WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, January 30, 2011

APABILA DIA MERAJUK

Selamat berhujung minggu. Bagi yang dah mula bercuti Imanshah mengucapkan selamat bercuti, berhati-hati sewaktu pulang ke kampung. Semoga perjalanan anda dilindungi ALlah Subhanahuwataala. Entri kali ini berkisar kepada motorsikal kesayangan Imanshah. Namanya LCBIRU. Imanshah belinya pada awal tahun 2007 sewaktu mula-mula model Yamaha LC dikeluarkan. Bukan apa, walaupun Imanshah bukan yang jenis suka merempit, sesekali nak juga merasa motor yang dikatakan hebat ini. Kalau tak silap masa tu harga nya dalam RM 6, 500.

Motor ni banyak berjasa juga. Sewaktu menjadi warden, setiap pagi LCBIRU akan sentiasa ke hulu ke hilir membunyikan hon bagi mengejutkan pelajar. Dari Rumah Kuning sehinggalah ke Blok Bunggalow. kiranya ada 8 blok untuk Imanshah jelajahi bagi mengejutkan pelajar. Rasanya pelajar-pelajar Imanshah sudah lali dengan bunyi hon motorsikal Imanshah. Bersama dengan sebatang rotan, maka pengembaraan dari kamar ke kamar akan bermula. Boleh dikatakan Imanshah akan mengambil masa selama setengah jam bagi mengejutkan semua pelajar. Inilah rutin harian Imanshah setiap pagi.

kini, setelah Imanshah berehat seketika dari meneruskan tugas sebagai warden, maka, LCBIRU seakan merajuk. Kadang-kadang seminggu LCBIRU tidak disentuh. Tayarnya mula kehilangan bunga dan pancit. Side mirror juga mulai reput. Minyak hitam juga tidak bertukar, oil filter langsung tidak berganti. Tiba-tiba hati menjadi sayu. Rasanya jika LCBIRU dapat berkata-kata, sudah tentu ia akan mejerit meminta saya supaya mengambil berat tentangnya.

Kemuncak kepada perselisihan faham kami, LCBIRU buat perangai tidak mahu hidup sewaktu cuba dihidupkan. Wahaha, ini sudah kes berat. Lalu dengan perasan bersalah, Imanshah membawa LCBIRU ke bengkel motorsikal. Kesian LCBIRU, getus hati Imanshah. Akhirnya melayang juga RM 113 untuk membaikpulih LCBIRU. Takpalah, janji kau bahagia LCBIRU. InsyaAllah Imanshah berjanji tidak akan mengabaikan dikau lagi. Jangan lah meraajuk selalu.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

57 GENTA RASA:

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu...

Selamat berhujung minggu. Selamat bercuti-cutian juga ya~

Tambahan: Lama sungguh tak bawak motor kat kampung. Kekok sudah. Lesen motor pun takde. Maka, hanya berangan-angan untuk membeli speda.

Afida Anuar said...

Typo tu cikgu..bukan blog, blok...hehe.

haaa Shah, pernah terjadi jugak dekat laptop saya dulu2...ye la, duk puji kehebatan laptop orang lain depan laptop sendiri, mana tak merajuk..terus dia buat hal lepas tu..heh!

white rose said...

AGD 3720?

plat baru tuh...
urm...kompiuh antara 2007 tuh...

IMANSHAH said...

@Afida Anuarthabnks afida, sudah kubetulkan

IMANSHAH said...

@Izzah Al-Maliziyyahtulah, tapi kalau kat kampung petang2 mesti saya akan ronda kampung sampai puas naik beskal tua

IMANSHAH said...

@white rosebetoi la tu kot..AGD bukan AHD..keta saya plet AGX pun tahun 2009

sicomot-comel said...

warghh... moto lawa =D

nak culik moto tu boleh cikgu?? hahaha

p/s:iye cikgu, sy skola agama:)

Afida Anuar said...

Thanks tu pun salah eja cikgu...kehkehkehkeh...

jangan marah eh shah, saje gurau..selamat berhujung minggu!..bye

IMANSHAH said...

@sicomot-comelboleh2..muto dah tua dah

IMANSHAH said...

@Afida Anuarayoyo, hadoi, kenapakan serba tak kena

NuSaNa NoSa 91 said...

cikgu~ smart la motor birutu.. klu tamau guna, sedekah je la kt keen.. tehehehehee~ ^_^

p/s: kuntau tu pe ea?? =.=

~Insan Biasa~ said...

saya belum tunai janji dgn kete....masa terus berlalu. janganlah kete tu majuk....hihihi

Areef Ibn Naim said...

salam,

sungguh berdedikasi warden kita ni...

saya pun sekali mendapat libasan warden kerana lewat bersiap utk solat subuh... hehehe...

nampaknya cikgu iman ni romantik gak, pandai memujuk motor yg merajuk? hehehe...

klu org yg merajuk?

IMANSHAH said...

@NuSaNa NoSa 91kuntau tu macam kungfu gak..haha

IMANSHAH said...

@~Insan Biasa~kete saya sayang, saya jaga..hehe

IMANSHAH said...

@Areef Ibn Naimlibasan tu biasa..tanyalah anak2 murid saya, sapa yang buat onar pasti akan kena libas.hehe

orang??boleh je

mR.sYaH said...

warden sekolah dulu pun selalu bawak rotan.. terasa lg kehangatan libasan rotan itu.. mmg rotan trademark warden yerk.. heheh.. cantik LCBIRU tu..

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

orang pun klau lama tak disapa akan merajuk

Wassalam

Mohammad Aiman said...

nasib baik Inche motor yang merajuk.
Kalau inche honda? pancit nak bayar..

ibuintan said...

tulah... dah ada yang lagi hebat, yang kecil dilupakan... elok juga LC merajuk tu, bia sedar diri sikit..

tak balik kg ke, cuti kan seminggu

REPUBLIK N9 said...

aduh, sayangnye LC jadi mcm ni hu3

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wehhhhhh cian motor LC tu.... pastinya batin LC tu tersiksa

namun pasni dia tak akan kesepian lagiii harapnyerrr


kerja cekgu ni macam ni lahhh yerrr sebuk memanjang kerana

cekgukan telah berikrar

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan Negara
Kami mengamalkan
Prinsip-Prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa

ingat tu ikrar para guru-guru smua yerrr .... janji itu kota

Raji berkata said...

kesian LC tu
hahaha lepas ni kalau cikgu xupdate blog
blog plak yg merajuk ngn cikgu
hohoho ;P

tapi xnmpk mcm 4 tahun dh guna
nmpk baru jer..

Qamarul Sahid said...

side mirror kanan mana??
kalau side mirror kiri ada jaa takleh dik..
paling kurang kena ade side mror kanan..

pakcik takleh wat ape laa..
paskcik terpaksa saman..

nak setle cam ne nie??
setle sini???????ha3

nur aisya humaira said...

Kecian LCBIRU,sayu je ati..wakaka..:)

lillies said...

kalau la LC tu berkata-kata..maunye imanshah demam seminggu ekk..hehehe...

Abd Razak said...

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

Selamat bercuti, tak balik kampong ker?

JIJI YU said...

lc tu bese je..yang luar bese nye honda ct tu..ehehe..

NICK IRFAN said...

aku minat moto LC ni tp blum kesampaian nk beli lagi...

ckLah@xiiinam said...

Cer kome tukor....naik kude pulak masa meronda asrama tu. Boleh pinjam kude Padang Plo...




***Syok sangat berblog ya...sampai blok pun jadi blog. Ahahaha!

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamnaik kuda kang jatuh gedebuk, bukan saja xdapatr nak kejut deme, deme lak ketawakan kita..

Haha tulah, bukan syok, nak cepat

IMANSHAH said...

@NICK IRFANnak pinjam amik le..wehehe

mulut manis berbicara

IMANSHAH said...

@JIJI YUwahaha honda tu PAR sekolah gua pun pakai..apa luar biasanya

IMANSHAH said...

@Abd Razakbelum2..nak balik jugak kot..tengok selasa ni

IMANSHAH said...

@lilliesboleh je..i tak kesah

IMANSHAH said...

@nur aisya humairatulah, i dah sedar dah, i takkan biarkan dia lagi

IMANSHAH said...

@Qamarul Sahiddah tukar pun dah ada dua2..haha

jgn nak saman ye pakcik

IMANSHAH said...

@Raji berkataok le tu nampak baru, try tany apex kedai mau tukar kaler..mau 400 wooo

IMANSHAH said...

@Afzainizamtu hari guru selalu hee

terukkan pemalas nak hafal

IMANSHAH said...

@REPUBLIK N9jadik macam mana??haha enjin baik lagi, nanti kilat lah balik..wahaha

IMANSHAH said...

@ibuintannanti baliuk kot, belum lagi buat kptsan, setakat ni sdg ada bengkel bahas

IMANSHAH said...

@Mohammad Aimanhaha ikat perut makan loti lorgh

IMANSHAH said...

@Rozalihehe terasa plak, lama tak sapa di pahala hindari dosa

IMANSHAH said...

@mR.sYaHlibas lah kalau malas solat..sembunyi lak dalam toilet

Kalamhati said...

kalu tak sir..bui ko kak wan la..hahaha

IMANSHAH said...

@Kalamhatihaha nak ke??sayang jugak..wehehe

E.d.Y said...

jaga2..LC skrg hot...rantai depan belakang atas bawah

IMANSHAH said...

@E.d.Yhaha LC kat rumah je, dalam sekolah xbawak kuar

eszol raar said...

hahahahaha

saya benci moto ni

mcm ninja

engine tak dengar langsung,

tup tup cikgu da masuk dorm

ingat lg dulu2 ade bebudak plan nak curi bateri moto cikgu

biar x boleh hon lg

hahahahaha

IMANSHAH said...

@eszol raareh jahat korang..tapi betoi, enjin memang tak dengar..

sissyira said...

salam malam isnin =)

walaupun sudah ada yang baru, jangan sesekali kau lupakan aku,,,barangkali itu yang dia mahu luahkan...hahahha

p/s:so3 lama tak singgah sini,line problem ;(

nur aisya humaira said...

cekgu, LCbiru cakap die terharu..haha..:)

faridalazim said...

hahaha.post ni sgt comel la ckgu :):):)

IMANSHAH said...

@sissyirasangat memahami..anyway tengkiu

IMANSHAH said...

@nur aisya humairaye ke??main2 past msg kat org lain la pulak..wahaha

IMANSHAH said...

@nur aisya humairaye ke??main2 past msg kat org lain la pulak..wahaha

IMANSHAH said...

@faridalazimhaha ye ke..bila balik ni

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget