WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, January 16, 2011

AKU TIADA DI SANA

Malam tadi, aku dimaklumkan oleh adikku yang ibu telah pulang ke kampung. Terpinga-pinga juga, dan aku terkejut kerana dia tidak memaklumkan untuk pulang. Sebenarnya ibu tinggal bersama adik di Gombak, Selangor selepas pemergian ayahanda. Yalah sambil menjaga cucu, ada juga orang yang menemankan adik kerana suaminya bekerja di luar negara. Adik pula seorang guru di Gombak.
"Ibu beria-ia nak pulang kerana katanya jika ayah "pulang" tengah malam, tiada siapa di rumah"
Terdiam aku mendengar alasan tersebut. Walau kutahu itu hanya sekadar alasan pelarian kepada masalah ibu yang timbul. Aku tahu ibu menanggung rindu yang maha hebat kepada arwah ayah yang telah kembali ke Rahmatullah secara mengejut lewat 2009. Yalah hati isteri mana yang tidak rindu andai insan tersayang pergi tanpa meninggalkan tanda. Hati isteri mana yang tidak remuk, suami yang dikahwininya selama 40 tahun terlebih dahulu meninggalkannya. Namun, ibu kutahu jiwamu cukup kental, hatimu cukup kuat untuk memahami dan menerima takdir betapa kekasih hatimu itu sudah meninggalkanmu.


Di kala resah itu kian mendesah dan merobekkan jiwamu 
Aku tiada di sana
Disaat kau terluka 
Hingga akhirnya
Tercabik-cabiklah keteguhan hatimu
Aku juga tiada di sana
Ketika kau lelah dan hatimu patah untuk meneruskan perjuangan
Aku masih di sini bukan di sana

Saat kau terduduk, renyuk dan sakit
Ingin sekali kuberikan bahu untuk kau sandarkan kesedihan itu
Saat kau rebah dalam menaggung derita rindumu
Ingin ku berlari menyeka air matamu
Semoga dikau tabah
Buat insan bernama IBU


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

49 GENTA RASA:

~Insan Biasa~ said...

semoga doa seorang anak untuk ibunya akan memberi impak....
memang sukar untuk menghadapinya sendirian....mujur ada doa anak-anak menemani susur saki baki kehidupan....semoga ibumu sihat dan tabah mengharungi...(T_T)

white rose said...

sedihnye bila keadaan ini berlaku...
mujurlah daku masih bersama didepan ibuku walaupun kudratnya tidak dapat kemana2, hanya bertemankan katil bujangnya sahaja...

wahai ANAK...sesungguhnya derita yang ditanggung oleh seorang wanita bernama IBU tidak dapat dinilai dgn setitis air mata...



ABANG SHAH, nanti ada masa jenguk- jenguklah ibu mu ya...
telefon laah dia selalu...
biar dia tahu anaknya sentiasa bersamanya...

E.d.Y said...

semoga your mum diberikan kekuatan untuk menerima segalanya dgn tabah

(tiba2 rindu kat arwah ayah)

IMANSHAH said...

@E.d.YSyukran, owh ayah E.D.Y pun dah takde ye??

IMANSHAH said...

@white rose
InsyaAllah akan kujenguk dirinya selalu walaupun jauh beratus batu

IMANSHAH said...

@~Insan Biasa~
Tq Ingin sekali membahagiakan ibu di akhir usianya

epaa chenta said...

moga-moga ibu kamu
tabah dan sabar mghadapi semua ne

iKhRam said...

ibu umpama ratu.. siapalah kita tanpa ibu.. sepanjang hidup ini, sebarang kesulitan, kita mesti akan berkongsi dengan ibu.. dari kecik, sakit digigit nyamuk pun adu pada ibu... dah besar, ditinggalkan kekasihpun adu pada ibu.. dapat markah rendah pun adu pada ibu.. dan segala2nya pada ibu..

dan ibu pula , tmpat kongsinya adalah abah.. hilang abah.. hilanglah tempat bergantungnya.. dan kita anak2 tidak sehebat abah kita menjadi penguat hidup ibu..

kerana ibu suke menyimpang rasa dukanya snediri.. sakit perit murungnya.. semuanya nak ditanggung sendiri.. teguh tegap bahu anak2 lakinya, anak perempuannya.. semuanya dia tidak mahu... semuanya di mahu timpa dibahunya sendiri..

dan siapa kita sebenarnya..
seorang anak yg dibelai masa kecilnya dan pabila besarnya tidak mahu dibebani..

jadi menajdi tanggungjawab mengingati ibu sampai bila2.. carilah ruang di mana masa yg bersisa ini ada untuk ibu.. semoga tuhan memberi peluang keapda anda utnuk berbakti.. peluang itu penting, mengisi peluang itu lagi penting..

selamat bermaal dan berjuang wahai sahabat sperjuangan..

amin

Myaby said...

kadang kadang terfikir macam mana kalau kehilangan org yg kita syg. huhuhu. T_T

x pasti boleh hadapi dengan tabah atau tak

IMANSHAH said...

@MyabyHurm, yelah..sebagai anak, saya juga merasakan kehilangannya, walau dicarik tiada lagi di dunia ini, namun ingatan terhadap arwah tetap hidup di kalbu

IMANSHAH said...

@iKhRam
Hurm, terima kasih kerana berkongsi rasa yang sama dengan saya

IMANSHAH said...

@epaa chentaterima ksih ibu memang tabah..bersama 8 anak yang dilahirkan walau seorg meninggal..tak pernah merungut walau sekalipun

Semarak Api said...

huk..mta da brair..
nk blk kg laa T.T

Afida Anuar said...

ya Allah Shah.....

Semoga kerinduan yang maha dalam itu masih mampu ibu shah tanggung.

PS: Sebak

IMANSHAH said...

@Semarak ApiHurm, balik lah, kalau balik kampung kirim salam kat kak Saheran ngan Hafiz ye

IMANSHAH said...

@Afida Anuar
InsyaAllah,anak2 pasti memahami dan akan sentiasa menemani

h A n Y S said...

mak hanys jg kehilangan insan yg sangaaat beliau sayang hampir 15 tahun, iaitu arwah abah.

*nak taip komen ni pon masih rasa sebak sbb rasa sangat rindu pada arwah*
:)

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum
Aduiii dah tertinggal banyak entry kat sini.....maaf atas sebab tertentu amat sibuk sikit sesejak ni...

Doa ku untuk ibu bapa kita semua
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"

oh ibu oh Abah...
Kerana abah aku disini
Kerana abah aku gembira
Kerana abah kuterasa bahagia…
Terima kasih atas segalanya
oh ibu oh Abah…
Tak pernah kau keluhkan
Semenjak kecil aku dibesarkan
aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu
Teguran mu.. Marah mu..
Tanda sayangnya abah pada anak mu
Anak mu saja tak peduli dan buat tak tahu
oh ibu oh Abah...
Abah…engkau semangatku
kau padamkan air mataku...ketika aku bersedih…
Engkau penawarku ketika aku sakit…
ketika aku ketawa .. engkau turut ketawa
oh Ibu oh Abah...
Namun ketika engkau berduka ?
Aku harap Akulah penawar duka laramu
Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…

Al Fatihah..... bagi mereka yang terdahulu meninggalkan kita

nub said...

aku sayang ibuku..hehe

Mohamad said...

Salam imanshah...
Emak saya pun di kelantan pada ketika ini.. menguruskan hal keluarga.

Imanshah,semoga ibu Iman diberi kekuatan menerima perpisahan ini. Hati mana yang tidak bersedih bercerai kasih kerana sebuah kematian. Bahkan bercerai kasih semasa masih hidup pun, ramai orang tidak dapat menerima dan gila talak...

semoga beliau tabah...

mR.sYaH said...

kehilangan org yg tersayang mmg cukup terasa kekosongan.. dn kita yg masih hidup ni kenalah sentiasa membantu utk mengisi rasa kekosongan itu..

sayang ibu dan ayah...

Ummi Humaira said...

salam cikgu Iman...

begitu lah kasih ibu dan ayah kita...

jadi kita sebagai anak ambillah contoh dr kehidupan mereka berdua untuk membina kebahagiaan kehidupan berkeluarga bagi kita pula...

gadisBunga said...

salam...kite faham betapa rindunya ibu kamu terhadap arwah ayah kamu... dia perlukan ketenangan. anak2 adalah penenang jiwa juga sebagai suaminya yang telah pergi. saya yakin kamu boleh tenangkan ibu kamu...

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

moga ibu mu dlm pemeliharaan Allah senantiasa

Al Fatihah untuk Allahyarham bapa

Wassalam

NzA said...

kesian ibu...ibu sdg menanggung kerinduan yg sarat or mungkin disudut hati ibu trsimpan seribu rahsia.....

ijatnuar87 said...

isk,sedey plak...ibu saya tengah sakit sekarang...dan sy sedih sgt,sebab tak mampu nak buat aper2...smoga kiter akan sentiasa mengingati dan menyayangi ibu masing2...termasuk ayah juga...

luahfikiran said...

SALAM,
KEPADA ALLAHYARHAM AYAH, DIDOAKAN SEMOGA ROHNYA SENTIASA TENANG DAN DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN MEREKA YG BERIMAN. KEPADA IBU, SEMOGA DAPAT BERSABAR. SEMOGA ALLAH TUNJUKKAN JALAN KEBAIKAN KPD IBU.

nmkhairulazlan said...

sebak...
kita serupa...ayah dah tiada,
kini tinggal ibu untuk tempat bermohon kasih...
Moga ibu Imanshah diberikan kekuatan untuk mengharungi hidupnya.

ckLah@xiiinam said...

Semoga Kak Ramlah kuat....

Azmi said...

man...tentu mak kau rindu kt rumah kt kg la tu....

khaifaiz said...

Semua kamu, ibu dan keluarga sejahtera selalu

khaifaiz said...

silap "semoga"

Kalamhati said...

I'm touched..hmm semoga Allah tiupkan angin kedamaian dan ketenangan ke dalam hati insan bergelar ibu itu..semoga dia tabah harungi hari mendatang

shameel Iskandar said...

INgat-ingatan kepada yg tersayang amat sukar utk dikikis dan dihakis. moga Allah merahmati ibu sahabat.

eszol said...

jgn lupa tengok-tengokkan ibu tu

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga ibu cikgu tabah dan sabar..

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Semoga jiwa kita yang kuat akan bertambah kuat lagi sabar. Sebagaimana sabarnya rasul dan sahabat yang abrar. Saat mereka merempuh ujian Badar~

Tambahan:
Mohonlah selalu untuk diri sendiri jua buat orang tua kita. Moga-moga kita dapat mengumpul kekuatan itu diusia yang berbaki ini.

hazlin said...

ibu akak juga merasai demikian... tidak lama di rumah anak-anak..

semoga mereka bahagia dengan dunia mereka.. dan kita harus mendoakan mereka..

Sham said...

hargai dan sayangilah kedua ibubapa kita sementara mereka masih ada...tak paham kenapa masih ada anak2 yang sanggup abaikan ibubapa mereka...

hysman said...

bila ade depan mata sering khilaf untuk galas t/jwb yang Allah sandarkan..
tp bila dah berjauhan, terasa rindu dan sebak..
hargailah selagi mereka masih ada..
moga bonda cikgu iman tabah mengharunginya...

SiNoMoSa said...

Semoga ibu anda terus tabah..
Tiada kehilangan yang tidak mengundang kesedihan..

Adinda Amy Sensei said...

salam..

err...singgah bertanya khabar..bagaimana keadaan?
sihat?

ibu permata di hati walaupun ibu telah pergi kala aku di sini dan bukannya di sana ..

Insan Marhaen said...

huu.. IM belum tentu sehebat dia..

maiyah said...

assalam.. indah dan terharu :)

Idalara said...

Salam Iman...
saat membaca luahan hati iman air mata akak tergenang..saat ini juga terasa rindu mak abah kat kg..apakan daya..akak juga tiada di situ untuk bahagiakan mereka..sabar Imanshah..doa anak yg soleh sentiasa utk ibu dan arwah ayahanda.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sayangi ibu anda yeee...

Cik SHiNJU said...

Al-Fatihah buat Allahyarham Ayahanda anda..Kehilangan insan tersayang memang perit untuk diterima..Saya sangat2 memahaminya..percayalah :'(

sissyira said...

salam

semoga ayah anda bahagia di sana .amin3...

nunama said...

hati dalam seorang ibu, tiada siapa yg mengerti.
insyaAllah, doa kudus itu pasti akan sampai jua.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget