WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, January 12, 2011

365 DAYS OF HOPE

Nampaknya, duania blog yang selalunya meriah dengan para mahasiswa universiti agak suram. Tak tahulah yang lain, tapi serius kawan-kawan blogger saya terutamanya anak-anak murid saya agak sunyi kali ini. Apa tidaknya semester baru baru sahaja bermula. Lalu, sebagai salam persahabatan dan selamat maju jaya buat mereka ada sedikit info tentang jumlah hari setahun, terutamanya soal efektifkah mereka belajar. Mari kita lihat jumlah hari yang diperuntukkan setahun iaitu  365 hari. Bagaimana dan kemana hari-hari ini digunakan, lantas mengurangkan waktu mereka belajar. Kalau salah jangan marah ya.




Hari Minggu (AHAD) ada  52 hari dalam setahun, yang pasti tahu pada hari minggu adalah untuk berehat. Hari belajar yang  tinggal 313 hari.



Hari Cuti Umum  dalam kalender 2011 ada  13 hari. 
Hari untuk belajar tersisa tinggal 300 hari. 

Cuti semester. Sudah tentu mahasiswa akan bercuti dan tidak akan belajar.
Biasanya sekitar 2 bulan lebih, anggaplah sekitar 60 hari.
Hari belajar yang  tinggal 240 hari.

TIDUR 8 Jam sehari sangat penting untuk kesihatan.
 Bererti 120 hari digunakan  untuk tidur.
Hari Belajar tersisa tinggal 120 hari.

Tentu kita beribadah bukan? Paling tidak 1-2 jam kita beribadah,
 kita jadikan  25 hari dalam setahun.
Hari untuk kita belajar  tinggal 95 hari je.

Bermain, bersenam dan riadah juga baik untuk kesegaran dan kesihatan, paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Terpakai lagi 15 hari.
Selepas ditolak tinggal 80 hari.

MAKAN! paling tidak selama satu hari kita habiskan 2 jam untuk makan/minum,
hilang lagi 30 hari.
Hari belajar yang ada tinggal 50 hari..

Jangan lupa pula,  manusia adalah makhluk yang bersosial , perlu berinteraksi dengan orang lain, kita ambil 1 jam per hari untuk berbicara.
Untuk itu 15 hari digunakan
Makanya tinggal lagi  35 untuk menelaah pelajaran.

Kita pun selalu sakit atau demam. Paling tidakpun  5 hari dalam setahun.
Hari belajar tersisa tinggal 30 hari je dik!!

Peperiksaan universiti  biasanya dilaksanakan selama 2 minggu per semester,
bermaksud 24 hari sudah digunakan  untuk peperiksaan.
Hari untuk belajar berbaki  6 hari.

Menonton wayang dan jalan-jalan paling tidak 5 hari dalam setahun.
Tolak 5, bakinya 1 hari sahaja.

Satu hari yang tinggal  itu kan HARI LAHIR kita. 
Takkan nak belajar pulak kan???


Nota kaki Imanshah :

Belum lagi dimasukkan waktu untuk berblog dan Facebook. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

74 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

langsung tiada hari pun tuk belajar??
uishh biar benar... betul ke idak shah kira ni??:P

errr

apezs shah said...

salam

fuhh gilerh ar, terperinci tu.
tapi satu hari utk belaja pon xde. Biar benar ni. haish kemana sikap utk belajar ni?

white rose said...

wooww...

TERUJA sy membilangnye...
miahahaha...

BAGUS btul perkiraan n...
sy nak copy ye...

nak letak kat dalam PSS...

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

Haha ada, tapi kalau nengok kualiti belaja nyer,,hampeh

IMANSHAH said...

@apezs shah

Haha, sendiri mau ingat daa

IMANSHAH said...

@white rose
Jangan-jangan, jangan tak copy

sissyira said...

salam

heheh...hari lahir kita kita buat benda lain la..

malam ni kita belajar math ye murid3..

Kalamhati said...

ana feninlah tengk nombor2 itu..hihiihi

IMANSHAH said...

@Kalamhati

Sah-sah dulu masa matematik tidur je..haha

IMANSHAH said...

@sissyira

Malang2 kita buat homework ya

nur aisya humaira said...

aah la,tk pernh kire pn sblm ni...
waktu ble kte belajar ye???

areteacar said...

kalau ditolak dgn bljr kalau ikut mood? :p

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

nasib baik ada masa untuk beribadah

Wassalam

kak wan said...

Man..,
Alah... dok kira hok orang acu kira hok awok pulok.
Jangan lupa masuk kan juga cuti terkejut..cuti pi ziarah member masuk spital ke..xcident ke...

khaifaiz said...

haddoi.. ni yg nak rombak schedule belajar ni.. hehe

~Insan Biasa~ said...

kita sendiri pilih aktiviti apa yang nak masuk dalam jadual kat atas....cgu sendiri yg tak mau masukkan waktu belajar tu nape....?? hehehe

AfiQ said...

esok x yah g class!!! hoyeh!! bole? hahahaha

Azreys Azaman said...

cmtu xya blajau la.lg best! :D

eszol said...

ni cikgu math mana tlong kira ni cikgu?

iKhRam said...

usia kita semakin hari semakin sempit..

azam tahun ni adalahh untuk meletakkan blog saya ke dalam bloglist blog ini..'

hehehe.. selamat beramal.. haha

iKhRam said...

usia kita semakin hari semakin sempit..

azam tahun ni adalahh untuk meletakkan blog saya ke dalam bloglist blog ini..'

hehehe.. selamat beramal.. haha

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT...

365 days of hope ni adalah sebahagian dari umur masa kita. Gunalah untuk apa sahaja, tetapi...

Demi masa saya nak kongsikan kisah dua orang sahabat Rasulullah yang bertemu bercerita tentang surah pendek al-'Asr.

Sangat sinikal apabila Al-Kazzab yang suka menipu dusta ini ditempelak oleh Amr...

"Demi Allah! Sesungguhnya, engkau pun tahu bahawa kau ini hanya menipu dusta."

Semoga kita menjadi hamba yang menjaga masanya~

IMANSHAH said...

@iKhRam

Haha, ok2 no problemo..akan dimasukkan jejaknya

IMANSHAH said...

@eszol

Kira sendirilah bukan susah, tolak menolak amalan mulia..wahaha

IMANSHAH said...

@AfiQ

Wahaha, dah buang tebiat??kang kena peneyepak ngan lecturer

IMANSHAH said...

@nur aisya humaira

ini kiraan hari, kalau ikut jam memang ada lah..saja je perbandingan ni

IMANSHAH said...

@areteacar

Yeye, yang mana datang bulan lagi mesti bosan belajar..wahaha

IMANSHAH said...

@Rozali

Alhamdulillah, ada untuk itu

IMANSHAH said...

@kak wan

Hok ambo lepas doh, ambo habih ngaji doh, ni untuk adik2..hehe

IMANSHAH said...

@khaifaiz

Haha cikgu bgtahu anak didik na..wehehe

IMANSHAH said...

@~Insan Biasa~

Sebab kadang2 kita tak sedar banyak benda yang kita buat dalam setahun, rupanya masa belajar kita semakin kurang kerana sibuk dengan benda2 ni..

balik kepada zaman kita belajar dulu, seriusly, mana ada blog, wayang, jalan2 semua ni kan..haha..

lagipun kalau masukkan hari belajar, tak rocklah, kita nak tengok masa yg kita spent untuk waktu selain belajar..hehehe

IMANSHAH said...

@Azreys Azaman

Haha nice..Cadangan yang bagus!!!ajak semua starian jgn blaja..wahaha

IMANSHAH said...

@Izzah Al-Maliziyyah

Terima kasih atas perkongsian kisah Al-Kazzab. Amat malang sekali jika selama hidup di duani hanya dipenuhi dengan tipu dusta dunia sahaja.Wallahua'lam

mie said...

fh!!!
kadang2 xterhitung apa yang dibuat..
ehehee

E.d.Y said...

perrghhh..terbaik punya calculation

SiNoMoSa said...

Salam Iman,

Chantek wajah baru rumah nie..
Waa..sy tidur tak sampai 8 jam pun..uhuk3x

cik bebel sentiasa said...

waahhhh..pandai mengira...meh ajar..cik bebel xpandai math....ngeeee

♥ manje ♥ said...

salam cikgu

hehe betul ler tu... tinggal cume satu hari... tu yg ramai study 'last minute' kan (^_^) ~

Abd Razak said...

Salam Cikgu...

Kena kurangkan tidur, tengok wayang dan lain-lain yang tidak mustahak...

Adinda Amy Sensei said...

salam..

apa khabar..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..kesiannya..semoga anggap ia sebagai cabaran

Ujang9897 said...

pecaturan yang teliti

IMANSHAH said...

@Ujang9897

haha hang ingat main catur ka??wahaha

IMANSHAH said...

@sahromnasrudin

Tulah adik2 yg kat universiti ni

IMANSHAH said...

@Adinda Amy Sensei

Khabar baik, alhamdulillah baru habis kelas ni

IMANSHAH said...

@Abd Razak

Betul tu ustaz, saya tak tengok wayang pun

IMANSHAH said...

@♥ manje ♥
Tang tu memang habit student2 kita..hehe

IMANSHAH said...

@cik bebel sentiasa

Haha setakat menolak boleh le, nak ajar calculus bagai, mana reti

IMANSHAH said...

@SiNoMoSa

Haha terima kasih, ada insan yang baik hati tolong buatkan, kita ni dan senja mana reti nak buat

IMANSHAH said...

@E.d.Y

Hehe, mari kita kira mengira

IMANSHAH said...

@mie

Betul tu, sedar2 dah habis setahun

Oasis said...

Wah...!! menarik, menarik

So, moralnya tak payah belajar la ye

wahida said...

cikgu, tima kasih bg link tu, sok saya baru nak try buat..hehehe..kalau dah berjaya atau ada apa2 masalah lg, boleh saya tanya cikgu x?

tenangsudey said...

Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung

aiman sanudin said...

woahhhh ni yg best! haha

nurkass said...

owh..dahsyat tul calculation tu..habis camtu jek 365 hari..haihhh..

Enche' Kucing said...

wow!! hari hari...hari hari mau ;p

nunama said...

hahahaha.
tapikan, macam mana yang dapat dean list, ANC segala bagai tuh?
dorg belajar time bila ek?
time tidur eah? hehe.

IMANSHAH said...

@Oasis
wah kesitu lak..moralnya waktu cuti ke, wktu bufday ke belajaq lah

IMANSHAH said...

@wahida

haha sama2..ok2

IMANSHAH said...

@tenangsudey

nanti gua jenguk

IMANSHAH said...

@aiman sanudin

Windu wook

IMANSHAH said...

@nurkass

Haha agak ar

IMANSHAH said...

@Enche' Kucing

mau apa?

IMANSHAH said...

@nunama
Depa study time hari2 nilah,,tak p jalan2

Mr.Z said...

dunia blog pun dah macam tak meriah berbanding dahulu..

ijatnuar87 said...

wah,enrti paling bermakna bagi ambe...cara camni gak ambe wat untuk bagi motivasi murid UPSR dulu,tapi takder la terperinci camnih...betapa singkat masa yang kita ader kan...huhuhu

Azmi said...

kreatif kau..
haha..aku awal sem ni ok lagi sebab lab semua tu tak de lagi..so bnyk masa utk aku on9 masuk minggu tiga dah ada kuiz bagai dah

IMANSHAH said...

@Azmi
Lama tak update blog Mi

IMANSHAH said...

@ijatnuar87
Alahai jat, semua entri ambe kamu ghoyak bermakna..haha sellau je bagi motivasi deh..semoga bakal anak didikmu berjaya

IMANSHAH said...

@Mr.Z
tulah mana pergi semua orang ya

NuSaNa NoSa 91 said...

waaaaa~ rasa cam xcukop hari je nk study semua subjek.. huk3~ T__T

IMANSHAH said...

@NuSaNa NoSa 91
cukuplah, fokus2

Anonymous said...

nice post. thanks.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget