah, aku telah memenuhi beberapa undangan berbuka dari mereka yang rapat denganku..Beginilah gayanya setiap tahun, maklumlah, bujang kan.


Hari pertama (25.8.10) aku memenuhi jemputan Iftar Jam'i peringkat sekolah.Semua guru dan staf dijemput hadir. Namun, kebanyakan kaum hawa tak dapat hadir kerana maklumlah, anak dan suami di rumah sapa yang nak layan..Sebelum berbuka diadakan sekali majlis Khatam Al-quran. Terima kasihlah buat Tuan Haji Yassin, pengusaha Dewan Makan yang telah MENAJA majlis berbuka puasa tersebut. Semoga beliau akan dipermudahkan urusan dalam perniagaan beliau.


Gambar di atas pulak diambil pada 26.8.2010 di hadapan Hotel Seri Malaysia. Wah hotel la pulak. Dalam deme sibuk dok pertikai hotel yang halal dan tak halal kami sibuk berbuka di hotel. Insyaallah, Seri Malaysia memiliki sijil halal dari JAKIM. Majlis pada petang tu dibuat oleh para pelajar Rumah Merah tingkatan 5. Aku dijemput untuk sama-sama mereka. Maklumlah, 5 tahun aku jaga mereka (4 tahun sebagai warden mereka). Terima kasihlah sebab ingat kat cikgu. Budak-budak zaman sekarang, bukak puasa pun kat hotel.Untuk makluman semua, buffet Ramadhan di hotel Seri Malaysia ialah RM 32 sekepala. kira ok lah kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel di Kuala Lumpur tu. Ada yang sampai RM 99. Terima kasih buat Taico, Apex, Kimok, Bear, Hafiz, Atep, Joker, Nasa, Izuan, Kambing dan semua yang hadir. Kamu anak murid cikgu yang hebat..haha.


Keesokan harinya pulak (27.8.2010) kawan lama aku, Cikgu Rahim yang kini dah keje kat JPN ajak berbuka. Katanya nak belanja nasi beriani. Akhirnya bertemankan Cikgu Izaheri, aku menjejakkan kaki buat kali pertama ke AK Nasi Kandar kat area JPN sana. Jauh juga. Tapi sahabat punya pasal, kami berdua datang ke sana. Alhamdulillah, puasa mengikat persahabatan yang kadang-kadang umpama suam-suam kuku. Maklumlah semua sibuk dengan hal dan tugasan masing-masing.


Pada 28.8.2010, aku berbuka di restoren Lan's Catering, di Padang Polo. Kali ini anak murid aku yang aku dah anggap macam adik ajak berbuka. Katanya nak belanja cikgu berbuka untuk kali terakhir. Yalah depa dah tingkatan 5, tahun depan dah takde kat sekolah tu. Lagipun anak muridku semuanya datang dari seluruh negara. Bukan budak Ipoh. Memang sukar nak bertemu selepas ni. Restoren ni menawarkan harga buffet RM 19.90 satu kepala dengan menyediakan 40 jenis menu. Kira ok lah..Namanya buffet. Makanan pun banyak. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan, semua meja penuh ditempah. Terima kasih Aiman belanja cikgu makan..
Ha, yang ni gambar aku cilok dari google. Terlupa nak ambil gambar tadi. hari ni 29.8.2010 aku berbuka di rumah saudara aku, iaitu Nurul. menunya, sangat membuka selera iaitu nasi goreng kuning. Huhu sepanjang Ramadhan ni , aku belum lagi makan nasi kerabu. Peluang yang terhidang tak dipersiakan. Akhirnya aku bertambah 3 kali..haha. Nasi kerabu kuning ni sebenarnya lebih sedap dari nasi kerabu biru. Tambah-tambah ada pulak tumis. Wow terangkat. Kepada rakan-rakan, aku cadangkan korang cuba nasi kerabu kuning tumis. memang sedap. Apapun kredit buat Nurul ditambah lagi dengan pengat pisang nagka yang sangat sedap.

Apapun, apa yang penting setipa kali gathering diadakan bersama rakan ke, keluarga ke, anak murid ke, bukan sekadar untuk berbuka puasa atau sekarang ni popular betul dengan istilah IFTAR.. namun lebih dari itu, ianya dapat mengukuhkan ukhuwwah sesam akita. Salam 19 Ramadhan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

TRAGEDI AHAD

AHAD datang lagi...Membuatkan aku sering tersenyum mengingatkan satu TRAGEDI AHAD..huhu napa ye tragedi Ahad..nanti diakhir cerita semua akan tahu..Nak dijadikan kisah, setiap hari Ahad aku yang semmengnya kaki jalan ni selalu menghabiskan masa pagiku yang sangat bernilai dengan mengunjungi Lockin atau dalam bahasa moden sekarang Kerajaan Perak dah isytiharkan dengan nama baru MEMORY LANE..haha ada nilai komersil gak an?? Bak kata omputeh "up to date" gitu...Tapi aku ni hobinya ushar-ushar barang je..Bukan nak membeli sangat..Paling banyak beli leh setokin yang harganya 5 hinggit 3 pasang..murah kan? Apa le cekgu pakai setokin harga ghope itu..Bukan apa, aku ni jenis suka pakai setokin pakai dan buang..haha..lepas guna 2,3 hari aku takkan guna dah..huhu ganti yang lain..sebab tu setokin aku mughoh je..



Lockin ni sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian, ada bahagian yang menjual barang-barang antik dan terpakai, dan satu lagi bahagian jual benda-benda baru.. Rasanya bahagian pertama tu yang menyebabkan ianya menjadi tarikan kepada para pengunjung, terutamanya yang meminati barang-barang terpakai..Sebutlah apa saja yang didingini, mesti ada.Dari kasut terpakai, seterika antik, lampu tido hinggalah kepada stereng keta. Tak ketinggalan juga ubat-ubat seperti resdung dan ubat penguat tenaga batin yang sentiasa mendapat perhatian dari para pengunjung. Pendek kata bak kata orang-orang lama " mak ngan ayah je takde..." Wah hiperbola sungguh kata-kata tu.. Yang ramai kat sini geng-geng indon, nepal dan mat-mat bangla..


So, hari tu nak dijadikan cerita, setelah hampir dua jam merayau-rayau terasa pulak aku nak beli kasut kononnya. Tetiba bila nak try test kasut yang nak dibeli, aku terpandang kaki sendiri.. Dengan kehairanan, bertanya kepada diri sendiri..

"Ngape le kasut aku putih sebelah, hitam sebelah..Terbukak sebelah, tertutup sebelah,"

Adoya, ghopenya kasut yang aku pakai sebelah lain, sebelah lagi lain..Patut dari mula aku sampai, macam ada je orang dok nengok aku..Depa nak tegur, kot lah ni fesyen..Fesyen ngok ngek hapo..Adoi, terkena la pulak.. Fail lah kalau nak ngorat gadis ni..haha. Owh, baghu teringat puasa lah..patut tertukar..haha. Namun, sebagai warganegara kelas pertama, aku buat dekk je lah..Bukan orang kenal aku pun..haha


Inilah gambar selipar aku yang cute kan?? haha, bila terkenang tragedi ni, aku tersenyum sendiri..nanti oghang tengok, jangan kata gila udah..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, August 27, 2010

TEAM BUILDING

Salam buat semua. Bagaimana dengan puasa kalian hari ini. Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. Kali ini saya nak berkongsi dengan rakan-rakan beberapa aktiviti yang saya lakukan bersama para pelajar saya sebagai cara untuk meningkatkan persefahaman dan semangat berkumpulan dalam kalangan mereka. Mungkin lain orang, lain caranya. Diharapkan saya perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada mereka yang ingin mencuba.


Aktiviti di atas merupakan aktiviti yang biasa dilakukan. Aktiviti ini dinamakan BELONKU SAYANG. Setiap pelajar diarahkan untuk mencari pasangan masing-masing. Mereka berdua akan dibekalkan dengan sebiji belon. Seorang daripada pasangan ini akan membaling belon tersebut dan seorang lagi akan menyambutnya. Pasangan yang gagal untuk menyelamatkan belon masing-masing akan terkeluar dari permainan ini. Jarak akan diubah selepas setiap kali balingan dijalankan. Semakin sikit bilangan peserta, jarak semakin jauh. Dan akhirnya pasangan yang masih memiliki belon akan diisytiharkan sebagai pemenang. Rasional aktiviti ini adalah untuk memastikan mereka memagang amanah yang dipertanggungjawabkan.


Aktiviti ini dinamakan BERUANG, IKAN dan NYAMUK. Para pelajar dibahagiakan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan perlu berbincang sebelum bersemuka dengan kumpulan satu lagi. Apabila bersemuka masing-masing akan menunjukkan simbol binatang seperti nyamuk, beruang atau ikan tanpa mebunyikan suara. Jika kumpulan itu menunjukkan simbol beruang, manakala kumpulan satu lagi menunjukkan simbol ikan, maka kumpulan ikan dikira mangsa dan perlu menyelamatkan diri. Kumpulan beruang akan menangkap ahli kumpulan ikan dan akhirnya mereka dapat menambah ahli baru. Pemenang dikira berdasarkan ramainya ahli baru. Rasional aktiviti ini adalah untuk memastikan para pelajar mendengar arahan ketua dan melakukan aktiviti perbincangan.


Aktiviti ini pula merupakan aktiviti MEMBAWA GETAH MENGGUNAKAN STRAW. Para pelajar akan membawa getah menggunakan straw. Mereka dilarang sama sekali menggunakan tangan. Seorang pelajar akan menunggu di seberang sana untuk mengumpulkan getah juga menggunakan straw. Aktiviti agak menarik kerana bukan senang nak memasukkan getah ke celah straw. Kumpulan yang mengumpulkan getah paling banyak dalam tempoh masa yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang. OBJEKTIF aktiviti ini diadakan adalah untut menuntut kesabaran dalam kalangan pelajar terhadap pekerjaan yang dilakukan.


Cuba lihat gambar di atas. Para pelajar saya sedang menyiapkan 'bekalan' mereka. Permainan ini saya namakan ADIKKU SAYANG. Para pelajar dibekalkan dengan sebaldi air, kapur kasut, tepung gandum, dan kertas tisu. Setiap kumpulan akan membuat ramuan untuk menyerang kumpulan yang lain. Dalam permainan ini, kumpulan yang berada di dalam bulatan akan mengatur strategi untuk menyelamatkan seorang ahli dari diserang dengan air ramuan tadi. Kumpulan yang berada di luar bulatan akan membaling dan menyerang kumpulan yang berada di dalam bulatan. Tugas ahli kumpulan yang diserang adalah mempertahankan seorang ahli dari terkena serbuk, kertas tisu yang dibaling tadi. Kumpulan yang berjaya mempertahankan ahlinya dari terkena serangan akan dikira sebagai pemenang.



Beginilah keadaan kumpulan yang diserang. Kalau diperhatikan mereka begitu setia mempertahankan ahlinya yang berada di tengah-tengah dari terkena serangan, walau diri sendiri kotor dan kesakitan. Pengajaran aktiviti adalah untuk mewujudkan semangat berpasukan dalam kalangan ahli.

Kepada rakan-rakan yang berada diluar dan ingin mencuba, dipersilakan, anda pasti merasai keseronokannya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, August 26, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR JAM'I

Semalam, 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1431 H di Surau Alhamdiniah telah berlangsung program Khatam Al-Quran dan Majlis Iftar Jam'i peringkat sekolah. Majlis ini melibatkan penyertaan semua pelajar STAR yang telah memulakan program tadarus Al-Quran semenjak 1 Ramadhan lagi. Alhamdulillah, tadarus Al-Quran telah berjaya mereka sempurnakan sebagai salah satu daripada program pembudayaan Al-Quran dalam kalangan pelajar serta sebagai pengisian Program Semarak Ramadhan bagi tahun 2010.


Para pelajar sedang khusyu' membaca Al-Quran


Antara tenaga pengajar yang turut hadir bersama-sama pelajar untuk Khatam Quran


Tazkirah Ramadhan bertajuk "Madrasah Ramadhan" dari Al-fadhil Ustaz Mohtar Omar


VIP dan guru-guru sedang menunggu saat untuk Iftar

Bantuan kewangan diberikan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan selepas Solat Maghrib. Disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dato Dawa Abdullah, mantan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang.



FIRMAN aALLAH S.W.T DALAM SURAH AL-QADR...Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan. Selamat sejahteralah ia (malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

AYAH



Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuannya itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-kerut dan berkedut-keduat. Badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Ayahnya menjawab : "Sebab ayah lelaki." Itulah jawapan ayahnya. Anaknya itu tergamam : "Saya tidak mengerti." Dengan berkerut apabila mendengar jawapan dari ayahnya.

Ayahnya hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anak perempuannya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian ayahnya berkata : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik ayahnya, yang membuat anak wanita itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu , kemudian anaknya itu menghampiri Ibunya lalu bertanya kepada Ibunya : "Ibu, mengapa wajah ayah semakin hari semakin berkerut dan berkedut? Dan badannya kian hari kian membongkok? Ayah tidak mengeluhpun dengan keadaannya yang membongkok itu.

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggung-jawab terhadap keluarga memang akan jadi begitu ." Hanya itu jawapan si ibu.

Anak perempuannya itupun kemudian mula dewasa, tetapi dia tetap saja kehairanan, mengapa wajah ayahnya yang tadinya tampan menjadi berkerut-kerut dan badannya menjadi bongkok ?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu kalimat sebagai jawapan rasa hairannya selama ini.

"Saat Kuciptakan lelaki, aku menjadikannya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tulang belakang dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi."

"Kuciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menyara seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Kuberikan kudrat kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titis keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak kebuluran, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya."

"Kuberikan keperkasaan dan mental yang teguh yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan karena tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya."

"Kuberikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya sentiasa berusaha membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."

"Kuberikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam keadaan dan situasi apapun juga, walaupun anak-anaknya selalu melukakan perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kekuatan apabila dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang perlunya menuntut ilmu untuk bekalan masa hadapan, walaupun seringkali ditentang bahkan diperlecehkan oleh anak-anaknya."

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyadarkan, bahawa Isteri yang baik adalah Isteri yang setia terhadap suaminya, Isteri yang baik adalah Isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka maupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada Isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sejajar dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Kuberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa Laki-laki itu senantiasa berusaha sekuat daya pikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya bisa hidup didalam keluarga sakinah dan badannya yang terbongouk-bongkok agar dapat membuktikan, bahwa sebagai Laki-laki yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, demi kelangsungan hidup keluarganya."

"Kuberikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang belakang, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terbangun anak perempuannya itu, dan segera dia berlari, bersuci, berwudhu dan melakukan solat malam hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berzikir, ketika ayahnya berdiri anaknya itu mencium tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, Ayah."

**************************************************************************************************************

Sahabatku, masih ada perasaan bencikah di hatimu terhadap ayahmu, yang mungkin kelakuannya yang tidak sesuai dengan keinginan kita?

Sudahkah engkau membandingkan segala kekurangan beliau, dengan segala jasa beliau kepada kita sejak kita masih dalam kandungan ibu?

Terkadang tanpa sedar, masih banyak di antara kita yang kurang bangga terhadap ayah kita, kerana pekerjaan beliau.

Kita merasa malu ketika banyak orang mengetahui orang tua kita hanya orang kampung, yang miskin. Ah… layakkah kita disebut anak yang soleh?

Mari, di Bulan Ramadhan yang mulia ini, adalah momentum terbaik untuk meminta maaf kepada ayah.

Peluklah ayahmu… dan katakan, "Aku mendengar dan merasakan bebanmu, Ayah… Maafkan diri ini yang selalu menambah bebanmu…”

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, August 25, 2010

OVERSEA ATAU DALAM NEGARA?


Hari ini seorang lagi anak muridku Muhammad Hizamy akan berlepas ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran di sana. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kerajinan, maka impian untuk menjadi perantau ilmu ke negara orang akhirnya menjadi kenyataan. Dari hati kecil seorang guru yang sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak-anak muridnya, saya doakan agar anda dan semua yang berada jauh di rantau orang agar menjadi sebaik-baik ummat. Tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk apabila berkelana di bumi asing.

Apapun sepanjang 8 tahun berada di daerah ilmu ini, menjadi pendidik di Sekolah Berasrama Penuh ini sudah tentu saban tahun bersilih ganti mendapat khabar berita tentang kejayaan para pelajar melanjutkan pelajaran ke tanah seberang. Ada yang berkelana ke United Kingdom, ramai jua yang menjadikan negara matahari terbit sebagai stesen, tak kurang juga yang berada di Amerika Syarikat. Bagi yang meminati bidang perubatan, maka destinasi yang popular adalah Indonesia, India dan juga di Mesir. Manakala destinasi lain seperti Australia, Kanada, Poland, Rusia dan beberapa buah negara lagi juga turut menjadi pilihan.

Sejuk hati mendengar kejayaan yang dipersembahkan. Namun, bukan bermakna pelajar-pelajar yang tak berjaya menjejaki tangga menara gading di luar negara tidak berjaya. Mungkin takdir Allah tak mengizinkan, Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Ada yang terbaik untuk anda di bumi bertuah ini, Malaysia. Semoga anda juga menjadi anak-anak yang gemilang cemerlang akademiknya, gemilang akhlak dan akal budinya.

Rumput dipadang STAR , menghijau subur bila hujan menimpa serata, namun bila kemarau melanda, sebahagiannya akan kekuningan, gersang, merekah dan kontang.Janganlah ada antara kalian yang sama-sama subur menghijau di padang terbentang ini, tetapi ada yang mati kekeringan di panah mentari terik, kemudian hari. Nauzubillah, biar lah semuanya hijau dan menyejukkan pandangan mata hingga bila-bilapun, hatta dah meninggalkan ama mater ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, August 22, 2010

YANG MUDA DISAYANGI, YANG TUA DIHORMATI


Salam rakan-rakan pembaca. Alhamdulillah, masa berlalu begitu pantas, tanpa kita sedari hari ini kita telah emnyempurnakan puasa untuk hari yang ke-12. Alhamdulillah sekali lagi, saya doakan puasa saya dan rakan-rakan semua akan dirahmati dan diterima oleh Allah S.A.W.

Petang tadi saya berpeluang mengunjungi Bazar Ramadhan di Stadium Perak. Alhamdulillah, ramai sungguh orang di sana mengambil peluang cuti hujung minggu membawa keluarga untuk sama-sama membeli juadah berbuka. Rezeki para peniaga juga murah dengan kunjungan ramai warga Ipoh ke sana.

Nak dijadikan cerita, selesai membeli juadah sewaktu hendak pulang saya menyaksikan satu insiden yang amat memalukan. Seorang pemuda melayu Islam dalam lingkungan 20- an telah memaki hamun seorang warga emas kerana berebutkan parking motor. Lelaki tua bersama isterinya itu dimaki hamun tanpa segan silu dan tanpa sedikitpun perasaan takut kepada azab Allah. Terkulat-kulat kedua-dua warga emas tadi menerima 'hadiah' dari pemuda yang biadap itu.

Terasa ingin je saya lepuk pemuda tadi. Tapi Al-hamdulillah, semua yang berada di situ memberi tekanan kepadanya dengan mengeluarkan suara-suara mengutuk pemuda tersebut. Tak tahan dengan kutukan tadi, pemuda tersebut menghidupkan enjin motornya dan berlalu. Namun, sebelum berlalu, sekali lagi beliau memaki hamun pasangan warga emas tadi.

Kami hanya menggelengkan kepada melihat betapa hari ini, kelakuan anak muda kita begitu biadap, begitu angkuh hatta dengan orang yang lebih tua sekalipun. Maka tidak hairanlah kalau terpampang di dalam dada akhbar tentang gelagat anak yang menghantar orang tuanya ke Rumah Orang Tua-tua kerana sudah tidak memiliki lagi sifat pengasih dan penyayang serta menghormati orang yang lebih tua. Apatah lagi, dalam bulan Ramadhan yang dianggap bulan mentarbiyyah jiwa-jiwa yang kosong, yang ketandusan makanan rohani.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 83, menceritakan antara sikap orang berpaling tadah, yakni ingkar perintah-Nya. Dan ingatlah ketika Kami mengambil janji Bani Israel: janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin serta ucapkanlah kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikan zakat. Tetapi malangnya kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan kamu selalu berpaling tadah.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, August 21, 2010

TIPS SOLAT TARAWIH GEMILANG


1 - Berbuka puasa yang tidak terlalu kenyang agar badan ringan dan mudah solat berjemaah.

2 - Solat tarawikh yang afdal adalah di sepertiga malam.

3 - Jauhkan bersolat dengan tergesa-gesa. Solatlah dengan tuma'ninah. Rasakan nikmat bacaan
yang dihayati dari ayat ke ayat.

4 - Usaha agar dapat tidur dan rehat seketika ketika qailulah agar dapat kekuatan untuk
menghidupkan malam serta tidak merasa letih dan mengantuk.

5 - Ambillah saf di hadapan agar tidak diganggu oleh keaktifan kanak-kanak kecil.

6 - Bawalah budjet akhirat sesuai dengan kemampuan untuk diinfaqkan ke dalam tabung amal.

7 - Setelah selesai solat, jangan terus pulang. Berdiam sejenak untuk niat beri'tiqaf di masjid
sambil membaca al-Quran atau berwirid.

8 - Ketika menunggu azan isya', seeloknya sudah berniat iktikaf.

9 - Usahakan menjaga kesempurnaan tarawih dengan tidak berdebat mengenai jumlah rakaat
tarawikh. Jika kita ambil yang lapan rakaat sementara jemaah di sekitar kita melaksankan
dua puluh rakaat, sebaiknya ikut berjemaah.

10- Apabila sampai rakaat ke-8, beristirahatlah. Saat itu niat sahaja i'tikaf. Ketika witir kita
sambung lagi berjemaah. Demikian sebaliknya jika kita biasa laksanakan dua puluh rakaat,
imam pula melaksanakan lapan rakaat, maka ketika imam solat witir kita tidak ikut.
Selebihnya kita sempurnakan di rumah.

11- Perhatikan setelah solat tarawikh, jika ada jemaah yang tadarus al-quran. Jika ada
sebaiknya kita bawakan makanan atau minuman ikut kemampuan untuk para jemaah yang
tadarus al-quran atau i'tikaf.

12- Para wanita seelok-eloknya janganlah berlebih-lebihan menghias diri dan memakai
perhiasan emas, kerana ia dapat mengundang fitnah.

13- Bagaimana dengan telefon bimbit, teman setia kita ini? tinggalkan sahaja di rumah, atau
matikan sahaja. Berlatihlah untuk melepaskan diri dengan dunia sewaktu berkomunikasi
dengan Allah.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, August 19, 2010

SETAHUN TELAH BERLALU, AL-FATIHAH BUAT AYAH


Hari ini 9 Ramadhan 1431 H, genap setahun pemergian ayahanda saya, Haji Abdul Ghani bin Abbas. Setahun yang lalu, di saat umat islam seluruh dunia berpesta menyambut karnival Ibadah, ayahanda telah pergi menyahut seruan Ilahi. Alhamdulillah, perginya dengan mudah, tanpa terlantar sakit, apatah lagi sejurus selepas pulang dari menunauikan Solat Subuh di masjid dan sewaktu ingin melaksanakan fardhu khifayah, iaitu penyembelihan.

Cuma hati saya agak terkilan kerana tiada di sisi pada saat-saat akhir hayat arwah. Apatah lagi waktu tersebut cuti persekolahan berjalan dengan semingg . Benar kata orang, berbalik kepada soal rezeki. Walaupun apapun perancangan yang manusia buat, perancangan Allah lagi sempurna. Saya menerima ketentuan ilahi dengan tabah.

Alhamdulillah, saya dan adik beradik yang lain berjaya juga menjalankan tanggungjawab kami buat kali terakhir buat arwah dari proses memandikan, dan diakhiri dengan pengebumian. Apapun setahun telah berlalu, sememangnya kerinduan terhadap arwah sukar digambarkan. Hanya doa kutitpkan buat arwah, semoga tenang di sana. Kemana pergi, ayah tetap di hati....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

APA MAKSUD SAYA MENUNTUT ILMU



Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya, tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah.

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi,
lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza,
lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah,
masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata,
masing-masing tak nak mengalah,
kerjaya masing-masing dipertahankan,
anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya,
lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,
Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi, walau kebanyakan akan jadi surirumah, tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti, seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya, yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui" (QS 39 : 9)

Bagi lelaki pula jangan gembira,
jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda,
mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT,
ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi,
buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya,
dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang,
kerana sudah bekerjaya,
Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan,
perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia
fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah, Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada Allah tiada kebaikannya sama sekali"
Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya
Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak,
cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.
Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (QS 6 : 162)

dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,
Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzat

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget