WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, January 28, 2011

ANDAI JODOHKU WANITA LEBIH BERUSIA

Bercerita tentang jodoh, seringkali hati terdetik.."Adakah wanita yang lebih berusia ini sememangnya ditakdirkan untukku?" 

Saya mengenali seseorang dalam hidup saya yang baik, taat, matang dan memiliki pegangan agama yang kuat (dari sudut luaran). Namun, perkara yang masih menjadi penghalang ialah, usianya lebih tua dari saya. Siapa dia, berapakan usianya, biarlah menjadi rahsia hidup saya. Saya pernah menyuarakan perkara ini kepada rakan-rakan dan keluarga. Antara jawapan skema yang keluar dari mulut mereka. 
Apakah tak ada wanita yang lebih muda darimu? Kenapa mesti memilih yang lebih tua?
Perdebatan wanita tua yang menikahi lelaki lebih muda dalam  Islam sering dilandaskan pada kisah Nabi Muhammad yang berkahwin  dengan Khadijah. Sudah mafhum bagi kaum muslimin bahawa Khadijah seorang janda berstatus saudagar kaya di Makkah lebih tua umurnyadari Rasulullah . 

Bagi yang menyokong saya, maka seringkali mereka membandingkan kisah Khadijah dan Muhammad S.A.W. Lalu tiba-tiba hati menjadi sayu kerana saya sesekali tidak ingin melibatkan Rasululullah dalam persoalan ini kerana baginda terlalu jauh untuk dibandingkan dengan diri saya yang hina. 

Saya harap kalian sudi untuk memberikan sedikit nasihat buat saya. Mungkin boleh berkongsi pengalaman diri, rakan taulan mahupun ahli keluarga. Saya sudi mendengarnya. Dan pertama kali juga saya menulis tentang  persoalan hati. Wallahua'lam.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

51 GENTA RASA:

Yelena Anastasia Romanov said...

Age is just a number.Islam suruh memilih isteri berdasarkan 4 perkara...rupa,keturunan, harta dan agama. tak pernah sebut pasal umur.
cheers!

Deeyaudeen Sabri said...

@Yelena Anastasia Romanov sokong sokong ! :)

khaifaiz said...

salam, Cinta itu buta dan bahagia tidak ada kaitan ngan usia.. kalau dah itu yg terbaik, apa la salahnya utk mengahwini org yg berusia..

kalau dah terjadi nanti jgnlah disia-siakn plak.. mungkin Imanshah lebih maklum apa yg berlaku dlm jangka masa panjang nti.. so fikir2kn

Muhamad Zaki Zafir said...

skrg ni,semuanya atas kata2 org yg nakkan kesempurnaan kononnya, xnk yg lebih tua.tp bg sy, klu yg lbh tua itu lbih memahami dan cikgu yakin akan bahagia dgnnya, sy rasa x salah utk cikgu memilih dia. :)

dan sy sgt setuju dgn yelena. ;)

eszol said...

@Yelena Anastasia Romanov

saya pon sokong cikgu

cinta itu buta

tapi restu ibu tu penting

kalau sudah rasa hati di curi,elok-eloklah menjauhi maksiat

so kahwin la

persetankan apa yg masyarakat nak kata

kita ikut syarak plak

cikgu pon dah mampu dan berkehendak

da jatuh hukum apa dah tu?

haaa...yg tu klau x taw cikgu bleh tnye ustaz yg ramai2 kat sekolah tu

btw,sy knal ke calon cikgu tu?

~Insan Biasa~ said...

imanshah...

saya juga setuju dengan yelena tu...
kalau dah sama-sama suka dan tiada halangan, apa salahnya.

sepupu saya sendiri suaminya 10 tahun lebih muda...alhamdulillah setakat hari ini mereka bahagia.

dan saya juga setuju dengan khaifaiz...

untuk lebih yakin dengan pilihan tu buatlah solat istikharah...jawapan dari Dia pasti lebih tepat!

dan tips saya noted dari rancangan semanis kurma malam tadi, amalkan doa dengan membaca surah a'raaf ayat 89 untuk mendapatkan kepastian.

semoga kita tak silap pilih ya iman. semoga kebahagiaan akan jadi milikmu.

hazlin said...

kalau dah jodoh....

Seri said...

usia bukan masalah besar

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'a;aikum wbt cikgu...

Islam tidak pernah letak persoalan usia. Paling utama dalam anjuran Islam, agama dan akhlak. Asal kedua-duanya saling memenuhi fitrah.

“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu.” [An-Nisa: 3]

Tambahan:
1. Jika jodoh saya dengan lelaki yang jauh lebih muda pun saya terima. Terima kerana agama dan akhlaknya. Yang penting keredhaan Allah. Ameen.

2. Lazimnya, manusia mudah takut cercaan orang awam. Apa orang akan kata dan sebagainya. Padahal, yang lebih berhak ditakuti adalah Allah [al-Ahzab: 37]

sissyira said...

salam

jawapan yang paling pendek ringkas dan padat..

terima jelah,,,,,tidak salah pun...

Nor moscow said...

Jodoh pertemuan di tgn Tuhan..

Afida Anuar said...

Shah, saya juga sokong. Kalau baik pegangan agamanya, insyaAllah...moga jodoh Shah dan dia kekal hingga ke alam syurga sana...

PS: jangan lupa jemput kitaorang!...saya doakan..

white rose said...

tiada masalah jika diteruskan...
lama2 yg berbicara itu akan senyap & memahaminya 1 hari nanti...

bersabarlah memahami kehendak mereka disamping itu juga bermunajatlah kepadaNYA supaya dipermudahkan segalanya...

ibuintan said...

assalamualaikum Iman,

tahniah kalau dalam hati ada taman yang sedang berbunga mekar... umur hanya sekadar angka, utamakan akhlak dan imannya

dan satu lagi yang penting ada restu ibu Iman, kalau ada restu tu...teruskan....


ibu yg di sini juga mendoakan yg terbaik buat Iman

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Tiada masalah, teruskan asalkan pegangan agamanya mantap yang boleh menghasilkan kebahagiaan berumahtangga...

Un Phat Lee said...

tak sabar rasenye nak rase nasi minyak cikgu nih.hehe.

waruna said...

salam.. bagi saya tiada salahnya beristeri lebih tua dari anda.. cuma janganlah usia itu terlalu beza sangat sampai 10 tahun ke atas. Kalau setakat 4-5 tahun kira ok lah. Sebenarnya bila usia meningkat baru lah kita tahu secara jelas kenapa perbezaan yg sgt jauh agak menyulitkan. Semasa muda perbezaan itu seakan dapat di atasi. Tetapi sekitanya pasangan mampu mengikut rentak yg lebih tua tidak menjadi masalah.

eeeda said...

Salam,
Kita selalu memikirkan apa yang org sekeliling akan kata...
Tapi jarang memikirkan diri sendiri.
Seandainya kita boleh menerimanya dengan ikhlas dan bukan kerana yang lain insya allah perjalanan hidup kita akan diberkati.

eeeda ada seorang rakan yang berusia 47 tahun dan berkahwin dengan lelaki berusia 33 sekarang. Semasa mereka berkahwin lelaki tu bujang berusia 27 tahun dan kawan nie janda anak 2.

Alhamdulillah mereka bahagia hingga kini.

NzA said...

apa ada pd usia???? yg penting kita bahagia.....

Mohammad Aiman said...

memang benar, wanita lebih tua, sering orang pandang pelik. then jawapan yang diterima, Rasulullah dengan Siti Khadijah..
tapi cikgu dah kata tak nak banding dengan baginda. tak layak. jadi saya bagi jawapan saya dari segi lain..


Islam menuntut umatnya agar mengahwini seseorang itu, kerana 4 perkara.. Harta, keturunan, wajah dan agama.. namun agama paling dititikberatkan. kerana dengan wanita kaya, cantik yang tidak beragama, lebih baik ambil hamba sahaya hitam berbibir tebal yang beragama. itu hadis. tetapi, tak de cerita pula pasal umur :)

kalau cikgu rasa beliau dapat jadi isteri yang baik untuk cikgu, ibu yang baik untuk anak2 nanti insha allah, what's the problem? cukuplah bagi saya, kalau beliau mampu untuk jadi kedua2 manusia tersebut..

dalam novel Pudarnya Cinta Cleopatra. kisah mengenai lelaki yang kahwin dengan perempuan berumur daripadanya =) boleh baca kalau minat

cik fiza said...

salam singgah
cinta itu buta..
kalo tuan rasa wanita utk sesuai dgn jiwa dan masuk ke hati, ada apa dgn usia..
kalo nk dgr ckp org sampai bila2 pun tak habis tak selesai...
org cuma bercakap, yg menanggungnya kita..
:)

sahromnasrudin said...

kalau ko dpt mcm rozita che wan..aku sokong huhuhuhh

gadisBunga said...

wah cikgu buat luahan hati. hihi~

nasihat saya, istikharah. :)

Azmi said...

man aku tak reti nak bagi nasihat....wawawa....
kau buatlah pilihan yg terbaik...

AtiqahNajwa said...

Cikgu,

Yg penting hati kita sendiri..
Yakinkan ibu dgn pilihan cikgu tu tak menyalahi apa2 hukum pun.. cuma kita org melayu ni kekadang lebih melihat kpd adat dan kebiasaan yg isteri tu harus lebih muda dari suami padahal perkara ini tidak menyalahi hukum.
- Pengalaman sendiri -

Abu Aiman said...

Tak ada masalah, cuma kita sendiri yang jadikan ianya satu masalah. beberapa org yg saya kenali berkahwin dgn lelaki yang lebih muda, bahagia sampai sekarang. Ada yang dah bercucu.

kakcik said...

Bertanyalah kepada DIA... :)

Ujang9897 said...

sunnah

ikan emas said...

semalam sempat menonton drama Fantasi Cinta Teruna..yg berkisar mengenai cinta lelaki muda + wanita berusia

cinta dan kasih syg tak pernah mengenal paras rupa,bangsa, agama dan usia ..
pokoknya bagaimana nak menguruskannnya supaya ia menjadi cukup sempurna dan tidak menjadi ungkitan di kemudian hari..ingat hubungan itu bukan setakat sehari dua..

hanya yg mengalaminya sahaja yg mengetahuinyaa
oo...indahnya dunia ini !!

semoga sentiasa berbahagia!!

nurkass said...

salam iman..
sekiranya perbezaan umur 10 tahun kebawah, akak rasa tak menjadi masalah..lg pun dia ada ciri2 yg iman sebutkan tu..alhamdulillah..

tak bermakna 10 thn keatas tu tak ok tapi iman kena fikir akan dtg..contohnya zuriat..dll..
akak yakin iman seorang lelaki budiman dan bijak dlm membuat keputusan..berbincanglah dgn keluarga dan mohon restu ibu bapa..tu yg penting..

SiNoMoSa said...

Salam Iman,

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah..
Jodoh pertemuan tidak mengenal usia sebagaimana kisah Nabi Muhammad S.A.W dengan Siti Khadijah..tetapi berfikirlah sejenak, mampukah anda meneladani kepimpinan baginda sehingga tidak akan melukai hati wanita yang berusia itu nanti. Sy tak tau berapa beza umur anda dan dia, namun sesetengah perkara wanita akan cepat tua dari lelaki..sy harap anda faham..

Timbal balik, baik buruknya..jika hati telah nekad, lakukan solat istikharah..namun yang penting ketika solat lapangkan dada, kerana tidak mahu ada konflik interest dari dalam diri anda..

Percayalah, jika telah tertulis itu jodoh anda, I/Allah akan dipermudahkan.

sonata anak kancil said...

tak ade masalah...boleh diteruskan!
kawan akak 10 thn muda...aman damai je...ramai lagi...tua bulan - 1/2 tahun...ok aje

adrenalina said...

Jika dia adalah jodoh untukku..maka dekatkan hatiku dengannya.permudahkanlah urusan kami..dan andai dia bukan jodoh yg Engkau tetapkan untukku.. tenangkanlah jiwa ini. damaikan hati ini...AMIN!!!

Kaseh said...

jodoh pertemuan ditanganNYA , tetapkan hati, yakinkan diri..insyaALLAH .. :)
pendpt ikhlas dari akak..tak salah dik oii.. tua muda ada perasaan gak.. salah sgt ke yg muda nak kenal ngan tua... :)

nabilah_2908 said...

istikharah lah...insya'Allah..akan ada jawapnnya... :)

tungkaran hati.blogspot said...

jodoh kan ditangan tuhan!

nas said...

xkesah la kalau jodoh kita ngan org yg lebih berusia...
cuma walaupun teman dunia nie berbeza usia..tp teman akhirat sebaya :)

Areef Ibn Naim said...

salam,

wah, cikgu iman, dalam hati ada taman... hehehe...

ni ke masalahnya yg membuatkan cikgu iman masih membujang...

bg pendapat sy, klu cikgu iman betul2 serius, mmg cikgu iman perlu berjuang bermatian demi suatu cinta suci...

istikharahlah, bincang baik2...

benda ni mmg agak 'kurang biasa' di kalangan masyarakat kita, tapi bukan 'luar biasa'...

p/s - if berkelapangan, jom join contest di blog sy, tq

Kaseh said...

LIKE komen dak Nas nih.. good answer :)

Dinas Aldi said...

Kalau dah jodohnya begitu, apa salahnya dik. perlu redha, ikhlas & mendapat restu agar perkara ni tak diungkit di belakang hari. insyaallah, akak doakan kebahagiaanmu dik!

Daun Bidara said...

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita

Raji berkata said...

alamak
nk tolong nasihat cikgu
tapi saya sndri pun xberpengalaman xD
kalau saling menyukai nk buat cmner kan ^^

lillies said...

actually x berapa pandai sgt nak bg nasihat ni..tapi apa2 pun restu ibu tu penting...buatla solat istikharah..mintak petunjuk dariNya...

InsyaAllah..mesti ada jawapannya...

kalau hati dah suka, kenapa mesti kita biarkan?? nak cari insan yg memahami kita ni susah iman...bila dh jumpa tu, jgn tgggu lama2..nanti lama2 dia diambil orang...

take care...

p/s : jgn lupe jemput tau.. =)

hysman said...

klu dah jodoh tak kemana cikgu..
yg pntg restu ibu..
restu ibu sama dgn keredhaan Allah SWT...so byk2 berdoa...
pd kwn tak salah pon...

- abdul hadi abdul muti - said...

bawak la calon cikgu tu pergi jumpe family..tak kenal make tak cinta

h A n Y S said...

wah2 cikgu~ bila rasanya sy boleh rasa nasik minyak free dr cikgu ni..?hee..

btw, ni soal hati dan kehendak masing2..dan tentunya sy setuju dgn cikgu,jika hal ni tidak dibuat perbandingan dgn Rasulullah, baginda seorang RASULULLAH..

nasihat dan cadangan sy, kalau cikgu betul2 sayangkan dia, go ahead!tell her that u love her! cepat! sebelum org lain grab..(hehe..)

dan pastikan jg si dia sendiri tak kisah tentang jarak umur kalian..ni pon penting jgk, takkan nak bertepuk seblah tangan, rite..?

lagipun jodoh di tangan Allah..who knows maybe she's the right one for u..minta petunjuk dr Allah dgn solat istikharah, insyaallah Allah bantu..
;)


kalau ada berita gembira ttg isu ni, jgn lupa share sama ye!
*excited*
;D

mR.sYaH said...

xkisahlah sama ada berusia atau tidak.. yg penting dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik seperti yang disyariatkan dalam islam..

semoga cikgu ketemu jodoh yang baik.. InsyaAllah..

nub said...

aiyh berkurun dah x mai sini.

bila tah nak merasa melantak nasik kenduri..duit skolar tak masok2 lagi nih... hahaha

Hanif Omar said...

cikgu
cepat2 kahwin
takut2
banyakk lak scandal
kluar pada mulut2 students

biasa argh
ingat lelaki tak pandai gossip ke?

ejayspj said...

Sbnarnya mmg tak salah..semuanya bergantung kpd hati.jika niat utk memperisterikan wanita itu..alhamdulillah mmg sgt mulia.Jika niat kita ikhlas..Insyaallah akan Allah permudahkan urusan kita.Tetapi, tak bermaksud tiada tentangan, cabaran itu mmg ada.Cuma, sbg perempuan sy hanya mahu saudara memikirkan jika usia saudara sdh masuk 30-an, wanita itu pula dlm 40-an, adakah hati saudara masih setia kpdnya.Sy seorang perempuan dan sy juga mengambil kisah saudara ini dgn meletakkan diri sy di dalam 2 situasi iaitu situasi saudara dan wanita itu.Namun, sy amat menghormati niat saudara kerana tidak semua lelaki mempunyai pemikiran terbuka seperti saudara. Berdasarkan kriteria wanita yg saudara nyatakan, sy amat tertarik bila saudara nyatakan mmpunyai pegangan agama yg kuat. Sy yakin, ciri2 seorang wanita muslimah itu tdk akan merugikan saudara. Teruskan niat saudara dan berdoalah kpd Allah Ya Rabb..Moga segalanya akan dipermudahkan..InsyaAllah..

musafir said...

go go for it

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget