WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, January 26, 2011

LIMAU UNTUK CIKGU

Di satu pagi, berlaku perbualan ini di koperasi.

Ini cikgu ada dua peti limau. Haliah dari wa buat cikgu. Bukan apa, laya cina sudah lekat oo. Wa beli manyak mahal , manyak baik ooo untuk cikgu. Nanti lu makan ye. 
Ooo, awak sangat baik la Simon, terima kasih. Happy Chinese New Year ya. Saya makan dengan anak murid saya nanti. 
Ini wa bagi limau nanti lu jangan amik olang lain punya aiskrim oo. Tiap-tiap tahun amik saya punya woo. Lu manyak baik la cikgu.  
Eh apahal pulak saya tak boleh ambil aiskrim syarikat lain. Eh lu ambil balik limau u. Tak mau saya. Jangan nak rasuah-rasuah saya walau dengan limau.  
Hayya sorry cikgu, wa gurau saja...terima kasih ya. Wa pergi dulu..

Aku hanya menggeleng sahaja. Sudahnya limau tu aku berikan kepada anak-anak murid aku semuanya. Hurm yalah musim perayaan ni, banyak sangat limau sampai ke sekolah. Sampai nak naik muntah makan limau. Pergi kantin bau limau, di pejabat ada limau, naik ke bilik gurupun banyak limau. 

Berbalik kepada perbualan tadi, aku selalu juga menghadapi situasi ini. Bagi hamper, nak mintak bisness lebih takpun suruh jangan ambil syarikat lain punya. Namun selalunya aku akan beri amaran, aku nak ambil hamper tu untuk makan dengan budak-budak. Untuk peluang bisnes, ikut peraturan. Itu yang kadang-kadang pembekal-pembekal ni bengang dengan aku. Bukan apa, aku rasa tak mahulah terlibat dengan perkara-perkara syubhah ni. 

Bercerita tentang limau ni, terkenang sewaktu bekerja kilang di Johor Bharu. Setiap pagi, pemilik kilang akan letakkan limau di tokong sembahyangnya. Katanya untuk sembahyang. Habis je sembahyang, limau an hilang. Rupanya kawan-kawan aku yang tukang rembatnya. Bila tokey bising cakap limaunya hilang. Ramai-ramai kami menjawab..

Tuhan boss sudah makan tadi lepas semayang.
Luorang ingat aku bodoh ka. tokong mana boleh gerak..
Hehe, pandai pulak dia fikir, tokong tu keras tak boleh bergerak. 

Boleh pulak dia marah kami.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

39 GENTA RASA:

ibuintan said...

salam Iman,

sibuk nampak, kira limau ka?

begitulah kan... ambil hati pelanggan, kat ibu tak sampai lagi..

Citarasa Rinduan said...

salam..
bab rasuah>>
ayu pun tak suka, biar tak makan dr makan benda yang datang dr tujuan tak eloks


kat citarasa rinduan ada 3 kotak... siapa nak makan??? ambik!!!!

Adinda Amy Sensei said...

salam..

hai...lama tak singgah laman awak..
wah, ada buah limau rupanya..
:)

Sham said...

shah, nak cite kat ko masa aku keja kilang dulu,berkotak-kotak limau dapat dari suplier.habis tahun baru cina suara mesti jd cam ramli sarip...

eszol said...

saya tergelak

itu tauke ais krim yg dari dulu tu ke cikgu?

nnti bg sket limau tu kat sy

x mrase lg limau mandarin tahun

Azmi said...

hehe....nak rasuah dgn limau...bgi la duit kan???
haha...
tauke tu thu pulak yg tuhan dia tak leh gerak tpi tetap duk sembah..haha

ckLah@xiiinam said...

Jangan makan limau ni banyak sangat. Batuk nanti....

Muhamad Zaki Zafir said...

jgn dia beli maruah kita dgn harga sekotak dua limau.kalau sy, cmpk terus je.dia cuba rasuah, terang2 dia tak hormat maruah kita. :)

mR.sYaH said...

skang senang nak dapat buah limau..
baguslah cikgu buat macam tu.. rasuah ni xelok.. walaupun dgn buah limau.. biarlah berniaga dengan jujur..

white rose said...

stakat ni xde laa sape2 nak bagi limau...

pembekal2 barang sekolah pun xde hati nak bagi limau...

katanya MAHAL...

h A n Y S said...

apa best nak rasuah bagi limau, bagi lah duit berkepuk-kepuk ke..(bukan keropok loghat pata timo ea)ehehee

*kidding*

;D

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba Tumpang lalu

limauuu... limauuuu.... yup ni musim buah limau walau pun tak ade tanam pokok kat kebun..... aku dapat 4 kotak limau weehhhhh tak habissss pasal masammmmmmmm nak bagi kat orang tak lehhhh pasal tak sedap

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu,

Mudah-mudahan limau bukan simbolik rasuah. Hehe saya pun ada dapat limau pada minggu lepas~

Tambahan: Kecik-kecik dulu saya takut nak makan limau yang diberi oleh mana-mana cina. Maklumlah, Tokong depa kan suka makan limau. Hehe takut makan limau recycle~

sissyira said...

salam

depe mmg mcm tu, bagi benda dgn harap nak benda lain =(

lama tak makan limau ni..pos rumah sikit ..heheh

Afida Anuar said...

Bab2 tu tau pulak depa jawab, tapi still duk sembah...depa ni pandai mmg pandai, tp bab tu... ah hidayah tu datang dari Allah..kenapa harus kita pertikai.

takde pn orang nk kasi limau kat saya cikgu..huhu

ijatnuar87 said...

heheheh...rasuah dgn limau jek?tak update btol la diorang nih...bui la pitis ko,baru la cikgu iman nak,hehehe

en_me said...

sodappnyer limau mandarin kanns.. ihiks

nur aisya humaira said...

Assalam imanshah..:)
aii,kt sekolh pn ade jugak macm tu...

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Tahu pulak boss tu tokongnya tak boleh bergerak erk, namun kalau dah takder taufik dan hidayah tetaplah dia dalam keadaan kekufuran

Aretikz said...

Yezza, limau2 xboleh lepas, hehe.. banya ong woo, ahakz.. Xpayah pakai pewangi sepanjang CNY ni.. hehe.

AtiqahNajwa said...

Cikgu,

Kalau nak bagi ikhlas lah ye, ni tidak.. ada udang balik mee..

IMANSHAH said...

@ibuintanmemang sibuk dok mengira ni..hehe

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduansila lah pos kt saya di ipoh ni

IMANSHAH said...

@Adinda Amy Senseitulah, saya pun jarang, sebab tak berpeluang

REPUBLIK N9 said...

ngidam limau...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum cikgu..

fresh limau 1MALAYSIA 1?? hehehehe

Ujang9897 said...

hahaha..aku tak merasa lg limau stakat nie

nabilah_2908 said...

kt sini pun dh bnyk limau...

supplier bagi...salah satu cara tuk menjaga hati customer juga...elak dari kita cari supplier yg lain..huhu.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SAYANGI PEMBACA ANDA

apezs shah said...

salam

kat apezs ni tak bagi ke u..
sampainya hati.. saya ni anak murid cikgu gak ni.. hish! nak boikot laa ahaha... limau sedap.

wahida said...

saya x boleh mkn limau bebyk, nnt asma attack!!

miss sue said...

dtg folow akak..sedap nye limau~

hazlin said...

dapat makan limau ni setahun sekali...
kita makan tapi cina buat baling kat dalam sungai.. takpun letak kat tokong dia....
wakakaka...

nurkass said...

haha..ada udang disebalik mee rupenyer..byk betul limau..pos sini sekotak..haha

NzA said...

kalu dh byk boleh mandi limau...mesti semerbak baunya tu....

Dinas Aldi said...

hisy, gitu la pulak! nasib baik akak takda dapat limau2 rasuah gitu, selamat akak.

gadisBunga said...

salam. kitorg kat sini kalau ada yg bagi limau kitorg amik. sebab depa tak penah pulak letak syarat2 macam tu...

kalau harga supplier lain lagi murah mesti la kite amik yg lagi murah kan, walaupun dia dah bagi limau berkotak2. huhu~.

JIJI YU said...

umah aku ni dah berkotak kotak dah limau..ehhe

Miss Yaty said...

zaman sekarang macam2 lah teknik nak bagi rasuah..
atas kita perasan atau tak kan..baguslah kala sedara sentiasa berhati2 menerima pemberian org lain..

azzey said...

Nk juga limau yg free.......:)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget