WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, January 9, 2011

IMANSHAH MASUK TV

Tajuk pun tak berapa nak menahan kan?? Aznil Nawawi hari-hari muka masuk TV takda pun nak tulis dalam blog. Betullah, aku memang masuk TV hari ni. Yalah insan marhaen macam kita ni, bukan senang nak masuk TV. Dua tahun lepas aku pernah masuk TV Pendidikan sebab berlakon dalam sebuah drama untuk tayangan budak-budak sekolah. Itupun 2, 3 scene sahaja. Kebetulan pegambaran dibuat di sekolah aku. Watak yang diberikan masa tu ialah warden asrama. Haha, Penat rupanya berlakon. Sampai 2 pagi.

Berbalik kepada tajuk lah, malam ni aku berkesempatan untuk menonton perlawanan Liga Hoki Malaysia-TNB di Stadium Ipoh. Sebelum pergi aku dah tengok perlawanan sebelumnya antara UniKL menentang TNB di Astro Arena. Masa nilah aku intai angle2 yang menarik yang menjadi hot spot siaran langsung ni. Makanya perlawanan antara Maybank dan Sapura, aku bersama bekas pelajar yang kini jadi kawan baikku mencari port sebelah kawasan Maybank. Dan hasilnya, bila SMS kawan2 yang menonton siaran langsung di Astro Arena, mereka memaklumkan muka aku banyak kali juga enterframe. Wahaha. Tak ke masuk TV tu??

Kita tinggalkan watak-watak perasan ni di sini. Kita bergerak kepada ulasan yang lebih serius dan matang berkaitan Liga Hoki Malayis tahun 2011. Sebagaimana yang kita maklum, peraturan pertandingan Liga Hoki malaysia membenarkan setiap pasukan untuk mendaftar pemain-pemanin import. Namun, apa yang dikesalkan, ada pasukan yang terlalu bergantung kepada pemain import. Contohnya pasukan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) memiliki sebahagian besar pemain import dengan bilangannya seramai 11 orang. Keadaan ini seolah-olah menafikan hak pemain tempatan.

Namun, dari sudut yang berbeza, kehadiran pemain import ini juga turut memberikan impak positif kepada setiap pasukan. Dengan kelibat pemain bertaraf dunia, MHL 2011, diwarnai dengan aksi-aksi bertaraf dunia. Seperkara lagi, keputusan Persekutuan Hoki Malaysia menjalankan pertandingan di veneu yang berlainan amat menarik. Setiap minggu, venue-veneu pertandingan akan berubah. Contohnya, minggu lepas di Kuala Lumpur, minggu ini di Ipoh, dan minggu hadapan di tempat lain pula. Sekurang-kurangnya, para peminat hoki tempatan di sesuatu negeri berpeluang untuk menyaksiukan kehebatan mpara pemain beraksi. Cuma, usaha murni PHM ini kadang-kadang tidak bersambut apabila menyaksikan jumlah penonton yang hadir memberi sokongan. Boleh dibilang.

Hurm, ok tak, kalau aku jadi blogger sukan ataupun diambil menjadi pengulas sukan di Astro Arena?? 


Nota Kaki Imanshah :

Dulunya pernah bercita-cita nak jadi penyanyi, sebab nak masuk TV. Kemudiannya, nak jadi pembaca berita sebab memang ada bakat pengacaraan. Tapi semuanya tak berlaku. Menjadi penyanyi untuk tandas sendiri dan menjadi pengacara majlis-majlis sekolah sahaja.!! Syukurlah, sekurang-kurangnya tak berpisah dengan microphone!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

64 GENTA RASA:

:Cikgu Akim: said...

tahniah cikgu masuk TV lepasni boleh terima tawaran berlakon plka..kui3~

http://loqkimagri.blogspot.com/2011/01/review-blog-terpilih-segmen-jom.html

jom tengok review~

IMANSHAH said...

Cg Akim

Thanks ye, saya dah tengok tadi

Wan Gerrard said...

orait bila muka dah masuk TV, nampaknya dah boleh panggil bro artis =P

IMANSHAH said...

Wan Gerrad

Artis segera nih..wahaha

Semarak Api said...

hahaha..glemer2..nk signnn~
xpnh tringin nk tgk hoki.best ker?kt umh byk stick hoki.along n angh sy main hoki zmn sek dlu.skang ayh dah buat stick2 tu sbg snjta mbunuh tikus.kui2

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

antara banyak -banyak kumbang kat situ kamu gak jadi mat interframe yerrr.... ok lah tu masuk gak kat tv ....

yup aku pun suka gak jadi penyanyi... but asyik tak dapat microphone sampai sekarang kat tangan aku....

Afida Anuar said...

Bukan calang-calang orang boleh masuk tv ni shah!..tabik arr..ekekeke..

mR.sYaH said...

wah bukan senang nak masuk tv tu.. skurg2 dpt gak masuk tv tapi bkn masuk sbb xeloklah yerk.. apa2pun citer pe yg cikgu berlakon jadi warden tu???

white rose said...

miaahaahaha...

suara sure melehtop2 ni mcm popcorn...
agak2 ade manis tak seperti rasanya popcorn?

muahahaha...

jadi laaa PENGHIBUR dihati anak2 didik tercinta...

Yana said...

err.. wow, masuk tb tuu.. hehe.

Abd Razak said...

Jadi cikgu lagi bagus kan!

IMANSHAH said...

Semarak Api

Haha, ada gak gunanya tu..bagus ar, sekurang2nya dapat bunuh cik Ti

IMANSHAH said...

Afzainizam

Tu masa kecik punya cita2lah..nak jadi penyanyi macam mana.Suara sedap sikit dari suara hujan yang tengah mencurah

IMANSHAH said...

Afida Anuar

Haha, calang salang ye..kuar sebab tengok hoki..wahaha

IMANSHAH said...

Syah

Rasanya citer meniti kaca kot..wahaha

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT cikgu.

Aha, jadi cikgu lagi bagus. Boleh juga tunjuk bakat-bakat terpendam. Cuma kurang komersil jelah ya~

Tambahan: Saya pun pernah masuk TV tahun 2003. Berlakon untuk program Majalah3 di Lanchang, Pahang. Shooting punyalah berjam-jam. Scenes yang tinggal ciput je..hehe.

IMANSHAH said...

White Rose

Wahaha, betul2 teman sangat setuju agar kita warga pendidik menjadi PENGHIBUR d hati anak2 didik

IMANSHAH said...

Yana

Hurm, TB je pun..wahaha

IMANSHAH said...

Salam Ustaz

Alhamdulillah, sungguh bersyukur dengan kerjaya sekarang.Biasalah cita-cita sewaktu kecik

IMANSHAH said...

izzah

Hurm, tulah, pegambaran berejam, tapi kuar TV 30 saat je..takpelah, yang penting kerjasama yang kita berikan kepada semua

CIK TOM said...

nak signnnnnnnnn..................

IMANSHAH said...

Cik Tom

Sila2..nak cop jari pun buleh

Phat Lee said...

nak signnnn.heheh

Lelaki Ini said...

teringin sgt2 nak berlakon!
adeyh2!a

Raji berkata said...

hahaha pndai cikgu amik seat eh?
;D

Insan Marhaen said...

IM - dah lama berpisah dengan speaker.. ( ek.. bukan speaker parlimen! )

ckLah@xiiinam said...

ckLah pulak nak beli TV. Hehe. TV yang ada kena ketuk-ketuk dan terajang-terajang sikit bau keluar gambar...

hazlin said...

hehehe..
nasib baik tv tu besor...

Citarasa Rinduan said...

cikgu--
bila masa keudara..ayu nak tengok.,

ibuintan said...

Laaa..iya ke?

Along pun tengok perlawanan hoki tu...

tapi ibunya tak tengok sebab ibunya asyik berblog

Sham said...

aku pun penah belakon shah. masa di UPM.babak lakonan di kafe kolej penginapan aku.lakonan hebat aku adalah lalu di sebelah pelakon utama dan memesan air minuman.upah dia dapatla lunch fre ari tu...

CEPET said...

ade siaran ulangan ke..nak tgk jugak..hehe

IMANSHAH said...

CEPET

haha, ntah lah, nak usha ka??wahaha

IMANSHAH said...

SHAM

Oklah tu dapat luch free, tapi kalau tak silap aku dapat 500 kot ..untuk adegan 2 minit

IMANSHAH said...

Phat Lee

Mau ka?amik2

IMANSHAH said...

Lelaki ini

wahah, pg lah casting nanti, mana tahu terpilih, ghope dah ada..bakat terendam pun dah ada

IMANSHAH said...

IBUINTAN

hehe tulah, kalau tak nampak saya lambai kat Ibu..wah 24 jam blog ke bu

IMANSHAH said...

Raji

Hidup musti pandai, usha dulu kat TV mana selalu angle dia amik..lagipun stadium tu dah biasa dengan saya

IMANSHAH said...

CkLah

Beli TV LCD na, baru bertambah bahagia rumahtangga

IMANSHAH said...

IM

Dulu penyanyi kugiran ka??hehe

IMANSHAH said...

Hazlin

Eh napa lak ngan tv kecik ke besar..tak muat saya eh..haha

IMANSHAH said...

Ayu hoki tu dah habis..drama tu untuk tv pendidikn sahaja lah, dah dua tahun kot

Amy Syaquena said...

Hai baru hari nie amy dapat singgah blog kawan-kawan, sihat ke? Tahniah ye cikgu sebab dapat masuk tv pasnie leh la dapat tawaran berlakon pulak dan thanks ye coz sudi singgah sinar raudah dan komen.. happy weekends..

lillies said...

ini mesti bila dh dpt microphone susah nk lepas kat org lain ni...hehehe....

soffea said...

patut la aritu nampak mcm kenal je dlm tv.. hehe :)

nunama said...

hehe.
emm dari segi bacaan, adalah sikit.
boleh improve lagi nih. yang penting kena sempoi dan mudah faham. ayat jangan panjang2.
(ops2! ulasan main2. diri sendiri pun x betul. wahaha~~)
alaaa cikgu. Ushyar r Fedtri Yahya (maaf kalau salah ejaan) ajak g TV3.
hehe. mana tahu ada segmen yang Cikgu leh join sama ke. :)

Ujang9897 said...

nak sign.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

adol ihsan said...

assalamualaikum, cikgu..
pas ni cikgu jadi player hoki kebangsaan la.. kompem masuk tv, da bukan watak sampingan da, terus watak utama.. hehehe...

nza said...

gelemer tu....bkn semua org merasa msuk tv....hi...

IMANSHAH said...

nza

gELEMER MELETOP KAU DEBOOM

IMANSHAH said...

Amy

hamboi..sapalah pengarah yang nak ambik saya belakon tu.wahaha..org kata bakat tu bukan terpendam tapi terendam

za petrelli said...

tahniah lah bleh masuk tb.. keh3

best ah bahase gune.. ngeh3

IMANSHAH said...

lilies

dah 8 tahun tu awak..dah naik muak..takde pengganti la

IMANSHAH said...

soffea

eh ye ke??whahaha...thanks ye peminat..

IMANSHAH said...

nunama

Tak tahu ke Si Ahmad Fedtri tu kawan baik kat universiti

IMANSHAH said...

Ujang

Bak sini baju hang

IMANSHAH said...

Adol

tua dah nak oii mana ada kudrat lagi

IMANSHAH said...

Za Petrelli

Owh bahasa saya bahasa harian..haha

MiaZarra said...

Tahniah.....masuk tv ekkk...
Tapi terlepas pandang la pulak....

IMANSHAH said...

Mia Zara

Hurm, haha...dah dapat komen ye

Azmi said...

nti ko jgn la lupa aku bile femes..kah3
weh takpe2 bila aku kawin nti aku jemput kau jdi mc utk majlis kawin aku nti...
haha

ikan emas said...

masuk tv ke keluar tv ??

IMANSHAH said...

Azmi

Ok, free je bro

IMANSHAH said...

Ikan Emas

haha masuk macam mana yek??tv tu kocik je

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget