WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, January 11, 2011

ERTI SAYANG MAKNA SETIA

Hari ini terdetik untuk meluahkan tentang erti sayang makna setia buat sebuah pasukan bola sepak yang pernah mengalami sejarah kejayaan yang hebat. Hurm, sapa tak kenal Liverpool FC? Aku mula mengenali pasukan ini pada tahun 1990 sewaktu dalam darjah empat. Pasukan ini ditubuhkan pada 15 Mac 1892 dan berpengkalan di Anfield. Antara kejayaan pasukan ini ialah  18 kali menjadi juara Liga Divisyen Satu Inggeris (Liga ini kini dikenali sebagai Liga Perdana Inggeris), 7 kali menjuarai Piala F.A. England, dan 5 kali menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan 3 kali menjadi pemenang Piala UEFA. Antara pengurus-pengurus Liverpool yang pernah membimbing pasukan hebat ini ialah Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan, Kenny Dalglish,Graeme Souness, Roy Evens, Gerard Houlier, Rafael benitez, Roy Hudgson dan kini kembali ke tangan Kenny Dalglish. 

Semalam, Liverpool kalah lagi kepada musuh tradisi Manchester United di Old Trafford 1-0 dalam perlawanan Piala FA.  Kekalahan ini menambahkan lagi derita liverpool yang kini hanya empat mata untuk  berada di zon penyingkiran, satu sejarah terburuk Liga Perdana England. Pada musim ini  masalah yang menimpa pasukan yang bergelar The Reds ini tidak putus-putus. Bermula dengan pemecatan Benitez, membawa kepada penghijrahan ramai tonggak Liverpool seperti Macherano ke kelab terkemuka dunia yang lain. Sedangkan tonggak harapan Liverpool seperti kapten Gerard dan Torres terus bergelut dengan masalah kecederaan yang tida berkesudahan. Kemuncak kepada segala permasalahan hari ini apabila Roy Hudgson telah disingkirkan dari jawatan pengurus selepas hanya enam bulan membimbing The Reds. Apalah malang dengan pasukan kesayanganku ini.

Sememangnya aku diketahui merupakan penyokong tegar pasukan Liverpool sejak tahun 1990, sudah menjangkau 2 dekad lamanya. Dan salah satu angan-angan yang belum kesampaian ialah untuk menonton perlawanan melibatkan Liverpool di Anfield, England. Walau apapun keputusan untuk season tahun ini, rasanya aku belum bercadang untuk bertukar pasukan. Terkenang dengan gurauan biawak kawan-kawan..

Eh, Looserfool la tahun ni.

Jom sokong Manchester United.

Fan Liverpool dok bersandar pada kenangan jelah.

Turun-turunkanlah poster Liverpool tu cikgu.

You Always Walk Alone!


Apa nak dikata lagikan. Kepada semua penyokong Liverpool, teruskanlah sokongan anda. Tunjukkanlah Erti Sayang Makna Setia pada pasukan tersohor ini. Berilah masa kepada Dalglish untuk mengembalikan kegemilangan The Reds. 

U NEVER WALK ALONE.


Nota kaki Imanshah :
Satu tamparan buat Liverpool apabila Kapten Gerrad dinasihatkan untuk bertukar angin ke pasukan lain jika ingin mengecapi nikmat memenangi piala kejuaraan. Walaweee.. Torres, Reina pun bukan boleh jangka. Takut mengikut jejak langkah Xabi Allonso juga.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

62 GENTA RASA:

a'im said...

kalau pindah takder makna dah liverpol...

IMANSHAH said...

@a'im

haha tulah, hard fan macam aku ni yang menghidupkan Liver..lalala

Afida Anuar said...

Sampai mcm tu sekali shah sayang kat liverpool?hehe..

opismate saya bulan 4 ni nak ke oldtrafford..tengok man u punya game. Die hard fan Man U dia tu... saya? sokong man u la...hahaha

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

Alahai, Man U pun ok..tapi malas nak tuka club nih...dalam hati ada taman Anfield..chewah..kim jersey selai cakap kat die..hehe

sissyira said...

salam

tertipu dengan tajuk..

sayang tak semestinya kena setia
melepaskan tidak bermakna tidak cinta :D

IMANSHAH said...

@sissyira

Haha tipah tertipu ye..kalau lepas tu maknanya kena carik yanglain la, maknanya dah tak setialah.. kalau kita kawen ngan org lain, mana bleh kita setia kat bks bf kita,,lalalala

Afida Anuar said...

Cakap kat dia sendiri la...hahaha..

NICK IRFAN said...

ko fans liverpool ke? aku x berapa minat sgt liverpoool ni tp apa2pun selamat pasukan aku man city no 2! haha

IMANSHAH said...

@NICK IRFAN

Alahai City tu ntah hapa2 je..lately je baru ada nama..haha eh mana leh kutuk team org lain..wahaha

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

Haha, takde ah, gurau jerk..pakai jersey siam sudeh

My MiRa said...

errrrrrrrr macam tak sesuai je coment sini sebab mira tak minat bola....hehe salah entry ni...:)

cume nk agtau mira folow

nub said...

i never felt that i walk alone all this time..


hehehe

mie said...

betul tu!!!
sama2 kita menyokong liverpool...
u never walk alone..

Abd Razak said...

Dulu suka juga tengok Liverpool, now dah berkurangan sangat

Mohd Shafiq Izwan B Abdullah said...

saba je la. kesian jugak kat liverpool pon..

SiNoMoSa said...

Salam Iman,

Sy tak minat bola..dan tak ada team peberet hehe

E.d.Y said...

MU tetap di hati..haha

Oasis said...

Gua sentiasa support MU!

IMANSHAH said...

@My MiRa

Owh ok mira..nanti i folllow

IMANSHAH said...

@nub

Kau ada pendamping Nub..DAMPING MALAM

IMANSHAH said...

@mie

Yeah, dard fan Liver bro

IMANSHAH said...

@Mohd Shafiq Izwan B Abdullah

Sob Sob Sob

Tengah sabar ni, sabar paling atas ni..

IMANSHAH said...

@E.d.Y

Haha Fan MU sudeh bersuara

IMANSHAH said...

@Oasis

Erm , Liverpool la bro..aku upah kau nak?wakaka

sahromnasrudin said...

aku pun sedih liverpool kalah..teringat kat liverpool masa menang liga juara2 2005 walau ketinggalan 0-3 huhuhuhuh

IMANSHAH said...

@sahromnasrudin

Terbaik ar masa tu..mirracle

IMANSHAH said...

@SiNoMoSa
La tak minat ye..takpe jangan tak minat mengemas rumah udah le

IMANSHAH said...

@Abd Razak

Owh ustaz suka jugal Liverpool..hurm saya masih suka lagi sampai skrang

::FAIZ FARISH:: said...

yeah.. Libepul bak kata anak kawan aku....

khaifaiz said...

go go liverpool go.. jgn pandang belakang...

Ujang9897 said...

arsenal gak best..hahaha

Cik SHiNJU said...

Adat la tu...
Ada mase kat atas,ada mase kat bawah...hehehe..Idup The Gunners! :P

makdara TERdiva said...

kenal liverpool sbb mr. X diehard fan liverpool.. :)

IMANSHAH said...

@::FAIZ FARISH::

anak kawan aku habaq LiverFOOL

IMANSHAH said...

@khaifaiz

Yes jangan Pandang Belakang Congkak

IMANSHAH said...

@Ujang9897

Alahai arsenal pun yoyo bro

IMANSHAH said...

@Cik SHiNJU

Aii ramai benor fan The Gunners plak

IMANSHAH said...

@makdara TERdiva

Tulah, kebanyakan org2 lama memang hardfan Liverpool.geng2 baru ni je minat MU

nabilah_2908 said...

xtau ler nk komen apa..tetiba je rasa blank..sbb sy tk ikut sngt pasal bola ni..huhu.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KEBAYA BIRU

wahida said...

salam abg shah..hehehe..
alih topik jap, mcm mana cikgu buat scroll kat bloglist cikgu tu? saya pernah buat, menjadik bila bukak melalui mozilla, tapi bila bukak melalui i.e, dia jd hampeh...mintak tlg sesgt ni...

IMANSHAH said...

@nabilah_2908

Erk?haha ramai wanita begitu

IMANSHAH said...

@wahida

kang saya bagi link kat wahida kat blog MY ALL nanti

ibuintan said...

salam Iman,

zaman gila bola ibu dah tamat

zaman tu dulu liverpool jugak pujaanku

Sham said...

shah aku tak kenal pun the reds...red devil kenalla...har har har...

nza said...

ramai yg kecewa LP kalah.....

lillies said...

hehehe....ingatkan apela tadi...

hahaha...setia dan sayang...2 perkara yg berbeza...hanya insan yang betul2 setia dan sayang je yang faham apa maksud 'perkataan' tu...hehehe...

sayang x semestinya setia...setia x semestinya sayang....betul x??

so, kalau saya la...sy hnya sokong team yg menang jee...bole??hehehe...

i will never walk alone coz i will always have u...
=)

white rose said...

nape ye bila soal bola ni, tetiba mate sy berkedip2 pastu tetibe pejam...





hahahaha... :p

NuSaNa NoSa 91 said...

xminat bola.. teheheheee~ ^_^

tp, betol tuh.. jgn la sbb klh, terus benci kump tuh.. mungkin nasib mrk xberapa baik kali nih.. apa salahnya terus berharap agar mrk menang time p'lwnn akan dtg, kn2??

bila fikir2 kan blek, manusia pon camtu kn?? bila org ada wat slh sekali je, terus kita xsuke dia..padahal dia dh byk kali tabur kebaikan.. huk3~ =.=

gadisBunga said...

owh. yg logonya sama macam sardin cap ayam tu kan?

larikkkkssss!!!!!

ijatnuar87 said...

tajuknya pom bikin kontrobesi btol la,hehehe...apapom kelab bola ni sekadar minat...tak salah untuk sokong kelab yang kalah,apa yang penting kita setia...tapi ambe tak minat EPL,ambe lagi suker La Liga..idup Barca,hehehe

maiyah said...

erk.. bola? ngeeeeee :)

Citarasa Rinduan said...

salam..
tetap singgah sini..

walau sakit semakin berdenyut2...
hanya boleh baca ala kadar,.
tentang bola yer...
ayu kurang minat..maklumlah..tak reti main bola jaring...lagi2 bola sepak/
hehehheh

IMANSHAH said...

@gadisBunga

Haha memang ar logo tu..terkenal apa..kisah epik tu

IMANSHAH said...

@ijatnuar87

Ambo pun minat gok Barcalona

IMANSHAH said...

@ibuintan

Good, takpe yg penting brand Liverpool

IMANSHAH said...

@Sham
BLAGAK NA

IMANSHAH said...

@lilliestAKBOLEH2..KENA SETIALAH

IMANSHAH said...

@white rosealahai tak sporting tol..wakakaka

IMANSHAH said...

@NuSaNa NoSa 91Haha perumapamaan yang bagus..sila sokong Liverpool ok!!wahaha

IMANSHAH said...

@maiyah Haha tertipu ngan tajuk ke

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduan
Apapun terima kasih Ayu sentiasa hadir dan singgah di Hok Sengoti..Rupa2nya ada gak orang perempuan tak minat bola jaring walawei

Wan Gerrard said...

hmm YNWA bro ^_^

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget