WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, January 19, 2011

ANDA PELAJAR SBP?



KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kementerian Pelajaran menerima 46,506 permohonan untuk kemasukan ke tingkatan empat sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun ini berbanding hanya 5,300 tempat yang ditawarkan.Menurut kenyataan oleh kementerian itu hari ini, semakan mengenai keputusan pemilihan dan penempatan pelajar boleh dilakukan dengan melayari laman web www.moe.gov.my bermula hari ini.

"Bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan menggunakan e-rayuan," jelas kenyataan itu. Tempoh rayuan ialah selama 14 hari mulai hari ini sehingga 2 Februari ini. Pelajar yang terpilih akan mendaftar di SBP yang berkenaan pada 7 Februari ini.

Berita ini dipetik dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 Januari 2011. Saban tahun, permohonan untuk memasuki sekolah berasrama penuh sama ada untuk para pelajar tingkatan satu atau empat sentiasa meningkat. Sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad. Sebagai seorang warga Sekolah Berasrama Penuh, saya semmengnya cukup gembira kerana SBP terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang inginkan kemudahan pembelajaran terbaik kepada anak-anak mereka.

Apakah keistimewaan Sekolah Berasrama Penuh sebenarnya? Sebagai seorang pendidik di SBP, saya melihat ada pro dan kontranya. Antara kelebihan Sekolah Berasrama Penuh ialah :

1) Memiliki persekitaran belajar cemerlang kerana semua pelajar yang masuk ke SBP adalah pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR dan 8A dalam PMR. Biasanya antara rakan sebaya mereka menjadi mentor atau guru muda kepada rakan yang tertinggal dalam pelajaran. Selain itu juga, persaingan sesama mereka juga sengit terutamanya untuk mencatat keputusan yang terbaik.

2) Jumlah bilangan pelajar di dalam kelas adalah kecil iaitu antara 25-30 orang sahaja memberi peluang kepada guru untuk memberi fokus kepada P&P.

 
3) Bantuan kewangan oleh kerajaan seperti biasiswa, dan bantuan makanan sebanyak 90 peratus kepada para pelajar. (Jika harga makan RM 10, kerajaan akan menanggung kos sebanyak  RM9)

4) Pelajar terikat dengan disiplin dan rutin harian. Contohnya wajib bersolat berjemaah, kelas persediaan dan riadah.

5) Pelajar didedahkan dengan gaya hidup berdikari. Dengan ini menguatkan jati diri mereka kerana terpaksa berpisah dengan keluarga seawal usia 13 tahun.

6) Dilatih untuk menjadi pemimpin negara pada masa hadapan kerana latihan kepimpinan yang diberikan adalah terbaik.

7) Kebiasaan tawaran biasiswa untuk ke luar negara diberikan kepada pelajar-pelajar SBP, namun ianya bukanlah perkara yang termaktub dalam pekelililng kerana jika pelajar harian juga layak, maka mereka juga akan diberi keutamaan.
 
8. Memiliki rangkaian dengan alumni sekolah tersebut dan memudahkan mereka untuk mendapatkan biasiswa, bantuan nahupun pekerjaan.
 
Serba sedikit mengenai kelebihan berada di SBP. Namun, saya tidak menolak ada sesetengah ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka bersekolah di sekolah berhampiran mereka.  Dan dalam keputusan peperiksaan yang diumumkan, kita dapati ramai pelajar sekolah harian yang turut mencatat keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah, maknanya, para pelajar sekolah harian juga memiliki potensi untuk berjaya. Terpulanglah kepada ibu bapa sama ada ingin menyekolahkan anak mereka di sekolah Berasrama Penuh atau sebaliknya.
 
DIMANA KITA BERMULA TIDAK PENTING, TETAPI YANG PENTING
 DI MANA KITA BERAKHIR.
 

Kredit gambar Nazmisaarani (batch 2008)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

64 GENTA RASA:

ibuintan said...

salam Iman,

sudah beberapa hari juga tidak dapat menjenguk blog ini, masih dihambat kesibukan rutin harian

alhamdulillah, anak ibu terpilih juga ke salah satu SBP di selatan tanahair

::FAIZ FARISH:: said...

Rindu nak ke sekolah semula... kenangan ngan kawan2 cikgu2... mmg best....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum bro.....ape beza SBP dgn MRSM??? nape anak TKP Pelajaran masuk MRSM berbanding SBP???

Dari..
seorang yang bukan produk MRSM atau SBP hehehehe....

nurulamelyna said...

cikgu, boleh saya tahu tak antara SBP dan MRSM mana satu lebih baik?

terimakasih :)

nub said...

saya budak STAR! wahahha

Lelaki Ini said...

saya budak SMSTMFP, KELANTAN!

James Buns said...

Gua budak stesma!

ShAwN said...

saya ex-SAMURA..[nak jgak promote...kahkah...]

pndpt saya..kat mane2 pon boleh cemerlang..tak semua yg kt SBP tu boleh berjaya kerana sekolah...sebb it depends kpd student tu sendiri..

kelebihan di SBP ni..persaingan lebih sengit dan peluang mendapat scholarship tu lebih terbuka luas..^_^

white rose said...

hebat2 student kat SBP nih...
berbakat & berjaya...

ya, walau dimana kita berada, usahalah shingga berjaya...

nurkass said...

salam iman..
betul tu..dimana berakhir tu yg penting..

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Tak kira kat mana nak sekolah ya cikgu...asalkan mahu belajar dan bersungguh-sungguh mengutip ilmu...

mR.sYaH said...

dulu teringin nam kasuk sbp tapi xdpt.. masuk skolah teknik.. ada byk persamaannya....

Un Phat Lee said...

gua sebagai produk sbp...setuju dengan semuanya. XD

wahida said...

nnt kalau anak saya dah besar, saya nak anak saya masuk SBP...mcm daddy dia jugak..hehehe...

Oasis said...

Teringat zaman2 duk asrama dulu. seronok. tapi kena pandai jaga diri. kat situ byk sgt godaannya. aduhh...dush3.

Mohammad Aiman said...

setuju sangat!

ijatnuar87 said...

huhuhu..walaupom berpeluang utk masuk SBP,ambe tak gunakan dengan sebaik nya,sebab tak isi borang...akhirnya masuk teknik...

IMANSHAH said...

@ibuintan
Wsalam ibu,,saya juga tak sempat menjenguk blog rakan2, jua dihambat kesibukan tahap Datin Seri Rosmah Mansor

IMANSHAH said...

@::FAIZ FARISH::hurm sesekali jenguklah sekolah lama..

IMANSHAH said...

@sahromnasrudinWsalam

SBP tu bawah kementerian, MRSM sepenuhnya di bawah Kementerian pembangunan wilayah dan luar bandar (MARA..So, sekolahnya memang tak banyak (MRSM)..Pengurusan senang..satu lagi MRSM tak semua masuk dengn 8A. ada juga yang 7A..Takde beza sangat, kedua2nya sekolah berasrama dan budak dipantau 24 jam oleh guru2..bagaimana mereka menggunakan masa untuk belajar dan menuntut ilmu

IMANSHAH said...

@nurulamelyna
Terpulang kepada masing2..dua2 ada kelebihan, tak boleh claim mana yang lbih baik..cuma kalau scholarship MARA tu mestilah MARA bagi keutamaan pada budak MRSM

IMANSHAH said...

@nubWah kau produk STAR ke??tahniah, macam pernah nampak kau 5 tahun kat STAR..hahahahahaha

IMANSHAH said...

@Lelaki Initahun bila??ramai kawan kat sana

IMANSHAH said...

@James BunsSTESMA??teknik seri manjung??

IMANSHAH said...

@ShAwNWahn SAMURA..dekat kubuq tu an??

betul tu sngt setuju sebab ramai juga SBPians yg malas, tak bersyukur dengan peluang berada di SBP

ckLah@xiiinam said...

Yang tak cemerlang dari SBP...dihantar keluar ke sekolah harian.

Awal tahun dulu, terima 5 pelajar Melayu yang ditolak oleh SBP/MRSM.
Tak apalah, kami terima.


Yang cemerlang di sekolah harian, ditarik masuk ke SBP.


.....hari ni ckLah kehilangan 15 pelajar Melayu yang 8A. Tak apalah, demi kebaikan mereka...kan gitu!

:D

IMANSHAH said...

@white rose
tulah sekolah kampung pun boleh berjaya cik puan..saya pun produk kampung

Afida Anuar said...

Ya Allah..sengitnya persaingan...

saya dulu bukan SBP..tapi SMKA;)..kira sekolah berasrama jugak tu, cuma tak penuh je..heh!

IMANSHAH said...

@nurkass

itu yg selalu saya tekankan kepada murid2 saya supaya mereka tidak leka berada di SBP

IMANSHAH said...

@Abd Razakbetul tu ustaz..mana2 tempat jika dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, pasti ada hasilnya..cuma itulah sedikit kelebihan kepada produk Sekolah Berasrama Penuh

IMANSHAH said...

@mR.sYaH
Alhamdulillah, berjaya jugakkan

IMANSHAH said...

@Un Phat Lee
SBP celah mana tu??kan..haha dah pergi Amerika dah

IMANSHAH said...

@wahidaAlhamdulillah, depa (oldboys) ada koata tersendiri..syaratnya mesti 5A..kalau nak sekolah daddy depa, insyaAllah kita ketemu nanti

IMANSHAH said...

@Oasistulah godaan macam2 kan..haha jgn tergoda dah

IMANSHAH said...

@Mohammad Aimanhang satu family kat SBp..wakakaka

IMANSHAH said...

@ijatnuar87hurm, saya pun, tak berpeluang belajar di SBP, tapi jadik cg di SBp..haha mana tahu demo ngajar SBp nanti

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamSalam CkLah

Itulah dilema oleh guru2 sekolh harian apabila pelajar2 cemerlang lari ke SBP/MRSM..

Terima kasih kerana menyediakan produk yang cemerlang

IMANSHAH said...

@Afida Anuartulah memang sengit persaingat..Owh bekas SMKA, Alhamdulillah ada juga pendidikan agama

IMANSHAH said...

@Afida Anuartulah memang sengit persaingat..Owh bekas SMKA, Alhamdulillah ada juga pendidikan agama

gadisBunga said...

saya tak pernah masuk sbp walau dapat offer sebab takut dgn rumours pasal raging. dan mungkin sebab gila kuasa juga. huhu~

SUZIE APAI said...

hiks...sy dulu pun sekolah kampung je...sbb tak serasi duk asrama ms form 1...dah form 4 baru masuk sekolah asrama....alhamdulillah berjya gak masuk u

Citarasa Rinduan said...

salam..
ayu dah seminggu blogworking..
demam lah cikgu

ayu bekas pelajar biasabuka SBP atau MRSM>..hehehe

nur aisya humaira said...

aah laa,bagus SBP ni...

NICK IRFAN said...

aku x perasan plak aku pnh dpt ke x SBP ni? hmm....

sissyira said...

salam


huhu.......ramai tu :D


masa belajar semua cakap penting,
masa pergi mintak kerja semua sijil2 tu tak layan pun....
lepas interview depe bakaq terus....dop simpan doh eh...

NzA said...

yg penting naiwatu anak2...xkira di mana mrk belajar, jika mrk tekun insyallah mrk akn brjaya....

Miecyber said...

Saya dulu studi di MRSM

Tips , 7 prinsip utama menjalankan perniagaan

nas said...

best sangat kalau dapat SBP atau MRSM atau ape2 saja sekolah yang berasrama... sbb mmg bagus berbanding sekolah harian..aku walaupun mendapat keputusan yg baik dlm spm,tp aku susah n lambat nk bersaing ngan budak2 lepasan sbp..


latest entri:

belajar bahasa ketiga memang best,korang pula?

iKhRam said...

dan.. saya hanya belajar berdikari setelah memasuki maktab ibu kandung ini..

sebelum itu hanya belajar di sekolah harian yang ternyata lebih memberi keselesaan kepada saya..

apapun, menyedari akan kepentingan sekolah berasrama ini..

IMANSHAH said...

@gadisBunga
wah gile kuasa?? kenapa sayang nak lepas jawatan head girl ke

IMANSHAH said...

@iKhRamhurm ok lah tu, akhirnya berjaya dan bakal bergelar pendidik nanti

IMANSHAH said...

@nas
Tulah, untuk persaingan di peringkat IPT, emmang ada kelebihan pada budak2 SBP

lillies said...

saya ni pelajar sekolah harian je.. hehehe....
terasa rindu dengan zaman persekolahan..rindu nak ulang semua kenakalan zaman tu..oopss..!! terlepas rahsia la plak...hehehe....

ape2 pun, kat mana pun kita belajar, mestila berusaha bersungguh2 untuk menjadi insan yang berguna...

IMANSHAH said...

@SUZIE APAI
Mana2 jelah..yang penting apa kita sekarang kan..hehehe

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduansaya pun celang celup je jenguk blog..semput dah ni

IMANSHAH said...

@nur aisya humairaTujuan utama penubuhan SBp adalah untuk memberi peluang kepada murid2 di pedalaman yang cemerlang untuk mendapat pendidikan yang terbaik

IMANSHAH said...

@NICK IRFANCamne tu jang sampai tak perasan

IMANSHAH said...

@sissyirainsyaAllah jika ada value added dalam diri semuanya berguna

IMANSHAH said...

@Miecyber
ye ke? MRSM mana ya

IMANSHAH said...

@lilliessama lah kita lilies

shahjiehan said...

SJ bekas SBP..hehehe.. cikgu mesti taw kan

IMANSHAH said...

@shahjiehantau2..Kubang

IMANSHAH said...

@shahjiehantau2..Kubang

Anna Semut Merah said...

salam cikgu...
anak saya dapat 8A PMR 2011. tapi tak dapat MRSM dan SBP. frust juga. tapi dah buat rayuan. Buat masa ni dia kat ASTECT. Saya suruh dia pi kat situ dulu kalau kedua2 nya tak panggil. Kesian kat dia...harap2 dia ada peluang untuk ke SBP maupun MRSM.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget