WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, January 8, 2011

BUTAKAH MATA

Selamat berhujung minggu buat teman-teman, seminggu berlalu bersama kejamnya kesibukan yang membataskan masa di alam maya ini, kini tibalah waktu untuk berehat-rehat buat seketika sebelum Isnin menjengah. Semalam, ada satu insiden yang hampir menyuramkan perjalanan hari Jumaatku..

Cikgu-cikgu, Mantam kena bola hoki, darah banyak keluar..nak buta dah!!

Haish kamu ni!! Simpang malaikat 44, cepat, jom kita tengok.. Dah butakah??

Cikgu ni, main-main pulak. Orang semua takut ni..Boleh gurau pulak!!

Dah kamu yang cakap nak  buta..saya tanya jelah.

MANTAM merupakan anak buah aku dalam pasukan hoki sekolah. Dalam hati berdebar kencang kerana pada waktu kejadian aku tiada di padang. Membirakan mereka berlatih sendirian. Selalunya pun sendirian membuat latihan asas fitness dan membuat gerakan-gerakan asas memukul bola. Cadangnya jam 5.00 selepas usai mengerjakan Solat Asar barulah nak menjengah mereka di padang. Pada waktu tu baru jam 4.00 petang.

Sampai di sana, guru bertugas telahpun memberi rawatan awal. Mengelap darah dan sebagainya. Memang darah banyak yang keluar, tambahan pula kaca mata yang dipakai pecah bersepai. Rakan-rakan berpasukan juga kelam kabut. Dan di satu sudut, kelihatan seorang remaja sedang menangis tersedu-sedu meliahat rakannya tercedera.

Cikgu, maafkan saya, saya yang memukul bola tadi. Tak sangka terkena matanya. 

Rasa bersalah terpancar di wajahnya. Lalu kami menghantar MANTAM ke hospital. Setelah dirujuk ke bahagian kecemasan, aku sempat masuk ke bahagian rawatan. Doktor bertugas memaklumkan yang matanya ok, darah yang keluar adalah disebabkan serpihan cermin mata yang mengena bahagian bawah mata. Dan setelah X-ray dijalankan, struktur tulang di sekitar mata juga masih dalam keadaan baik. 

Aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Mujurlah ada cermin mata yang berjaya menampan bola dari terkena mata. Kalau tidak, tak tahulah apa yang akan berlaku. 

Mungkin di wajahku hanya boleh mengukir senyuman dan bersikap tenang. tapi di dalam nya hanya Allah yang tahu. Ada dua sebab kenapa aku rasa sangat bersyukur. Pertama, matanya tidak mengalami kecederaan yang serius. yang keduanya, sewaktu kejadian, selaku guru yang bertanggungjawab, aku tiada bersama pelajar. yalah, 2 tahun bersama, belum lagi berlaku sebarang kejadian yang tak diingini. Tup-tup, semalam, nak dijadikan cerita, benda ni terjadi. ya Allha, hebatnya pengaturan skrip hidup ini. Ujian kepada hambanya supaya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.

Kadag-kadang terfikir juga, menjadi guru ni banyak juga cabaran yang kita tak nampak. Dari segi mengajar tu sememangnya merupakan core bisness kita. Memang sah-sah mencabar. Tapi apa yang tak terjangka seperti ni. Apapun hanya mampu berserah kepada -Nya. Jika sudah begitu pengaturan skripnya, maka kita sebagai pelakon di dunia ini, harus akur kepada ketentuan-Nya. Menjadi guru adalah pihan semenjak di sekolah lagi, maka akhirnya, tiada apa yang lebih membahagiakan, melihat mereka berjaya, walau kadang-kadang diri sendiri yang terpaksa bekorban!!


Notakaki Imanshah :

Baru pulang menemankan mantam bertemu janji dengan doktor pakar mata di hospital Raja Permaisuri Bainun. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

75 GENTA RASA:

sonata anak kancil said...

semalam jugak akak settlekan budah bergaduh!!! dia dah hilang sabar...boleh tulis N3 ni...inilah cikgu / ibubapa - memmujuk budak/anak !

IMANSHAH said...

Berat kan tanggungjawab tu..kan naya kalau bertumbuk dalam kelas, then pecah2 muka

- abdul hadi abdul muti - said...

hopefully mate budak tu elok cepat cepat..parent die cakap ape?

IMANSHAH said...

parent kata ok..anak jantan..haha

Raji berkata said...

huhu alhamdulillah
kalau apa2 takut cikgu pula yg dipersalahkan kan? ;D
tapi bnder dh nk terjadi..
kita cuma mmpu merancang je kan? ;P

ps: eh ckgu bukan pergi blogging kan masa dorg men hoki tuh? hahaha

Aretikz said...

Pergh ~ memang kalau kena bola hoki.. sakit tu.. syukurlah xda apa2 juga.. hehe..

IMANSHAH said...

Raji

Eh2..wahah pandai ye..blog skrg kena limit..malam2 n waktu free jerk..haha

IMANSHAH said...

Aretikz

Alhamdulillah selamat semuanya

adol ihsan said...

assalamualaikum.. ckgu, camne keadaan dia skrang? uihh..
risau jugak sy ni..
yelaa.. dia prnah jadi junior sy dulu.. :)
so, camne ngan mata dia? teruk ke?

IMANSHAH said...

Adoll

Ok kot..cuma minngu depan ada appoinment sikit lagi..parent dia pun dah tahu..semangat je dia

Aretikz said...

Yup.. selamat semuanya.. hehe..

Bro.. entri tu entri tersirat sebenarnya.. bukan btul tutup blog.. hehe.. apapapun.. thanx 4 da concern.. ^_^

Sham said...

macam tulah koje cikgu kan shah...selagi budak tu bawah jagaan kita,segala tanggungjawab terletak diatas batu jemala kita...

nmkhairulazlan said...

membaca kisah ni membuatkan sy terfikir,, mampukah diri ini untuk menjadi cikgu dengan baik suatu hari nanti??
apa yang pasti,, inilah pilihan yang harus ditempuhi!!

IMANSHAH said...

Aretikz

tulah terkejut den..haha

Adinda Amy Sensei said...

hai sang arjuna..singgah komen jab sini..sblm line buat hal...

IMANSHAH said...

Sham

HEHE, btoi2...barat nebor rasanya bahu nih..kahkah

IMANSHAH said...

kazlan

Jangan mengalah, pejuang tidak akan gentar

IMANSHAH said...

Adinda

nantikan kunjungan jejak balas

Adinda Amy Sensei said...

oowhh yeahh.. :P

IMANSHAH said...

Adinda

Wah hebat karangan tu kan..hehe

ibuintan said...

itulah cikgu...

nasib baik matanya tak buta, kalau tak jenuh juga menjawab tu..

Along penjaga gol pasukan hoki disekolahnya juga, pernah mc selama se minggu, gara-gara kakinya dilibas kayu hoki

IMANSHAH said...

ibuintan

Betul tu, main hoki ni bahaya, sama jugak main ragbi..tapi nak buat macam mana, dah tugas kan..terpaksalah..selalu minta budak2 hati2 bila di padang

nub said...

hoki is dangerous!! but i loikkeee.haha

teringat dulu adzuan pnah hit tekena pala dak men bola kat blakang goalpost. terus pengsan woo dak tu...

haha..live tengok depan mata!!
ceq pon penah..tepatahkan gigi dak IGOP kat saina..hihhih

Lelaki Ini said...

adeyh menakutkat..
moga dia cpt smbuh

sissyira said...

salam

ingat pengalaman main hoki, kawan terpukul mata kawan, dan akhirnya hingga kini daku fobia tengok kayu hoki :(

IMANSHAH said...

nub

Haha, kau memang ganas sian budak IGOP itew

IMANSHAH said...

Lelaki ini

Hurm, insyaAllah..si Nub kat atas nipun dulu player hoki jugak..pernah kau kena nub??

IMANSHAH said...

ssyira

haha, kayu golf dah cuba??

Kalamhati said...

huhu syukur tak teruk..risau gak kalau jadi apa2..susah nak menjawab nnt..dugaan sungguh

AfiQ said...

alhamdulillah.. nasib baik sume selamat yep... huhuhh.. chegu prihatin abg iman shah ni!! hehehe =D

IMANSHAH said...

Kak Wan

tulah, menjawab ngan parent satu hal..takut bawak ke mahkamah..haha naya

IMANSHAH said...

Afiq

prihatin satu hal, tanggungjawab satu hal..hurm, banyak dah kes guru takde especially masa P & P, budak cedera..tak ke naya nak menjawab dengan kementerian..boleh hilang kerja woo

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT cikgu.

Ya saalam. Insiden 'kenangan terindah' ni. Saat bola hoki menyerang bola mata..hehe~

Tambahan: Jangan serik memukul bola. Hok senghotinya, serik tidak sengaja dan sengaja memukul kawan.

IMANSHAH said...

Izzah

Haha pandai sungguh menggunakan perkataan HOK SENGOTI..hehe

Cik SHiNJU said...

Alhamdulillah,mujur la xde pape..
Ni la risiko guru...kalau2 ape hal memang xde orang lain dipersalahkan..

azrinrahim said...

alhamdulilah adik tu selamat dripada seglanya .. btw, abg iman memang seorng guru yang baik hatilah.. hehe
semoga adik mantan tu baik2 shja..

p/s: untuk pgthuan bng iman, ayie tak balik kg ag untuk jumpa family daripada cuti semester tu sebb terlibt dgn akiviti UPSI ..

IMANSHAH said...

cik Shinju

ya, betul..semua terletak di atas bahu jemala patik

IMANSHAH said...

azin rahim

Hurm, jenguklah sekejap..rindu ibu di kampung

apezs shah said...

ya allah biar betol u.
kesian dia. haish macamna leh jadi camtu kan. hope semua okeh.

*apezs dah follow shah....;) thanks

IMANSHAH said...

Thanks Apez..

takpelah, blog baru pun ok..anyway, insyaallah, follower Apezs akan follow blog baru nih

Muhamad Zaki Zafir said...

fuuu ngeri.sy slalu tgk match hoki.bola mlayang2 menerjah gawang gol,tp keeper pakai ape yg patut,so ok lah kn.tapi kena kat mata ni,mak aii.. :O

Muhamad Zaki Zafir said...

lupa pula.jemput join sekali contest di blog saya eh cikgu. :)

-->'CONTEST RECOMMEND LAGU TERBAIK :D'

IMANSHAH said...

Zaki

dah tengok tadi, insyaAllah jika berkesempatan..kena carik ni lagu hapa

nza said...

itulh cabaran seorg guru...kitalh pendidik, kitalh pengasuh, kitalh tukang sapu n kitalh segala2nya...

akak pernah bawa seorg murid ke klinik krn kepalanya trhantuk simen akibat trjatuh masa main kejar2 kt sk...kena 7 jahitan..bila anta ke rumah akak n seorg rakan bkn dpt ucapan t.kasih ttp kena marah..padahal kita dh brsusah pyh bw anak dia ke klinik....

IMANSHAH said...

betul kak NZA

Kawan saya nak kena saman tahun lepas..mentang2lah mak bapak pegawai tinggi

white rose said...

sy penah terjadi kes mcm ni...
pelajar terhantuk kepala kat bucu pintu...

waktu tu kelas cikgu lain...
jadinya xde sape nak tolong...

sy bawak student sy & lihat sendiri bagaimana kepalanya dijahit...
uurrhh...pengalaman yg tak dapat dicari...

lillies said...

salam....walau apa2 pun sebenarnye profession perguruan ni la yang paling mencabar sebenarnye...

budak yg main2 smpai jatuh2 n luka2 pun cikgu yg kena..budak yg x dpt markah yg elok pn cikgu yg kena...

bak kata, ape2 pun semua akn tundingkan jari pada cikgu smula bila jadi apa2....

teramatla mencabar dunia keguruan sekarang ni....

semoga student cikgu cepat sembuh....

IMANSHAH said...

White Rose

Hurm tulah, kalau di asrama toksah cakaplah, yang patah tangan, kaki masa main sume ada..yang meninggal pun ada

IMANSHAH said...

lilies

hambik kau!!Sapa suruh kita jadik cikgu kan..eh mana ni entri baru cik kak oiii

Miecyber said...

Kesian Mantam...


Israel gunakan burung hering sebagai pengintip

IMANSHAH said...

miecyber

Wah tetiba Mantam popular

REPUBLIK N9 said...

macsm jack sparrow la plak :)

HanaBella said...

Nasib baik tak parah. Kalau tak, confirm cikgu yang disalahkan sebab tak pantau student..

Memang sangat mencabar kerjaya seorang guru ni. Orang yang cakap kerjaya guru ni senang dan lepak je, memang tak tau menghargai jasa guru dia dulu, hanya dilihat pada sudut luaran saja..

My Little Diary said...

salam,

alhamdulillah... tiada kecederaan yang serius... semoga mantam cepat sembuh... :)

James Buns said...

macam-macam sekolah star ni.

nasib mata.

kalau telo.

:D

E.d.Y said...

berat jugak tanggungjawab cikgu

iKhRam said...

cerita ini adalah ingatan buat saya dan sesiapa sahaja agar lebih berwaspada.. kerana setiap kejadian itu tiada sapa yg boleh meramal..

terima kasih abg shah dgn cerita ini.. diharap semuanya mengambil iktibar agar berhati2..
kerjaya guru bukan mudah sebenarnya..

terima kasih sekali lagi

IMANSHAH said...

Republik
Haha, tulah lanun hehe

IMANSHAH said...

Hanna

Tulah, kalau jadik warden lagi lah, budak sakit jam 4 pagi pun tercengok2 kat hospital

IMANSHAH said...

MLD

Femes btol MANTAM hari ni

IMANSHAH said...

James Buns

Haha, kalau telo, mandol jerk

IMANSHAH said...

EDY

Memang berat bro, tapi berat lagi kilogram aku..wahaha

IMANSHAH said...

Ikhram

Haha, masih berminat menjadi cikgu??

NICK IRFAN said...

alhamdulilah selamat xde ape2... lain kali kena berhati2 la...

IMANSHAH said...

Nick irfan

Ok boss

ijatnuar87 said...

aduh,terasa plk sakit mata tu,hehehe...tp bgus btol cikgu nih,kalu sy tu mmg dah kalut xtau nak buat per tu...

IMANSHAH said...

Ijat

Hehe, nak kalut watpe, benda dah jadik kan..bukan boleh masuk balik darah tu..tenang, dan fikir apa yang perlu dibuat

Azmi said...

fuh alhamdulillah..
kaklau betul kena kat mata..tak thu la bang shah...

sissyira said...

salam


try tukar yang asal dalam blog ke yang ni


background:url(transparent) repeat-x scroll center transparent;
height:350px;
margin:40px 0 0 -24px;
width:1008px;
}
#header-inner {
border : 3px solid #000000;
background-position:center center;
height:300px;
margin-left:auto;
margin-right:auto;

Semarak Api said...

ya Allah..nseb baek xde pape mata tuh..alhmdulilah..
ooo..ckgu coach hoki upenye..

IMANSHAH said...

Azmi

ALhamdulillah, tulah, tapi masuk hari ke-3 katanya nak main dah..hehe nampun budak

IMANSHAH said...

Syira,

Ok, saya dah cuba

IMANSHAH said...

Semarak Api

haha coach yang tak berapa nak menjadi

Afida Anuar said...

Alhamdulillah..mantam selamat...

First time dengar nama mantam;)..unik.

nur aisya humaira said...

hebat cikgu masuk tv...!!
hebat lgi org asli sbb tk bising..:)
terase geli ati ngan ayt ank murid cikgu sorg tu...:)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget