WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 30, 2010

WALAU SEBESAR ZARAH KEBAJIKAN YANG DIBERIKAN, ALLAH AKAN MEMBALASNYA

Salam semua. Pagi tadi aku ada menziarahai blog seorang kawan iaitu HYSMAN..Terkejut juga membaca posting beliau berkaitan dengan seorang sahabat blogger yang bernama DJ EPOI. Seorang blogger yang aku kenal di zaman awal kemunculan aku sebagai blogger. Dan pernah sekali DJ EPOI menulis entri tentang kematian arwah ayahku KLIK DI SINI. Dalam banyak entri beliau, beliau yang membahasakan dirinya GUA selalu menghebahkan tentang kematian, kehilangan serta kesulitan yang dihadapi oleh teman-teman blogger. Inilah jiwa mulia yang dimiliki oleh DJ EPOI. Apapun, aku menyeru teman-teman semua berilah, hulurkanlah sumbangan buat DJ EPOI. 

Entri ini IMANSHAH petik dari blog ACU SAYANG 


....Kawan-kawan blogger & pembaca-pembaca yang Acu sayang,
Acu mohon bantuan kawan-kawan...andai ada diantara kawan-kawan semua yang sudi untuk menghulurkan sumbangan kepada DJ EPOI. BABY AFIQ iaitu anak bongsu kepada DJ EPOI akan menjalani pembedahan jantung di India...
DJ EPOI, isteri & anak bongsu nya dijangka akan berlepas ke Indiapada minggu hadapan...kalau tak salah acu 8 Disember ni.

Acu berharap ada di antara kawan-kawan blogger tak kira lah samada kenal atau tidak dengan DJ EPOI, sama-samalah kita membantu meringankan bebannya. Walaupun cuma RM 1 tapi besar nilainya kepada BABY AFIQ.

Pada kawan-kawan yang ingin menderma boleh lah bank ini wang tersebut ke dalam akaun Acu:

MAYBANK:: 162143008275
CIMB:: 01180032819528

InsyaALLAH segala wang sumbangan akan acu serahkan kepada DJ EPOI sebelum dia berangkat ke sana 8hb Disember ni..



Ingatlah dikala kita bergembira ada insan yang sedang berduka semoga ALLAH memberkati usaha kita ni...amin...

Notakaki Imanshah :
Hari ini hari DJ EPOI. Lama sungguh kami tak berhubungan kerana terputus link. Tup-tup berita ini yang aku terima. Banyak bersabar duhai sahabatku, semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan dipelihara anugerah Allah ini. Kepada rakan-rakan blogger, Imanshah mohon berilah sedikit sumbangan buat meringankan beban beliau. Inilah namanya persahabatan maya. Insyaalllah sebesar mana kebaikan yang kita berikan , yang kita hulurkan Allah akan membalasnya. ITU JANJI ALLAH..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

GAMBIR SARAWAK, TALAK KAWEN PUN BOLEH PAKAI JUGA..

Wah lama sungguh beta tidak bersiaran. Eh CkLah marah, guna ganti nama yang sesuai ok. Beta untuk sultan atau raja. Ok2, rindu betul nak bersiaran, tapi yalah, apakan daya, urusan di luar kota perlu diselesaikan. Malam ni, aku kembali lagi untuk kesekian kalinya, bukan sahaja mengubat kerinduan teman-teman semua, tapi juga yang lebih utama, memang hati ni tak tahan nak berblog selama 4 hari di bumi Rentap, bumi Kenyalang. Al-hamdulillah, aku telah kembali ke Ipoh setelah 4 hari berkelana di bumi Miri, Sarawak. Aku sebenarnya mengunjungi bekas pelajarku tahun 2006 yang kini sedang membuat praktikal sebagai bakal Jurutera Petroleum di Miri, Sarawak. Kira ada banyak kelebihananya kalau kita terus berhubungan dengan bekas pelajar ni kan, at least, transport dan lojing dah lepas. Tinggal nak bayar duit minyak je kan. Tu belum lagi pelajar-pelajar yang bertebaran di London, Mesir, Australia, New Zealand, Jepun dan banyak lagi..semua dok jemput pergi. Sabaq na, satu-satu!! Baiaklah, tak mau panjang-panjang, kita terjah beberapa gambar yang aku pilih untuk bersiaran.


 Gambar ini aku ambil di hadapan Miri Handicraft Centre. Tak banyak yang aku beli, sebab ini kunjungan aku kali ke dua ke Sarawak.Masa di Kuching hari tu dah banyak aku borong. Lagipun, beradikiparkan orang Sarawak, banyak benar barangan Sarawak kat rumah tu. Dah tak tahu apa yang nak beli.


Kesempatan mengunjungi Miri tidak sah kalau tidak mengunjungi Muzium Petroleum yang terletak di  "Kanada Hill". Banyak pengetahuan dan maklumat berkaitan sejarah cari gali minyak, penubuhan petronas, bagaimana proses cari gali dan sebagainya ada di sini. Setakat belajar sedikit dalam silibus Geografi rasanya taklah membantu sangat. Datanglah dan dapatkanlah pengalaman bermakna di sini. Dikatakan Kanada Hill ini tempat bermulanya carigali minyak dijalankan sewaktu zaman pemerintahan British. Ianya dikatakan bermula pada tahun 1910.Kira-kira sedekad yang lalu. Penduduk Miri memang berbangga dengan jolokan "Oil Town". Kita selalu beranggapan minyak hanya ada di lauatan, namun setelah berpeluang mengunjungi muzium ini, barulah aku tahu bahawa minyak juga banyak terdapat di  daratan. Dan dikatakan Miri mempunyai 4 kawasan daratan yang mempunyai minyak di bawahnya.
  

Inilah pemandangan Bandaraya Miri dari Kanada Hill. Sebuah bandaraya minyak yang menyimpan pelbagai khazanah alam yang cukup berharga. Cuma aku sedikit ralat sebab hasrat untuk mengunjungi Gua Niah tak dapat direalisasikan kerana kekangan masa. InsyaAllah akan berkunjung semula ke sini apabila masa dan keadaan mengizinkan.


Eh2, hang boye pun nak tunjuk ka?? Kat Zoo Negara banyak aih..alah cik Kiah, alang-alang dah sampai sini, orang bawakkan, kita ikut jelah. Buaya-buaya yang sedang berfoya-foya di dalam kolam. Serius Taman Buaya Miri ni rasanya memiliki buaya yang teramai kot..eh terbanyak. Ada dalam 200 ekor, semua spesis ada..Semua jenis ada, jantan, betina, pondan (ada ka?), anak buaya, ibu buaya, bapak buaya. Berbeza dengan Taman Buaya yang pernah aku kunjungi sebelum ini. Selain buaya, di sana ada juga binatang-binatang lain seperti lembu, kambing, burung, ular, beruang, minyet..eh banyak nya nak senaraikan. Jemput datang tengok sendiri. Bayarannya tak mahal RM 15 sahaja.


Ha, yang ni memang takda kat semenanjung. Kalau ada sah-sah tak berapa sedap dan tak dikomersilkan. Kek Lapis Sarawak. Macam-macam perisa dan perasa ada. Durian, cokelat, strawberi, bunga api..tapi yalah, aku ni bukan suka sangat kek ni. Kecik-kecik dulu bukan orang kaya, jadi kek-kek ni mana lah  pernah jumpa. Itu bila dah besar panjang ni, tak berapa suka kek.  Beli setakat dua-tiga ketul cukuplah. Takut berharap orang kat rumah kan. 


Ni pula indahnya Pantai Luak Esplanade, tempat orang-orang Miri beriadah. Yang menariknya di sini semua bangsa ada berkumpul bagi meraikan hujung minggu mereka. Maka, berbaris-barislah penjaja di sini. dan makanan terkenal di jual di sini ialah Bontot Ayam Percik dan Kepak Ayam Percik. Boleh dikatakan semua gerai menjual menu ini. Agak terkejutlah juga kan..yalah..kontreversi betul makanan itu..haha..


Wah inilah yang paling aku suka, langit khirmizi nan indah di waktu petang. Gambar ini dirakamkan pada jam 6.00 petang kot sewaktu matahari hampir terbenam. Sungguh indah ciptaan Ilahi, membuatkan hati terasa sayu mengenangkan diri ini. Yalah hebatnya ciptaan Allah, kita nak buat kek sebiji pun kadang2  hangus kan. Gambar ini aku snap dari Marina Bay, sebuah restoren yang terkenal di Miri.


Yumyumyum...sedap kan. Seafood di sini terbaik lah!! Kalau nak makan seafood yang halal, boleh berkunjung ke Marina Bay..InsyaAllah di sini disediakan pelbagai juadah seafood yang sungguh meneyelerakan. Harga??Hurm, boleh tahan jugalah. Tapi orang kata alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke ketiak masam..hoho. Boleh?? Selamat menjamu selera untuk aku..

Banyak lagi sebenarnya tempat yang aku kunjungi, tapi takut kalian semua bosan kan..Yalah asyik cerita aku jalan-jalan je. Sewaktu singgah sekitar Pasar Miri kan, adalah apek tua ni panggil aku..

"Lu mau ka itu gambir Sarwak..?"

Dalam hati, aish kat Miri pun ada..Ingat kat Kuching je..

"Haiya apek, gambir sarawak buat apa.."

Lalu apek mendekati aku, dan berbisik sesuatu..

"Sorry pek..gua belum kahwin la..."

"Hayya olang muda, talak kawen pun tapa..boleh pakai. Kalau tak mau ini kasi  kawan-kawan la.."

Hahaha, sapa mau, habaq mai..??

Notakaki Imanshah :

Terima kasih buat Saudara Ikhwan yang telah menyediakan rumah dan kenderaan buat cikgu.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, November 26, 2010

TUAI PADI ANTARA MASAK, TUAI DOSA KITA TAK NAMPAK

Assalamualaikum dan selamat malam rakan-rakan semua. Malam ni aku nak maklumkan HOK SENGOTI akan berhenti bersiaran seketika sehingga ISNIN ini kerana ada urusan di luar kota yang terpaksa aku uruskan. Tolong baca sambil menyanyi kawan-kawan :

Tuai padi antara masak, 
Esok jangan layu-layuan, 
Intai entri baru antara nampak 
Esok jangan rindu-rinduan. 

Haha, tak kisahlah anda memiliki suara yang hebat , atau kurang sedap, yang penting sama-sama kita nyanyi. Apapun sebagai sahabat yang baik, Imanshah nak tinggalkan kalian dengan satu kisah.

.....Seorang pemain sarkas  memasuki hutan untuk mencari anak ular yang akan dilatih bermain sarkas. Beberapa hari kemudian, ia berjaya mendapatkan  beberapa ekor anak ular dan mula melatihnya. Pada mulanya anak ular itu diajar membelitkan  kakinya. Setelah ular itu semakin membesar, ia dilatih untuk melakukan permainan yang lebih berbahaya, antaranya membelit tubuh pelatihnya. Sesudah berjaya melatih ular itu dengan baik, pemain sarkas itu mula mengadakan pertunjukkan untuk orang ramai.

Hari demi hari jumlah penontonnya semakin ramai. Pendapatan yang diterimanya semakin besar. Suatu hari, permainan sarkas tersebut telah melakukan persembahan di kota.  Pemain sarkas telah  memerintahkan ular itu untuk membelit tubuhnya. Seperti biasa, ular itu melakukan apa yang diperintahkan. Ia mulai melilitkan tubuhnya sedikit demi sedikit pada tubuh tuannya. Makin lama makin keras lilitannya. Pemain sarkas kesakitan. Oleh sebab kesakitan, lalu dia memerintahkan agar ular itu melepaskan lilitannya, tetapi ia gagal mengikut perintah tuannya. Sebaliknya ia semakin liar dan lilitannya semakin kuat. Para penonton menjadi panik, ketika jeritan yang sangat memilukan terdengar dari pemain sarkas itu, dan akhirnya ia terkulai mati.....

 Kadang-kadang kita merasakan dosa tidak membahayakan seperti ular yang telah dilatih tadi. Kita merasa tidak terganggu dan dapat mengendalikannya. Buat dosa selepas itu bertaubat. Buat lagi bertaubat sekali lagi.  Tetapi pada kenyataanya, apabila dosa itu telah mulai melilit hidup kita, sukar dapat melepaskan diri lagi daripadanya.”



Nota kaki Imanshah :

Kadangkala kita  melihat anak-anak yang berusia empat atau lima tahun dan mereka kelihatan naif dan suci.  Dan aku tidak terkecuali untuk menatap gambar aku di awal usia empat atau lima tahun. Foto tidak menipu dan keadaan pada waktu itu cukup menyenangkan dan suci. Namun, Ketika kita semua  semakin dewasa, dan masuk ke dalam kawah dunia, kesucian itu seakan  hilang. Seolah-olah kelihatannya seperti pakaian putih yang seputih salji, namun telah dinodai oleh banyak kotoran. Tak peduli seberapa kerap usaha kita untuk mencucinya, tetapi sisa kotoran tetap ada.   AMPUNI DOSAKU YA ALLAH!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, November 25, 2010

KENAPA DINAMAKAN MATA KUCING???

Sedang bersiap-siap ni. Kemas baju sikit nak berjalan-jalan di Bandar Miri, Sarawak. Wah ayat berjalan-jalan ytu agak poyo sedikit. Bercuti lah kot. Pertama kali nak ke Miri, Sarawak. Entah apa yang menarik di sana aku tak tahu, ada orang ajak berjalan makan angin sampai buncit, aku ikut jelah. Yalah asyik nak promosikan negara orang je kan, sesekali cuti-cuti Malaysia pun seronok juga. Apapun , MIRI, tunggu kedatangan aku ya!!

Hari ini aku nak sambunglah sedikit pasal pokok lagi. Sebelum ni dah ada aku ceritakan pasal kisah pokok DI SINI. Kali ni nak promotelah sikit pasal aktiviti aku yang suka menanam pokok. Pantang aku nampak tanah kosong, aku mesti terfikir nak tanam pokok. Pantang tanah kosong nampak aku, mereka menjerit, "Tanamlah pokok! Tanamlah Pokok!!" Haha itu hiperbola semata-mata, usah percaya ya. 


Ni kenal ke pokok apa?? Kalau tak baik jangan jadi rakyat malaysia. Hekeleh, korang jangan mencebik aku mengatakan kau tanam  pokok kelapa je ?? Baik tak payah. Korang tak baca ke sekarang krisis kelapa meruncing kat Malaysia ni?? haha at least aku ada back up kan. Tapi tak tahulah pokok ni dah 3 tahun aku tanam dok macam ni juga. Hampeh betul..tapi at least tak mati la kan. Menunjukkan tangan aku memang sejuk bak kata orang-orang tua. 



Ni pula korang rasa pokok apa yek?? kalau tak tengok buahnya mesti tak boleh nak teka kan?? Ni la pokok belimbing. Pokoknya tidaklah tinggi bebenor, tapi kalau berbuah, berjug-jug jus belimbing boleh buat. Kadang-kadang naik muak. Kalau yang muda tu boleh pula wat cicah asam. Nilah kelebihan kalau menanam sendiri. Tak payah nak susah-susah keluarkan duit tu kan nak minum jus belimbing. Tengok tangan aku memang sejuk la. Asyik menjadi je tanaman aku. Wah poyo gila..


Ni pula pokok pelam. Dah lupa nama apa dah. Tapi yang pasti bukan -pelam telur lah. Haha, setakat ni dah 5 kali berbuah dengan eksennya. Banyak sekali dan lebat sungguh buahnya. Macam daunnya juga yang lebat. Tapi masa aku snap gambar ni, tinggal 2 biji sahaja. Hehe. kadang-kadang berebut dengan burung pula . Tengok sapa dulu yang cekap, tapi selalunya aku le yang kalah. Tapi kadang-kadang buahnya hilang tak tahu siapa yang ambil. Intai-intai ada juga mereka yang berkenan dan ambil tanpa minta. Alah macam lah korang tak pernah buat keje ni masa kecil dahulu. Kan korang selalu curi pelam masa kecil-kecil?? Ingat tak??


Pokok mata kucing ni. Atau pun bahasa moden sekarang LONGAN. Walau kelihatannya tumbesaran pokok ini tak begitu bersemangat waja, tapi nampak can go lah juga. Hoho. kalau korang bijak bestari kan, kenapa ya pokok ni nama pokok mata kucing. Adakah isinya sama ngan mata binatang yang bernama kucing.. Sapa ada jawapan??


Ni kira pokok wajib lah kat rumah-rumah ya. Pokok pisang tanduk kot. Haha ni aku warisi dari jiran sebelah rumah yang dah berpindah ke Kedah. Zaman kami bujang-bujang dahulu, sempatlah bercit-chat di tepi pokok pisang ni sambil menjemur baju yang baru di basuh. Ala-ala nak tackle awek macam cerita P. Ramlee dulu-dululah, sambil menyanyi lagu MEMORI DAUN PISANG. Haha tapi sayang dah terlepas ke tangan orang lain. Jangan tak tahu, seekor ular berjaya aku tamatkan riwayatnya di sinilah, di celah perdu pisang itu. Pengganti tuan rumah sebelah ni, Ya ampun tak romantik langsung. Hehe jangan marah..

Jadi, apa sebenarnya nak aku bagitahu semua. Walaupun aku ni seorang lelaki yang tahap kemalasannya memasak sangat tinggi, tapi aku suka buat benda yang ini. Berbudi pada tanah bak kata orang-orang lama kan. Lebih baik juga kan kalau kakak-kakak seperi Kak NormahKak Cik SerojaDINAS, CkLah atau sesiapa jelah yang nak buat calon menantu ni kira boleh lah.. Tapi syaratnya kena ada tanah 5, 6 ekar lah, senang hamba anak bercucuk tanam.. Ada berani???

Kita tinggalkan merapu yang atas tu,sekadar hiburan petang Khamis ini. Yelah kalau hidup tanpa sedikit unsur-unsur kecindan pun tak bermaya rasanya kan. Kita bergerak kepada perkara yang berkaitan dengan hubungan antara pertanian dan agama. Aku kira hadith ini sudah cukup jelas memberitahu kita betapa keperluan untuk berbudi kepada tanah cukup ditekankan dalam Islam. Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:


“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.
                                          (Hadith Riwayat Abu Daud)



Notakaki Imanshah :

Insyaallah akan cuba update blog dan blogwalking ke rumah saudara-saudari sekalian dari Miri jika berkelapangan. Semoga dipermudahkan urusan di Miri. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PICTURE OF MY LIFE CONTEST


Malam ni aku telah di tag oleh blogger teman tapi mesra aku MI BUDU untuk join satu contest yang telah diilhamkan oleh Aretikz.. Jadi nak tak nak aku join juga..karang merajuk pula si Mi Budu ni..kang tak nak jual budu lagi..Contest ini memerlukan aku tag tiga orang blogger. Maka dengan segala hormatnya aku ingin tag  mereka yang terpilih : Hysman a.k.a budak kentang, Nunama dan Mak Dara.

Jadi, taknak panjangkan celoteh kita lihat gambar dibawah:-



Cantikkan kereta aku?? Aku telah terlibat dalam kemalangan dasyat di KM 20 Lebuhraya Timur Barat berhampiran Grik, Perak. Bukannya untuk ulang tayang semula cerita lama kerana aku telah beberapa kali membuat posting berkaitan kemalangan ini. Kalau nak baca KLIK SINI. Yang nak aku ceritakan ialah kisah di sebalik kehadiran kaki misteri di dalam kereta itu. Ish-ish, tak percaya, diam-diam, meh aku nak cerita.

Selepas aku berjaya meloloskan diri dari kereta yang keseluruhannya menghempap aku kerana tayar berada di atas. Aku pun sukar mempercayai aku masih diberi peluang kali ke dua untuk berada di dunia ini. Yang aku dapat selamatkan hanyalah telefon bimbit dan dompet sahaja kerana berada di dalam poket. Yang lain tercampak entah ke mana kerana kereta aku menjunam ke gaung yang berketinggian 5 meter. Bayangkan kekuasaan Allah S.A.W. 

Aku sempat snap 7 keping gambar untuk buat kenangan terakhir. Dan salah satu daripadanya adalah gambar di atas. Pada mulanya aku tak perasan ada satu kaki yang terselit di sebelah pintu. Seolah-oleh kaki ini sedang merangkak cuba masuk ke dalam kereta aku. Pada mulanya aku tidak sedar. Namun setelah mendapat maklumbals dari kawan-kawan FB aku , aku mula terfikir. Milik siapakah kaki itu?? Terasa seriau bila memikirkan perkara tersebut.


Lalu aku cuba untuk mengingati semula kejadian. Semalaman aku gagal untuk melelapkan mata. Teringat kejadian Hantu Bomoh Sitam di kampung aku yang dikatakan merayau pada setiap malam. Seingat aku yang menolong aku hanyalah dua orang pemandu lori yang berhenti setelah melihat kereta aku terjatuh ke dalam gaung. Yang lain-lainnya seperti sepasang suami isteri hanya meraung melihat kejadian kerana menyangka aku telah mati. Raungannya semakin kuat apabila melihat aku selamat keluar dari kereta. 

Pada masa itu juga aku tidak membawa penumpang bersama. Kalau nak katakan polis , tidak juga kerana polis trafik yang datang berpakaian lengkap uniform polis. Dan individu terakhir aku syak ialah "apek"  towing truck..Haish seingat aku dia pakai selipar jepun. Lalu aku bandingkan dengan beberapa keping gambar lagi. Ternyata gambar-gambar yang lain tidak terselit kaki sesiapa di situ. Lagipun waktu tersebut asap berkepul-kepul keluar dari kereta seolah-olah kereta akan meletup atau terbakar. Siapakah yang berani mempertaruhkan nyawa sendiri?? Aku rela melihat kereta itu terbakar dari merasakan panasnya api yang membahang.

Ayuh  dengar lagi sambungan nya. Lalu aku teringat kata-kata pegawai penyiasat yang mengambil kes ini. Boleh dikatakan setiap bulan , di kawasan ini berlaku kemalangan. Dan kebanyakan melibatkan kematian. Beliau kehairanan melihatkan keadaan kereta yang remuk jika nak dibandingkan keadaan kondusi aku yang tidak cedera.Sempat lagi dia bergurau mengatakan aku pakai pendinding. 


Seram juga mendengar cerita itu. Aku dimaklumkan bahawa  mangsa terakhir ialah seorang pelajar sekolah yang terlibat dalam kemalangan bersama keluarganya. Pelajar tersebut mati di tempat kejadian dan kakinya putus.  Semakin kusut misteri kaki tersebut apabila tiap-tiap malam selepas kejadian aku mimpikan seorang budak yang kehilangan kakinya. Hidup aku semakin tidak keruan kerana mimpi ini sering menggangguku.

Tiba-tiba aku rasa kaki itu seperti  kaki aku..?? Eh betul ke kaki aku ke ??Yalah betullah ini kaki aku. Tidak syak lagi. Kasut dan seluar yang aku pakai saling tak tumpah dengan kaki misteri tersebut. Tapi misterinya siapa yang snap gambar aku?


Terima kasih kerana membaca.. Ini sahaja cerita aku kali ini!! Harap-harap boleh menang!!


Nota kaki Imanshah:
Sebenarnya tu kaki aku. Sepupu aku yang snapkan masa aku redah amik duit aku dalam tu. Banyak aku bawa duit masa tu dalam 4 angka. Jangan marah ye, aku gurau je, terima kasih sebab membaca dari awal hingga akhir..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, November 24, 2010

BOYPREN U KERJA KILANG JE?

Duduk termenung pagi-pagi ni, setelah selesai  menjalankan tugas-tugas sebagai suri rumah, aku terkenang kembali kenangan lalu yang banyak mendewasakan aku. Kenangan bekerja sebelum aku mendapat pekerjaan sekarang. Sudah tentu teman-teman semua pernah bekerja di pelbagai tempat dan sektor  sebelum bertemu jodoh dengan pekerjaan sekarang? Kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki kan? Ayuh kita telusuri sedikit pengalaman aku bekerja di beberapa tempat.

1) Price Checking

Masa ni rasanya aku sedang menunggu keputusan SPM. Masa yang ada empat bulan digunakan sepenuhnya untuk menimba pengalaman. Tambah-tambah inilah pertama kali aku berpeluang keluar dari negeri sendiri. Alhamdulillah, aku diterima bekerja di Pasaraya Besar Carrefour, Johor Bharu. Bergajikan RM 800 termasuk elaun lebih masa, inilah gaji pertama aku. Kalau nak tahu kerja ni rumit juga, terpaksa memeriksa harga barang-barang yang dijual. Sama ada label harga barangan betuk atau tidak. Dalam masa yang sama kena buat checking barangan untuk stok. Selaunya hampir 3,000 barang sehari team price checking kena scan. Yang paling tak dapat dilupakan dengan pekerjaan ini aku terpaksa menyiasat ala-ala  James Bond. Memerlukan aku merisik harga di pasaraya pesaing berhampiran. Mak aii, cuak masa tu, takut tertangkap. Tapi adalah caranya, tak boleh dedah di sini ya. Nanti Carrefour marah chek..

2) Operator Pengeluaran Lelaki

Senang cerita aku kerja kilang lah. Masa ni rasanya aku tengah sedang bercuti panjang semester di universiti. Juga berlokasikan Bandaraya Joghor Bharu, kali ini aku bekerja di kilang memproses printer. Wah kerjanya agak mudah, aku diletakkan di bahagian QC.  Maknanya di line kami akan buat kerja-kerja memastikan printer berfungsi sebelum dipasarkan. Tapi yang tak seronoknya dapat supervisor yang garang. Ulang suara supervisor perempuan ok! Kerjanya setiap hari ialah membebel. Tapi Alhamdulillah kita nak timba pengalamankan, tidak ada pilihan. Banyak-banyak bersabar jelah. Setiap minggu ada sahaja kawan-kawan yang berhenti. Aku sempat bertahan juga selama 4 bulan. Dapat juga gelaran MAT KILANG masa tu. Tapi masa ni yang lawaknya, ada orang cakap kat my ex-gf, "Eh boyfriend u kerja kilang??"




3) Pembantu Gudang  Beras

Kali ini aku berpindah ke lokasi baru di Nilai. Inilah antara pekerjaan yang paling berat pernah aku lakukan. Bekerja di gudang ini memerlukan tenaga yang banyak. maklumlah nak kena angkat-mengangkat beras, bukan sahaja dalam kuantiti 10 kg, tapi berguni-guni. Apabila lori beras sampai, yang nak membantu menurunkan beras ke gudang kita. Dan apabila ada customer yang nak membeli beras, kita juga yang akan menaikkan beras di atas lori atau van. Mujurlah, dibesarkan sebagai budak kampung yang sudah biasa dengan kerja-kerja mengangkat dan memikul guni-guni padi, sedikit sebanyak membantu. Tapi yang penting waktu ni badan agak 'tough' la. Hahaha..

Nota kaki Imanshah :

Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga.  Menurut Islam, setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat. Oleh demikian setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap lapangan pekerjaan yang dilakukannya itu sekiranya dimulai dengan niat, ia merupakan satu ibadat. Apapun pekerjaan yang kita lakukan, laksanakanlah dengan penuh bertanggungjawab, ikhlas serta amanah. Aku akan sentiasa ingat kata-kata ustazah aku daulu, Ustazah Zawariah.

"Kalau kita kerja ikhlas, dan banyak mempermudahkan orang lain, InsyaAllah, Allah akan memudahkan kita. Kalau  tak dapat kat kita, anak-anak kita dan keluarga kita yang dapat"


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, November 23, 2010

KISAH MISS ANN MENGAJAR BAHASA INGGERIS


Kisah ini sekadar hiburan petang isnin menunggu perlawanan Hoki Sukan Asia Ghuangzhou peringkat separuh akhir antara Malaysia dan India yang dijangkakan berlangsung pada jam 5.30 petang.

Ini kisahnya :

Miss Anne seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Miss Anne memberikan  assignment kepada murid-murid meminta mereka mencarikan tiga ayat dalam Bahasa Inggeris dan mengemukakan pada hari Isnin nanti. Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid Miss Ann ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit

"Shut up you !!". 

Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya,

 "Shut up you tu Bahasa Inggeris ke pa? 

Bapanya mengiakan pertanyaan Amin.

" Dapat dah satu perkataan,"  kata Amin di dalam hati.

Selepas mandi dan makan, Amin menonton tayangan cerita Superman di televisyen Sewaktu  Superman  terbang, ungkapannya ialah  "Superman !!!" Amin bertanya kepada bapanya lagi :

" Superman tu perkataan Bahasa Inggeris ke, pa?"

Dan bapanya menjawab ya.

"Dah dua perkataan dah !" kata budak itu.

Selepas menonton televisyen , Amin ke perpustakaan dan dia ternampak  seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar kerana berebutkan  buku. Perempuan tersebut berkata;

"Ladies first"..

 Balik ke rumah Amin bertanya lagi dan bapanya mengiyakan mengatakan ladies first pun perkataan dalam Bahasa Inggeris.  

Hari Isnin Amin ke sekolah. Miss Ann bertanyakan Amin tentang assingment yang diberikan minggu sebelumnya.

Miss Anne: Ok boy, did you get the words?

Amin: Yes, teacher.

Miss Ann: Good, what is your first word?

Amin: Shut up you !!!

Miss Anne: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Amin: Superman !!!

Miss Anne: Bloody fool! Get out from this class

Amin: Ladies First



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, November 22, 2010

AKU MENUNGGUMU DI GARISAN PENAMAT


Aku sang pelatihmu,
Tidak pernah meragui kemampuan yang kalian miliki  
Dan aku yakin kalian akan sampai di garisan penamat dengan gemilang..


Selamat berjuang anak-anakku, 
Cikgu menunggu kalian di garisan penamat...

Ikhlas dariku: 
Jurulatihmu, gurumu,  ayahmu, sahabatmu
 dan penonton setiamu..




Pesan Imanshah

1)  Banyak-banyak doa..moga dipermudahkan
2) Jangan tinggal solat berjemaah saat2-saat genting ni.
3)  Fokus kepada SPM, HP dan FB  simpan dulu.
4)  Buat anak saudara di kampung, uncle doakan angah berjaya untuk
     membela nasib keluarga.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

BAGAI GURU BESAR MEMBANCUH SIMEN

Sebagai seorang pencinta Bahasa Melayu, pernah kita terfikir tentang Peribahasa Bagai Tikus Membaiki Labu? Kalau nak tahu maksudnya seseorang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya. Hurm, Aku tertanya-tanya siapakah asal yang mencipta peribahasa ini. Bukan apa kalau nak ikutnya labu mana boleh dibaiki kan, labu untuk dimakan. Dan kalau betul pun labu itu telah rosak atau busuk,  macam mana pula kita nak baikinya kan. Apatah lagi tikus, sejenis makhluk yang tak berakal seperti manusia. Manusia yang berakal pun tak boleh nak baiki labu! Oleh itu, tidak  tidak tepat untuk kita menggunakan peribahasa Bagai tikus membaiki labu  seperti yang kita gunakan sekarang. Haha, itu hanya pandangan saya sahaja. Jangan marah ya CkLah..Guru BM yang amat saya tabik spring!! 

Apapun, dah termaktub begitu warisan orang lama-lama, kita terima jelah, mungkin ada signifikannya peribahasa itu dilontarkan. Dan Alhamdulillah, ianya memang signifikan dengan apa yang berlaku kepada saya. Meter air saya rosak, dan saya cuba untuk membaikinya. Belum berkesempatan untuk memanggil technician untuk datang ke rumah. Maklumlah semalam hujung minggu. Sapa yang nak datang kan. Hurm saya cuba untuk memulas sedikit penyambung paip dengan spanar hidup dengan harapan ianya akan ketat dan akan menyebabkan air tidak meleleh keluar. Tiba-tiba..boom!! Tersembur air keluar dari penyambung paip air di metere air. Dengan paip-paip air tercabut.


Mak ai, jenuhlah pula aku nak membaiki semula. Air memang laju keluar, dah jadi macam air pancut pula. Wah menarik juga. Kebetulan kereta yang lalu lalang kat tepi pagar tu semua macam tertarik. Owh takda apa bang, inilah air pancutan yang baru saya buat kat halaman ni. Nak join ke?? haha..mandi best ni, kalau abang nak join saya mandi berhentikanlah kereta tu..!! Kataku di dalam hati melihat mereka semua yang kehairanan seperti melihat aku sedang bertarung dengan alien.


Haha tengok tu persis seorang pahlawan kan?? Nak bersilat dengan air pula. Nak masukkan balik paip pada penyambung tak dapat sebab tekanan terlalu tinggi. Pedih mata-mata. Nak tutup paip air yang besar tak tahu kat mana. Telefon sana-telefon sini. Semuanya gagal memberi jawapan yang meyakinkan. Akhirnya, satu saja jalan..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Bungkus jelah kau meter oi. Walaupun air masih keluar, sekurang-kurangnya rumah aku tidaklah menjadi tumpuan sangat. Mintak maaf kepada kerajaan Malaysia kerana membazir air kerajaan. Alhamdulillah pagi-pagi lagi tukang paip sudah sampai. Terima kasih enche technician..

Terakhirnya, boleh ke kita tukar peribahasa tu ek..bagai   guru besar membacuh simen!! Ok tak murid-murid??

Pesan imanshah :

1) Jangan main paip air

2) Belajar lah sikit bagaimana nak menyelesaikan masalah remeh-temeh berkaitan dengan kemahiran hidup ni. Contohnya repair lampu, repair paip, repair keta ke..haha. Takut malu ngan keluarga mertua tak reti apa-apa.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, November 21, 2010

KISAH AKU DAN POKOK (AKU SAYANG POKOK)

Hari-hari bila sahaja keluar rumah, aku akan lihat pokok ini. Hari-hari bila aku keluar rumah, pokok ini akan pandang aku. Keudukannya betul-betul depan pintu rumah. Ni kira kalau sekali tak tengok pokok ni, maka rindulah aku. Yalah aku jaga pokok ni sejak kecil lagi. Yalah nak jaga anak takda, jaga pokok jelah. Kadang-kadang aku pergi kepadanya, dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini. Masa pokok tu kecil   lebih kurang beginilah.


Dah dua tahun rupanya makhluk Allah yang kuat ini hidup. Kenapa kuat, yalah berpanas, berhujan..semuanya tahan diuji. Tak sekali pokok ini merungut, Arakian pun, pokok ini telah membesar menjadi pokok yang taklah besar sangat tapi tinggi. Mengalahkan ketinggian aku. terkejut juga melihat pucuknya menjulang tinggi bagai tak boleh ditahan. Apa orang kata, bahasanya mencanak. Walhal ianya halah pokok hiasan sahaja. Kira-kiranya pokok itu sekarang sudah membesar menjadi begini.


Pucuknya tinggi menjulang, lurus ke atas mencari sumber matahari .Justeru apa kaitan  pokok ni dengan penulisan aku hari ini? Baiklah teman-teman, aku nak tanya sikit. Apakah sebenarnya manfaat pokok kepada manusia. Habaq mai kat Imanshah. Takpa-takpa, biarkan saya huraikan sedikit. Pokok  boleh menjadi tempat berteduh yang nyaman,mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas,   penyimpan air yang bersih dari kotoran,sebagai sumber pendapatan, mengawal iklim serta banyak lagi kegunaan yang lain. Nak ceritakan semuanya rasanya kena buat entri lain. Kalau punyai masa terluang teman-teman boleh SINGGAH DI SINI.

Tapi, ada hal lain yang menarik untuk kita semak  dari pokok atau tumbuh-tumbuhan ini. Perhatikan hujung pokok ini. Ianya tegak tegak lurus ke arah yang sama. Walaupun ia berada di tanah yang tidak rata,  pokok akan memaksa dirinya untuk tetap lurus menatap cahaya. Walaupun dibasahi hujan, dipanah teriknya mentari, ia tidak berubah..Tetap tegak lurus.

Teman-temanku  “Jadikan dirimu seperti pokok ini, walau keadaan apa pun, tetap lurus mengikuti cahaya kebenaran..."

Siapapun anda... guru, majistret, suri rumah, pelukis plan...? baimanapun anda.. cantik, OKU, tinggi, kaya, hodoh, cantik, gemuk...? dan di manapun anda. Kuala Lumpur, Makkah, di desa, di kota? ikutilah cahaya lurus kebenaran... kerana bila tidak anda akan tersesat dalam kegelapan. Dan apabila terperangkap dalam gelap, jangan marahkan kegelapan, tapi nyalakan lah cayaha walaupun dengan lilin...

Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah, dan berpegang kepada agamaNya, niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dariNya (Surga) dan limpahan karuniaNya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepadaNya (4:175)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, November 20, 2010

TAK ADA KERJA LAIN KE, NAK AMBIL GAMBAR B O N * * AKU?

Cuti-cuti sekolah ni ketagihan untuk menulis semakin menjadi-jadi. Pagi tadi aku dah siapkan satu posting PASAL MUFLIS. Petang ni tiba-tiba aku bersemangat nak update blog lagi. Bukan apa, aku rasa tak boleh nak simpan "insiden" yang berlaku pagi tadi sewaktu aku beriadah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau  terkenal dengan nama Padang Polo di seantero Ipoh. Kisahnya aku diajak oleh murid-muridku untuk menyertai mereka berjogging di Padang Polo. Maka dengan penuh semangat nak mengorat nak mengurangkan berat badan, aku terima dengan hati yang terbuka. Lagipun Padang Polo ni tak asing bagi aku kerana dulu hampir setiap Ahad aku hadir ke sini tanpa gagal untuk beriadah.


Sampai di sana aku terus panaskan badan dan mula berjogging. Sampai dua pusingan, aku lihat ada senamrobik diadakan. Memang setiap sabtu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyediakan khidmat jurulatih profesional untuk mengetua senamrobik di Padang Polo. Kadang-kadang ada poco-poco. Nak dijadikan cerita aku tertarik untuk mengikuti senamrobik ini. Waduh-waduh! Boleh tahan juga senamrobik ni. Kita yang tak berapa pandai merobik-robik ini (haha betul ke) ikut samalah. Bila suh angkat tangan, aku angkat, suruh angkat kaki, aku angkat. Suruh lompat, itu kerja mudah. Pendek kata berpeluh la juga.Kadang-kadang tergelak sendiri dan anak-anak murid aku tertawa tengok aku sumbang langkahnya. 

Aku memang berkira-kira nak update blog pasal beriadah ni. Maklumlah bagus untuk kesihatan. Apa lagi aku keluarkan lah telefon bimbit snap dua tiga keping gambar acara berlangsung. Antara gambarnya inilah.


Baru sempat snap beberapa keping gambar. Tiba-tiba bagai panahan petir aku terdengar suara ayu tapi pedas berkata :

"Tak ada kerja lain ke, nak amik gambar B O N T * * aku.. " 

Sentap sungguh ayat itu datang dari seorang wanita yang bertudung. Maaf bukan penghinaan untuk kaum wanita. Bagai orang yang bersalah, aku ucapkan maaf. Hurm, apalah nasib hari ini. Memang tidak bermaksud untuk mengambil gambar yang tak senonoh. Mujur dia tak mintak HP dan campak HP aku. Aku hilang mood untuk bersenam lagi. Sekejap menghampiri murid-muridku. Dan akhirnya aku berlalu.

Lalu aku membawa diri ke Stadium Ipoh. Haha dari melayan kemarahan wanita itu dan ketegangan fikiran aku, baik aku layan Kuew Teow goreng stadium. Ada gak faedahnya..Kenyang!! Dari elok-elok turun 1 kg bila beriadah, dengan makan ni, bertambah semula 2 kg. Kira ok lah, janji kenyang!!



Pesan Imanshah;

1) Jangan ambil gambar sebarangan tanpa kebenaran.

2) Jangan cepat melatah jika berhadapan situasi ini. Kang tak pasal-pasal
     satu Malaya tahu.

3) Jangan berprasangka buruk dengan orang lain.

4) Jangan berat mulut mengungkapkan maaf jika kita bersalah!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget