WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, January 29, 2011

INI BUKAN KISAH USOP SONTORIAN

Malam tadi Cikgu Imanshah menguruskan empat orang pelajar tingkatan satu yang ingin pulang ke kampung menaiki bas di Stesen Bas Medan Gopeng, Ipoh. Seorang pelajar dari Terengganu dan tiga dari Kelantan. Inilah kali pertama mereka pulang ke destinasi masing-masing selepas mendaftar pada 7 Januari yang lepas. Begitu teruja mereka untuk pulang menemui keluarga. Nak dijadikan cerita, berlaku kesesakan jalan raya yang agak teruk pada malam tadi. Mungkin disebabkan ramai orang berpusu-pusu ke stesen bas kerana bercuti panjang. Perjalanan yang selalunya mengambil masa sepuluh minit menjadi setengah jam. Inilah perkara yang menjadi rutin kami bertahun-tahun lamanya. Sesekali menjengah stesen bas untuk membeli tiket kepada para pelajar dan seterusnya menghantar mereka ke stesen bas terutamanya bagi pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua.

Saya agak panik kerana waktu perjalanan destinasi Kuala Terengganu adalah pada jam 8.30 malam. Dan akhirnya kami tiba tepat-tepat jam 8.30 malam. Saya berlari ke kaunter tiket dan Alhamdulillah bas masih ada dan sedang menunggu. Semua orang melihat saya berlari bagaikan lipas kudung. Haha baru kau rasa, proses pembakaran lemak terus berlaku. Akhirnya pelajar tadi berjaya juga naik bas.

Saya naik ke dalam bas dan saya dapati tempat duduk pelajar tersebut telah penuh. Kelihatan seorang lelaki dewasa yang duduk di kerusi tersebut. Mengenangkan dia hanya pelajar tingkatan satu yang naif, saya meminta lelaki dewasa tersebut mencari tempat duduk di belakang. Alhamdulillah, lelaki tersebut beredar. Seperti biasa, saya mula pot pet-pot pet memesan itu dan ini di dalam bas. Seluruh isi bas terdiam mendengar saya berpesan kepada pelajar saya. Terasa macam selebriti pulak. Biralah para penonton menonton drama free ini. Saya tidak peduli, yang penting saya perlu memastikan pelajar saya selamat. 

Bukan apa, pelajar ini namanya Usop. Pelajar tingkatan satu dari Terengganu. Merupakan pelajar projek khas namun cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Pendapatan bapa sekitar RM500 sebulan sahaja. Begitu naif, rendah diri dan pemalu. Ditanya sepuluh patah, jawabnya sepatah. Jauh usop datang menuntut ilmu di bumi Ipoh ini. Pada asalnya Usop dan beberapa orang pelajar miskin yang lain menolak tawaran ke Sekolah Bintang kerana kemiskinannya. Namun setelah dipujuk dan diyakinkan bahawa dia akan dibantu, akhirnya Usop muncul juga. Masih terkenang Usop datang ke sekolah bersama ibunya dari Terengganu dengan menaiki bas sahaja. Dan masih terngiang juga kata ibunya.

Anok saye ni dok biase berenggang ngang saye. Saye pun bukang ade duik nak antor  anak skolah jauh-jauh. Saya bukang dok mboh bagi dia sekolah sini. Tapi saya takde duit. Cikgu-cikgu sini tulung tengok anok saye. Saya tok leh tunggu lame-lame.

Sekadar coretan tentang anak murid saya. InsyaAllah Usop akan menjadi seorang remaja yang kuat dan matang setelah melalui pengalaman di sekolah kehidupan ini. Semoga suatu hari nanti Usop akan berjaya dan mampu mengubah nasib keluarganya. 

p/s : sehingga saat ini hati terkenang Usop. Sudah sampai ke dia ke destinasi?? 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

48 GENTA RASA:

Lelaki Ini said...

moga dia selamat smpai n blajar leklok!!!

NzA said...

moga usop terus cemerlang n menjadi pembela nasib kluarga...

trkenang sorg anak murid akak (pompuan) yg kedua2 ibu bapanya ala2 mental ckit n daif ttp dia berjaya dpt 5A upsr n 9A dlm PMR hr tu....syukur sgt.

- abdul hadi abdul muti - said...

tabah betul usop tu. cikgu tolong la jage die elok-elok.risau takut rosak.biaselah,kadang-kadang bile tak biase berenggang dengan family ni,senang kene cultural shock..dulu, ramai saaya tengok, masa form 1 form 2,baik je.tapi, makin dah besar, makin ntah pape perangai.bile dah nak dekat spm baru nak taubat

IMANSHAH said...

@Lelaki Iniinsyaallah

nub said...

sokong hadi...takot culture shock buat dia x dpt cntrol diri.. tu yg slalu jadi kat bradik2 kami di skolah bintang nun...

slamat sukses usop dan sekolah bintangku =)

IMANSHAH said...

@NzAmental yang macam mana tu??apapun kalau budak tu miskin dan mau belajar, hati pun sejuk kan..tapi kalau sellau je buat masalah kat skolah, hati pun panas

IMANSHAH said...

@- abdul hadi abdul muti -inilah dilema yg sellau dihadapi oleh starian kan..insyaallah hadi..moga usop jadik baik macam hadi

IMANSHAH said...

@nub
Thanks Nub..kau bila nak jenguk2 hoki ni??kerek doe

Raji berkata said...

alhamdulillah
bestnya dpt free2 nasihat sepanjang perjalanan ;D

sekamar rindu said...

salam..


cikgu yang baik mcm tulah...keselamatan pelajar sangat diutamakan..syabas cikgu Imanshah

mR.sYaH said...

semoga usop berjaya merubah nasib keluarga dia.. cikgu sentiasalah beri bimbingan pada dia.. jgn bagi dia tersasar...

Areef Ibn Naim said...

salam cikgu,

kita doakanlah semoga usop akan jadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat...

sy sedih melihat apabila ada segelintir anak-anak kita yg dtg dr kalangan org susah, n mrk dpt peluang belajar d tpt yg baik, tp mrk mensia-siakannya, mrk terpengaruh dgn budaya yg tdk baik.mungkin kemiskinan membuatkan mrk mudah terpengaruh...

tp sy berbangga cam nik nur madihah tu,wlu hidupny serba kekurangan,tp akhirny dia dpt merubah kehidupan keluargany,kita doakan agar dia terus berjaya ya...

Lovelypinky said...

insyaAllah dia selamat...

norfaridahanum said...

apsal nk nangis baca nih?

ikan emas said...

5 tahun atau 10 tahun akan dtg cikgu kena buat entri khas utk dia lagii..
Semoga dia menjadi insan yang berjaya dan mengenang jasa

Solihin Zubir said...

mudah-mudahan usop sukses dgn jayanya..

haish! tringat plak cita usop sontorian dlu2.. heheh..

Abd Razak said...

Salam...

Moga dia selamat sampai ke destinasinya..

fadzilah said...

salam cikgu...

saya rasa sedih pula baca entri cikgu ni...beruntung usup dpt belajar di sekolah bintang ni.

ibuintan said...

masih dalam ingatan semasa belajar di Hulu Kinta dulu juga camni... setiap kali cuti, ambil bas pukul 12 malam di Medan Kid...

begitulah cikgu yang bertanggungjawab, semua hal berkaitan pelajar diambil kira..... syabas

waruna said...

tersentuh pula naluri keibuan saya membaca tulisan imanshah... begitu lah kemiskinan mempengaruhi peribadi kanak2.. dia menjadi pemalu kerana kemiskinan.. (pengalaman sndiri ni.. ) mujurla ada guru SEHEBAT imanshah.. semoga usop diberi kekuatan

white rose said...

semoga ucup selamat sampai ke destinasi...

IMANSHAH said...

@Raji berkatatulah, nasihat menasihati mesti diberi selalu raji

IMANSHAH said...

@sekamar rindutanggungjawab tu..amanah mak dia, terkanag ibunya yang pekat loghat terengganu

IMANSHAH said...

@mR.sYaHtulah, insyaAllah, akan dibimbing sepenuh jiwa

IMANSHAH said...

@Areef Ibn NaiminsyaAllah, allah melindungi perjalanan Usop..

Itulah, sedih juga melihat anak-anak ini gagal berpijak di bumi yang nyata..akhirnya, hanyut

IMANSHAH said...

@LovelypinkyinsyaAllah doa semua

IMANSHAH said...

@norfaridahanumhurm saya pun hampir menanangis membaca tulisan sendiri, terkenang juga kisah hidup saya

IMANSHAH said...

@ikan emasinsyaAllah, jika diizinkan Allah, tunggu ya 5 tahun lagi

IMANSHAH said...

@Solihin Zubirusop sontorian mana pergi na??tenggelam dek hebatnya Upin dan Ipin

IMANSHAH said...

@Abd Razakterima kasih ustaz, insyaAllah Usop selamat

IMANSHAH said...

@ibuintanowh lupa ibu dulu belajar di Perak..tapi medan kid dah diubah ke medan gopeng hari ini

IMANSHAH said...

@warunahurm, memang begitu, seakan berlaku hampir setiap tahun di sini..perbezaan anatar golongan kaya dan miskin..kalkau yang kaya memang kaya gaji 30, 000 sebulan

IMANSHAH said...

@white roseterima kasih..insyaALlah

IMANSHAH said...

@fadzilahsekolah bintang memang tunggu pelajar miskin yang cemerlang

Adinda Amy Sensei said...

salam awok ehh..

insyaallah..ye sapa doh kappung tuh...selamat berkat doa sume orang sinih.. :)

..

IMANSHAH said...

@Adinda Amy Senseidah sapa kot pagi tadi

Adinda Amy Sensei said...

jawapan..

erm..x balik.. awk balik kerr..

IMANSHAH said...

@Adinda Amy Senseiada2..tak balik la..banyak hal..depa yang raya, kita buatlah keje

Adinda Amy Sensei said...

tiket mahal lah..huhu

eszol said...

ramai yg kes cmni kat STAR

adrenalina said...

terharu membaca entri ckgu imanshah kali ni... semoga usop dapat berjaya dunia dan akhirat... =)

teruskan mendidik!!!

IMANSHAH said...

@Adinda Amy Senseihaha namanya kepal terbang kan..takpe dok la sarawak tu, jaga bujang senang deh

IMANSHAH said...

@eszolya, ramai2..tahun ni ada 35 org projek khas

IMANSHAH said...

@adrenalinathanks, insyaALlah

ckLah@xiiinam said...

Ciri-ciri bakal bapa yang baik ni....Alhamdulillah....




...semoga Usop terus cemerlang.

IMANSHAH said...

@ckLah@xiiinammenantu yang baik juga

Mohammad Aiman said...

alhamdulillah..inilah masanya untuk exercise :)
kurus skit cikgu. kasi gugur 'anak' dalam perut tuh..


ape2 pun, baguslah cikgu macam ni :)

semoga pelajar tersebut jadik antara yang cemerlang insha allah spm nanti :)
pmr juga!

Afida Anuar said...

Bangganya saya...Usop anak ganu tu!..

ada orang tegur dak shah masa dalam bas tu, 1st time berenggang dengan anak ke? ye la berpesan mcm2....

ah suwit lah..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget