WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, January 31, 2011

APA KHABAR MEREKA DI MESIR?

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar kini menyusun langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir berikutan insiden rusuhan dan tunjuk perasaan di negara itu. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata sehingga kini tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.
"Mereka dilaporkan selamat,” kata kenyataan itu, di sini hari ini.
Wisma Putra juga berkata Kedutaan Besar Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan di Kaherah sentiasa memantau perkembangan terkini di sana.Mereka juga sudah menghubungi dan menasihati semua pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Mesir termasuk syarikat berkaitan kerajaan dan Petronas, supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya dan mengelakkan dari berada di tempat yang berisiko tinggi tercetusnya rusuhan, kata kenyataan itu.Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. - Bernama
Salam buat semua. Semenjak dua tiga hari yang lepas, telah berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di Mesir bagi mendesak presiden mereka meletak jawatan. Terdetik juga di hati Imanshah tentang keselamatan rakyat malaysia di sana terutamanya pelajar-pelajar Imanshah. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Ahmad Sayuti, Abdul Samad, Syahmi Zulkifli,Uzair,  Hariz Azman dan Amir Idham. Mereka merupakan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di beberapa buah universiti di Mesir. Kalaulah kita sebagai guru pun rasa tak sedap hati dan bimbang, apatah lagi ibu bapa mereka serta kaum keluarga di Malaysia. Apapun sebagai seorang guru mereka, Imanshah mendoakan buat yang terbaik untuk mereka serta seluruh warganegara Malaysia yang berada di bumi Mesir, semoga keselamatan mereka semua terjamin hendaknya. Kepada ibu bapa mereka, semoga tabah dan banyak berdoa agar anak-anak ini selamat hendaknya



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

35 GENTA RASA:

nub said...

semoga kawan2 di mesir nun selamat...

xdpt contact depa kot laa nii...

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

Amin amin amin
harapan dan doa2 tu

Wassalam

IMANSHAH said...

@Rozaliterima kasih..saya doakan selalu

IMANSHAH said...

@nubtulah, internet disekat

Lelaki Ini said...

moga semunya baik2 saja..'kita doakanlah...

NzA said...

akak pn sdg risau ttg adik disana..langsung trputus hubungan.....doakan agar mrk semua selamat.....

- abdul hadi abdul muti - said...

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

saya bace blog ni untuk tau update.mige diorang selamat kat sane.insyaAllah..

IMANSHAH said...

@Lelaki Initq, insyaAllah

ibuintan said...

risau juga mengenangkan nasib mereka di sana, ada juga bekas murid ibu belajar di sana... moga Allah melindungi meraka

IMANSHAH said...

@NzA
FB disekat oleh pentadbiran mesir

IMANSHAH said...

@- abdul hadi abdul muti -thanks hadi

IMANSHAH said...

@ibuintansamalah kita, hati seorg guru sering terdetik

gadisBunga said...

hmm...sana sini dah tak selamat. semalam tgk berita rasa risau jugak kat student kita di sana tu...

IMANSHAH said...

@gadisBungakalau dah bakar membakar, bunuh membunuh memang sangat menakutkan

Ujang9897 said...

semoga semuanya selamat

hysman said...

mesir negara pertama yg memutuskan semua rangkaian komunikasi sedunia...ish..

moga2 semua selamat.. insyaAllah..
amin..

Abd Razak said...

السلام عليكم ورحمة الله

Semoga Allah beri pelindungan kepada mereka...amin

IMANSHAH said...

@Ujang9897terima kasih ujang

cik bebel sentiasa said...

semoga kawan2 di sana selamat hendaknya...

amin...

TiKa LEh said...

smoga slmt semuanya..hoho

Mohammad Aiman said...

salam imanshah..

risau sangat skrg nih..
takut..
kawan2 sume x dpt nak contact..
doa je la mereka selamat...

Raji berkata said...

harap2 benda ni xberkekalan
adik cek minat sgt nk pergi blajar kt mesir owh.. kesian

semoga Allah melindungi pelajar2 Malaysia di sana
amin

CIK TOM said...

semoga semua rakyat dan pelajar malaysia di Mesir dilundungi dr segala marabahaya...amin...

::FAIZ FARISH:: said...

semoga mereka dilindungi.....Allah

Wan Gerrard said...

semoga semua warganegara Malaysia selamat di sana..amin

Jom: Kalau Gerrard jadi Boss

mR.sYaH said...

semoga mereka selamat disana...

IMANSHAH said...

@mR.sYaHitulah yang semua orang harapkan

IMANSHAH said...

@Wan Gerrardye bro

masih belum ada apa2 berita

IMANSHAH said...

@::FAIZ FARISH::thanks farish

IMANSHAH said...

@Raji berkatabaguslah, ada cita2 yg menggunung

iKhRam said...

itulah.. rasa risau jugak bile tgok2 berita kat tv.. apapun saya percaya rakyat negara kita terutama pelajar2 akan sentiasa selamt... insyallah..

eszol raar said...

gua rindu uzair

hurm

Afida Anuar said...

InsyaAllah...doa ibu bapa dan guru bersama-sama mereka. Moga mereka semua selamat...

KizZ said...

Kiz doakan jugak semoga kawan-kawan di mesir sana selamat sejahtera hendaknya lah ya..

Jom sini,
Tong-tong duit,pelik ke?PArt ii

Miecyber said...

Semuga rakyat Malaysia selamat semuanya dan semuga regim Hosni Mubarak jatuh..

Tips membuat link semasa mengomen entri

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget