WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 31, 2010

2011 : INILAH SEKOLAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum W.B.T buat teman-teman dan para pengunjung setia HOK SENGOTI. Sebagaimana yang dijanjikan, akhirnya Imanshah ingin memperkenalkan wajah baru HOK SENGOTI mengambil semangat tahun baru 2011. Dan serentak dengan itu juga, satu tag line baru dicipta iaitu :

INILAH SEKOLAH KEHIDUPAN. 

INILAH SEKOLAH KEHIDUPAN, membawa pengertian  yang cukup mendalam. Imanshah berharap, HOK SENGOTI dapat berkongsi rasa dan citra bersama khalayaknya. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang tak mungkin ditimba dalam pendidikan formal di menara gading mahupun di sekolah. Dan HOK SENGOTI juga diharapkan mampu menjdi medan untuk saling-saling bertukar pendapat dan genta rasa sesama kita dan seterusnya mengikat jalinan ukhuwwah islamiah diantara khalayaknya.  Akhir kata SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 buat seluruh pembaca HOK SENGOTI khususnya dan rakyat Malaysia amnya. 


Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung HOK SENGOTI untuk tahun 2010. Mohon maaf andai sepanjang 2010 saya bersiaran, banyak kekhilafan dan kesalahan yang telah saya lakukan dalam penulisan saya. 


Nota kaki Imanshah :

Terima kasih buat anak murid bernama  HIZDA yang telah membantu saya dalam menyiapkan wajah baru HOK SENGOTI. Walau sudah 2 tahun meninggalkan bangku persekolahan, namun sentiasa ringan tulang membantu bekas gurunya.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KESULITAN AMATLAH DIKESALI

Salam, menuju tahun 2011, penulis bercadang untuk bersiaran dengan wajah baru. Untuk perhatian semua HOK SENGOTI sedang dalam proses pengubahsuaian. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala masalah yang timbul jika tuan-tuan dan puan-puan terus melayari blog ini. Sekian, harap maklum!!


Kalau tak cantik, blog ini akan kembali kepada templates asal!!
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HAMIL SEBELUM NIKAH

Menghampiri penghujung tahun 2011, selain dari berazam untuk menjadi Hamba-Nya yang lebih bertaqwa, aku rasa nak fokuskan kepada satu azam yang inilah. Aku syak aku mewarisi kegemaran yang ini dari arwah ayah aku. Bukan apa, aku lihat sewaktu hayatnya, ayah seorang penggemar minuman manis. Balik solat subuh dari masjid, teh o bujang akan dicarinya. Jam lapan pagi, sebelum turun ke sawah, singgah dulu mengeteh di kedai kopi. Makan tengah hari mesti bersulamkan air teh juga. Malam, pun skrip yang sama diulangi. Kadang-kadang kalau ada sedikit makanan petang yang dimasak, pastinya juga mesti dihidangkan sebarang segelas dua air teh.

Dan kini, sebagai anak lelakinya, aku merasakan aku mewarisi sindrom yang sama. Suka minum minuman manis. Sarapan pagi hingga ke makan malam, mesti bersulamkan air manis. Pada mulanya hanya disebabkan aku malu nak minum air suam di kedai. Konon-kononnya berlagak seperti orang kayalah. Lama kelamaan ianya menjadi satu tabiat. Stok milo, nescafe 3 in 1 pun bersepah di rumah. Bukan apa, di saat usia semakin menganjak ke fasa yang lebih banyak, rasanya perlu lebih serius menjaga kesihatan diri. Seorang kawan pernah berpesan supaya jangan makan nasi bersulamkan air, kerana dikhuatiri akan menjadikan seorang itu 

HAMIL SEBELUM NIKAH.

Haha, apa maknanya tu, buncit lah kan. Dan ternyata kata-kata beliau benar sama sekali kerana trend  perut aku saban hari menampakkan ada perkembangan yang postif lagi nyata bro!! Hehe. Sempena pagi jumaat ni, aku nak  share beberapa produk yang menggunakan kandungan gula yang banyak. TSP tu maksudnya sudu teh. Sumber diambil dari SYAFRIZAL.NET.




Kalau belum ditetapkan lagi azam baru tahun ini, aku syorkan masukkan sekali azam seperti aku ni, sebagai salah satu azam kawan-kawan, amacam?? Yang MEROKOK tu bila lagi ye??

Nota kaki Imanshah : 


Baru je berazam, dah kacau milo tadi..Hehe.tidak mengapa  azam tu untuk tahun depan.Hari ni pekena teh tarik mamak barang segelas dua.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Thursday, December 30, 2010

JANGAN TAK MASUK KELAS CIKGU

Alhamdulillah, berganjak ke tahun 2011 nanti masuk tahun ke-9 saya memilih bekerjaya sebagai pendidik. Wah cepatnya waktu berlalu. Terasa macam semalam baru melaporkan diri. Setahun lagi bolehlah intai-intai gred yang lebih tinggi. Wahaha, berangan betul. Apapun, memulakan tugas untuk sesi 2011 dengan mesyuarat pertama. Hampir kematu jadinya, otak juga menjadi tepu, ada kulihat yang kepala tak gatal pun digaru-garu, di dalam bilik yang berhawadingin dan membeku. Mendengar amanat demi amanat selama lima jam dari barisan pentadbir. Skrip sama berulang saban tahun, Ikhlas cikgu, jangan makan duit tak tentu, jangan tak masuk kelas, usah kalian malas-malas. Hehe, yelah namapun pentadbir, mesti selalu mengingatkan. Kita juga harus diingatkan kerana terkadang manusia itu sinonim dengan sifat pelupa. 

Melihat kepada senarai tugas 2011, Alhamdulillah, kerja makin bertambah, walau wang gaji sedikit juga yang bercambah. Sedangkan minyak, tak perlu diingatkanpun  harga tetap berubah. Hehe. Tidak mengapa, sebagai penjawat awam yang sentiasa menurut perintah,  terima tugasan dengan penuh amanah. Berdoa supaya wang dari gaji yang diterima penuh barakah.  Bagi apapun, terima lah, kerana suatu hari nanti, kita juga pasti akan bergelar ketua. Perlu bijak untuk membahagikan tugasan kepada orang bawahan kita. Apapun, tiga batang marker yang dihadiahkan oleh pihak sekolah menjadi simbolik kepada permulaan tahun 2011 yang lebih mencabar. Dan sungguh sekali AKU INGIN MENYAHUT CABARAN ITU. Doakan semoga perjalanan kerjaya Imanshah untuk tahun 2011, akan berjalan sepertimana yang diharapkan. 



Nota kaki Imanshah :

Whiteboard marker simbolik dari pihak sekolah menandakan gendang persekolahan telah dipukul. Teringat zaman-zaman sekolah dulu, indah dan cantik sungguh tulisan guru menggunakan kapur. Rindu untuk mengulangi detik itu.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

INI BUKAN SEBARANG LASER, ULTROMEN PUN KALAH!

Sedang bersiap-siap untuk menghadiri mesyuarat guru pertama untuk sesi 2011. Sesi persekolahan baru bermula, maka berakhirlah waktu bermalas-malasan dan honeymoon selama sebulan setengah. Ruang untuk bersama rakan-rakan di alam maya ini juga semakin terbatas rasanya. Apapun, sekalung aprisiasi diucapkan buat barisan muda Malaysia yang berjaya menahan asakan hebat Gelora Bung Karno sehingga mendakap kemas Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak 14 tahun yang lepas. Menggapai sebuah kejayaan memang sukar, memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi, namun untuk mempertahankannya, lagi teramat sukar.

Sehari dua ini, di media massa samada eletronik mahupun cetak, di ruangan diskusi forum-forum internet serta blog-blog heboh diperkatakan tentang penggunaan laser oleh para pemain bagi mengganggu konsentrasi para pemain. Di Indonesia sahaja, isu ini menjadi begitu besar sehingga mendapat ruang yang begitu banyak di dada-ada akhbar mereka. Dalam entri ini, saya nak bercerita tentang LASER juga berdasarkan  situasi yang saya alami semalam.

Saya ke Jusco semalam untuk makan Mee Sizling. Mee Sizling semata-mata sebab Jusco paling best Mee Sizling. Entah kenapa perut ini macam dok mintak Sizling dari pagi. Sambil makan, boleh juga membeli belah jendela (window shopping)..hehe. Macam biasalah poket kosong, tapi hati mau gumbira. Sewaktu hendak membayar parking tiket di mesin pembayaran automatik, kad saya ditendang. Dan saya cuba sekali lagi pun sama.Saya cuba memasukkan RM 1, tetapi wang suara dari mesin tersebut menyatakan saya tak perlu bayar. Suaranya yang gedik memang saya tak suka.  Alah macam selalulah, bila tak sampai sejam parking free. Mungkin kad saya dikesan tak sampai sejam. Tapi memang saya lebih sejam berada di Jusco. Secara logiknya harus membayar RM 1. Sayapun dengan berat hati mula bergerak keluar dari JUSCO. 

Tiba-tiba perkara yang saya takutkan terjadi apabila palang yang berada di pintu keluar tak mahu naik. Saya cuba untuk menekan intercom, kedengaram sayup-sayup suara menjawab melaui intercom dan meminta saya mencuba lagi. Malang sekali tak dapat. Saya cuba berkali-kali juga tak dapat. Sekonyong-konyonnya saya keluar dari kereta kerana kereta di belakang sudah membunyikan hon marah-marah. Dan barisan juga agak panjang. Tiba-tiba ada seorang mamat ni (bukan sebangsa dengan saya) melaser saya :

Hayya, pakai Honda boleh, luit selinggit  parking tarak boleh bayar ka?? Menyusahkan olang saja, mau cepat..!

Hati panas waktu tu, namun saya mengambil pendekatan berdiam sahajalah. Saya hanya menunggu security datang, kerana nak bepatah balik ke mesin pembayaran tu jauh juga. Mujur ada intercom. Alhamdulillah suara di intercom menyuruh saya memasukkan sekali lagi tiket. Eh tiba-tiba terbukak palang. Terima kasih security JUSCO. Rasa nak keluar kereta, dan bagi penumbuk sebijik kat mamat tu. Tapi nanya kang, masuk lokap.Tak maulah. Kang glemer satu malaya bila headline METRO tulis, SEORANG LELAKI MATI DITUMBUK  DI JUSCO..Kan naya. Baiklah nak ke sekolah untuk mesyuarat ni. Nanti kita bersua lagi.


Nota kaki Imanshah :


Sangat tidak bersetuju dengan tindakan pengurusan GreenTown Mall Ipoh yang mula mengenakan cas seringgit kepada para pelanggannya. Bukan soal bayaran yang dipertikaikan, namun tempat parkingnya tidak berbumbung, tidak diturap dan selau berlopak-lopak. Kadang-kadang saya lihat ada tayar kereta terlekat di dalam lopak apabila hari hujan. Mohon menjaga kebajikan pelanggan anda!! Wah macam ruangan surat pembaca di Harian Metro pulak.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Wednesday, December 29, 2010

PRA HARI LAHIR : HADIAH SAMPAI DULU

Semakin berdebar-debar mennati harinya. 3 hari lagi akan meraikan hari yang cukup istimewa, inilah harinya. Semalam seorang sahabat mengirimkan senaskah Syaamil Alquran.. Hurm, memang menjadi idaman dari dulu lagi, namun kesibukan memaabtaskan untuk memilikinya. Lalu dengan izin Allah, Syaamil Al-Quran menjadi hadiah paling berharga. Maknanya , kurang-kuranglah menyibukkan diri pada urusan keduniaan, ambil sedikit ruang untuk sesekali mempelajari ilmu tafsir Al-Quran. Apapaun The Miracle ini menganduni 15 fungsi, dan dikatakan yang terbaik antara yang terbaik. Tapi hakikatnya, jika memiliki Al-Quran semahal dan sehebat mana pun, jika kedekut masa  untuk membelek, membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungannyapun tidak berguna. Alhamddulillah, lama juga hari ini saya berteleku untuk membaca Syaamil Al-Quran ini. Orang kata berkenalan lah dengan keindahannya. 

Dalam masa yang sama seorang bapa yang juga menjadi sahabat saya sekarang turut menghadiahkan sehelai baju berjenama Aididas. Alhamdulillah, pandai dia pilih saiz, warna dan jenama. Macam tahu-tahu saya suka Adidas. Satu SMS saya terima dari anak beliau :

Salam Cikgu. Ayah cakap inilah saiz yang paling besar. 
Maaf kalau tak muat ya!!Mana tahukan..hehe.

Haha, nakal betul kanak-kanak ribena ini. Masih lagi sempat mengusik. Ingat saya gemuk sangat ka??Haha, mantain nih.. Apapun tujuan saya bercerita tentang hadiah-hadiah pemberian ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar menyatakan terima kasih kepada mereka yang sudi untuk menyayangi diri ini. Alhamdulillah, saya menerimaanya dengan pebuh kesyukuran. Dan semoga persahabatan kita akan kekal abadi. 


Nota kaki Imanshah

Tahniah buat pasukan Malaysia yang telah menjuarai Piala Suzuki AFF. Teruskan momentum yang ada dalam pertandingan seterusnya. Usah  dibuai mereka dengan hamburan pujian yang berlebih-lebihan serta sogokan wang yang berlimpahan, takut hanyut semuanya. Apapun tahniah sekali lagi Rajagobal dan Harimau Malaya!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

TERPAHIT DAN TERMANIS

Mengakhiri penghujung tahun 2010 ni, banyaklah pulak segmen atau kontest yang telah dianjurkan oleh teman-teman blogger. Sememangnya dalam benak fikiran, saya nak buat satu entri berdasarkan sorotan tahun 2010 menuju 2011. Alang-alang dah ada segmen YANG TERMANIS DAN TERPAHIT oleh SEDARA FAIZAL. Kalau rasa nak menyertai segmen ni, saya jemput teman-teman untuk berkunjung ke blog beliau. Oghang Peghok tu yeop..Belah Grik nun.


Baiklah tuan-tuan dan puan-puan mari kita beralih kepada penceritaan saya. Hehe, bukan blog resipi ya, sebab teman tak gheti memasak, kecuali maggi semata-mata. Bahagian pertama, saat termanis. banyak yang manis sebenarnya, sebab saya memang manis dan suka makan yang manis dan ingat perkara-perkara yang manis. Oklah merapu meraban, jangan buang masa. Saat termanis tahun ini jatuh kepada penegembaraan ke bumi sejarah ROME, Italy kira-kira 5 bulan yang lepas. Alahai orang dah jauh berjalan berjuta-juta kilometer pun tak kisah.Kau yang beru pergi Eropah sekali pun manis ka? Haha, yelah, asyik Markonah Gebu je pergi Europah, saya pun nak merasa gak. Makanya perjalanan ke sana selama 9 hari antara saat yang paling meninggalkan kesan. Sememangnya saya dah lama teringin nak melihat kehebatan sejarah Rome yang dikatakan terbina sejak tahun 753 S.M sewaktu pemerintahan Romulus. Antara tempat-tempat yang menarik dikunjungi adalah VATICAN CITY , POMPEI, COLLESEUM , dan banyak lagi. Yalah 9 hari kan. Apa yang meninggalkan kesan dihati ialah bagaimana hebatnya orang-orang dulu membangunkan tamadun mereka, seperti tak tercapai dek akal. Orang-orang dulu memiliki teknologi yang maha hebat. Tengoklah bagaiman mereka membina Colleseum yang begitu terkenal dengan cerita Gladiator nye. Saat memasuki bangunan ini saya terlihat diri sendiri sedang bertarung persisi Julius Caeser.Ok? Wahaha. Justeru jika ramai orang mempertikaikan pembinaan Putrajaya sebagai projek yang membazir dulunya, seharusnya mereka berkunjung ke negara-negara seperti Itali ini agar ianya menjadi mercu tanda kepada keagungan sejarah sesuatu bangsa.



Kemudian saya nak ceritakan sedikit moment terpahit dalam hidup sepanjang tahun 2010. Ni paling susah kot sebab saya kurang berjaya mengesan saat paling pahit sepanjang tahun ini. berbanding tahun 2009 di mana saya kehilangan kasih seorang ayah dan juga terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa. Baiklah,  tahun 2010 juga melibatkan kehilangan di mana teman-teman mengumpat rapat saya pun berpindah. Yalah kalau dah namanya sahabat yang rapat, banyak perkara dikongsi bersama. Memang saya akui patah tumbuh, yang hilang akan diganti. Namun yang pergi tidak sama dengan yang akan muncul nanti. Ianya memberi kesan yang mendalam dalam hidup kerana hampir 8 tahun bekerjaya, kami melaui kenangan yang sama. Tak dapat bayangkan pada tahun 2011 nanti mereka tiada di depan mata. Apapun di ruangan ini, saya nak ucapkan all the best buat Eda, Izaheri, Megat, Betty,Megat, Asril dan Roslinda yang telah melangkah pergi


Nota kaki Imanshah:-

Mengharapkan kedatangn 2011 dengan penuh debaran. Segalanya mungkin berubah di tahun  2011 nanti. Terima kasih sahabat atas hadiah pra-harijadi semalam.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

ANDA PENGIKUT KE-500

Alhamdulillah, genap 2 tahun memiliki blog sendiri, maka hari ini, HOK SENGOTI memiliki follower ke-500. Dan blog bertuah yang ke-500 adalah blog milik DILA. Terima kasih buat semua follower yang telah memberi sokongan kepada HOK SENGOTI selama ini, walau dalam kegelapan malam dan kepanasan kerana ketiadaan karan, saya tetap update juga. Apapun menjadi sebahagian dari sahabat kalian, amat bermakna sekali. Saya tujukan sekali lagi ucapan ini buat semua yang mana saya petik dari entri saya yang terdahulu SEMOGA TERUS BERTAHAN.

Terima kasih sahabat
Kerana mengizinkan aku berteduh
Di bawah payung kasihmu
Merelakan aku menyulam mesra
Dalam benang persahabatan
Membiarkan aku mewarnai catatan memori
Pada kertas kenangan
Terima kasih
Kerana mengibarkan  panji untukku
Berlindung dari hujan kebimbangan
Menadah perahu setia
Untukku melayar duka
Dari luka yang tidak terhingga...


Nota kaki Imanshah :

Rasanya jika nak dibandingkan dengan blog-blog yang memiliki follower beribu-riban, HOK SENGOTI terasa begitu kerdil. Namun, semangat yang kuat untuk terus bertahan dan mendidik melalui penulisan membuatkan HOK SENGOTI tidak malu untuk terus berada dalam arena blog. Marilah bersahabat!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, December 28, 2010

AKU BLOGGER PERAK

Blogger ikut negeri?? macam menarik bunyiknya. Kalau korang rasa korang semua dok di negeri-negeri di Malaysia, bolehlah join ni di BLOG PILIHAN MALAYSIA.  Makanya pada hari ini, giliran blogger dari negeri Kelantan, Johor, Melaka, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan mengambil giliran. Hehe maka dengan rasa bangganya aku nak umumkan entri aku bertajuk :

'''AKU BLOGGER PERAK'''

Macam biasa, bab-bab untuk memperkenalkan diri ini, aku memang suka berpantun. Kalau kita yang tak pertahankan warisan khazanan ibunda kita, sapa lagi??  Jom, dengarkan ya, kalau sudi beli, belilah..teman jual ni yeop.

A) Nama

Pekan Parit tumbuh strawberi
Banyak dijual si ikan keli
Imanshah kacak nama diberi
Menantu Menteri Besar? oh tidak sekali

* sila muntah


B) Status

Kuala Kangsar Bandar Di Raja
Tempat bersemayam raja dan permaisuri
Masih bujang namun dah senja
Pemalu pula, merendah diri

*status dah jelas. availble..wakaka


C) Cara hubungi

Bota Kanan tempat Tun Teja
Menanam durian dan pokok kuini
Berhubung kita mudah sahaja
cubalah email ke alamat ini



4) Daerah/jajahan

Tanjung Malim tanahnya rendah
Tempat pahlawan  menuntut bela
Berkelana di Ipoh, bandaraya indah
Ibu negeri  Dato'Mahrajalela

* Hampir 8 tahun berkelana di Ipoh 


5) Tempat tinggal

Pekan Grik  masih lestari
Tempat laluan orang Benggali
Tiger lane nama diberi
Tempat laluan sibuk sekali

* Aku tinggal di kuarters sekolah


6) Menarik tempat anda

Manjung dan Lumut banyaklah paya
Tumbuhnya pula pohon kelapa
Jika berkunjung ke tempat saya
Lost World of Tambun, usah dilupa

Hujan di Sungkai, pakailah payung
Untuk bertemu seorang teman
Tarian Dabus dan Labu Sayung
Itu warisan zaman berzaman

* Banyak juga tempat menarik di Ipoh, antaranya Lost World, Gunung Lang, Gua Tempurung, Kelly Castle, Lockin dsb..Jemput noah..


Nota kaki Imanshah :-

Imanshah merupakan blogger yang berpengkalan di Ipoh, Perak. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan melibatkan diri selama dua tahun dalam dunia penulisan blog ini. Telah 8 tahun berada di Bandaraya Ipoh.  Berharap agar mendapat kenalan dari negeri-negeri lain selepas menyertai segmen ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

DARI SISI YANG BERBEZA

Mood bermalas-malasan menguasai diri. Alhamdulillah, akhirnya ruang dan waktu mengizinkan sekali lagi untuk kembali bersiaran. Tajuk entri hari ini sebagaimana terpampang adalah DARI SISI YANG BERBEZA. Apa yang berbeza?? Sisi siapakah? Semuanya berkisar kepada kehidupan sendiri kerana HOK SENGOTI berdiri dari kisah saya sendiri. Makanya jika selalunya  HOK SENGOTI memaparkan sisi yang indah, yang baik dan yang  cemerlang tentang IMANSHAH, makanya hari ini saya nak kongsikan hidup saya dari sudut yang berlainan. Namun jangan bersangka buruk    kawan-kawan. Alhamdulillah, saya belum terjebak sebagai mat rempit atau perompak.  Cuba kita singkap kebenarannya melalui gambar ini :


Bersepah kan?? Selalunya meja inilah yang menjadi mangsa. Disitulah letaknya Al-quran, disitu juga letaknya makanan. Terkadang bosan dengan kelakuaan sendiri. Rasanya jika kesibukan sebagai alasan, rasanya itu bukan boleh dijadikan sandaran, kerana kita diberikan waktu 24 jam sehari semalam. Bukankah kita diajar supaya menjadikan kebersihan itu sebagai keutamaan ? 

Justeru apa kaitan sisi berbeza dengan penulisan Imanshah hari ini? Saya memiliki satu soalan untuk kita muhasabah bersama-saman.  Berapa ramaikah yang sanggup menulis untuk menyatakan bahawa hari ini AKU BERDOSA? Hampir  tiadakan? Kerana seboleh-bolehnya kita ingin menulis yang baik-baik sahaja tentang diri kita. Walau hakikatnya terkadang, apa yang dipersembahkan tidak sama dengan realiti yang kita lalui.  Kita sanggup untuk menjadi penulis skrip yang hebat merencanakan apa yang salah sebenarnya. 

Saya terpanggil menulis entri ini apabila terbaca satu kata-kata indah seorang rakan blogger yang selalu mengunjungi HOK SENGOTI, seorang guru yang berkelana di Sungai Besar, Selangor.

"Bagaimana mahu merungkai penulis? Tidak semudah pada dokumen-dokumen yang sah. Apatah lagi DNAnya, fizikalnya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya. Mungkinkah penulis ini sebuah ciptaan atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujur atau hipokritkah penulis ini? Tetapi bukankah semuanya begitu? Yang jelas dan pasti hanya pada pengetahuan-Nya..."

Saya cukup tertarik kepada ayat  JUJUR atau HIPOKRITKAH penulis ini ?? Mempunyai maksud yang cukup mendalam. Saya biarkan teman-teman merungkaikannya. Abaikan gambar di atas, ianya sekadar perbandingan antara realiti kehidupan sendiri dengan apa yang menjadi bahan penulisan kita. Jika mahu mencari khalayak pembaca yang ramai, rasanya tulislah apapun kerana keuntungannya ada di situ. Kemasyhuran, terkenal dan kalau bernasib baik pendapatan juga bisa diperolehi.  Namun, jika mahukan penulisan anda dibaca dengan hati yang paling dalam, maka jujurlah dalam menulis. InsyaAllah, kita pada jalan yang di Redhai-Nya.

Nota kaki Imanshah :-


Kepada 'dia' di Sungai Besar, saya sering membaca penulisanmu dengan hati yang paling dalam. Semoga Hok Sengoti akan terus menjadi naskah yang sederhana, yang walau hanya sedikit coretannya, namun mampu menuntun khalayaknya menjadi khalayak yang berfikir dan celik emosinya. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Monday, December 27, 2010

MAK, TAKKAN KASUT SEKOLAH BUAT RAYA??

Salam sejahtera buat teman-teman yang disayangi. Masih dalam mood bercuti walaupun penggal persekolahan 2011 sudah hampir menjengah. Semalam juga selepas berlakunya TRAGEDI AHAD  yang meninggalkan kenangan lucu, aku bergerak pula ke pasar raya yang berdekatan. Jangan bimbang  CkLAH,  kita tak akan berlaga  troli sebab saya tak ke pusat membeli belah yang selalu menjadi idaman kalbu CkLah. Alang-alang dah menyeluk perkasam biar sampai ke ketiak masam. Wahaha. Peribahasa baru tu. Murid-murid sila salin, cikgu sebut tadi. Wahaha.

Rupanya, persiapan sekolah belum lagi. Maklumlah anak ramai. Kasut sekolah tak tukar lagi, baju canggih tak beli lagi, beg upin dan ipin pun depa nak. Tak boleh jadi, nanti dah habis Year End Sale, mahal balik kasut bata aku.  Haha, cari-punya carik, maka berkenanlah aku pada yang ini.


Ok tak?? Isy gambar baju ngan tie, cerita kasut pun nak tulis ka?? Dah kering idea la tu mamat sorang ni. Wahaaha, takpalah kering pun keringlah, sekering poket seluar aku ..hehe. Ni sibuk nak tunjuk gambar kasut, tie ngan baju ni bukan apa. Semangat nak sekolah balik ni. Ingat Kak Bedah ngan Markonah Gebu je boleh buat baju kurung empat lima pasang nak bukak sekolah?? Owh aku tak nak kalah, biarpun selai sahaja, asal hado.. haha. Yalah orang kata tengah-tengah sale ni cepat-cepat sambar satu. Baru bila bukak sekolah,  idak le pakai baju yang sama lapan tahun. Bukan nak mengata tapi ada dalam kalangan teman-teman, bujang lagi, pun baju kerja tidak berganti sejak tahun 2004.. sungguh berjimat-cermat sekali. Silalah sedih kalau anda terasa. 

Apapun bila nak bukak sekolah macam ni, terkenang pula zaman sekolah dulu. Setahun kami empat beradik yang sekolah. Kakak dan abang pula kat universiti. Bayangkan perbelanjaan yang diperlukan untuk menyekolahkan kami. Akhirnya, apa yang kami buat..PAKAI YANG ADA. Dan aku yakin kawan-kawan pun sama. PAKAI MANA YANG ADA. Pernah satu tahun hari raya dan penggal persekolahan hampir serentak. Ayah aku belikan kasut sekolah untuk dua dalam satu. Hari raya pakai kasut sekolah. Wahaha, tersenyum simpul aku bila orang pandang. Kasut putih, berseri-seri dari jauh. Erm, mulut cakap, Alhamdulillah, ada gak kasut. Tapi dalam hati, wahaha meronta-ronta . Dipadankan dengan baju melayu tahun sudah.  Sungguh kacak rasanya.  Seminggu kemudian sambung bawak pergi sekolah. Tak lah pulak menangis terguling-guling kan.

Dan Alhamdulillah, hari ini, suasana dan keadaan juga berubah. Kebanyakan dari ibu bapa sekarang sudah ramai yang bekerja, makanya keperluan anak-anak mudah dipenuhi. Bagi yang tidak mampu, ada badan kebajikan atau wakil rakyat yang memberikan bantuan persekolahan. Begitu juga di sekolah-sekolah diberikan bantuan KUWAPM ataupun Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.Kira anak-anak zaman sekarang lebih bernasib baik kan. Apapun bagi yang belum membeli keperluan anak-anak, belilah sekarang kerana penggal persekolahan akan dibuka tak lama lagi. Semoga anak-anak kita mendapat suntikan motivasi untuk mereka meneruskan persekolahan dan berjaya dengan cemerlang. Bila dah berjaya jangan lupa jasa ayaha bonda!!


Nota Kaki Imanshah :-

Nostalgia kasut Bata Marco Pollo dan Pallas Jazz zaman perseolahan dan seluar beggi import dari Takbai masih di hati. Cuma baju sekolah canggih tak sempat merasa.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENYOKONG MALAYSIA TAK BERSALAH!! DAH TU SIAPA?

Masih belum terlambat untuk HOK SENGOTI mengucapkan jutaan tahniah dan penghargaan buat anak-anak buah Rajagobal yang telah melaui tempoh 90 minit yang cukup mendebarkan dengan pengakhiran yang membanggakan. Dan kini, anak-anak muda yang membawa aspirasi Malaysia Boleh ini telahpun berada jauh nun di Jakarta untuk perlawanan timbal balik di sana. Apapun aku kira ramai blogger yang telah menyentuh tentang alasan kekalahan Indonesia adalah disebabkan pancaran laser oleh para penonton  Malaysia.  Sememangnya tanpa berselindung aku nak bagitahu memang ada gangguan dari laser kepada penjaga gol Indonesia sehingga perlawanan terpaksa dihentikan selama 5 minit.  Namun ianya bukanlah berpunca dari para penonton Malaysia yang cukup berhemah dan bersopan.  Sebaliknya , aku menyaksikan pancaran laser datangnya dari 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


 ENCIK OTROMEN rupanya..wahaha. Kalau nak marah , marah ar kat
ENCIK OTROMEN

Gambar ini aku ambil dari FB milik seorang rakan blogger ZAMELL AZIZ.  Kalau nak lihat bolehlah berkunjung ke blog dia. Thanks Mell.

Apapun, bila blogngengsot ke blog teman-teman aku cukup tertarik dengan kata-kata perangsang yang dimuatkan dalam blog SEMARAK API..

Mengaun lapar Sang  SINGA UTARA
SANG KENARI terbang membelah awan
Gagah  SELADANG ibarat Badang
Laju  HARIMAU KUMBANG persis pejuang
Dahaga THE RED WARRIORS kerana darah
Tangisan  PENYU kerana maruah
GERGASI MERAH marah membara
Tanduk SANG RUSA kerana perkasa
Bisa SI JENGKING bukan kepalang
Lincah HANG TUAH pahlawan bangsa
Tenang-tenang SI BUJANG SENANG
Amok  TOK GAJAH kalau diusik
Lalu  SANG BADAK  gerun melanda
Kerana  HARIMAU MALAYA mereka akan buktikan
Bersatu menentang GARUDA  seberang


Nota kaki Imanshah :

Kelihatan orang perempuan juga mula meminati sukan bola sepak mutaakhir ini. Apapun sekali lagi syabas buat Malaysia, semoga baki aksi 90 minit nanti akan memahatkan nama Malaysia sebagai juara baru Piala Suzuki AFF. Sama-samalah kita doakan semoga tiada insiden yang tidak diingini akan berlaku di Bung Karno nanti!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

SEKUEL TRAGEDI AHAD 2

Pernah baca kisah aku  dahulu di entri ini yang bertajuk TRAGEDI AHAD. Kini aku ada sekuel ceritanya. Seperti biasa, acara window shopping pada hari ini diteruskan ke GIANT IPOH. Mengapa Giant?? Kerana dekat dengan McD Sunway City.  Sekonyong-konyong di sana, aku rasa macam nak beli barang. makanya hasrat untuk berjimat-cermat dilupakan seketika. Barangan keperluan je pun. Oh ya, lupa, aku tak ganti lagi iron board yang patah hari tu. Sabun basuh pun habis, begitu juga dengan softlan dan ubat gigi, dah tinggal hujung je.  Makanya aku pun mula membeli-belah barang keperluan yang disebutkan. Lantas, aku menuju ke bahagian iron board di sebelah tuala. Aku letakkan troli di bahagian hujung lorong. Kebetulan ada seorang perempuan dalam lingkungan 50-an dan anaknya turut berada di situ.

Lalu aku berkenan kepada iron board yang kecil berharga RM 25. "Oklah ni, murah, "  bisik hatiku. Lalu aku mengambil iron board tersebut dan memasukkan ke dalam troli. Sedangkan perempuan tadi masih leka memilih tuala yang hendak dibeli. Dengan penuh keyakinan, aku telah meletakkan iron board ke dalam troli perempuan tersebut kerana menyangka troli tersebut milikku. Dan aku memulakan perjalanan ke bahagian pembayaran. Alhamdulillah, tiada orang yang beratur.

Aku mula mengambil barang untuk dibayar. Tiba-tiba aku terangkat sesuatu. 

"KOTEX?? Tuala wanita? Bila aku beli??


"Eh kenapa ada berus basuh periuk??"

Juruwang  Giant tersenyum melihat aku. Nak gelak terguling-guling,  rasanya dia tak sampai hati.  Kalau dia gelak masa tu, aku tarik tudung dia..haha.

Tak boleh jadi, aku tertukar troli lah.. aku mencari wanita tersebut, kami bertembung di bahaian alat tulis.

"Eh adik ambil troli akak ya!!'.

"Sorry kak, saya salah ambil.." Baru perasan bila nak bayar. Erk Kotex ya..!!!huhu.."

Lalu aku cepat-cepat melarikan diri, dan membayar di kaunter bayaran yang lain.

Huhu tragedi Ahad Sungguh..hehe




Nota kaki Imanshah :-

Moral of the story, ambil troli sendiri..hehe. Kalau salah, buat2 tinggal je kat tempat ikan ke, daging ke..Pastu pergi carik troli sendiri. Kalau malu, pergi ambil troli lain, dan ambil balik barang yang hendak dibeli (setan menguasai minda).

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, December 26, 2010

SEGMEN ENTRI TERBAIK..BELALANG OH BELALANG

Malam ni sambil-sambil menyaksikan perlawanan akhir Piala Suzuki antara malaysia dan Indonesia, Imanshah dan sertai satu segmen yang dianjurkan oleh BELALANG.  


Dan antara syarat-syarat segmen ini adalah ;-


1) Buat satu entry bertajuk  'Segmen Entry Terbaik'  dan jangan lupa tempek banner nih di entry korang.

2) Pilih satu entry korang yang dirasakan terbaik dan buat huraian ringkas sket pasal entry tu. Contoh nape korang rase entry tue terbaik atau apa-apalah. Nak lebih dari satu entry pun boleh tapi cuba ringkaskan seringkas yg boleh. Takut nanti orang bosan lak baca panjang-panjang.

3) Pastu korang tag pulak mane-mane blogger beserta satu entry blogger tu yang korang suka. Minimum dua orang blogger. Maksimum sukati korang la berapa blogger pun korang nak tag.

4) Dah abis korang tolong tinggalkan link entry korang dibawah nih yea. Belalang nak jugak tau sejauh mana segmen nih mampu bergerak.


Dengan ini Imanshah nak pilih entri terbaik yang pernah ditulis. Tajuknya :


Entri ini merupakan entri yang Imanshah tulis dengan hati, saat menzahirkan kesedihan Imanshah selepas kehilangan ayahanda secara mengejut. Walaupun, entri ini tidaklah mendapat kunjungan atau komen yang terbanyak berbanding dengan entri-entri yang lain, namun ianya merupakan naskah kasih yang ingin Imanshah dedikasikan kepada arwah ayahanda, meski mungkin warkah ini tidak akan dikirim melalui pos sebagaimana warkah-warkah yang lain.

Makanya beralih kepada syarat seterusnya, saya nak tag 

1)  SYIRA. Dan saya suka entrinya yang   INI..

2) IJAT. Dan saya suka entrinya yang   INI


Ok, dah siap. 

Nota kaki Imanshah :

Teringat kalau musim banjir, kami akan tangkap BELALANG yang terperangkap di dahan-dahan kayu, dan kami akan memasak BELALANG MASAK PEDAS..Pernah makan??

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

HOK SENGOTI : SEMOGA TERUS BERTAHAN

26 Disember 2008 merupakan tarikh yang akan sentiasa mekar dalam ingatan kerana saat inilah, HOK SENGOTI memulakan siarannya. Sedar tak sedar, HOK SENGOTI kini genap berusia dua tahun. Ironinya jika blog ini ibarat bayi, maka seusia dua tahun bayi ini sudah boleh berjalan. InsyaAllah, permulaan kepada langkah yang seterusnya iaitu untuk berlari-lari anak.  Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Ilahi Rabbi atas kekuatan yang diberikan untuk saya terus menulis. Kerana saya cukup sedar betapa kebolehan atau keistimewaan seseorang untuk menulis, hanyalah pinjaman Allah semata-mata, makanya saya cuba berkongsi idea, pengetahun dan pengalaman bersama teman-teman. 

Menyoroti sejarah kelahiran HOK SENGOTI, ianya lahir dari sifat tebal dan semangat kental diri saya seorang pendidik. Seorang bekas pelajar saya meminta saya menjadi seorang blogger kerana ingin mengetahui berita tentang alma mater yang telah mereka tinggalkan. Makanya banyak posting awal saya dahulu berkisar kepada aktiviti-aktiviti sekolah. Bermula dari situlah, saya tidak lagi memandang ke belakang. Alhamdulillah, khalayak yang paling ramai mengunjungi HOK SENGOTI adalah murid-murid saya. Seperkara yang saya kira perlu diperjelaskan adalah keinginan saya untuk terus mendidik bekas-bekas anak murid yang telah meninggalkan saya melalui blog ini. Walau di mana mereka berada, saya kira tanggungjawab itu masih boleh diteruskan. 

Menginjak usia dua tahun, HOK SENGOTI terus bertahan, dan kini lebih universal. Tidak lagi hanya menumpukan perhatian terhadap kisah-kisah di alma mater saya sahaja kerana khalayak HOK SENGOTI juga turut berubah. Alhamdulillah, perubahan ini mematangkan saya, dan saya berpeluang untuk bertemu dengan pelbagai jenis ragam penulis di alam maya ini. Mengapa HOK SENGOTI..? Seringkali persoalan diajukan oleh teman-teman dan khalayak yang berkunjung ke daerah ini. Kadang-kadang hilang huruf I di belakang. Dan saya menerima reaksi pelbagai, ada yang sebutnya HOK SENGET, HOK SENGOT..Dan ianya sering menguntumkan senyuman buat saya. Sebagai insan marhain kelahiran Kelantan, saya ingin mengekalkan identiti negeri kelahiran saya,, negeri tanah serendah sekebun bunga ini. HOK SENGOTI merupakan dialek kelantan yang bermaksud YANG BETUL/BENAR. 

Terakhirnya, entri ini saya tujukan khusus buat teman-teman samada follower saya yang baru menjangkau 483 orang, terima kasih kerana sudi menjadi pengikut setia HOK SENGOTI. Kadang-kadang saya tidak mampu untuk menjadi follower kalian kerana bilangannya terhad. Kepada pengunjung yang sentiasa meninggalkan jejak dan komen, saya ucapkan terima kasih kerana andalah sahabat terbaik untuk saya. Bertemu sungguh indah, berpisah tidak gelisah. InsyaAllah seboleh-bolehnya saya akan terus membalas komen anda di teratak kalian. Begitu juga buat, pengunjung senyap saya yang sentiasa datang menjenguk, namun tidak meninggalkan apa-apa jejak, cukuplah, itupun sudah besar rahmat untuk saya. Dan buat pelajar-pelajar saya yang juga turut menjadi inspirasi saya menulis, terima kasih atas sokongan kalian. InsyaAllah, walau kalian jauh di mata, namun ilmu yang manfaat itu, tidak akan terputus.

Dan terakhirnya, jauh di sudut hati saya, sebagai seorang pendidik dan juga blogger, saya ingin melihat HOK SENGOTI terus hidup dan bertahan, bukan kerana saya, namun kerana khalayaknya. Saya akan tetap IMANSHAH yang kalian kenali dulu. Saya juga ingin menghulur salam kemaafan buat semua pihak yang tidak senang dengan cara HOK SENGOTI dipersembahkan. Sejujurnya, saya tidak punya kemampuan utnuk memuaskan hati semua pihak. HOK SENGOTI adalah naskah  peribadi , dan tidak sesekali mewakili aspirasi dan kepentingan mana-mana pihak. Saya tidak sesekali memaksa mereka yang tidak sealiran dengan HOK SENGOTI untuk terus menjadi khalayaknya.  


Buatmu kalian  semua, saya dedikasikan kata-kata ini :

Terima kasih sahabat
Kerana mengizinkan aku berteduh
Di bawah payung kasihmu
Merelakan aku menyulam mesra
Dalam benang persahabatan
Membiarkan aku mewarnai catatan memori
Pada kertas kenangan
Terima kasih
Kerana mengibarkan  panji untukku
Berlindung dari hujan kebimbangan
Menadah perahu setia
Untukku melayar duka
Dari luka yang tidak terhingga...



Nota kaki Imanshah :-

Seminggu lagi saya akan menyambut ulang tahun kelahiran. Betapa hari istimewa ini hadir    bersama ulangtahun HOK SENGOTI. AYU, birthday saya sama dengan ENCIK ZALIE..hehe


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

INI NAMANYA REZEKI

Tadi cek baki di dalam akaun gaji, alamak, wang makin susut. Banyak betul RM dibelanjakan sewaktu cuti sekolah kali ini. Cuti-cuti Malaysia ke Sarawak, Cameron Highland, Bukit Merah dan Kuala Lumpur memang memakan biaya yang banyak. Begitu juga balik ke kampung baru-baru ini sempat belanja anak-anak buah untuk membeli sedikit kelengkapan sekolah. Balik ke Ipoh, bayar saman ekor yang terunggak dicampur bil-bil yang datang serentak. Hampir terduduk, yalah gaji sebagai kakitangan kerajaan bukanlah sebesar mana pun, walaupun rezeki tu tetap cukup. 

Itu kisah pagi tadi. Tak palah, itu tandanya suruh kita berjimat-cermat. Tu belum kahwin kan .Bagaimanalah ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Terkenang zaman persekolahan dulu, bayangkan aku di tingkatan enam, adik perempuan di tingkatan lima, adik ke tiga di tingkatan 3 dan adik bongsu dalam darjah enam. Kami menduduki peperiksaan serentak pada waktu itu. Botak ayah, menyediakan wang perbelanjaan untuk kami adik beradik. 

Hari ini mood untuk mengemas rumah tiba-tiba datang. Suri rumah lagi lah aku hari ini. Sedang mengemas, aku terjumpa empat keping note wang euro berjumlah 90 euro. Wah, rupanya wang Euro sewaktu aku mengunjungi kota sejarah Rome pada bulan  Jun lepas, masih berbaki. Wahaha, inilah dikatakan rezeki. Sebenarnya aku pun dah lupa. Yang penting duit tu duit aku sendiri. Macam tahu-tahu pulak aku kesempitan sekarang. Bila dijual balik, Alhamdulillah dapatlah RM 360. Kira ok lah tu.Dapat bernafas semula. Malas nak usik duit simpanan lain kan. Mana tahu tiba-tiba datang seru nak berkahwin bulan depan, tak ke naya, atau berlaku kecemasan, sekurang-kurangnya wang simpanan tidak diusik.

Baiklah teman-teman, ini sahaja update untuk malam ini.  Tunggukan entri khas untuk ulang tahun kelahiran HOK SENGOTI  esok ya.. Tunggu.



Nota kaki Imanshah :-

Dalam mencari rezeki di dunia ini Allah tidak akan memaksa hamba-Nya agar mendapatkan harta yang berlimpah-limpah. Manusia diberi kesempatan memenuhi keperluan hidupnya menurut kemampuan mereka masing-masing. Yang diajarkan oleh Islam dalam masalah harta ialah agar manusia tidak bersikap berlebih-lebihan. Kerana sikap ini akan membawa kepada ketamakan. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

GIVEAWAY DOMAIN BY KHAIZARIEN


Selamat malam tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Malam ini nak perkenalkan calon menantu pakcik ni..haha, ayu tak?? jangan tenung lama-lama ye. Alamak, macam mana nak buat menantu, kahwin pun belum lagi pakcik ni. Sebenarnya malam ni pakcik nak join satu contest yang dianjurkan oleh MISS KHAIZARIEN. Pakcik di tag oleh CIKGU AKIM.  Sesaja lah pakcik nak meriahkan kengkawan punya contest walaupun pakcik sendiri takda duit nak buat contest bagi hadiah.. Sob2. Apapun kita tengok syarat-syarat contest :


1. Letakkan tajuk Entry seperti berikut –>> GiveAway Domain by KhaiZarien.com
2. Letakkan banner di atas di entry anda & link kan semula ke entry ini.
3. Letakkan gambar anda yang paling SOPAN di entry anda sendiri. –>> bertujuan supaya aku sendiri kenal siapa pembaca yang rajin menjenguk di sini. nati bile jumpe takde la alasan x cam la ape la kan…
4. sila Tag 5 blogger lain


Oklah, nak sangat gambar pakcik yang paling sopan, nah pakcik bagi gambar ni, Masa muda ni, nampak lah ok sikit, belum berkedut lagi ni..




Makanya tibalah giliran mengetag..


Nota kaki Imanshah :- 

Sebenarnya pakcik tidak malu mengatakan tak paham domain tu apa kebenda yek..alahai jakun nya rasanya aku. Takyah random lah, bagi je kat pakcik ok?? Sapa nak jawab tu tuan tanah..kata nak buat menantu.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget