WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, January 8, 2011

MADU TIGA

Kalau isteri tua merajuk
Balik ke rumah isteri muda
kalau dua-dua merajuk
Ana kahwin tiga

Bait-bait lirik lagu petikan filem Madu Tiga yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Selama ini, aku belum bertemu secara dekat dengan lelaki yang kahwin tiga. Namun, pada tahun lepas, aku dipertemukan dengan bapa kepada seorang pelajar ku yang memiliki tiga orang isteri. 

Orangnya masih muda dalam akhir 30-an, tetapi sudah mempunyai 9 orang anak, anak yang sulung berusia 15 tahun. Tanpa ditanya beliau memberitahu pada tahun lepas, beliau baharu sahaja berkahwin dengan isterinya yang ke-3. Dia hadir bersama isteri pertamanya. Dengan isteri pertama, dia dikurniakan lima orang anak, isteri ke-2, tiga orang anak dan isteri ke-3, dianugerahkan dengan seorang anak. 

Aku memberanikan diri untuk bertanya apakah rahsia beliau berkahwin tiga. Dengan tenang beliau menjawab jadikan isteri-isteri seperti adik beradik. Memang diakui, bila aku bertanyakan anaknya, mereka selalu mengunjungi isteri-isteri ayahnya walaupun tinggal di rumah yang berlainan. Isteri pertama dipanggil mama, isteri ke-2 dipanggil ibu manakala isteri ke-3 dipanggil ummi. Dan katanyalah (kalau salah tak tahu), isteri-isterinya tidak pernah dibezakan. Tiada siapa yang menadapat layanan yang lebih walaupun isteri muda.

Semalam, beliau datang lagi ke sekolah utnuk meminta pengesahan dari pihak sekolah untuk memohon bantuan Baitul Mal. Rupanya, beliau dalam keadaan susah sekarang kerana banyak bayaran projeknya tidak berbayar pada tahun 2010. Walaupun malu, beliau terpaksa menebalkan muka demi kelangsungan pendidikan anak-anak. 

Aku membisikkan sesuatu di telinganya..

Tak serik ke kahwin ramai??

Dengan selamba dan penuh keyakinan beliau menjawab

Kalau ada peluang saya tambah satu lagi!!



Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. “ (QS. An-Nisaa’ : 3)

Notakaki Imanshah :-
Nak kahwin satu belum lagi ketemu.hehe

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

57 GENTA RASA:

sahromnasrudin said...

wah!!! ko nak menuntut ilmu ka hahahahha

IMANSHAH said...

Rom

Hehe, sikit2

white rose said...

perrgghhh...
cayalah...

ABANG SHAH baru jumpe kan...
sy dah banyak kali jumpa anak2 murid yang ayahnya kawin 2/3...

last2 semuanya ade masalah kewangan, anak2 terabai, pakaian tak terurus & skrg ni duk harapkan belas kasihan org2 kampung...
kesian...bila senang sikit, dah mula menCOBA- COBA...

ABANG SHAH kena tuntut ilmu yang berguna je yee...ilmu yang membawa kebaikan...
JANGAN COBA- COBA dulu...

khaifaiz said...

Amboi.. blm ada satu dah berkira nak tiga empat.. apa nak sekali harung 4 terus ker.. hehe

Jgn marah ya "gaya P. Ramlee"

::FAIZ FARISH:: said...

bagi aku la kan, kawin tiga ni tak salah. 4 pun. memang tak salah...
Tapi itu kalau suami mampu berlaku adil.... dan mampu...


ni tak, nak kawen nafsu je.. anak terabai...

Tetiba aku sentap...

eszol said...

amboi sampai mintak baitulmal

mintak yg BKP(klau x silap) yg perak tu pnye da la

*jgn ikutkan nafsu,mula2 mampu,lama2 haru*

Cik SHiNJU said...

Salam...

Bila tuko domain neh?
X pasan plak..huhuh..dah x bawa rotan ker? :P

Hebat abang sorang tu yer...
Kawen 3 dia..

makdara TERdiva said...

haishh! seriau dengar pasal madu2 ni..sampaikan nak beli madu kat kedai pun jadi trauma..haha!

Aku Cikgu Sekolah said...

Mungkinkah penantian bakal berakhir .... satu perjalanan yang panjang ... he he he ... :)

SiNoMoSa said...

Salam Cikgu..

No komen..tapi madu itu bg lelaki tp jika tidak adil hempedu bg wanita..

Ujang9897 said...

gatal ker..hihi..

Azmi said...

haha......salute pak cik tu...
pak cik ke???
ikut lah....tapi kalau takut tak adil baik tak payah sebab nabi cakap ramai lelaki yg berpoligami masuk neraka sebab tak berlaku adil..

IMANSHAH said...

White Rose

tulah, 1st time jumpa..kesian anak2 yang diabaikan.mana hak mereka kan

IMANSHAH said...

Khaifaiz

Hehe, empat?xmampu bro..surrender awal2

IMANSHAH said...

Faiz Farish

Wah sentap kau..tulah kesian kalau abaikan anak2..depa tak dosa

IMANSHAH said...

Eszol

boleh mintak untuk yuran, keperluan asrama ..tapi untuk anak2 sekolah emnengah je..depa ada dua anak sekolah menengah

IMANSHAH said...

Cik Shinju

Baru berapa hari je tuka..rotan dah letak tepi..sekala sekali je guna

IMANSHAH said...

MDT

HEHE, madu lebah memang sedap!!

IMANSHAH said...

Aku Cikgu Sekolah

Hehe, hang dulu

IMANSHAH said...

Sinomosa

kalau adil pun memang hempedu, melihat suami berkongsi kasih kan

IMANSHAH said...

Ujang

Sapa gatal?akuke?takdelah

IMANSHAH said...

Azmi

Aku setuju jika soal keadilan tu dibangkitkan

kembatolo™ said...

sama macam salih yaakob.
haih.. nak melekat satu pon susah, ni pulak 3. hahaha

sissyira said...

salam

bermadu besh, boleh ringankan mana yang berat.,,try dulu baru cakap..

Kuasai minda said...

Semoga ada rahmatnya kepada orang yang mampu berpoligami. Rahmat yang paling utama adalah dapat membela lebih ramai perempuan berbanding kahwin seorang. Namun, syarat untuk berpoligami harus difahami terlebih dahulu...

IMANSHAH said...

Kembatolo

hang dok melekat ngan kembar hang jelah..kehkeh

IMANSHAH said...

Sisyira

Ya betul, sanggup bermadu??

IMANSHAH said...

kuasai Minda

Takut juga rahmat bertukar igauan ngeri kepada wanita2 di luar sana

Dinas Aldi said...

Kalau mampu berlaku adil & mampu dari segi kewangan juga, takda salahnya tapi masalahnya..tau2 sajalah.

Citarasa Rinduan said...

tu dia...
kes lelaki kawin 3 tu sebijik benor dengan kes kat kampung ayu

tapikan..yang ayu nak kongsi2 mereka sama2 tak sedor diri..tak reti nak ukur baju dibadan sendiri...

**bukan anti poligami, tapi terpanggil nak beri nasihat sesama kita**

gadisBunga said...

nasihat GB - cari la sorang dulu baru fikir nak cari yg kedua dan ketiga. hihihi~

ok ok, i am not against polygamy, tapi biasa la fomfuan. lalala~

Aretikz said...

Ahakz.. ilmu bek punya ni.. hehe.. apa lg.. cilok terus.. hehe..

yang diminta adalah berlaku adil.. kebanyakan wanita menekankan aspek mampu dalam poligami.. hehe..

~Insan Biasa~ said...

madu? fikir pun x mau wei...

ummu said...

assalamualaikum Shah
hu hu, madu 3...teringat beberpa kes kaunseling akak bersama pelajar yang bapanya berkahwin lebih dari seorang.kasihan juga dgn anak2 ini yang mana masalah kewangan menjadi subject utama.
erm, eloklah bapa pelajar Shah ni orangnya berlaku adil.keadilan itu yang penting sebenarnya.

ijatnuar87 said...

hehehhe...nak mencuba ker cikgu?kalu nak betul2,kena siapkan diri dlu tau,heheheh...jgn smpai tak keruan nnt,heheheh

Afzainizam said...

=====,o00o Pon..Ponn..Ponn
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dah rezeki kawin tiga.... isteri isteri bahagia kira hebat orangnya tu....

bagi aku.... ketentuan Allah jua... wanita lebih ramai dari lelaki.... poligami sebagai satu langkah terbaik... tapi cukup lah satu dulu kalau rasanya berkemampuan mengahwini lebih dari itu....tapi perlu adil saksama

walau ditelan itu hempedu tapi ade manis penawar segalanya... tuhan maha mengetahui...

iKhRam said...

apa la nasib orang2 bujang cam kita kan.. nak cari satu pun susah.. orang yg dah ada satu.. senang sungguh.. sampai susah nak tolak mana satu sebab kuota hnya ada 4..

abis tu abg shah
mcm mana tu?/
hahaha.. termenung lagi kita ni ye.. hahaha

IMANSHAH said...

Kak Dinas

Alhamdulillah, wanita ini merestui

IMANSHAH said...

Citarasa rinduan

Betul lah tu, kalau kahwin ramai nak, tapi bab nak bagi nafkah liat..sapa tak hangin kan

IMANSHAH said...

GB

Yeye, saya tak maule carik 2 atau 3, satu pun belum jupa na

IMANSHAH said...

Ummu

Best juga jadi kaunselor, buleh tahu masalah pelajar dengan lebih mendalam, selalunya depa akan cerita masalah pada kaunselor sedalam2 nya, ngan cg2 ni takat kat kulit je

IMANSHAH said...

Insan Biasa

Hehe, jangan fikir

IMANSHAH said...

Ijat

Hehe takdelah, tak mampu pun..dan tak pernah terbayang pun

IMANSHAH said...

Afzainizam

Tulah, isteri bahagia di luar mana kita tahu, yang dalam tu memndam rasa..wahaha

IMANSHAH said...

Ikhram

Hurm, doa jelah supaya cepat2 dapat jodoh

Raji berkata said...

hahaha cikgu dalam diam2 berminat kan? ;P
ala cpt la cikgu kawen anak2 murid pun dh besar2 ;P

ibuintan said...

alahai Iman,

nuntut nak dapat yang nombor satu jadilah ye...

setuju, bila tiba masa susah datang merayu meminta bantuan itu ini, masa senang kenapa hanya menambah bilangan isteri bukan menambah simpanan kewangan

cik bebel sentiasa said...

cari 1 dulu eh...kenduri jgn lupa jemput...ngeeeee

Afida Anuar said...

Tersengih2 saya bc entry ni. Merancang nampaknya Shah..hehe

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu.
Usahakan untuk yang satu dulu. InsyaAllah, hajat berdua, bertiga dan berempat mungkin tidak mustahil.

Tidak mampu tambah isteri, tambah cahaya mata pun jadilah kan. Asalkan meriah dan bahagia~

Tambahan: Hehe suruh tidak, larang pun tidak. Yang penting, jangan lupa jemput kami, warga blogger Hok Sengoti.

IMANSHAH said...

Raji

Pakehel nya minta yeop..tak dalah..carik satu dulu

IMANSHAH said...

Ibuintan

Hurm, tulah, dah terdesak..ada hati nak tambah lagi..hehe

IMANSHAH said...

Afida

Wahaha, warga HOK SENGOTI pun ramai yang masih solo..weee

IMANSHAH said...

Cik Bebel

InsyaAllah na

IMANSHAH said...

Izzah

Tak tercakap..

Muhamad Zaki Zafir said...

sy respek dgn suami2 yg adil ni.ade sorg kwn ayah sy, kahwin 3 ke 4 lupa sy.ramai sngguh anknya,smpi anaknya dgn isteri yg mane 1 pn dia xtau.haha.tp semuanya,dia lyn sama rata sbb dia tau tu anak2 dia. :)

IMANSHAH said...

Zaki

Susah nak jumpa, satu dalam seratus kot

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget