WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, September 30, 2010

HANYA KEPADAMU KAMI BERMOHON

Dalam dunia pendidikan bila dah masuk Oktober ni maka bermulalah demam. Macam-macam demam..aku sendiri hari ni pun demam, batuk, selesema, meroyan, semua ada. Tapi yang penting saat ni budak-budak yang umur 15 tahun tengah demam exam..Peperiksaan awam PMR akan membuka tirainya pada 5 Oktober 2010 ni, yakni jatuh pada hari Selasa. Maka seluruh mereka yang terlibat dengan dunia jam 10 pendidikan termasuklah menterinya, KSU nya, pegawai kementerian, guru besar, guru kecik, ibu bapa apatah lagi calon-calon menantu PMR semuanya kecut perut. Di sekolah guru besar  sibuk dok tekan guru-guru supaya result naik atau sekurang-kurangnya tak jatuh, patrents lak menaruh harapan yang tingggi pada anak-anak agar berjaya. Yalah kalau dapat 8A kan tak lah malu pada Mak Cik Milah sebelah rumah tu yang juga ada anak amik PMR juga.


Maka bersempena dengan demam peperiksaan ini, maka penghuni Rumah Merah di mana aku merupakan  penolong guru ketua rumah merangkap warden mereka selama 7 tahun  telah mengadakan program Bacaan Yassin dengan semua penghuni seramai 97 orang dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. yang pakai jubah tu paham-pahamlah tentulah yang mengetuai bacaan yassin pada malam tu. Imam besar masjid Negeri tu. Bacaan yassin diadakan sebagai menzahirkan pengharapan dan memohon pertolongan dari Allah S.A.W semoga diberikan ketenangan dan kekuatan kepada anak-anak ini kejayaan yang diimpikan akan menjadi kenyataan.


Para pelajar khusyuk membaca yassin. Tu yang tergelak-gelak hujung sana tu memang nak kena lempang lepuk. orang baca yassin dia gelak-gelak pulak. Haish...


 Maka kini tibalah sessi menyampaikan tazkirah. Ada gaya Ashraf Imam Muda tak? hukhuk..Aku takdalah pandai sangat ilmu agama sampai nak bagi tazkirah. Cukup sekadar lelaki berjubah ini memberi sedikit kata-kata semangat, menzahirkan pengharapan dan kasih sayang buat anak-anak ini. Dari jauh mereka merantau, ada yang datang sejauh Kota Tinggi,Johor  malahan ada juga yang hadir bersama harapan ibu bapa yang berada di Kuala Berang, Terengganu. Agak sebak juga bila bercakap dengan Tingkatan 5, kerana setelah hampir 5 tahun menjaga mereka, kini masanya mereka akan menduduki peperiksaan SPM dan juga akan meninggalkan alma mater..

Cikgu doakan semoga kalian akan berjaya dengan cemerlang dalam PMR dan SPM nanti..




اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, September 29, 2010

SEPAGI DI MAJLIS AQIQAH

Salam kengkawan semua, hari ni Iman nak bawak pula kisah program Aqiqah di tempat Iman..Alkisahnya begini, pada malam sebelum lembu ditumbangkan aku ada bersembang dengan  seorang anak muridku..

Ramli  : Cikgu, nak tanya satu soalan.. selalu ke buat sembelih lembu ni?

Aku : Tiap-tiap tahun nak..

Ramli : Cikgu selalu ke pg ikut orang sembelih lembu..

Aku : Selalu nak (eh kata satu soalan je, ni dah dua..)

Ramli : Cikgu tiap tahun orang sembelih lembu kat mana?

Aku : Kat tengkuk nak..mana ada orang sembelih kat paha..haha

Ramli : Eh cikgu ni teruklah...

Haha, itulah antara dialog aku ngan Ramli.. Terkena dia ngan aku..nak dijadikan cerita keesokan harinya, aku terbabas kereta tidur..Janji tinggal janji, kawan aku Cg Izaheri jelah yang ikut van bawak budak-budak menyembelih di Kampung Melayu sana. Sory ye yeop..Jomlah kita terjah gambar-gambar yang sempat lelaki kamera ambil sewaktu proses melapah lembu di sekolah..


Wah meriah nampak mengumpat memotong bawang, nenas, sayur bagai. Depa ni pekerja kontrak Indon tetap tiap kali ada majlis Aqiqah..Kerjanya memotong-motong apa yang perlu dipotong sambil mengumpat..Haha, riuh rendah bila orang perempuan masuk dapur. Bukan sahaja pandai mengajar kan, memotong bawang jugak tu..


Buat apa tu Che Mat..Macam tok mudim pulak ya.. Nilah teknik mengasah pisau yang betul. Kena berdiri sambil mengasah pisau menggunakan batu jalan pengasah. Kalau tengok kat budak-budak sekolah rendah, mau disangka Tok Mudim ni..


Ni pula satu, kerja sambil gelak je, yang bertopi tu Pak Din kita. Nak bersara dah tahun depan, nilah tokenya yang saban tahun bergelumang tumbangkan lembu..Terima kasihlah Pak Din, tahun depan dah takde dah kita nak bergelek goyang gerudi  bergelak tawa sama-sama..


Timbang Zam, jangan tak timbang..Semuanya berjumlah 107 kg daging ..Daging-daging ni dimasak dan diagihkan kepada semua guru yang tak tunjuk muka pun ramai bertungkus-lumus dari pagi lagi. Menu hari tu Daging Masak Kicap.


 Korang tengok jejaka ketiak masam terhangat di pasaran ni potong daging..expert beb.Maklumlah anak toke daging..aku dari kecik dah bergelumang dengan lembu-lembu yang tak g sekolah ni.Kerja senang je nih..haha tapi aku tak makan daging..Bukan apa takut kolestrol naik..Beringat masa muda kan..Wah muda ke??

JUMPA LAGI...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, September 26, 2010

BILA BUDAK JANTAN BERAYA!

Salam dan selamat malam buat semua. Sudah dua hari aku tak berkesempatan menjenguk blog sendiri. Hujung minggu yang sangat memenatkan jiwa, hati, limpa badan dan minda kerana di sekolah ada empat event besar yang diadakan dan semuanya memerlukan komitmen yang tinggi untuk dilaksanakan. Entri kali ini aku nak dedikasikan buat semua pelajar aku yang telah membantu membuat persediaan Majlis Mesra Aidilfitri.  Fuh, maklumlah sekolah kami ni sekolah budak-budak jantan lelaki semua. Nak tak nak terpaksalah gunakan kudrat mereka ni walau dalam hal-hal hias menghias.


Malam sebelum   kejadian sambutan, aku kerahkan beberapa orang pelajar Tingkatan 1 untuk menyiapkan kupon. adei tak larat nak buat sorang nih..jangan risau askar-askar aku sentiasa ada di mana-mana untuk membantu. bayangkan hampir 5  juta ribu kupon nak disediakan..Budak-budak Tingkatan Satu kalau bekerja memang semangat, janji dapat upah ais krim sorang satu. 


Ini pula wajah dayang-dayang putera-putera yang ditugaskan membantu dari segi penyediaan pinggan-mangkok pakcik kau di meja VIP. Merangkap pembantu melayan tetamu VIP pada malam tersebut. Masa ni kena carik yang sopan-sopan, yang lemah lembut supaya VIP yang hadir dapat makan dengan baik. Bukan apa kalau pilih yang kasar takut tertumpah kuih sate atas baju VIP. Huhu



Beralih pula ke bahagian persembahan. Nipun satu lagi kebolehan dan bakat yang istimewa yang dimiliki oleh pelajar-pelajar aku.  Dah memang wujud kumpulan Kongsi Gelap KUGIRAN kat sekolah. Suara pun boleh tahan depa ni ala-ala mamat sengau Anuar Zain ngan Elina bila duet nyanyi lagu Suasana Hari Raya. Come la, janji tetamu semua terhibur dek persembahan yang hampeh bertenaga dari korang. 


Alahai kesian anak murid aku ni. Kat sini susah nak carik pelajar-pelajar lembut berbakat dalam bab nak hias-menghias ni. Bukan apa, masa gambar ni diambil rasanya dah sejam dia menggubah bunga taik ayam plastik ni. Berpeluh-peluh. Haha baru kau raso jang, bukan senang buat koje orang pompuan ni. Apapun respect la kat korang.. Cikgu kalau suruh gubah bungo tu, rasanya sehari semalam tak siap. Last2 rasanya aku bakulsampahkan juga.


Haha,akhirnya,  inilah bentuk set yang dihias. Konsep malam tu ala-ala  Konsert AF  santai di mana pengacara duduk bersantai mengacarakan majlis. Kira ok lah ya, kerja budak-budak jantan umur 16 tahun. Semua barang kat rumah aku diangkut nya termasuklah basikal antik yang dah dua tahun tersadai kat laman rumah tu. Ada juga gunanya..

Apapun kalau nak tengok gamabar-gambar majlis raya dan pakaian baju raya aku yang glamer  tunggulah entry yang lain ya.. Meriah sungguh. Tunggu!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, September 23, 2010

LEE CHONG WEI VERSI MELAYU

Semalam, hari ini, esok dan lusa agak bz dengan dua tiga majlis yang akan berlangsung. Majlis Sambutan Raya, Pelancaran 5S, Aqiqah, Solat Hajat dan Program Motivsi, semuanya akan dilaksanakan pada hujung minggu ini. Naik sesak jiwa dan raga..WAJIB datang takde sunat-sunat. Namun begitu, dalam kesibukan aku sempat snap gambar pelajarku. Dia ni agak special kerana wajahnya ada iras Dato' Lee Chong Wei, namun takdelah pandai main badminton, Sekadar main kejar-kejar ayam kat padang tu bolehlah..

\


Nilah budaknya, namanya ARIF KAMAL tapi semua orang kat sekolah tu panggil dia CHONG WEI..Belajaq rajin-rajin , bila dah besaq boleh berbakti pada keluarga, agama , bangsa dan negara..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, September 22, 2010

WOW 29 RIBU SEBULAN?

Assalamualaikum buat semua. Hari ini di sekolah aku ditugaskan untuk menemuduga jawatan pengetua  Pengawas Pusat Sumber Sekolah bersama dua orang cikgu anak dara, Cik Lin dan Cik Fiza. Maklumlah jejaka terhangat di pasaran  hanya aku sorang guru Pusat Sumber lelaki..Pupus agaknya guru-guru lelaki yang gagah perkasa macam aku.huhu.. Dengan penuh semngat dan dedikasi, maka kamipun memulakan tugasan sebagai petemuduga. Wah mak engkau agak terkezut juga apabila calon yang datang 50 orang sedangkan kami hanya memerlukan 15 orang pengawas sahaja. Memang menjadi rebutan sungguh macam pisang goreng panas walau hanya pengawas Pusat Sumber Bestari ataupun orang putihnya panggil LIBRARIAN..


Ni gambar Cik Lin sedang menemuduga seorang pelajar Tingkatan Empat.Dengan semangat pelajar tersebut cuba mengayat meyakinkan Cik Lin supaya memilihnya. Katanya, 

 "Saya cintakan buku, tolonglah beri peluang kepada saya Cik Lin"

Biasalah kalau berjanjikan...kalau boeh bintang dan bulan nak diberikan pada penemuduga. Bila dah dapat? Huhu lu pikirlah sendiri..kerja malas, culas, semua lengkaplah..


Ni pula gambar salah seorang pelajar tingkatan satu. Masa nak snap gambarnya, boleh dia cakap.

"Cikgu jangan amik gambar saya..nanti cikgu masuk FB, cikgu dah ar ramai peminat kawan kat FB".

Bila masa dia selalu intai FB aku pulak. Hallo anak oi, ingat artis ka..haha kalau kamu tu Lady Gaga ka, Yuna ka, ok la jugak..haha..biasalah form one, malu tersipu-sipu, lidah kelu, tapi hati kata mahu, cuma takut kena boo..Bila dah naik tingkat 4 ke, tingkat 5 ke, mulalah panjang tangan akal..haha


Ni pula gambar tidur beramai-ramai pelajar yang nak diinterview. Kerana ramai sangat sampai tertidur semuanya. Maklumlah kalau sorang 10-15 minit, dah berapa lama kena tunggu. Kalau bulan puasa, takpa juga kalau tertidur. nak tahu apa jawab mereka..

"Namun sebab semangat nak jadi artis LIBRARIAN  punya pasal, kami sanggup tunggu cikgu, walau kami tertidur..Hi Tea kat Dining Hall pun dah habis, kami tak kisah.. Ni komitmen kami.." Kata merekalah..

Kata aku lak, "Kalau kamu semua nak pergi interview biasiswa ke untuk melanjutkan pelajaran, kalau tidur semua macam ni, mintak mahap, kirim salam maut  walaikumsalam buat kamu semua. Jangan harap nak dapat!!


Senyum lebar budak ni. aku suruh duduk tegak, namapun sekolah budak  lelaki. Inilah anak-anak murid aku..semuanya dididik untuk memiliki personaliti unggul agar suatu hari nanti bila melangkah meninggalkan alma mater ini, kelak akan menjadi warganegara yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.


Dalam ramai-ramai pelajar, aku tertarik dengan seorang pelajar ini yang bercakap dalam bahasa orang putih. Antara intisari perbualan kami (diterjemahkan):



"Apa pekerjaan ayah dan ibu kamu dan berapa gaji mereka?"

Nak tahu jawapannya??

Ayah saya seorang Risk Manager di KWSP, mak saya pengurus bank...Gaji ayah saya RM 17,000, mak saya pula 12,000..wow??


Terlopong seketika..antara percaya atau tidak..namun itulah halikatnya!!


Mood..sedang mengira gaji setahun..haha. Apapun syukur denga apa yang ada, dan aku bahagia dengan apa yang ada..
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, September 21, 2010

SYUKURLAH


Ada seorang pemuda yang sedang mengayuh basikal tua berkata dalam hati "Alhamdulillah, walaupun saya tidak memiliki  motosikal, saya masih memiliki basikal ini, sedang jiran  saya masih berjalan kaki.",

Di tempat yang lain, jiran yang berjalan kaki dalam hatinya berkata, "Alhamdulillah, saya masih boleh  berjalan kaki, sedang jiran saya tidak memiliki kaki karena kemalangan, jadi dia harus menggunakan kerusi roda."

Di lain tempat, jiran yang menggunakan kerusi roda berkata dalam hati, "Alhamdulillah saya masih boleh bergerak walau menggunakan kerusi roda, sedang jiran  saya, hanya bisa berbaring di tempat tidur karena lumpuh."

Sementara di tempat yang lain , jiran yang lumpuh berkata dalam hati, "Alhamdulillah saya masih mampu beribadah dan bertaubat, sedang jiran saya mati dalam keadaan bermaksiat kepada Allah, Na'udzubillahimindzalik...."

Yakinlah sahabatku, ketika kita memandang segalanya dengan pandangan syukur, hidup ini akan terasa lebih nikmat dan indah.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, September 19, 2010

TAKZIAH


Alfatihah, takziah buat anak muridku Amirul Fahmi, yang berusia 15 tahun telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis yang lepas. Perasaan masih terkejut kerana beliau pergi dalam usia yang muda. Beliau terlibat dalam kemalangan teruk apabila kereta yang dipandu ayahnya bertembung dengan sebuah lori di Tanjung Karang.

Terkenang sewaktu menjadi wardennya, Amirul Fahmi mengalami masalah gatal-gatal yang teruk. Nak tak nak, sayalah yang selalu membawanya ke hospital, mengambil ubat.Mengajarnya menjemur tilam, membantu merebus pakaiannya kerana ibu bapanya jauh di Kuala Lumpur. Amirul juga mengalami jangkitan buah pinggang pada waktu tersebut sehingga dimasukkan ke hospital. 

Setiap hari, ibunya akan menelefon bertanyakan keadaan Amirul dan akhirnya kami berkawan rapat. Akhirnya Amirul dibawa keluar dari asrama dan bersekolah berdekatan ibu bapanya.  Namun, ajal maut ditangan tuhan. Ibunya kembali ke Rahmatullah beberapa bulan selepas itu.

Kini, setelah 2 tahun berlalu saya mendapat perkhabaran beliau telah pergi buat selamanya, mengikuti jejak ibunya. Hanya doa dapat cikgu iringkan semoga rohmu dicucuri rahmat, AMIRUL FAHMI.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, September 18, 2010

KETUA PANITIA GOSIP


Petang tadi saya bersms dengan seorang rakan sejawat tentang e-tukar, iaitu sistem pertukaran guru-guru secara online. Antara kandungan sms berbunyi....

Saya : Hai, u dah isi ke e-tukar?

Linda (bukan nama sebenar) : Dah uols, i dah isi, u tak isi ke, ke nak stay kat sekolah terchenta ini?

Saya : Eh,eh i dah isi.. Tapi belum send lagi..nak send kemudian..

Linda : Cepat uols, u yang lapan tahun pun tak isi lagi, cikgu-cikgu yang tak sampai setahun
pun dah isi..

Saya : Hah?? sapa yang isi?? Berani meninggalkan sekolah nombor satu Malaysia ni...

Linda : Eh uols..sebagai KETUA PANITIA GOSIP pun uols tak tahu?? wah pelik bin ajaib...haha semoga uols suksess selalu..

Haha, itulah antara sms saya dengan rakan sejawat saya petang tadi..yang nak digelakkan adalah gelaran baru untuk saya..KETUA PANITIA GOSIP. Tersenyum saya dengan sms ini. Memang rakan saya ni suka bergurau kot. First time dengar jawatan ni ..selalunya Ketua Panitia Agama ke, Ketua Panitia Fizik ke, huhu..papelah, macam2 dah gelaran yg diberi. Mulut jahat la, mulut longkang la, mulut puaka la...dah lali dah...tunggu juga kot ada yang datang MENCILI..

Apapun, ALLAH jua yang mengetahui...



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, September 14, 2010

MENGIMBAU ZAMAN KANAK-KANAK

Alhamdulillah, saya telah sempat sampai ke lokasi saya mencari rezeki, iaitu Ipoh setelah hampir 15 hari bercuti di kampung untuk menyambut Aidilfitri. Selama berada di kampung, saya terkenang akan zaman kanak-kanak dan remaja saya. Zaman yang cukup indah untuk dikenang sebagai anak kampung yang penuh dengan kenakalan dan keseronokan. Gambar-gambar di bawah sempat saya 'snap' untuk dijadikan kenangan dan dikongsi bersama dengan rakan-rakan.


Inilah "wajah" pokok padi.. Nyaman bukan? Pokok padilah yang telah membantu saya dan enam lagi adil beradik saya untuk berada di tempat hari ini. Ayah bekerja sebagai petani dan mengusahakan dua jenis tanaman iaitu padi dan tembakau. Namun pada hari ini tembakau sudah tidak lagi ditanam kerana kerajaan tidak menggalakkan penanamannya dalam usaha untuk menyeru rakyat malaysia supaya berhenti merokok. Sewaktu zaman remaja saya, bersawah mengikut ayah dan ibu sudah menjadi perkara biasa. Kami menabur benih , menyemai, menyulat, menuai, membanting bersama-sama kerana kami diajar untuk memuliakan hasil pertanian kerana inilah satu-satunya hasil untuk membolehkan ayah menyara anak -anaknya seramai 7 orang. Kadang-kadang timbul juga perasaan memberontak apabila dikerah hampir setiap hari untuk "bekerja" di ladang tembakau hatta hingga malam sekalipun untuk menjirus tembakau, namun perasaan itu kami buang jauh-jauh mengenagkan betapa besar pengorbanan ayah dan ibu..


Ini pula gambar tali air yang mengairi sawah. Apa istimewanya tali air ini. Ya, di sinilah tempat saya dan rakan-rakan menghabiskan masa hujung minggu untuk mengail ikan sungai. Tiada joran yang mahal-mahal, namun sebaliknya kami hanya mengunakan batang buluh kecil, kayu sebagai joran. Namun, alhamdulillah banyak juga hasil kail kami yang mengena, kadang-kadang dapatlah puyu, keli, haruan ataupun sepat. cukuplah dibawa pulang untuk dimasak oleh ibu di rumah.


Kata orang, sungai banyak manfaatnya. Dari sungailah, Melaka berkembang pesat menjadi sebuah pelabuhan yang terkenal pada zaman kegemilangannya. Di sinilah tempat kami anak-anak kampung membina persahabatan. Acara mandi sungai merupakan acara wajib untuk kami sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tapi kalau sudah tiba cuti sekolah, maknanya tiap-tiap harilah kami memperagakan pelbagai aksi hebat seperti Bryan Lomas..atlet terjun negara. Dan setiap hari jugalah ibu akan menghadiahkan bebelan manja nya..haha. Sekarang ni dah jarang benar anak-anak penduduk kampung yang mewarisi bakat kami. hahaha.Anak-anak zaman moden katakan.


Zaman kanak-kanak sememngnya zaman yang tersendiri. Gambar di atas adalah tapak pelupusan sampah Majlis Daerah Tumpat (MDT) yang terletak di hujung kampung saya. Jangan salah sangka ya, bukannya dekat dengan rumah-rumah penduduk, tapi jauh nun ditepi hutan. Saya dan rakan-rakan selalu mengunjungi tempat ini untuk mencari barang-barang terpakai untuk dijual. Dah beratus kali dimarahi oleh ibu, namun saya masih degil..Kata saya, daripada tak berbuat apa, baik saya mengumpul barang terpakai, bila dijual, hasilnya tentulah ada. Nak dijadikan cerita, suatu hari kaki saya terpijak abu yang masih panas. Apa lagi kaki saya teruk melecur..Peristiwa yang berlaku akhirnya menyebabkan saya memutuskan hubungan dengan tempat ini. Dan semalam selepas sepuluh tahun, saya jejaki semula tempat ini. Sungguh nostalgia.


Jangan ingat kampung saya tak maju. Haha sebenarnya gambar ini merupakan sebahagian daripada gambar STADIUM MINI TUMPAT yang terletak di kampung saya. Apa yang meninggalakn kesan?? Saya dan rakan-rakan selalu mencuri0curi untuk masuk bermain di padang stadium. Sebenarnya stadium ini dikunci dan perlu disewa jika ingin bermain. Namun, biasalah mana lah kami budak-budak kampung memiliki wang yang banyak untuk menyewanya. Setiap hari pulak tu. Selalunya setiap hari jugalah kami bertempiaran lari apabila dikejar oleh pegawai yang ditugaskan untuk mengawasi stadium ini. Namun, stadium ini banyak jasanya, kenal dengan Azlan Ismail? pemain bolasepak Kedah, yang dulunya bermain untuk Kelantan, Terengganu dan Polis? Dia merupakan anak jati kampung kami.

Ini pula Klinik Desa kampung saya. Hehe ramai juga penduduk kampung yang melahirkan anak menggunakan khidmat bidan kerajaan di klinik ini.. Besar jasa nya.


Dan akhir sekali inilah kawasan perkuburan kampung saya. Yang selalu saya ingat dahulunya setiap sebulan sekali akan diadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan perkuburan. Maka kami pun berduyun-duyun untuk sama-sama bergotong royong. Seronok zaman tu, namun sekarang amalan ini dah hampir pupus kerana kematian orang-orang tua serta perpecahan dalam masyarakat yang taksub dengan parti politik masing-masing. Kadang-kadang pada waktu malam, kami bermain sorok-sorok di kawasan perkuburan.. Menarik bukan??

Kini, 30 tahun saya berpeluang untuk menghirup udara segar di bumi Allah ini. Kemana-mana pun kaki saya melangkah, kampung halaman tetap di hati. Terkenang bait-bait lagu Kampungku yang dahulunya selalu keluar di kaca-kaca televisyen...

KAMPUNGKU SUDAH BERJAYA
PEMBANGUNAN SEKELILING
ADA JENTERA ADA KERETA PROTON SAGA
SAWAH PADI MENGUNING
NEGERIKU SUDAH MERDEKA
KEDAULATANNYA DIJUNJUNG
KUBEKERJA KUPERTAHANKAN MALAYSIA
ITU ADAT BERKAMPUNG
MAJULAH KAMPUNGKU
MALAYSIA OH TANAHAIRKU
WALAU DEKAT WALAUPUN BERIBU BATU
HANYA ENGKAU KAMPUNGKU

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, September 12, 2010

SOSILAWATI DAN 3 YANG LAIN MATI DIBUNUH DENGAN KEJAM??


Berita Niteline TV3 (12 a.m) melaporkan Sosilawati dan tiga yang lain berkemungkinan mati dibunuh dengan kejam dimana mayat mereka telah dibakar!



Benarkah berita itu? Saya sendiri tidak menonton siaran berita niteline sebentar tadi. Namun ada beberapa blog yang sudah menulis tentang perkara ini. Kalau benarlah berita yang saya dengar ini, makanya ianya merupakan satu tragedi yang amat menyayat hati, di saat seluruh umat islam menyambut hari kemenangan pada syawal yang mulia, berita yang menyayat hati pula akan terpampang di dada-dada akhbar dan televisyen.


Saya tak dapat bayangkan bagaimana seluruh ahli keluarga mangsa menerima berita ini. Apapun, jika benar berita ini, diharapkan pembunuh yang kejam itu tidak terlepas dari hukuman yang sepatutnya..Takziah buat semua ahli keluarga mangsa...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, September 9, 2010

MEMBUAT TAPAI PULUT

Salam buat semua. Alhamdulillah, kita telah menghampiri penghujung RAMADHAN KAREMM..Ya hari terakhir kita bertemu Ramadhan kali ini, entah bagaimana ketentuan Allah untuk tahun hadapan. Masihkah kita diberi peluang meneguk manisnya Ramadhan?? Hanya Allah yang maha mengetahui. Hari ini teman nak tunjukkan cara-cara membuat Tapai Pulut, makanan rutin masyarakat kelantan untuk setiap kali menyambut Aidilfitri.


Mula-mula beras pulut direndam lebih kurang 2 jam dan ditanak menggunakan pengukus. Saya tak tahu pulak kenapa perlu dimasukkan beras pulut dalam jaring. Tak mahu beras pulut bersepah kot..haha. Sebenarnya saya tukang tengok je..Ibu yang menyediakan segala-galanya.


Setelah pulut yang ditanak masak, ianya diletakkan di dalam dulang dan dibiarkan sejuk seketika. Kemudian beras pulut ini digaulkan dengan ragi (yis)..Mengikut orang-orang tua, masa ini penting kerana terlebih ragi, tapai tidak masak. Selain itu juga, pantang larang orang tua-tua melarang bergaduh sewaktu menggaulkan ragi kerana bimbang ragi tidak masak..Hurm, pantang larang.

Kemudian, tapai dibungkus menggunakan daun pisang. Jika tiada daun pisang, daun getah juga boleh digunakan sebagai ganti. Mengikut ibu, penggunaan daun getah lebih baik kerana rasa tapai lebih manis.


Seterusnya, tapai diperam untuk dua malam. Tapai yang telah siap mesti dimasukkan ke dalam periuk ataupun bekas tertutup untuk diperam.


Dan inilah hasilnya tapai yang telah siap diperam dan bolehlah dihidangkan kepada para tetamu yang mengunjungi kita.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, September 8, 2010

MARI BERPANTUN DI HARI RAYA



Di bawah ini saya titipkan beberapa rangkap pantun yang telah saya post pada sambutan Aidilfitri yang lalu. Rasanya tak salah post balik sebab pantun ni memang sesuai untuk semua. Ianya disampaikan secara santai namun penuh pengajaran dalam dialek negeri-negeri di Malaysia. Saya petik dalam friendster yang diposkan oleh teman saya..

p/s : Credit untuk pencipta pantun ini

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, September 6, 2010

KULLU AM WA ANTUM TOYYIBIN..SALAM AIDILFITRI



Ampun dan maaf andainya saya ini…
Terkasar bahasa dalam berbicara (Dalam FB tu banyak)
Tersilap bicara semasa bersama (saya ni insan biasa)
Termarah yang tak kena tempatnya (kadang2 bekeng)
Tertanya tak tentu hala..(peramah tu)
Tersasul yang tak sengaja (maklumlah latah)
Terpukul kat mana-mana (bukan kaki pukul)
Terpekik kuat di telinga (kadang2 cakap sekali tak dengar)
Terhantuk terketuk di kepala (marah orang2 tua)
Terpinjam terambil harta & benda (pinjam je, nanti pulang balik)
Termoody tak semena-mena (bukan period ok)
Terumpat bila ada cerita (belum raya dah buat ketupat)
Teremail benda yang tak sepatutnya anda terima, (saya x email skim cepat kaya ok)
Termacam-macam yang kena-mengena..(macam-macam ada)
Di hari yang mulia sepuluh jari saya hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana saya masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin
Kullu ‘Am Wa Antum Toyyibiin.
كُلٌّ عَامٍ وَ أَنْتٌمْ بِخَيْر
كُلُّ سَنَة وَ أَنْتٌمْ طَيِّبِيْن

p/s..background anak murid saya nak balik kampung

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, September 5, 2010

TERKENANG


Hari ke-2 berada di kampung halaman. Nampaknya masih belum ramai orang-orang kampung di perntauan yang pulang ke desa. Pekan Tumpat pun masih belum lagi meriah dengan warganya. Mungkin sehari dua lagi keadaan akan mulai sesak dan memerlukan bantuan PDRM untuk mengawal lalulintas.

Bila berada di kampung, aku cukup terkenang kepada insan-insan yang pernah mewarnai hidup ini. Yang pertamanya sudah pasti arwah ayahanda yang baru setahun meninggalkan kami. Dan sudah tentu penduduk kampung yang dahulunya begitu rapat denganku. Maklumlah zaman kanak-kanak aku selalu membantu ayah mengerjakan sawah padi dan ladang tembakau. Aku banyak bergaul dengan penduduk kampung yang rata-rata sebaya dan lebih tua dari arwah ayah yang hampir semuanya bekerja sebagai petani. Namun kini hampir 80 peratus daripada mereka telah pergi bertemu Ilahi. Ada di antaranya sempat untuk aku bertemu mata sebelum kembali ke Rahmatullah, dan ada antaranya berita kematian aku dengar melalui telefon sahaja.

Apabila melihat kanak-kanak di kampung sendiri, ramai yang tidak dikenali dan tak pernah kulihat. Hurm, begitu cepat masa berlalu pergi. Generasi baru mulai mengambil tempat dalam masyarakat. Terkenang zaman kenak-kanak yang hampir semuanya kuhabiskan di sawah, di ladang dan di padang. Tak dapat digambarkan betapa seronoknya saat itu. Kini, penduduk kampung jarang yang bekerja sebagai petani. Alhamdulillah, ramai anak-anak penduduk kampung yang telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Hanya Al-fatihah yang mampu kuhadiahkan buat mereka yang telah pergi mendahului kita. Alfatihah buat ayahanda Abdul Ghani, Pok Teh Musa, Abang Hamid, Haji Mail, Nye Deris, Pok Su Nawi, Pok Teh Chek Ahmad, Hussin Jrah, Pak Cu Kob, Tok Wan Isa, Pok Ck Seleme, Pok Nik Ghoni, Pak Cu Rasyid, Pok Yih, Kak Zan, Pak Ngah Hussin, Pok Ya Kok Pinang, Tok Wan Harun dan ramai lagi..Sungguh aku terkenang!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, September 4, 2010

TRAUMA BALIK KE KAMPUNG


Keadaan kereta saya yang hampir bersepai di Grik, Perak.

Hari ini saya akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Melalui lebuh raya Timur Barat merupakan satu kenangan yang tak dapat dilupakan apabila terlibat dengan kemalangan jalanraya yang sangat dasyat pada tahun lepas. Kemalangan ini telah hampir mengorbankan nyawa saya sendiri. Doakanalah semoga saya selamat sampai ke destinasi di kampung halaman tercinta, TUMPAT kelantan.. Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya, dan ingatlah orang yang tersayang..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, September 3, 2010

SUMBANGAN ZAKAT YAYASAN TUN HAMDAN

Pada 23 Ramadhan yang lalu, di sekolah saya telah berlangsung majlis Penyampaian sumbangan Aidilfitri dan Zakat Kepada Anak-anak Yatim Daerah Kinta. Program ini merupakan anjuran Yayasan Tun Hamdan. Tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah YB Senator Dato' Dr Awang Adek bin Hussin, Timbalan Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Yayasan Tun Hamdan.


Antara tetamu kehormat yang hadir, antaranya Dato' Awang Adek bin Hussin, Yang Bhg Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak dan encik Said bin Manap, Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara


Para penerima menerima sumbangan. Sebanyak 60 pelajar dari daerah Kinta Utara terpilih menerima sumbangan


Para penerima bergambar kenangan bersama Ahli Pemegang Amanah Yayasan Tun Hamdan.


YB Senator Dato D'r Awang Adek bin Hussin sedang bertanyakan sesuatu kepada penerima.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget