WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, January 20, 2011

AMALAN TERBALIK

Artikel ini IMANSHAH petik dari makalah mingguan yang dikeluarkan oleh Badan Dakwah dan Rohani sekolah IMANSHAH. Tajuknya  AMALAN TERBALIK.

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk gossip-gosip artis kepada kawan-kawan. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan-kawan kita??
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW:

 “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)

Semoga dapat kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang terbalik ini?



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

38 GENTA RASA:

nur aisya humaira said...

aah laa,memang betul pn...ingatan ni sgt bagus..timw kasih cekgu..:)

hazlin said...

terima kasih atas ingatan.. manusia memang selalu lalai..

IMANSHAH said...

@nur aisya humaira
Sama2 aisya

IMANSHAH said...

@hazlin
Selalu lalai sebab dah jadi adat..padahal agama tak suruh buat pun

MiaZarra said...

dh menjadi kebiasaan....mungkin mereka belum mengetahui bahawa perkara itu adalah amalan songsang...tp klu d tegur pulak, dikatanya kang giler n buang tebiat pulak...nk wat camner ekk..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sgt2 setuju..amalan tahlil langsung tidak diamalkan di negara arab klu kita perhatikan.kerana hanya doa dr anak yg soleh dapat membantu si mati.

Citarasa Rinduan said...

salam..
cikgu..thanks kongsi tentang kebenaran ini..
bab majlis sebelum ke tanah suci mmg ayu agak terpikir gitu..
sama gak dgn zaman skrg mak2 suka hantar anak ke tuisyen tapi tak hantar mengaji..


thanks atas pesanan ini...

E.d.Y said...

bagus2..peringatan yang baik...kita ni seringkali lalai

Sham said...

mula2 ingat Amalan Terbaik...rupa2nya Amalan Terbalik...ada sesetengah tu terkena plak batang idung ni...

Idalara said...

akak memang selalu fikir perkara2 ni, kerap sgt tenguk apa yg org kita lakukan dah terbalik...lebihkan adat dr perintah agama..

...yg paling tak best ms org nk g Haji..memang dia mampu pun kalau tk tkkan dia pegi..org yg dtg salam bg duit..tu kira oklah sedekah..tp malangnya bila org yg balik dr kerjakan Haji tu bagi sauvenir dr Mekah..boleh lah pulak bagi ikut berapa kita bg duit kt dia..klu kita bg dia rm10 dia bg tasbih harga 1 rial..dgn tudung harga rm3 kat sini tp yg bg rm50 dia bg jubah harga lbh krg 50 rial..pulak tu bg depan mata kita...mcm manalah ibadah yg dia kerjakan kalau dia amalkan sifat berkasta ni....dan mengecilkan hati org lain..itu sebabnya kalau rasa2 nk bagi lain2 barang bg lah sorok2 tanpa pengetahuan org lain dan pesan jgn bgtau org lain..jadi tkde sape2 pun terasa hati..(sori lari tajuk sikit da)

ibuintan said...

rasanya boleh tak kita mengubah kebiasaan yang terbalik itu?

Afida Anuar said...

ahaaa, speed reading la kononnya boleh pulak saya baca amalan terbaik..hehe

IMANSHAH said...

@MiaZarrakalau tak mampu, bagi penceramah agama tegur melalui program2 ceramah depa..nipun kira teguran jugalah

IMANSHAH said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Hurm, tulah kan.semoga doa anak yang soleh akan membantu mereka di sana

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduansaling ingat mengingat

IMANSHAH said...

@E.d.Ysama2 bro

IMANSHAH said...

@Shamterkena batang hidung kita semua sham

IMANSHAH said...

@Idalaratulah ibu, ada sampai cam tu sekali??? shoping kat makkah kot

IMANSHAH said...

@ibuintaninsyaAllah kalau istiqamah dan semua org amik peranan

IMANSHAH said...

@Afida Anuar
Pakai cermin mata la lepas ni

Cikgu Tie said...

Satu perkongsian yang baik...

sicomot-comel said...

haah lah..
semua amalan kita dah jadi terbalik.
terima kasih kerana mengingatkan ye cikgu =D

shahjiehan said...

oh..si abgshah.com! hahha.. sejak bile tukar nih.. baru SJ nak letak abgshahjihan.com!..hahhaha..tp x jadi la... sbb SJ x setaraf dengan cikgu, hehehe..SJ ni ada apa la sgt kan~

IMANSHAH said...

@shahjiehandah beminggu2 ni..haha..ish2 awat cakap lagu tu>?

ckLah@xiiinam said...

Pasal kenduri tu...
Masa kecik2 dulu, selalu tertannya2 kenapa bapak tak pernah buat kenduri di rumah setiap kali dapat adik, setiap kali abang-abang atau adik lelaki berkhatan, setia kali anak-anak masuk SBP/MRSM/IPT atau ke luar negara....macam orang lain. Dia cuma suruh mak masak, dan dibawa ke surau.


.....dah dewasa, baru faham.

***Masa Nabil sunat (usia 6 tahun) kami tak buat kenduri pun. Malah tiada siapa yang tahu. Kami pakat dengan Dr, dan sebagai hadiah kami masukkan 'se K dua'ke dalam akaun anak tu.....untuk masa depan dia. Itu ckLahlah...yg kedekut ni. Hehe

IMANSHAH said...

@sicomot-comeltulah..sama2

ckLah@xiiinam said...

Bapak pi haji 3 kali...umrah 7 kali pun...tak dak kenduri sebelum pi. Dah selamat balik baru buat. Hehe

IMANSHAH said...

@Cikgu Tiesama2 cikgu..tq mengunjungi HOK SENGOTI

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamsaya pun tak kenduri, mak masak pulut kuning then pg tadah kat hospital..huhu

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamdah 3 kali haji??hurm, kita sekali pun susah

shahjiehan said...

mmg terbalik..xtau nk tegur cam na...

Sj tag cikgu

http://shahjiehan.blogspot.com/2011/01/autoping-entri-di-bloglarian-fb-sesi.html

Aretikz said...

Peringatan yang bermanfaat. trutama part kenduri arwah.. huhu..

IMANSHAH said...

@shahjiehandah jenguk, tapi saya tak daftar BLOG LARIAN..camno tu

IMANSHAH said...

@Aretikztulah kan..tak pergi talil, kata kita sombong lak..hurm

~Insan Biasa~ said...

Best entry!!

sissyira said...

salam

org kita mmg pelik,, belum bab kawin, kalau hantaran tu wajib ganjil2 dulangnya :D

::FAIZ FARISH:: said...

Betul..... sekarang semua dah terbalik....


Suka Komen Cklah

nunama said...

kita x sedar apa yg kita buat selama ini adat ataupun, sunnah.
"betulkan yang biasa, biasakan yang betul" :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget