WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, January 20, 2011

KAU ISTIMEWA

Salam buat semua. Alhamdulillah, cuti Thaipusam ini dapat jua saya mencuri sedikit waktu untuk menulis. Walaupun terasa otak agak tepu dengan idea-idea baru lantaran diri dibebani dengan tugasan dan hambatan kerja yang semakin banyak. Namun Alhamdulillah, semuanya dapat dibereskan dengan sebaik dan sehemah mungkin. Mungkin pada sesetengah orang berpandangan bahawa kerjaya seorang guru adalah mudah dan punyai banyak masa untuk istirehat. Namun, rasanya jika diberi pilihan untuk menambah bilangan jam sehari menjadi 30 jam pun sanggup.

Usai solat subuh di Masjid Azlan Shah Jalan Dairi,  siap berpakaian kerja, bergerak pula ke pasar Taman Cempaka untuk membeli sarapan dan kadang2 jam 6.45 sudah bersarapan di Mc Donalds. Haha orang kaya..ngehngeh. (jangan marah gurau je)  Kemudian hadir ke sekolah untuk mengajar sehinggalah jam 4.50 petang. Apabila jam menunjukkan 5.15 petang, membawa diri pula ke padang untuk memantau latihan hoki. Untuk sebelah malam pula, selepas solat maghrib, tugasan di koperasi menunggu. Perniagaan waktu malam bermula jam 8.00-10 malam. Sambil-sambil tu, siapakan proses menanda latihan pelajar. Dan keadaan ini akan berulang hampir setiap hari, membuat rutin yang sama. Makanya jumlah jam berada di sekolah adalah 15 jam sehari. Rasanya dinding sekolah pun dah menyampah tengok muka yang sama.

Buat teman-teman yang sentiasa menjenguk dan sesekali meninggalkan jejak pada Hok Sengoti, saya mohon maaf jika tiada kunjungan balas dari saya. Jangan berkecil hati kerana anda semua cukup istimewa di hati saya. InsyaAllah, minggu-minggu awal persekolahan dan kesibukan semakin berkurang, saya akan sentiasa bersiaran seperti sediakala dan sesekali bertandang ke teratak kalian.

Mari mengait si buah laici
Buat bekalan pergi berburu
Bukan hati hamba membenci
Hambatan masa makin cemburu

Kalau mengail ikan cencaru 
Hasilnya dijual di negeri Kelantan
Hambatan masa makin cemburu
Sahabat semua dalam ingatan

Pergi berperang Laksamana Bentan
Sayang mati ditikam belati
Sahabat semua dalam ingatan
Sudah kemas tersimpul mati


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

25 GENTA RASA:

sicomot-comel said...

Tp kn, kalau dah nama cikgu ni, salunya cuti pown dah xnmpk mcm cuti..
ada je halnya.
nak-nak kalau cikgu yg dah kahwin.ciannyee..

p/s:cikgu shah,buang la word verification ni.kesian org nk komen.huhu.

nabilah_2908 said...

full dengan aktiviti...huhu..

xpe la...faham sibuk...tk kecil hati lah.. :)

sibuk2 juga...kesihatan jgn abaikan..(^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DD BACK TO SCHOOL

IMANSHAH said...

@sicomot-comel
Alalaa, yeke tak perasan, nanti buangkan..eh camner ek??ajaq sikit

IMANSHAH said...

@nabilah_2908
thanks ye..haha jgn kecik hati, hari ni nak BW puas2

IMANSHAH said...

@sicomot-comel
sudah2...baru buang

Lelaki Ini said...

KAT KEDAH TAK CUTI!
beshnyew kalo cuti..
tapi cikgu kita nieyh tetap busy ek?

si para para said...

sibuk itu biasa..
sajak kat bawah tu yang luar biasa.hehe

err ornag panggil saje ke pantun tu eh..

white rose said...

memancing ikan di dalam kabin
ada ikan puyu, ada ikan keli
wahai cikgu shah yg sangat rajin
jangan risau, kami ttp disini.

berilah tumpuan sepenuh hati,
jadilah guru yg dedikasi,
jangan sampai mengabai kesihatan diri,
sentiasa senyum sampai nampak gigi.

IMANSHAH said...

@Lelaki Ini
Tak cuti ke??takpe kerajaan kedah amik cuti len

IMANSHAH said...

@si para para
Pantun le bro..sapa ajaq BM ni dulu, tentu menangis cikgu tu

IMANSHAH said...

@white rose
InsyaAllah akan sentiasa menjaga kesihatan..huhu

Kalamhati said...

sapa yg jadi cikgu faham la cemana kesibukan tu..

tho ada yang hanya bekerja smpi petang je..Imanshah smpi malam..hhhuhu dan ulang rutin sama setiap hari..sungguh memenatkan..

Kalau ada yg kata keje cikgu mudah..moh ler kita tuko tempat sehari je..hihihi

IMANSHAH said...

@Kalamhati
tulah, boleh je tuko kan..tapi ok lah, kira ok..jgn kita merungut kan..buat sudah

nur aisya humaira said...

nasib baik tk de isteri lagi...klu tak,mahunye kena berleter...
tk igt nak balik umah ni!!haha..
gurau2 petang cekgu..:)

IMANSHAH said...

@nur aisya humaira
Haha berleter tidur hotel lah..wakakaka

nur aisya humaira said...

haha..tk baik cekgu...;)

IMANSHAH said...

baik je..kahkah

MiaZarra said...

Bunga Cempaka di dahan tinggi,
Makan coklat smbil ketawa,
Cikgu sntiasa diingati,
Dah dekat tapi tak sempat jumpa.

Mari berkelah naik basikal,
Makan sandwich dengan lada,
Apa khabar teman di sepital?
Semoga cepat smbuh leh ngajar semula.

ibuintan said...

salam iman,

orang luar hanya nampak luaran saja, tu sebab banyak yang kata kerja cikgu sangat mudah dan banyak rehat, banyak cuti, tapi kita yang berada didalamnya... kita saja yang tahu, memang kalau boleh nak minta 30 jam sehari supaya ada masa rehat yang mencukupi

Afida Anuar said...

Patut la bizi sangat... Kalah PM ni shah. PM pun kerja 8 jam je sehari..errr;)

IMANSHAH said...

@MiaZarra

Naik kuda ke pasar tamu
kuda kulari sangatlah kencang
Panjang usia kita ketemu
Allah jua sebaik perancang

Pekan Rabu letak di Kedah
Membeli sepasang sarungnya bantal
Teman sekerja sihatlah sudah
Sabtu ini keluar hospital

IMANSHAH said...

@ibuintanbetul tu, perlukan masa untuk berehat juga

IMANSHAH said...

@Afida Anuarkalah kak Rosmah le

sicomot-comel said...

@IMANSHAH

yeah..bgus3 =D

~Insan Biasa~ said...

Cikgu berdedikasi kalau kerja sampai leka,
Release stress menonton cerita kartun;
Entri sekolah kehidupan bagus belaka,
Nak-nak kalau penulisnya menyusun pantun.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget