WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, January 6, 2011

DODOIKAN ANAK SAYA!!

Kisah satu

Hari itu kami dikejutkan dengan kehilangan seorang pelajar tingkatan 1 dari asrama. Segenap pelusuk sekolah kami redah, setiap penjura asrama kami masuk. Namun, semuanya tak berjaya..Hilang tanpa berita. Ibunya di kampung mula gelisah mengenangkan anak yang jauh di mata. Hati tergerak untuk melihat di Masjid Sultan Azlan Shah. Rupanya di sana dia tidur, keletihan. KES LARI DARI ASRAMA. Akhirnya dia keluar dari alma mater dan berpindah ke sekolah di kampungnya.


Kisah dua

Pagi itu selepas pulang dari sarapan, kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari Sekolah  Agama I, memaklumkan salah seorang dari pelajar tingkatan 1 kami pengsan di hadapan pondok jaga mereka. Sudah, bila pulak dia ke sana?? Akhirnya dia dibawa pulang. Modus operandinya ialah pengsan. Alhamdulillah, selamat dia di sini selama lima tahun. Masuk tahun ke-2, pengsannya sudah hilang. Apatah lagi aku memujuknya untuk turut serta dalam pasukan bahas.


Kisah 3

Cikgu, boleh tolong datang ke asrama tak?? Anak saya tak nak turun keretalah!!

Mak aii, meraung-raung pelajar tingkatan satu kerana tak mahu turun dari kereta. Yang lebih trajisnya ialah, dia mengikat kakinya pada tempat duduk kereta. puas kami memujuk, jenuh juga menggula-gulakannyya. Akhirnya berjaya juga menghabiskan tempoh lima tahun di sekolah ini.


Kisah 4.

Cikgu, saya terlalu ingat kat family lah. Saya nak keluar dari sekolah ni.

Meh cikgu bagi air penawar.

Lalu aku mengambil botol mineral dan membaca apa yang patut ayat-ayat suci Al-Quran. Nak dijadikan cerita, dengan izin Allah, air penawar tersebut menjadi walaupun tiada niat untuk berbuat demikian. Masih terngiang-ngiang:

Cikgu terima kasih buat saya air penawar, saya dah tak rindu dah family saya!!


Kisah 5

Cikgu, boleh ke saya peluk cikgu??

Hah? Kenapa??

Saya ingat kan ayah saya. Muka cikgu macam ayah saya..

Erk?? Ok2..kalau itu boleh membahagiakan kamu!!


Nota kaki Imanshah :

Inilah secebis kisah dan gelagat para pelajar Tingkatan 1 sewaktu mula-mula menjejaki kaki ke sekolah bintang. Bukan apa, mereka ni terpaksa berpisah jauh dari keluarga dalam usia muda. namun yang paling tidak boleh dilupakan ialah ada ibu pelajar yang menelofon minta supaya ditepuk-tepuk anaknya sewaktu nak tidur. Ala-ala dodoikan. Huhu macam baby sitter lak na!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

52 GENTA RASA:

MasZuber said...

salam ziarah,

ingat lagi mase form 1 dolu-dolu, duduk hostel tapi paksa ayah jenguk kt hostel tetiap hari selama 2 minggu. memang homesick ketika itu.

IMANSHAH said...

MasZuber

Tulah, kalau keluar sekolah mesti menyesal sekarang kan

sissyira said...

salam

cikgu jom joint

http://www.sissyira.com/2011/01/woot-woot-bloglist.html

IMANSHAH said...

insyaAllah

sonata anak kancil said...

anak akak semua duduk di asrama...macam2 kisah - macam2 ragam...kalu tak kuat semangat - tak jadi seprti sekarang ! semuanya membesar berkat nasi kawah...yang menangisnya lain...selipar jepun ntah berapa puluh pasang hilang tak tahu la...tak kira pun !

Aretikz said...

Mula2 masa form 3.. rasa pas pmr nak stop.. tau2.. melangkau hingga upper 6.. otai trus di sekolah.. hehe.. apapapun.. tahniah pertukaran domain itu.. hehe..

Semarak Api said...

hahaha..kisah 3 plg klaka! sy ms form 1 dlu pon sbln jek duk asrama.ari2 duk tpn mak nangih2 nk kua.ikn goreng keras la..nsik x msk la..selipar jpun ilang la..sbun jtuh msuk lubang jmbn la..mcm2 alsn bg.hahah!

Afida Anuar said...

Aduhh tetiba rasa suwit pulak baca kisah2 ni...nak kena dodoikan pun ada!...alahaii..habis tu shah dodoikan ke idak?errrr

IMANSHAH said...

Kak Sonata

tulah, nasik kawah jugak yang membesarkan mereka..tapi satu habit depa bila balik rumah ni tidoq..betoi tak

IMANSHAH said...

Aretikz

kan...pengalaman mendewasakan kita kan..terima aksih, orang lain dah berkurun ada domain, kita baru nak ada

IMANSHAH said...

Semarak Api

haha, ilang selipar tu benda biasa..lain kali manggakan selipar

IMANSHAH said...

Afida

tak kose, g jenguk then suh tidoq

iKhRam said...

teringatkan pengalaman diri utk keluar dr menetap di asrama.. bertahan sehingga 4 bulan..

bila2 dikenang2kan.. memang lucu cara saya mengugut abah dan emak.. tp sy lebih selesa belajar di sekolah harian..

IMANSHAH said...

Ikhram

Mana2 pun sama, di asrama pun ada kelebihannya..cuma cara kita membawa diri untuk mencapai kejayaan

Nur said...

hahha..macam2 ragam..dlu pon x nak pegi skolah jgak..sbb ketat dengan peraturan..adeh...tapi habis jgak 2 thn kat sane...berjaya~!

Mohamad said...

Salam imanshah...
Macam-macam kerenahkah.. biasalah budak2. Baru nak mengenali alam asrama dan berjauhan dari ibu bapa. Bimbang, cemas, takut dan macam-macam lagi. Begitu juga kami di sini, namun ada pelajar yang memang membesar di asrama.... sejak dari tahun satu lagi. Sudah berdikari dan jauh dari ibu bapa...

Asrama kami di sini faham2 saja lah.. banyak yang berkeadaan daif. tak seperti asrama sekolah Iman. Itu belum terputus bekalan air.. merana..

Tapi setakat ini syukurlah mereka dapat lalui dengan baik dan semoga menjadi kenangan indah dalam hidup mereka...

IMANSHAH said...

Nur Alhamdulillah, akhirnya berjaya..anda salah seorang daripada mereka yang hebat

IMANSHAH said...

Mohammad
Tidak dinafikan seklah2 di kawasan pedalaman agak ketinggalan dari aspek pembanguan insfrastukutur. Namun, memperoleh kejayaan dalam kedaifan itu boleh diikira satu pencapaian yang sangat hebat. Sekolah saya pun kemudahan dan kelengkapan asrama tak berapa mencukupi. maklumlah sekolah tua. dah 50 tahun lebih

cik bebel sentiasa said...

ahhahah...macam2 kerenah....

IMANSHAH said...

cik bebel

kalau jenis yang tak suka melayan karenah budak2, lama dah kena lempang

nub said...

hakhak.. seb bek gua x macam tu..hiiihi

IMANSHAH said...

nub

eh?bukan kau dulu yang hari2 nangis nak balik..

eszol said...

sapa kisah no 2 n 3 tu cikgu?
reply dekat entry saya

kakcik said...

Tingkatan 1 pun macam masuk tadika, ya?

IMANSHAH said...

Eszol

Sudeh, dah reply

IMANSHAH said...

Kakcik

haha, biasalah kalau ramai anak manja..lagipun depa bukan dtg dari perak je, kadang2 jauh dari perlis nun

eszol said...

suda boleh ku agak

hahaha

IMANSHAH said...

eszol

haha kau memang hebat

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu..:)

Banyak kisah menarik di sekolah kan...

Amy Syaquena said...

Dulu pun pernah tak nak pergi sekolah jugak sebab tak suka dengan guru kelas yanga syik moody je tapi last2 habis juga than terus ngam lagi gan cikgu tue he3..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

seorang guru pasti banyak kisah dan alkisahnya yang mencuit hati. itu semua ragam yang mengajar kita berentak dengan alam kehidupan para remaja yang meningkat usia.


harus banyak sabar dan juga sering berkomunikasi dengan mereka, brulah impak tinggal di asrama tu mendalam buat mereka kerana mereka andaikan tinggal seperti dalam sebuah keluarga besar yang harmonis dan sejahtera serta selamat untuk mereka belajar da hidup seperti sediakala di rumah adanya:)

happy new year 2011!

IMANSHAH said...

Abd Razak

Kisah yang akan membuatkan seorang guru akan sentiasa tersenyum setiap kali terkenangkannya

IMANSHAH said...

Amy

Ye ke?/Alhamdulillah, kadang2 guru yang paling kita tak suka masa sekolah akan jadi sahabat yang paling rapat

IMANSHAH said...

Fifiey

Betul tu, tinggal di asrama ibarat sebuah keluarga besar, lebih dari segala-galanya

hysman said...

igt dulu darjah satu atok van tu dukong saye naek van,pesal takmo gi skolah..
hahaha

naz said...

hahahaahah macam kelakar dgr kisah budak2 ni.

IMANSHAH said...

hysman

sekarang kalau jumpa atuk tu mesti malu..hehe

IMANSHAH said...

Naz

Wohoho itulah..kelakar bila dikenang semula

Amir Batrisya~ said...

memang indah sirah seorang guru!
terus berkhidmat demi anak bangsa~

IMANSHAH said...

Amir

ya indah dan menyeronokkan. Sirah itu akn menjadi epik untuk zaman berzaman

Mohammad Aiman said...

Haha..
kisah ke 5 yang mahal tuh!


anak sendiri bile la pulak eh..

IMANSHAH said...

Aiman

Haha, tapi batch kamu saya takde kenangan sangat masa form 1

James Buns said...

CIKGU BOLEH TAK SAYA NK TABUH CIKGU?

MUKA CIKGU MACAM MUKA SENIOR YANG TIBAI SAYA DLU.

KAH KAH KAH.

*****

harap cikgu boleh balas.Iya,Jika itu membahgiakan kamu.

IMANSHAH said...

James Bunns

boleh je, jika itu membahagiakna kamu

nza said...

kelakarkn kerenah anak2 murid kita semua...
ttp yg paling tragis suami akak, ada ke patut ke tiga2 anak dara akak ditawarkan belajar ke sk brasrama masa ting 1 ttp ayahnya xbagi...risau takut dia yg akn merindui anak2nya...hu.hu.hu....

IMANSHAH said...

nza

Ada gak kes macam tu, tiap2 minggu datang jenguk sekolah..tak dapat tengok anak, tengok bumbung pun jadiklah

white rose said...

best betul melayan pelajar2 asrama nih...

sy penah uruskan sekali...

uih...pengalaman yg xdpt dicari...

Citarasa Rinduan said...

sure abang shah penyayang..
hehehehhehe

ijatnuar87 said...

alahai...tachingnyer la...siap mntk tlg dodoikan tu...bistu cikgu wat ker?hehehe...
stat duduk asrama masa tingkatan 4,time tu ayah pom ngaja skolah sama...jadi boleh la g skolah dengan ayah...tp disebabkan semangat asrama ni kuat,mntk ddk asrama,dgn kawan2,hehehe

IMANSHAH said...

white rose

yelah, dok jaga budak laki ni fening juga

IMANSHAH said...

Ayu

Penyayang la sangat kan..kahkah..

IMANSHAH said...

Ijat

wohoho anak cikgu ghopenya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget