WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, January 2, 2011

JANTUNG HATIKU

Terima kasih buat semua teman maya yang mengucapkan selamat hari lahir untuk saya samada di blog ataupun di FB. Semua ucapan saya baca dan amati. Ada yang doakan saya supaya panjang usia, bertemu pasangan sehidup semati dan tak kurang juga minta saya belanja. Apapun, menjadi sebahagian dari sahabat kalian di dunia maya ini menjadikan diri saya cukup seronok, terasa ada yang menyayangi dan mengasihi. Wah iklan berbayar sekjap..KERANA DIRIMU CUKUP BERHARGA.

Kita tinggalkan cerita hari lahir saya kerana ianya bukan cerita epik yang harus menjadi bualan zaman berzaman. 1.1.11 telah dikejutkan dengan pemergian dramatis Faizal Yusoff yang telah kembali ke Rahmatullah petang tadi. Alfatihah buat Allahyarham. Bekas suami penyanyi Nana ini dikatakan meninggal akibat serangan sakit jantung di usia yang muda. Bila bercakap soal kematian mengejut, ianya memang meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada keluarga si mati, bahkan kepada orang yang berada di sekelilingnya.

Dan saya tidak terkecuali, bukan soal kematian Faizal yang menjadi kebimbangan. Kerana yang hidup pasti akan mati. Dan kematian ada di mana-mana. Yang menjadi kebimbangan saya ialah tentang penyakit jantung. Apatah lagi saya memiliki sejarah keluarga yang mempunyai penyakit ini. Dikatakan penyakit jantung merupakan pembunuh utama lelaki di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Arwah datuk dan ayah saya meninggal kerana serangan sakit jantung. Kematian mengejut dan tiba-tiba  tanpa diberikan petunjuk terlebih dahulu.

Hati berdebar-debar mendengar berita kematian Faizal, dan mula berdetik, bilakan pula giliran saya. Yang mati tetap akan pergi dan tak mungkin akan kembali. Yang hidup ni, apa perlu dibuat supaya langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan serangan penyakint jantung ini dapat diketahui lebih awal. Lalu tanpa berlengah saya mula menggogle mencari cerita tentang penyakit jantung. Bukan apa, di sekolah saya sudah ada dua orang rakan lelaki yang telah menjalani pembedahan kerana penyakit jantung. Seorang di awal 40-an dan seorang lagi di akhir 30-an.

Kalau rakan-rakan nak tahu lebih lanjut tentang simpton, cara mengatasi, punca serangan dan sebagainya bolehlah klik-klik SINI, SINI dan SINI. Moga-moga kita semua di bawah lindungan Allah Subhanahuwataala.



Nota kaki Imanshah :

Sekarang ni mati tak mengenal usia. Dan salah satu dari punca kepada penyakit-penyakit utama di dunia ialah pemakanan. Imanshah menyeru rakyat malaysia agar mngamalkan cara hidup, pemakanan yang sihat dan seimbang. Hurm, teringat arwah ayah suka benor makan jantung pisang buat kerabu!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

71 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

ckLah pun terpaksa menelan butiran kapsul gemfibrozil,lovastatin, dancovaprill........saban hari, sebagai wadah penyambung hayat...

IMANSHAH said...

CkLah

Hurm, mak ai, dengar ubat nye pun dah menakutkan..

Azmi said...

salam man...
aku nak ucap jgk walaupun dah termlambat kot..
selamat hari lahir..
tiada hadiah utk kau melainkan hanya doa dari jauh..apa2 yg kau buat aku doakan smoga mendapat keberkatan dari Allah..

pasal faizal yusoff tu..agak memberi kesan pada aku yg kematia boleh tiba bila2..so tiada lagi masa utk kita utk melengahkan taubat kpd Allah...bila2 je kita akan dijemput...

IMANSHAH said...

Azmi

Terima kasih, apapun, kita sebagai hamba-Nya yang masih tinggal teruskan berusaha menjadi hamba terbaik di sisi-Nya

ckLah@xiiinam said...

Psss: Ada orang buat n3 untuk ckLah....mengimbau zaman kanak2 sememeh. Ada link bwh n3 ckLah.

:)

IMANSHAH said...

mak bonda ye..nanti nak jenguk

kak wan said...

Salam Iman..,
Happy belated b'day..betui ke 0101 ni silap - silap bulan 12 tapi ayah gi daftar bulan 1 sbb musim tekujuh kot..sesaje kakwan buat citer kan!.

Sesamalah kita saling memperingati ..jangan lupa pergilah buat check - up sekurang - kurangnya taklah kita 'berdiet' membabibuta.

IMANSHAH said...

kak Wan

Saya memang lahir 31 hb, malam kul 10 lebey, sikit jam saja mau masuk 1 jan..hehe..

nak pergi lah nanti, insyaAllah

wahida said...

bab pemakanan tu yg susah sikit, sbb saya suka mkn semua.. x de pantang2 pun...

white rose said...

assalamualaikum cikgu IMANSHAH...

begitulah keadaanya, semoga arwah Faizal ditempatkan bersama- sama org BERIMAN...

kat kampung sy dalam thn 2010 ni, ramai yg meninggal disebabkan serangan jantung...kebanyakkannya usia lewat 30an & 40an...

MATI TIDAK MENGENAL USIA kan...


tak lupa juga SELAMAT HARI LAHIR buat cikgu IMANSHAH, smoga sentiasa dibawah lindungan & rahmat Allah...

IMANSHAH said...

wahida

hurm, tulah, saya pun main bedal juga..lepas ni nak berhati2 lah sikit..mujur juga saya tak merokok

IMANSHAH said...

White Rose

Terima kasih. Tulah saya juga risau sebab ramai yang mati muda kerana jantung terutamanyan yang suka merokok..alhamdulilah saya tak merokok.satu lagi depa ni kurang bersenam

nur aisya humaira said...

takziah utk family arwah..
terkejut ble bce berita kt teman2 blogger...semacm tk percaya,semuda itu arwah pergi...
Kte yg masih hidp entah ble akn dipanggil...dgn amaln yg tk seberapa,bekalan ape yg nk dibawa ke sane...dgr pasal mati,menginsafkn diri bgi org2 yg celik atinye...moga kte di bawah lindungan rahmat ALLAH sentiase..:)

IMANSHAH said...

Aisya

Tulah, semua dah ditentukan oleh Allah..Entah esok, kita tak dapat melihat dunia lagi..siapa tahu kan..hurm

IMANSHAH said...

Aisya

Tulah, semua dah ditentukan oleh Allah..Entah esok, kita tak dapat melihat dunia lagi..siapa tahu kan..hurm

NICK IRFAN said...

byk pelakon dan ahli politik meninggal skrg... ape2pun al fatihah buat arwah faisal ni... al fatihah......

lillies said...

kematian banyak menginsafkan kita...umur bukan lah faktor utk kita tidak dijemput terlebih dahulu....

apa2 pn, kita mestila mejaga kesihatan..prevention is better than cure...

Muhamad Zaki Zafir said...

arwah kwn baik ayah saya pun meninggal mengejut.kesnya lbh kurang mcm arwah shamrin fotograf, sakit jantung slps bersukan.

plg baik, kita mulakan senaman ringan spt berjalan dahulu.ulang utk sminggu lbh kurang.rasa jantung ok, steady, baru kita berjoging sikit2 pula.semua berperingkat2.jgn terus pecut je.kita x tau jantung kita mcm mana.

Al-Fatihah utk mereka yg telah kembali kepadaNya.semoga mereka ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.

Qamarul said...

memang on time laa mak kou lahirkan kou.. hepi besday wer

Melor said...

melor pernah merasa kehilangan suami secara mengejut gitu. betul2 meningalkan kesan yang mendalam. sampai kehari ini ia tetap menhantui hidupku.

syira aka sepatu hijau said...

salam


kematiannya menamatkan segala rasa yang ada dihati :(

Aku Cikgu Sekolah said...

tu la ... aku part yang bersenam tu kurang banyak ... asyik bersenam ngan main game je ...

IMANSHAH said...

Qamarul

Memang ontime kan...haha ko g mana new year

IMANSHAH said...

Nck irfan

Bukan depa je, ramai lagi..depa masuk paper sebab terkenal

IMANSHAH said...

lilies

InsyaAllah, sama2 lah kita menjaga kesihatan kita

IMANSHAH said...

Zaki

Dah sebulan ni stop sukan, isnin ni nak mula balik..maklumlah sekolah nddah bukak, mesti sibuk

Hoki, hoki

IMANSHAH said...

Melor

takziah dari saya atas kehilangan arwah suami.Benar sekali, kehilangan orang yang disayangi meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidup kita

IMANSHAH said...

Melor

takziah dari saya atas kehilangan arwah suami.Benar sekali, kehilangan orang yang disayangi meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam hidup kita

IMANSHAH said...

syira

Kematian adalah permulaah hidup abadi

IMANSHAH said...

Aku Cikgu Sekolah

Sesekali pergilah joging kat taman dekat hospital batu gajah tu yeop

nza said...

2lh, siapa sngka faizal pergi diusia yg masih muda.....

IMANSHAH said...

kak Nza

Siapa sangka pulak esok2 saya dipanggil-Nya..tapi mati tu kan pasti, nak tak nak akan datang juga

sonata anak kancil said...

aku sangat sayang jantung hatiku...buah hatiku...oleh itu aku jaga baik2...alhamdullilah takat hari ini pada zahirnya ok...tak tahulah seperti Faizal Yusof...redha ajela mereka yang ditinggalkan...aku nak redha apa...dah padam!

iKhRam said...

dalam dunia kesihatan..
ada dua perkara yang perlu kita ketahui sesuai dgn gaya hidup..

pertama
makan makanan seimbang

kedua
amalkan gaya hidup sihat
seperti senaman, jauhi tabiat merokok dan minum minuman beralkohol serta tidur yang cukup..

CIK TOM said...

mati tue pasti tanpa mengira usia dan ketika....

al-fatihah pada arwah...

Afida Anuar said...

Takziah buat keluarga Faizal Yusuf. Terkejut juga saya menerima berita ni petang semalam.

ahaa, teringat waktu nak pergi buat medical check up dulu. Ada seorang medical assistant tu kata, "Jantung adalah musuh utama negara"..hahahhaa...

saya tahu dia nak kata penyakit jantung, tapi yang terkeluar jantung saja..;)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Ajal tak memerlukan apa-apa sakit kerana ianya mahkluk yang Allah cipta untuk kita bila tiba masanya tak kira kita sakit atau sihat. Yang penting jaga kesihatan untuk memudahkan kita beramal soleh.

ibuintan said...

ajal maut ditangan Tuhan, kita tidak tahu bila waktu kita

bersamalah kita menjaga pemakanan dan kesihatan kita

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

moga iman dlm pemeliharaan Allah senantiasa dan sihat selalu untuk beramal dgn sempurna

Wassalam

Insan Marhaen said...

kalau tidak hari ini, esok kita akan pergi juga. sebab itu kena selalu 'bersedia'..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..bekalan aku tak cukup lagi tapi kalau Allah dah jemput, aku redha...

eszol said...

jaga cholestrol yg penting

gi spital check

nnti saya da keje sy bg check free utk cikgu

Hasrol Nizam said...

kena selalu buat pemeriksaan kesihatan ni. baru tau kadar kesihatan kita macam mana :D

Pendapat anda?
bagaimana merealisasikan azam tahun baru anda?

Afzainizam said...

Welcome..Happy..New..Year
╔══╦══╗╔╦╗  
╚═╗║╔╗║║║║ 
╔═╝║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║║    
╚══╩══╝╚╩╝
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekarang ni ramai yang Mati muda.... Isssshhhh.. Alfatihah buat Arwah Faizal yusoff...

AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

Afzainizam said...

Welcome..Happy..New..Year
╔══╦══╗╔╦╗  
╚═╗║╔╗║║║║ 
╔═╝║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║║    
╚══╩══╝╚╩╝
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tidak sesaat pun terlewat....
Tidak sesaat pun tercepat...
Kita juga pasti kesana....
Ya Allah ampunkan dosa-dosa....

IMANSHAH said...

Sonata Anak kancil

Dah padam??apa yang padam tu kak

IMANSHAH said...

Ikhram

Setuju..jangan on9 sampai 2, 3 pagi, pastikan tidur cukup

IMANSHAH said...

Cik tom

Betul tu, terkanang arwah sepupu yang meninggal di usia 12 tahun, hanya kerana seekor nyamuk...

IMANSHAH said...

Afida

Hehe, yelah tersasul tu, takkan jantung lak..tapi mungkin juga ada benarnya, biasanya kita tak cakap sakit jantung, kita cakap JANTUNg je

IMANSHAH said...

ustaz
Betul tu, tapi lebih baik kalau kita menemui ajal dalam keadaan sempurna kan..maksud ana, bukan di tempat2 maksiat dan sebagainya

IMANSHAH said...

ibu intan

Alhamdulillah, saya dah ada kesedaran sedikit..alhamdulillah saya cuba mengamalkan cara hidup sihat dengan menjauhi rokok

IMANSHAH said...

Rozali

Saya juga mengharapkan Rozali dalam peliharaan Allah dan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai muslim dengan sebaik mungkin

IMANSHAH said...

IM

bagaimana kalau tak bersedia??menjawablah nanti di hadapan Allah

IMANSHAH said...

Sahrom

Hurm, samalah kita, bekalan masih tak cukup..kalau dijemput, mana nak cekau pahala..

IMANSHAH said...

Eszol

InsyaALlah, saya akan mengunjungi tempat anda bekerja nanti..jangan larik lak

IMANSHAH said...

Hasrol Nizam

Baru terhegeh2 nak buat ni..insyaAllah bro

IMANSHAH said...

Afzainizam

Selamat tahun baru bro..azam untuk menajga kesihatan kita , bukan kerana takut mati,,tetapi untuk memudahkan kita beramal dan berbuat kebajikan

Qamarul said...

saye telah ter "link" kan anda di post saya.. harap maaf huhu..

Idalara said...

Salam iman...
itulah yg terdetik kat hati akak..bila pulak turn akak..

tp hari ini akak lebih terkejut,buat jantung hati akak hampir berhenti.....rumah dimasuki pencuri..dugaan buat akak di awal tahun ni..duit yuran anak2 habis di curi...namun alhamdulillah akak dan anak2 tak diapa2kan..

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu.
Bila cerita tentang ajal maut memang menginsafkan kita. Serba tidak keruan jadinya kan. Entah bagaimana pula dengan kita pula nanti~

Tambahan: Selain cara pemakanan yang seimbang dan senaman, ramai juga yang lupa satu perkara. Posisi cara kita tidur juga penting untuk kesihatan jantung.

mR.sYaH said...

betul tu.. penyakit jantung ni mmg berbahaya.. tanpa amaran plak tu.. tapi apa2pun kita kena jagalah kesihatan kita terutama permakanan kita.. apa2pun bykkan berdoa supaya dijauhi drpd penyakit jantung ni..

siti murni said...

Orang kata sakit jantung ni 'silent killer'...datang mengejut. itu lah, lepas dengar berita kematian arwah faizal yusof, saya pun terfikir-fikir...risiko sakit jantung ni...ape simptom2 nyer..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

selamat tahun baru

IMANSHAH said...

Qamarul

Hehe ada lak ter kan..nanti aku nengok

IMANSHAH said...

Salam Kak Ida

MasyaAllah, besar musibah yang melanda..mujor akak dan anak2 selamat ya..Takpelah, duit boleh dicari, nyawa yang penting kak

IMANSHAH said...

Izzah

Macam menarik je..boleh share tak posisi tidur yang macam mana

IMANSHAH said...

Syah

itulah terbaik..Doa moga dijauhkan penyakit selain dari mengamalkan gaya hidup yang sihat

IMANSHAH said...

Murni,

Tengoklah link yang saya berikan tu, mana tahu kot2 membantu

Aretikz said...

Muda bukan lesen hidup.. huhu.. mengingati mati insyaAllah menjadi pengubat hati.. apapapun.. selamat hari lahir kelmarin bro.. saya pun dah lupa, dah ucpa ka belum.. haha..

IMANSHAH said...

Aretikz

Betul tu, jangan tangisi kalau saya pergi dulu..cewahhh

gadisBunga said...

mati itu pasti. kene sentiasa bersedia.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget