WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, January 30, 2011

FINAL TERBUKA KOREA : CHONG WEI TEWAS KEPADA LIN DAN

Saat yang dinanti-nantikan akhirnya tidak menjelma. Dato Lee Chong Wei yang menjadi satu-satu nya wakil tunggal Malaysia di perlawanan akhir Siri Super Terbuka Korea gagal mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan. Dalam perlawanan akhir sebentar tadi  memperlihatkan kedua-dua pemain saling kejar mengejar kedudukan terutamanya dalam set pertama dan set penentuan. Dalam perlawanan tersebut Lee Chong Wei  tewas kepada jagoan China Lin Dan 19-21, 21-14, 16-21. Kekalahan  ini gagal meneruskan kehebatan Lee Chong Wei yang telah memenangi dua kejuaraan Siri Master sebelum ini .Walaubagaimanapun, kedudukan Chong Wei selaku pemain nombor satu dunia dijangka masih belum tergugat.

Kalau kita perhatikan kejayaan dan mengambil kira kedudukan Lee Chong Wei, beliau merupakan satu-satunya ayam tambatan Malaysia yang masih bernafsu besar untuk berada di puncak. Letih juga menyaksikan Lee Chong wei terus berjuang bersendirian di arena antarabangsa. Sedangkan pemain-pemain muda khusunya masih belum lagi muncul untuk menggantikan Lee Chong Wei. Di mana silapnya dengan program pembangunan. BAM perlu melakukan bedah siasat besar-besaran agar Malasyia tidak akan terus tenggelam di persada antarabangsa kerana badminton merupakan antara sukan yang disandarkan untuk mendapat pingat emas di sukan olimpik London 2012.

Apapun, tahniah buat Chong Wei, walau tewas, namun tetap berjuang sehingga mata yang terakhir walau tanpa jurulatih di sisinya.! Malaysia Boleh!!


p/s : Keputusan PRK Tenang juga telah diperolehi. Kemenangan untuk calon BN dengan undi majoriti 3735 undi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

28 GENTA RASA:

Gadis~Gula~Gula said...

adakah malaysia takut jatuh? tu sebab tekanan diberi kepada lee chong wei semata mata? sampai tak ada pengganti.. sepatutnya malaysia kena bersedia dalam setiap perkara yg mendatang! kalaulah apa2 terjadi kat chong wei tu.. sapalah yg nak gntikan dye.. aishhh!

nur aisya humaira said...

Hebat betul LIn Dan,payah sungguh Chong Wei nk menang...CW, i sokong u!!wakaka..:)

ckLah@xiiinam said...

...dia dah mood Gong Xi Gong Xi tu.

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinamtulah tak sabar nak balik sambut raya kat penang

IMANSHAH said...

@nur aisya humairatulah, camner olimpik tahun depan ye

IMANSHAH said...

@Gadis~Gula~Gulaitulah yang menjadi persoalannya..bila akan muncul pengganti Chong Wei

Citarasa Rinduan said...

adeh...

macam tu ker....lalallalala..

em...mesti ada penyebabnya..
harap2 jgn salahkan mana2 pihak udahlah..

ikan emas said...

hehehe..

tekaan cikgu meleset..

dia teringat limau..

white rose said...

sayangnya kan jurulatih xde...
tapi tak mematahkan semangat lee chong wei...

Raji berkata said...

hahaha baru je bukak page ni
kat berita baru keluar berita psl ni.. cikgu ni memang cepat lah ;D

NuSaNa NoSa 91 said...

xpe la sekali sekala kalah.. dia tetap hero di dlm hati rkyt mlysia.. cewahhh~ he3~ ^_^

Sham said...

cong wei ni badi dengan lin dan...terbakar je tgk lin dan celebrate tadi...tak salam pun...

IMANSHAH said...

@Sham
hang nak p bakaq dia ka??lin dan memang sumbung

IMANSHAH said...

@NuSaNa NoSa 91betul2, dia tetap hero di hati kita..thanks wei

IMANSHAH said...

@Raji berkatahidup mesti pantas..wahaha

IMANSHAH said...

@white rosemisbun tetap bagi sokongan dan nasihat melalui telepon

IMANSHAH said...

@ikan emashaha betol, li mau, li mau, li mau

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduanpemain tak bersalah, sistem yg salah..pemimpin bercakaran

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

tahniah chong wei
moga ada penganti utk terus menaikan nama negara

Wassalam

eszol raar said...

sekarang ni die pusing2 sekitar 3 org tu je

chong wei kalahkan taufiq
taufiq kalahkan lin dan
lin dan kalahkan chong wei

pelik2 je

skill berbeza

nur aisya humaira said...

cekgu ganti boleh??hehe..:)

mR.sYaH said...

walaupun kalah.. chong wei ttp hebat.. cikgu kenalah cari pengganti sorang kat sekolah tu.. heheh..

bukan photographer said...

lin dan muda lagi..stamina banyak bndg chong wei..

ijatnuar87 said...

huhuhu....ingtkan boleh menang dah...tengok2 last2 tu banyak plak kesilapan,dan lin dan plak banyak kelebihan...mungkin belum rezeki lagi kan...

Abd Razak said...

Salam...

Kalau mereka tukar kepada kerjaya professional macam tenis okay kot..

URY said...

Dah terlalu sukar plak nak kalahkan Lin Dan ni...

mie said...

lin dan sememangnya saingan yang hebat..
heheee

NzA said...

moga ada pelapis LCW....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget