WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, January 13, 2011

BILA MASA AKU KAHWIN DENGAN KAKAK KAU?

Seperti biasa, minggu pertama Tingkatan satu, minggu orientasi diadakan. Dan untuk tahun-tahun yang kesembilan ini, skripnya masih tidak berubah.  Sebagai pengurus kedai di koperasi sekolah, sememangnya aku ditugaskan untuk mengawasi perjalanan urusniaga bisness setiap hari. Seperti biasa, pelajar tingkatan satu masih belum mengenali guru-gurunya kerana sibuk menjalani proses suaikenal. Dan skripnya setiap tahun masih sama,masih yang itu.Selalunya bila bertemu mereka akan bagi salam.


Assalamualaikum abang.
Lalu aku dengan penuh kasih sayang dan lemah gemalai menjawab : 
Walaikumsalam. Bila masa aku kawen ngan kakak kau?
Jahatkan jawapan seorang guru. Aku dipanggilnya abang. Alah bukan jahat sangat  pun. cuma kadang-kadang nak bagi 1st impression kat mereka, wah cikgu ni garang. Lama-lama dia kenal lah siapa IMANSHAH sebenarnya. Hehe. Yalah dah tegur banyak kali, bila jumpa masih panggil abang juga. Itu jika bertemu di tengah jalan, bila berada di koperasi lain pula ceritanya terutamanya pada waktu malam jika aku sudah tidak lagi memakai pakaian kerja.
Uncle, nak tempah name tag boleh?
Dan agak sadis juga bila mereka panggil pakcik.

Pakcik, buku singgle line ada? Pakcik lama dah kerja kat sini?
Wah banyak kau punya pakcik kat sekolah ni?? Haha nak tergelak pun ada. Tapi takdalah aku marah. Kadang-kadang jegilkan mata tu sebab nak sakat bebudak Tingkatan Satu ni. Dan bagitahu mereka tak semua yang berada di sekolah ni pakcik dan makcik. Kena belajar kenal mana satu cikgu, mana satu guard.  Kawan-kawan perempuan lain pun selalu dimakcik-makcik kan mereka. Mujur tak panggiil atok dan opah. 


Nota kaki Imanshah :


Waktu operasi koperasi kami dari jam 10 pagi -11.30 pagi, 2.00 petang- 4.00 petang dan 7.30 malam-10.00 malam. Datanglah beramai-ramai. Haha..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

68 GENTA RASA:

ahmadsayuti said...

rindu KOOP yg saya jaga dgn cikgu dulu haha

pencil satu!

IMANSHAH said...

@ahmadsayuti

Pencil dah tak jual lah..Dah tak buat kot. Wahah TQ ye sayut

Afida Anuar said...

ok jap lagi saya sampai koop pakcik..err...

Shah, tu budak2. Saya ni pun, kalau jumpa jejaka/lelaki tak kira tua atau muda saya akan panggil pakcik...errr..cuma pak tu saya tak keluarkan sangat..jadi yang jelas dengar cik je...

nak panggil abang?opsss tu tuk the one n only je...lalala..

ibuintan said...

hehehehe..ibu pun selalu juga kena, mereka hanya panggil ciik...saba je lah

AfiQ said...

hayoooh!!!! bole plak camtu! hahaa.. nampak muda la maknanya tu.. hehehe

Ummi Humaira said...

salam cikgu Iman....

sabaq ajer le naaaa , pertengahan tahun nanti depa tau ler saper sebenaqnya yg depa dok panggil abang tu ,,, he he he kantoi,rupenya cikguuuuuuu

nur aisya humaira said...

keropok tk de ke bang??haha..

apezs shah said...

salam

hehe mcmtu ke? tol gak naseb tak di panggil opah atau tokwan kan..;)

IMANSHAH said...

@apezs shah

Haha tak mo lah, bukan tua pun

IMANSHAH said...

@nur aisya humaira
Ada keropok segera harga 1.20 sen sekampit..wahah

IMANSHAH said...

@Ummi Humaira

Haha, brtol2..nanti depa tahu pakcik depa ni baik rupanya

IMANSHAH said...

@AfiQ
Wah nampak muda ok lah tu..walau usia dah agak senja

IMANSHAH said...

@ibuintan
Hurm kita serupa, si penunggu koperasi

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

Haha silalah saya menunggu di muka pintu

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Nasib baik saya panggil cikgu, tak jawab bila masa aku jadi cikgu kamu hehehe

Gurau jer ya!

IMANSHAH said...

@Abd Razak
Ustaz, heh cang gitu lak..

nurkass said...

salam iman..
haha..kekadang kita yg dewasa ni pun ada jugak buat camtu..tul tak pok cik..hahaha..

IMANSHAH said...

@nurkass

Betul makcik Nurkass

khaifaiz said...

Ada cadangan.. Rasenye sume cikgu mase tu kene pkai Name tag besar2 tulis cikgu.. bru xde konflik gelaran lepas ini.. hohoho.. kalau sanggup la

IMANSHAH said...

@khaifaiz

tak sanggup teman

eszol said...

err..
sapa yg kne atok n opah?

ada x?

klau ade mesti syioookkkk!

IMANSHAH said...

@eszol
Takde ar, Cg Kamariah selalu kena panggil makcik

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

acik...cekodok ni brape?????hehehe...

Amy Syaquena said...

terkena pulak batang hidung sendiri, he3...

wahida said...

eh, nak pegi lah koperasi cikgu...ada jual nasi campur tak? kahkah..soalan sengal...

hysman said...

salam pokcik..
buku kulit tebal ade tak pokcik?
hehehe...

~teringat dlu jd pengawas koperasi...
:p

aiman sanudin said...

ada air cond dah? woahh majuuu

mama ju, said...

Aslkm cikgu

Hehe seronok tgk gelagat cikgu
Mama dah lama nampak nama Cikgu...
Ceritalah lagi.

IMANSHAH said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)
Cekodok hang p kantin la

IMANSHAH said...

@Amy Syaquena
Tulah Amy, terkena lakkan..haha

IMANSHAH said...

@wahida
Nasik campuq ada, mai le pekana..tapi kat kantin lah

IMANSHAH said...

@hysman
Wahaha tahniah bekas budak koop

IMANSHAH said...

@aiman sanudin
Dah2..sejuk hehe

IMANSHAH said...

@mama ju,
Wahaha ye ke, nanti saya jenguk mama

mR.sYaH said...

kat sekolh dlu sempat r jadi pengawas koop.. heheh...

IMANSHAH said...

@mR.sYaH
Wah best kan jual beli, jual beli..wahaha

SiNoMoSa said...

salam Iman,

kalau yg panggil abang tuh..cuba tanya ada kakak tak? hehe

Cik SHiNJU said...

Seronok...saya mase skolah dulu
tlg cikgu jaga koop gak..dapt
ar eskrim free..hikhik.. :P

IMANSHAH said...

@Cik SHiNJU
Wah tahniah dapat aiskrim free..wakaka

IMANSHAH said...

@SiNoMoSa
Hehehe, boleh je, bg kakak, saya on

Ujang9897 said...

garang la lu..mesti budak2 tak suke..hahaha..

IMANSHAH said...

@Ujang9897
Haha suka tak suka pedulik ap gua..ceh depa sayang kat aku wooo

Citarasa Rinduan said...

cikgu garang tak apa..jangan citarasa rinduan yang garang..sure cuttomer tara......


PS: sure cikgu iman nie ejk koperasi sekolah...kan??

sahromnasrudin said...

aku org panggil adik pun pernah...terus bila jumpe aku kat pejabat, panggil encik....aku tak kisah lah..kiter sesama kita kan huhuhuhhh

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduan
kalau ayu garang memang habislah rezeki kan..haha. Anyway, memang saya guru koperasi

IMANSHAH said...

@sahromnasrudin
Wahaha adik Rom lah kali ni

SUZIE APAI said...

hiks..pakcik pun pakcik lerrr!

iqbalsyarie said...

cikgu.....rindu star..... T-T

IMANSHAH said...

@SUZIE APAI
Pakcik kayo..haha

IMANSHAH said...

@iqbalsyarie
Rindu balik lah sekejap, lepaskan rindu itu

ijatnuar87 said...

hehehh..rindunyer zaman skolah2 dulu...seronok plak baca entri pasal situasi kat skolah nih,hehehe

Mohammad Aiman said...

rindulah koop :)

sissyira said...

salam


wah...single lagi ke?....


hensom la budak budak tu....hahahha

IMANSHAH said...

@ijatnuar87
Wahaha, nanti kau dah jadik cikgu boleh lah rasa lak

IMANSHAH said...

@Mohammad Aiman
Aiskrim2

IMANSHAH said...

@sissyira
haha anak murid sapa..weee

::FAIZ FARISH:: said...

Hahahahahahaha. klakar.... ada yg pgl atuk tak?

Dinas Aldi said...

jangan marah pakcik..eh, jangan marah dik Iman, heheheheh

nza said...

gelaran ikut situasi la tu...mmg kreatif anak2 skrg.....

IMANSHAH said...

@::FAIZ FARISH::
Haha, kalau panggil atok, aku bagi sedas

IMANSHAH said...

@Dinas Aldi
Huhu, pakcik ok jugak..haha

IMANSHAH said...

@nza
jangan kreatif dalam menipu ke hapa sudeh..hehe

Sham said...

pakcik koperasi,aiskrim nyot-nyot ada jual tak???

IMANSHAH said...

@Sham
Aiskrim nyot2 tu apa weh

CIK TOM said...

pak cik??heheheh...

IMANSHAH said...

@CIK TOM
Pakcik macho kowt..wehehe

Semarak Api said...

haha! pkcik..ade jual buku garis tiga x?

IMANSHAH said...

@Semarak Api
Zaman skrg buku garis tiga mana pakai, kat sekolah rendah ada ar

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget