WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, January 30, 2011

KELANTAN JUARA PIALA SULTAN AHMAD SHAH 2011



SHAH ALAM, 29 Jan — Juara Piala Malaysia 2010 Kelantan memenangi pertemuan sumbangsih untuk menjulang Piala Sultan Ahmad Shah malam ini. Kelantan membawa pulang piala itu menerusi pertemuan julung kali baginya dengan mengatasi Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam. Ini kali pertama Kelantan menguasai piala itu yang diperkenalkan 26 tahun lalu dan muncul pasukan ke-13 memenangi gelaran tersebut. Perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah yang lazimnya juga dikenali sebagai Piala Sumbangsih diadakan sebagai pembuka tirai Liga Malaysia musim ini, melibatkan Selangor, selaku penyandang juara Liga Super 2010 dan Kelantan sebagai juara Piala Malaysia musim lalu.
Sebagai rakyat Kelantan, Cikgu Imanshah amat berbangga atas pencapaian cemerlang pasukan Red Warrior ini. Nampaknya pembaharuan yang dibawa oleh Tan Sri Anuar Musa telah memberi dimensi baru terhadap pasukan yang dulunya dikenali sebagai Kijang ini. Alhamdulillah, saya doakan semoga pasukan Kelantan akan terus cemerlang pada musim 2011 ini walaupun mendapat khabar buruk tentang penggantungan B.Sathianathan. Apapun kita meletakkan harapan yang tinggi buat skuad pimpinan Datuk M .Karathu supaya terus mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, disamping memburu gelaran juara Liga Super dan Piala F.A.

GOMO KELATE GOMO!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Mohammad Aiman said...

salam..
saya baru balik dari kedai Murni kat PJ.. then tengah stok makan, ada nampak sekumpulan pemuda baju merah, datang nak makan..

baju, Red Warrior tulis kat depan..
hehe.. dapat tau result dari dorang lah..

yang paling xleh bla, kat blakang baju, tulis,

Go More, Kelate! Go more!

^_^

IMANSHAH said...

tahniah juga untuk aiman..bapaknya ibunya org kelantan..hehe

mR.sYaH said...

tahniah kelantan.. kelantan mmg hebat.. oh kampungku.. gomo jgn xgomo..

eszol said...

tergelak baca cerita aiman tu

Wan Fakhrul Rin said...

Haha.. Go More ye.. nice! Tahniah Kelantan.. Tak rugi Kee bersusah payah nak balik CNY ni.. huhu

Hasrol Nizam said...

tahniah2 kelantan. tak sempat nak tengok tadi :D

IMANSHAH said...

@Hasrol Nizammacih2..saya pon dok tengok

IMANSHAH said...

@Wan Fakhrul Rinhurm, berbaloi lah kan..aku gak tak kelik..haha

luahfikiran said...

SALAM,
MU BUKAN ORENG KELANTE TAPI MU CUKUP GEMBIRA. MENANTU MU ORENG TANAH MERAH. TAHNIAH DAN TERUS MARA !

NzA said...

ni sore lg rakyat klate mari...banggo sungguh weh raso...
GOMO KLATE GOMO...hidup Red warrior!!!TAHNIAH!!!!

mie said...

tahniah....
walaupun gue xtgk pun..
eheheee

Mohamad said...

Tahniah...
Semoga kejayaan berkekalan .. usaha dan terus usaha dan pastikan sentiasa cemerlang..

Raji berkata said...

go Kelate go~!! ;D

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget